Assalamualaikum,
Banyak diperkatakan tentang Al-Quran, mukjizad Agung Rasullullah S.A.W untuk semua umat manusia. Diturunkan Allah dari Loh Mahfuz ke Langit Dunia selama 23 tahun kepada Rasullullah S.A.W. Diajarkan kepada manusia untuk mentaati perintah Allah dari mula diturunkan sehinggalah hari Kiamat. Berasal dari tulisan tangan yang ditulis dibatu-batu, kulit binatang sehinggalah dibukukan menjadi sebuah kitab mulia untuk manusia sejagat.
5 minit berkenderaan untuk jarak perjalanan 3 km sahaja. ZBA bersama teman meredah juga demi untuk melihat dengan lebih dekat dan jelas tentang sejarah Al-Quran terbesar tulisan tangan yang dihasilkan oleh Sufi Nazir Muhammad seorang anak tempatan Gujranwala. Beliau berusia 65 tahun dan seorang yang paling sederhana. Berjanggut putih tebal dan kuat penglihatan dan amat disegani
Dewasa ini seramai 1,440 nama-nama para Nabi telah dibukukan daripada keseluruhan nama-nama Nabi seramai 3,000 orang.
Tidak kenal maka tidak cinta. Begitulah umpamanya antara kami semua bersama Sufi Nazir Muhammad. Selepas berkenal mesra kami dibawa oleh beliau sendiri kesatu bilik khas bersebelahan masjid dimana tersimpannya khazanah beliau selama ini. Dari jauh terpampang sebuah Al-Quran gergasi yang terletak diatas sebuah rehal yang dibuat khas dengan sokongan hidrolik untuk membuka, menutup, mengangkat dan sebagainya.
Satu. Memulakan penulisan semula mulai tahun 1992 dan disudahkan pada tahun 2002. Masa yang diambil ialah 10 tahun.
Kedua. Berat bagi sehelai kertas ialah 1.5 kilogram. Berat keseluruhan Al-Quran ialah 290 kilogram. Ketiga. Menggunakan daawat yang dicampurkan dengan air zam-zam bagi keseluruhan penulisan. Keempat. Juzuk yang dihasilkan ialah 30 Juzuk.
ZBA diberi kesempatan melihat dengan jelas isi kandungan Al-Quran tersebut. Penulisannya amat cantik, tersusun dan mengkagumkan. Syabas.
Diakhir temubual, Sufi Nazir Muhammad memaklumkan sekarang beliau sedang gigih untuk menyiapkan senarai Nama-nama Nabi yang dalam proses penyusunan. 1,440 nama telah berjaya disiapkan bakinya 1,560 sedang disusun alih dan dijangka disiapkan dalam beberapa tahun akan datang.
Juga dimaklumkan bahawa dalam simpanan Sufi Nazir Muhammad terdapat beberapa buah Al-Quran tulisan tangan terkecil didunia. Besarnya lebih kurang 1.5" dengan ketebalan kurang daripada 1".
Diruang rujukan, ribuan Al-Quran lama sebagai bahan rujukan dimana-mana. Nyata sekali Sufi Nazir Muhammad seorang Alhafiz yang paling gigih didalam mengagungkan kalimah Allah. Usaha sebegini hanya terdapat seorang dalam sebilion manusia. Dari hati yang ikhlas, ZBA mendoakan agar beliau dirahmati Allah didunia dan di akhirat. Allah Huakbar.
Diakhir pertemuan, kami berpisah dalam berpelukan mesra. Alhamdulillah syukur ZBA kepada ilahi kerana dapat berpelukan dengan Sufi Nazir Muhammad. Sekali lagi semuga Allah merahmati usaha beliau. Subhanallah.
ISLAM IS GREAT
No comments:
Post a Comment