Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani
Assalamualaikum,
Gilgit Airport, Old Hanging Bridge & Gilgit River
Fresh Fruit & Mutton Briyani
Makanan utama mereka ialah Roti Nan, Roti Phrata dan Capati disamping Nasi Briayani bersama kari kambing dan lembu. Paling sukar untuk mendapatkan ikan walaupun terdapat ikan air tawar daripada Sungai Gilgit dan Sungai Indus.
Manakala buah-buahan adalah syurga di Pakistan. Dewasa ini Afghani rock, delima, anggur, peach, epal, Pakistan manggo ada dimana-mana. Harganya amat murah dan buahnya besar-besar, manis segar dan amat lazat. ZBA jatuh cinta dengan Pakistan Manggo. Belum pernah dirasa kemanisan semanis Pakistan manggo walau pun India manggo dikatakan termanis tetapi tidak dapat menandingi kemanisan Pakistan manggo yang langsung tidak bersabut.
4H/3M berlalu kami meninggalkan Gilgit seawal jam 9.15 pagi menuju Rawalpindi. Lagi sekali kami menempuh perjalanan mengerikan dan penuh cabaran.
Perasaan takut sekali lagi menyelubungi hati sanubari kami tapi apakan daya pengembaraan harus diteruskan. Sangkaan kami tepat dan berlaku. Diawal keesokannya jam 4.00 pagi semasa kami sampai antara Besham dan Mansehra, disatu perhentian check point kami dimaklumkan bahawa sebuah van telah kemalangan dijurang 200 meter kebawah dasar Sungai Indus. Dua penumpang maut dan lapan dalam kritikal. Berita ini tidak dihebuhkan dalam mesmedia tempatan malah kematian sebegini menjadi lumrah bagi kehidupan mereka seharian.
REAL STORY COME FROM THOSE WHO SACRIFICE THEIR LIVE
Assalamualaikum,
Silk Road satu nama yang sinonim bagi semua pengembara didunia. Terkenal dan menjadi bualan dibibir para pecinta alam. Laluan paling sukar dari sejak zaman silam dan kini ditaraf yang sama. Semuanya mencabar ketabahan dan memerlukan keberanian yang tinggi dan tawakkal kepada Allah.
Laluan ZBA kali ini sebenarnya ialah bermula daripada Lahore mengharungi Banjaran Himalaya ke Shangrila, Deosai, Sadpara, Khaplu, Shigar, Skardu dan Gilgit. Tetapi oleh sesuatu sebab yang tidak dapat dielakan, trio kami membuat laluan semula terus ke Gilgit sebuah bandar dilaluan Silk Road (Karakoram Highway) yang terkenal sebagai laluan maut daripada Pakistan ke negara jiran, China melalui bandar sempadan Tashkurgan ke Kashgar.
Diawal pagi dengan perasaan sedih kami meninggalkan Lahore menuju Rawalpindi. Sedih mengenangkan dua daripada teman kami yang sepatutnya bersama terpaksa mengambil penerbangan balik ke NegaraKu kerana mereka kehilangan saudara yang meninggal di China. Walau pun terpaksa menukar perjalanan dari plan asal namun atas semangat jitu kami meneruskan perjalanan dengan bus ke Rawalpindi. Tambang perjalanan sehala ialah PKR 450 (RM 15.30).
Kami tersalah mengambil bus. Sepatutnya perjalanan kami cuma 4 jam sahaja tetapi kami terpaksa menghabiskan 7 jam perjalanan. Jarak antara Lahore dan Rawalpindi ialah 370 km. Bus yang kami tumpangan mengambil laluan ekxpress tidak laluan motorway yang lebih pantas dan selamat. Akhirnya kami sampai ke Pirandha Rawalpindi bus station jam 3.00 petang. Rezeki kami baik kerana kebetulan semua bus ke Gilgit akan bertolak diawal pagi dan petang.
Tanpa membuang masa kami mendapatkan tiket ke Gilgit melalui PTDC Bus Tours dengan bayaran PKR 1,500 (RM 57.80) seorang. Bus dijadualkan bertolak jam 4.30 petang waktu tempatan. Sementara menanti bus berlepas kami menjamu selera dengan Briyani Kambing disebuah restoran berdekatan dan berehat seketika. Tepat sebagaimana dijangkakan kami bertolak ke Gilgit dan secara kebetulan penumpang didalam bus hanya 75% sahaja dan cuma kami berdua orang asing dalam perjalanan ini.

Gambar atas kanan adalah pandangan awal semasa bus menyusur keluar daripada Pirwadhai Bus Station, Rawalpindi. Rumah-rumah tanah liat dan campuran tahi lembu menjadi pandangan yang menyayat hati. Kanak-kanak dengan pakaian yang comot dan sesetengahnya bertelanjang bulat berlari kesana kemari.
Binatang ternakan seperti lembu dan kambing tinggal bersama manusia dicelah-celah kedaifan kehidupan.
Keadaan cuaca yang panas dan berdebu menambahkan kesedihan kepada sesiapa sahaja yang melihatnya. Dalam hati bagaimana pula sekiranya hujan berterusan. Meleleh air mata bila mengenangkan pemimpin bermewahan sedangkan raayat jelata yang dipujuk dan diperbodohkan semasa hendak diadakan pilihanraya hidup melarat yang sama berstatuskan kehidupan binatang. Kiasannya Pemimpin itu ibarat binatang dan raayat itu jiwanya pemimpin. Pemimpin datang dan pergi, namun manusia tetap manusia.
Bus meluncur terus meninggalkan Rawalpindi dan 30 minit kemudian kami memasuki persimpangan Korakorum Highway dari persimpangan jalan ke Pesyawar di Utara. Dari sini bermulalah episod jalan pendakian serba sibuk kerana dikiri kanan jalan adalah kawasan penempatan penduduk yang padat. Tanaman yang dapat dilihat ialah jagung dan tanaman kontan. Hari mulai petang dan senja menjelang. Perjalanan dengan jalan dikedua-dua hala agak sesak dan kenderaaan bertali arus.
Kami berada di kerusi hadapan. Aduh, pemandu di Pakistan memang hebat dan handal jika dibandingkan dengan negaraKu. Kecut perut apabila mereka mengambil selekoh atau memotong kenderaan dihadapan. Tidak semena-mena kita selaku penumpang dengan sendirinya akan menekan brek. Kecut perut dan dikepala teringat jika sesuatu kecelakaan berlaku. Almaklum kerana NegaraKu, negara yang paling banyak membunuh sesama insan dijalanraya, di lebuh raya semasa pulang untuk berhari raya.
Perhentian utama kami ialah disebuah pekan kecil Haripur kerana menunaikan solat asar. 15 minit berlalu kami kembali bergerak diatas jalanraya dua lorong menuju destinasi selanjutnya Abbottabad. Hari mulai gelap kami hanya dapat melihat apa yang ada dihadapan dari percikan cahaya kenderaan dikedua-dua hala. Walau pun malam, bus berada dikelajuan yang sama. Terhuyong hayang kekiri dan kekanan ketika mana melepasi selikuh-selikuh tajam dengan kondisi jalan yang teruk.
Abbotabad. Sebuah bandar sederhana besar. Terletak dilereng tanah tinggi berbukit yang jalanrayanya berliku-liku. Dikiri kanan jalan dipenuhi dengan penempatan penduduk, pusat kommersial dan pejabat-pejabat kerajaan dan tidak ketinggalan Kem Tentera dan Sekolah Latihan Pegawai Kedet Tentera Pakistan, Hospital Tentera dan sebagainya.
Sebut darihal Abbotabad tentu pembaca akan teringat satu kisah yang berlaku setahun yang lepas.
Menyayat hati semua umat Islam didunia. Timbul kebencian yang amat sangat diatas peristiwa ini khususnya satu kehilangan besar seorang pahlawan bagi raayat Pakistan dan Afghanistan. Samaada benar atau tidak itu satu soal lain tetapi propaganda mereka amat berkesan demi untuk melemahkan umat Islam keseluruhannya. Tetapi bagi mereka yang mempunyai keyakinan yang tinggi kepada Allah, selagi tidak diizinkan olehNya, biar apa didengar tidak mendatang apa-apa kesan kepada minda.
Realliti kepada peristiwa pembunuhan Mujahid Islam Osama bin Ladin di Abbotabad kepada reaksi menebus maruah adalah satu pembohongan kepada dunia sejagat. ZBA melintasi kawasan tersebut yang berdekatan dengan sekolah latihan tentera. Difahamkan juga dari seorang raayat Pakistan, sebenarnya tidak serangan sebagaimana diwar-warkan kepada dunia.
Kawasan tersebut adalah kawasan penempatan yang padat dan dari segi strategik keselamatan untuk seorang individu yang dikehendaki adalah jauh sangat dari kenyataan yang dilapurkan. Sebenarnya mereka dapat membuat segala pembohongan kepada mereka-mereka yang semata-mata mendengar dari telinga tetapi tidak kepada manausia-manusia yang melihat realiti dari mata sendiri. Penipuan demi penipuan khususnya yang melibatkan umat Islam.
Semasa melewati bandar Abbotabad kelihatan kenderaan bergerak perlahan-lahan dan berhati-hati dan sekali-sekala berhenti untuk memberi laluan kepada kenderaan lain diselekoh pendek yang tajam. Kami dapat melihat dengan jelas bandar tersebut bagi memberi reaksi kepada peristiwa yang menggambarkan kematian Allahyarham Osama bin Ladin jika benar-benar berlaku. Dari berita yang dilapurkan juga kita telah sedia maklum bahawasanya banyak dongengan daripada kenyataan.
Jam sembilan malam kami sampai diperhentian pertama dari lima perhentian berikutnya. Sebuah bandar dikenali dengan nama Mansehra. Makan malam dan solat Isyak. Kami berehat disini selama dua jam sebelum meneruskan perjalanan. Diperhentian ini semua kenderaan penumpang diwajibkan berhenti dan membentuk satu convoi untuk meneruskan perjalanan ke perhentian kedua iaitu Besham. Besham ialah sebuah bandar dipergunungan terletak 4 hingga
5 jam perjalanan ditimur Mansehra.
Dianggarkan lebih kurang 30 buah kenderaan penumpang termasuk bas, van dan mini bas bersama dalam konvoi malam ini. Kami akan diiringi oleh anggota-anggota polis yang lengkap bersenjata l dihadapan dan dibelakang konvoi untuk meneruskan perjalanan tersebut. Berbisik ZBA dengan pemandu bas yang kami tumpangi, kenapa ini harus terjadi ?. Keselamatan jawabnya pendek. ZBA mencungkil lagi rahsianya. Apakah perjalanan ini sudah tidak selamat dimana sebelumnya tidak ada polis pengiring mengiringi bas penumpang ke Gilgit. Ya, jawabnya.
Pertengahan Ramadhan yang lepas 1433H berlaku satu letupan kuat menggegarkan bandar Chilas dan mengorbankan 28 orang awam yang menumpang sebuah kenderaan awam. Sambungnya lagi, Pakistan sekarang sudah tidak aman dan sering berlaku pergaduhan disana sini. Ini adalah gara-gara penduduk Pakistan amat marah dengan polisi Kerajaan Pakistan yang amat memihak kepada US. Raayat dibiarkan melarat manakala penguasa bermaharaja lela dengan kekayaan dan idealoji yang disuap oleh orang asing.
Perkara ini dilihat tidak ada kesudahan sehingga laknatullah dihalau keluar daripada Pakistan, 'katanya dengan nada yang amat marah'. ZBA hanya setakat mengangguk tanda bersetuju. Telah menjadi kebiasaan, ZBA tidak akan membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan sesebuah negara ketika mana berada dinegara berkenaan lebih-lebih lagi yang melibatkan politik. Anggukan ya yang tidak bertitik adalah sebagai reaksi tanda bersetuju dan mengambil hati dengan pendapat beliau sahaja.
Tepat pada waktunya jam 11.00 malam konvoi kami bergerak dalam satu jajaran memanjang mengelilingi dari satu banjaran ke banjaran yang lain. Kekadang melalui jalan berturap, kekadang batu kerikil dan kekadang jalan berlumpur. Nun 100 kaki dibawah, jurang dari tebing Sungai Indus sayup-sayup kelihatan dari sinaran lampu-lampu kenderaan. Jalan penuh berliku tiada apa yang kelihatan cuma hutan, pergunungan dan arus Sungai Indus yang mengganas.
Air Sungai Indus bewarna kelabu keputihan mengalir dengan deras seolah-olah tidak mempungai belas kesihan kepada sesiapa yang jatuh kedalamnya. Perasan takut mula menyelubungi diri ZBA sendiri.
Macam-macam persolan buruk timbul dikepala kerana inilah perjalanan penuh tragik yang pertama dilalui. Walau bagaimana pun kami tiada pilihan daripada terus meneruskan perjalanan pergi dan balik. Tiada pilihan lain selain jalan maut ini kerana PIA tiada lagi mengadakan perkhidmatan udara ke Gilgit atas alasan cuaca. Kami bertawakal walaupun diair muka sudah tidak ada darah lagi setiap kali bas memecut melalui lereng-lereng pergunungan.
Dipendekan cerita jika ditakdirkan kenderaan terhumban ke dasar Sungai Indus, tiada apa yang dapat dikutip dan ditemui bagi kenderaan yang memecut dengan kederasan antara 60-80 kmj. Tetapi pemandu dilaluan ini harus diberi pujian. Walaupun mereka memandu sedemikian sejauh 592 km bagi jangkamasa hampir 28 jam siang dan malam, pengawalan dan kecekapan mereka tiada bandingan jika dibandingkan dengan pemandu diNegaraKu. Syabas.
Dari cerun kelurah dari lurah kelereng turun dan mendaki, akhirnya kami melepasi dugaan pertama. Kami sampai di Besham 5 jam kemudian dan jam menunjukan hampir 4.00 subuh. Cuaca agak sejuk dan kami tidur didalam bas sehingga jam 7.00 pagi. Di perjalanan tadi kami berhenti dibeberapa pos keselamatan dimana pemandu akan mendaftarkan diri. Manakala bagi kami dikehendaki secara individu mendaftarkan diri dipos kawalan keselamatan.
Sungguhpun kami pengembara tetapi tiada masalah kerana "Assalamualaikum" cara kami memperkenalkan diri sudah cukup untuk mereka menyakini bahawa kami dari satu Agama. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan oleh Allah.
Sebelum meneruskan perjalanan awal pagi ke destinasi selanjutnya Dasu, rupa-rupanya selain daripada kami berdua selaku pengembara asing, terdapat sepasang pengembara dari Russia yang bersama dalam konvoi pada malam tadi. Kami sempat berbual dan bertukar-tukar pandangan sebelum berpisah dalam kenderaan masing-masing.
Dasu sebuah penempatan kecil di tepi jalan. Dari Besham ke Dasu mengambil masa 4 jam yang menggerunkan. Episod ini bermula dengan jalan berlumpur satu lorong dan pendakian yang mendadak. Sayup-sayup dibawah jurang yang dalam dengan batu-batu pejal berada didasar sungai. Jika sebelumnya kita dapat melihat adanya hutan-hutan ditepian jalan tetapi kali ini lanskap bertukar kepada dinding-dinding batu pejal disebelah dan jurang disebelah diantara jalan.
Sayup-sayup dilereng-lereng bukit kelihatan penempatan manusia dengan rezeki dari ketentuan Allah. Sekali sekala kita akan nampak jurang-jurang membelah antara banjaran dan mengalir air kedalam Sungai Indus. Disinilah terdapat tanah yang subur dengan tanaman menghijau khususnya jagung dan pohon buah-buahan seperti delima, anggur dan limau serta penempatan manusia. Fenomena ini dapat kita lihat dengan jelas dari Silk Road (Karakoram Highway) daripada Besham hinggalah Gilgit.
Jambatan gantung menghubung diantara lembah dan gunung merentangi Sungai Indus samaada menggunakan gondola atau pedal bagi menghubungkan penduduk setempat dengan dunia luar. Mereka membina rumah dengan menggunakan kayu-kayu log atau tanah liat dimana beratapkan pasir diatas bumbungnya.
ZBA sampai di Dasu sebagaimana dijangkakan selepas sekali berhenti untuk pendaftaran keselamatan. 30 minit makan tengahari dan meneruskan perjalanan ke Chilas. Bandar kecil ini agak sibuk semasa konvoi kami behenti sebelum mendapat clearence ke destinasi selanjutnya Bungi dan Gilgit.
Dari Dasu ke Chilas, Chilas ke Bungi, keadaan jalan begitu mencabar dan berisiko tinggi. Seingatan ZBA terdapat tiga spot dimana jalan begitu genting memuatkan satu kenderaan sahaja dan sekaki daripada tayar kenderaan untuk mencecah tepian gaung dibawah. Hanya Allah maha mengetahui perasaan kami ketika itu. ZBA bersama teman, seolah-olah menyembunyikan perasaan masing-masing daripada ketakutan dengan mengalih cerita dan topik yang berlainan bagi mententeramkan perasaan dihati masing-masing.
Melepasi penempatan kecil Bungi ialah 4-5 jam lagi kami akan sampai di Gilgit. Jalan yang kami lalui bertambah genting. Disana-sina tanah runtuh dan batu batan berselirak diatas jalan. Korek sana, korek sini. Tolak sana, tarik sini. Kenderaan terpaksa bergerak amat perlahan-lahan dan penuh berhati-hati. Sekali sekala kami menempuh jalan baru berturap dan kekadang kembali semula kejalan penuh sengsara.
Dalam ingatan, sekiranya hujan lebat dan berlaku tanah runtuh, maka segala-galanya akan berahir dan tergendala. Ini bermakna Karakoram Highway akan ditutup sehingga kerja-kerja pembaikan pulih sepenuhnya. Tiada ada lagi jalan keluar dan menjadikan perhubungan diantara Gilgit dengan bandar-bandar di-Pakistan yang lain terputus secara langsung. Tetapi jika takdir, kami harus menerimanya.
Bas yang kami tumpangai mengejar masa. Waktu sekarang hampir jam 6 petang dan cuaca mulai gelap. Kami telah pun mengharungai 26 jam perjalanan penuh dramatik daripada Pirwadhai Bus Station Rawalpindi. Dijangkakan 2 jam lagi kami harus menempuh badai maut sebelum menjejaki Gilgit. Tetap bagaimana dijangkakan kami sampai di Gilgit tepat jam 8 malam waktu tempatan.
Daripada Nothern Bus Terminal Gilgit untuk kebandar kami harus mengambil teksi kerana jaraknya lebih kurang 6 km dari sini. Tambangnya ialah PKR 200 (RM 6.00) bagi sebuah teksi yang mengambil masa 30 minit. Check in di Park Hotel Gilgit ditengah pusat bandar. Hotel bertaraf 3 bintang tetapi harganya cuma PKR 1500 (RM 45.00) untuk dua malam.
Hotel wall to wall carpet dengan semua keperluan ibarat kami berada di rangkaian Grand Continental diNegaraKu. Kami melepaskan penat lelah setelah menempuh perjalanan jauh daripada Lahore ke Islamabad, Rawalpindi dan akhirnya ke Gilgit. Jumlah keseluruhan perjalanan tanpa henti selama 35 jam dengan jarak 885 km. Puas dan gembira kerana akhirnya kami sampai juga
ke destinasi idaman Karakoram Highway yang menjadi sebutan kepada semua pengembara. Sesungguhnya jalan ini telah diteroka oleh para muslimin untuk berdagang dan mengembangkan Islam dari Asia Tengah ke China sejak berabad turun temurun yang lampau.
Sebelum ZBA menerangkan tentang Gilgit, kita toleh kebelakang sejenak kepada perjalanan di Karakoram Highway. Dari kesimpulan yang
ZBA dapat simpulkan adalah seperti berikut.
Fasa Pertama. Daripada Besham ke Chilas. Kita akan berada dilereng banjaran dikiri jalan dan jurang Sungai Indus berada di sebelah kanan. Perjalanan yang menakutkan.
Fasa Kedua. Chilas ke Bungi. Perjalanan cemas dan menggerunkan. Jurang Sungai Indus berada disebelah kiri dan kita juga berada disebelah kiri.
Fasa Ketiga. Perjalanan kembali kesebelah kiri dimana jurang Sungai Indus berada disebelah kanan. Perjalanan ini digambarkan sebagai mencemaskan. Banyak tanah runtuh dan batu batan berselirakan diatas jalan.
Disepanjang perjalanan semua warga pengembara asing wajib mendaftar diri lima kali dipos keselamatan dan ini bermakna pulang pergi sebanyak 10 kali. Waktu pendaftaran adalah mengikut waktu kita sampai dipos sempadan daerah samaada malam, siang mahupun tengah malam dan awal pagi. Sungguh pun amalan ini dianggap leceh tetapi disegi keselamatan adalah amat perlu dan praktikal.
Awal pagi selepas solat subuh ZBA mula merayap bandar Gilgit. Pekannya sederhana besar tetapi meriah dengan aktiviti seharian. Disana sini kelihatan Polis dan Pasukan Keselamatan berada selang 10-50 meter seolah-olah berada dalam zon peperangan.

Gilgit, 10 km daripada laluan Karakoram Highway. Terletak dilembah yang dikelilingi banjaran gunung, terbentang luas bak saujana mata memandang. Banjaran teringgi ialah Rakaposhi diketinggian 7,788m daripada paras laut. Mengalir Sungai gilgit ditengah-tengah bandar Gilgit dengan arus yang amat kuat. Airnya bewarna putih kapur (Keroh) menerjah batu-batan didalam sungai meninggalkan ambak besar yang beralun-alun.
Terdapat dua buah jambatan menghubungkan Mujahid Colony dengan pusat bandar Gilgit yang dikenali dengan mana RCC Bridge dan Jimah Bridge. Manakala Old Gilgit Bridge sudah tidak lagi boleh digunakan oleh kenderaan dan khusus hanya untuk pejalan kaki sahaja. Jambatan ini adalah jambatan gantung pertama dibina sejak berkurun lamanya dan kini sebagai salah satu daripada tarikan pelancung ke Gilgit disamping Kargah Budha yang terletak 6 km diluar bandar.
Pada musim sejuk Gilgit dan kawasan sekitarnya dipenuhi glasier, ais field dimana tertetaknya perkampungan penduduk. Tiada ada bangunan pencakar langit disini. Hampir 95% bangunan kurang daripada 6 tingkat dan diperbuat daripada batu pasir dan tanah liat.
Terdapat sebuah lapangan terbang ditengah-tengah bandar Gilgit. Walau bagaimanapun lapangan terbang Gilgit adalah lebih kepada kegunaan ketenteraan.
Penerbangan keluar masuk selalunya tergendala disebabkan oleh keadaan cuaca yang tidak menentu. Jika dipandang sepintas lalu, landasan seperti berada ibarat didalam kawah dan sememangnya sukar untuk keluar masuk bagi pesawat besar malah memerlukan juruterbang yang betul-betul berkemahiran.
Fresh Fruit & Mutton Briyani
Makanan utama mereka ialah Roti Nan, Roti Phrata dan Capati disamping Nasi Briayani bersama kari kambing dan lembu. Paling sukar untuk mendapatkan ikan walaupun terdapat ikan air tawar daripada Sungai Gilgit dan Sungai Indus.
Manakala buah-buahan adalah syurga di Pakistan. Dewasa ini Afghani rock, delima, anggur, peach, epal, Pakistan manggo ada dimana-mana. Harganya amat murah dan buahnya besar-besar, manis segar dan amat lazat. ZBA jatuh cinta dengan Pakistan Manggo. Belum pernah dirasa kemanisan semanis Pakistan manggo walau pun India manggo dikatakan termanis tetapi tidak dapat menandingi kemanisan Pakistan manggo yang langsung tidak bersabut.
Fresh Water Fish from Gilgit & Indus River. Special about this fish there is no bone except back bone in the center only. They call Rohu Fish. Fried and eat with capati, nan or rice.
Bulan Mei hingga September adalah musim kebanjiran pengembara ke Gilgit. Berbagai aktiviti lasak berunsurkan tanah tinggi disediakan khusus untuk pengembara. Tetapi tidak sekarang dan mungkin buat selamanya. Makluman kepada pembaca sekalian bahawa sepanjang kami di Gilgit 4H/3M tiada lagi tanda-tanda yang Gilgit akan dikunjungi oleh pengembara khususnya daripada negara-negara barat kecuali mereka betul-betul adventures. Jika ini adalah punca sebenar, bermakna Pakistan akan kehilangan besar dalam pertukaran asing yang merupakan penyumbang kepada ekonomi sendiri. ZBA mengenalpasti beberapa faktor dimana kemerosotan pelancung ke Pakistan.
Pertama. Dasar kerajaan yang tidak mahu berkompromi membenarkan pelancung asing memasuki Pakistan atas sebab-sebab keselamatan. (Kami hanya diberikan 14 hari visa sahaja untuk perjalanan ini itupun setelah mendapat kepastian semasa temuduga oleh pihak Kedutaan Pakistan di NegaraKu)
Kedua. Peristiwa manis September 11, penaklukan Afghanistan menyumbang kepada keselamatan pengembara asing itu sendiri.
Ketiga. Fasilitas pengangkutan udara yang selalu tertangguh dan terbatal dan kondisi jalan yang teruk tidak menjamin keselamatan dan ketepatan waktu mereka diperjalanan.
Berdasarkan faktor diatas, Gilgit kini jauh dari mata dan hati pengembara. Bersama kami kali ini cuma terdapat sepasang pengembara dari Russia dan sepasang pengembara dari Spain. Gilgit mempunyai rangkaian hotel-hotel yang baik disediakan untuk pengembara, tapi kini segala-galanya sepi ketika ini. Apa pun kepada pembaca yang ingin kesana terdapat beberapa hotel yang sesuai dan berhampiran dengan segala kemudahan. ZBA syorkan seperti Madinah Guest House, Madinah One, Park Hotel dan River View Hotel.
Bagi menghayati keindahan Gilgit sebenar, musim panas bukanlah masa terbaik. Oleh yang demikian musim sejuk yang bersalji, Gilgit dan persekitarannya ibarat Syurga Dunia.
4H/3M berlalu kami meninggalkan Gilgit seawal jam 9.15 pagi menuju Rawalpindi. Lagi sekali kami menempuh perjalanan mengerikan dan penuh cabaran.
Perasaan takut sekali lagi menyelubungi hati sanubari kami tapi apakan daya pengembaraan harus diteruskan. Sangkaan kami tepat dan berlaku. Diawal keesokannya jam 4.00 pagi semasa kami sampai antara Besham dan Mansehra, disatu perhentian check point kami dimaklumkan bahawa sebuah van telah kemalangan dijurang 200 meter kebawah dasar Sungai Indus. Dua penumpang maut dan lapan dalam kritikal. Berita ini tidak dihebuhkan dalam mesmedia tempatan malah kematian sebegini menjadi lumrah bagi kehidupan mereka seharian.
Dalam hujan renyai-renyai ZBA sampai kembali ke perhentian Pirwadhai, Rawalpindi sekitar jam 8.00 pagi waktu di Islamabad. Bersyukur tidak terhingga kepada Allah yang telah meyakini kami bahawa ajal maut adalah ditangan Allah. Segala-galanya selamat dan Alhamdulillah.
REAL STORY COME FROM THOSE WHO SACRIFICE THEIR LIVE
http://www.londoncabs.co.uk/10-countries-with-the-worst-taxi-drivers/.#sthash.fLVPZzf8.dpuf
ReplyDeleteAssalamualaikum
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian pengalaman anda.ia sangat membantu saya untuk merancang perjalanan ke Gilgit/Hunza Valley
WSalam. Ha, ha
ReplyDeleteinsyaAllah akan ke sana awal thn depan..debar pulak baca perkongsian uncle zainal
ReplyDeleteTidak ada apa yg perlu dirisaukan. Itu cerita beberapa tahun yg lepas dan mungkin sekarang telah aman dan perjalanan menjadi lancar.
ReplyDeleteSaya juga difahamkan bahawa banyak laluan telah diturup kini dan perjalanan menjadi pendek dan lancar.
Satu shj peringatan saya. Dua hari lepas kawan saya tidak diluluskan visa beliau ke Pakistan tanpa sebab. Jadi sebelum merancang perjalanan lebih baik consult dg Kedutaan Pakistan terlebih dahulu
All the best.
Salam,
ReplyDeleteEn Zainal sempat singgah ke Kashgar, Tashkurgan? betulkah private transport disana agak mahal jika saya dari rawalpindi ke gilgit?
WSalam. Dari Gilgit saya tidak dibenarkan meneruskan perjalanan ke China untuk ke Tashgurkhan kerana masalah keselamatan ketika itu. Walau bagaimanapun Mei lepas semasa saya overland drp Bukhara ke Urumqi saya berkesemapatan melawat Kashi, Turpan dan Tashgurkhan drp China. Pemandangan amat cantik.
ReplyDeleteDrp Gilgit ke Hunza skrg dah ada bus tapi harus bersesak dg local. Tambang tak lah mahal. Manakala drp Hunza ke Kunjarab Pas juga ada bas. Saya cadangkan untuk ke Tashgurkhan drp Kunjarab Pas, ambil share teksi lebih berbaloi kerana perjalanan dalam altitut tinggi.
Secara keseluruhan tambang masih dalam harga mampu dibayar dan pengalaman yg didapati bukan dapat dibayar dg harga yg murah.
All the best.
saya ade plan nak ke pakistan, masih mencari info2 terkini.. airlines mane patut sy amek dri kl?
ReplyDeleteWSalam.
ReplyDeletePertama. Dg Malindo ke Lahore dan seterusnya.
Kedua. Dg. AAsia ke Delhi. Atau Malindo ke Amristar,
India. Cross Wagah Border ke Lahore. Bus atau train ke Islamabad/Rawalpindi.
TQ