Assalamualaikum,
Artikal ini cuma tambahan kepada blog sedia ada. Memadai dengan gambar-gambar yang dipaparkan.
Kenderaan Pacuan empat roda khusus untuk perjalanan lasak. Arah tidak diketahui. Gambar dirakamkan berhampiran Red Ford New Delhi.
Kebetulan hari minggu, ramai pelawat dari dalam dan luar negara mengunjungi Red Ford dalam cuaca yang amat panas.
Gambar-gambar diatas dirakamkan dikawasan penempatan paling ramai penduduk Islam yaitu dipersekitaran Jame Masjid New Delhi. Terdapat sebuah restoran ternama dikawasan ini dikenali dengan nama Karim Restoran. Nasi biayani Kambing di restoran ini dikatakan yang paling sedap dan digemari oleh pelancung asing.
Semalaman di Kolkata. Kali kedua dalam rangka ZBA merayap dikota ini. Manusia dan binatang seiringan mencari nafkah untuk hidup. Jika diNegaraKu kambing hidup dikampung tetapi tidak disini.
Perbandingan jurang antara yang kaya dan yang miskin jelas sekali. Pembaca tidak dapat melihat ini semua sekiranya bayangan Filem-filem Hindustan sering terbayang dikepala. Tetapi hakikatnya jauh berbedza.
KU RENUNG SENGSARA DIMATA MENCARI DAMAI DIHATI
No comments:
Post a Comment