Assalamualaikum,
Melintasi ladang anggor dari ladang demi ladang seterusnya ZBA sampai disebuah kota purba lagi yang banyak meninggalkan kesan sejarah sehingga kini. Avignon bolehlah digelar sebagai kota kebanggaan bagi penganut katholik. Sebelum memasuki kota ini pembaca akan melintasi sebuah jambatan dikenali sebagai Saint Benezet yang merentangi Sungai Rhone yang bersih dan jernih airnya dengan feri-feri penumpang berulang alik mengikut destinasi masing-masing.
Avignon terletak ditepian Sungai Rhone lebih kurang 580 km daripada kota Paris. Mempunyai kepadatan penduduk seramai 94,787 orang mengikut statistik tahun 2010. Sekitar 12,000 menghuni dalam kota dipusat kota lama berbenteng yang dibangunkan pada abad yang ke-14 oleh Anti-Paus Benediktus Xlll. Beliau adalah Pope terahir daripada 9 Pope yang pernah tinggal di kota ini sepanjang abad yang ke -14.
Babel @ The Church's Babylonian Captivity. Walau bagaimana pun strategi ini berahir dengan kemunculan puak-puak kiri yang akhirnya tertumpu kepada pengaruh Pope John XXll dan terahir berpindah kepada Pope Gregory Xl dimana pengaruh Rome kembali menguasainya. Akhirnya Pope Benediktus selaku pengasas kota lama Avignon melarikan diri dan meninggalkan Avignon ke Velencia pada tahun 1409.
Avignon apabila dilihat dari tempat tinggi merupakan sebuah kota yang kukuh dikelilingi oleh tembok yang gagah. Berbentuk empat persegi dan didalamnya ternyata sebuah kota purba yang indah dengan binaan-binaan bangunan lama yang bersejarah.
Avignon mendapat jolokan sebagai kota "Great City of Pope" kerana kehadiran Pope dan gulongan anti kepada Pope ke kota ini sekitar tahun 1309 - 1423 menyebabkan berlakunya perpecahan dalam ajaran katholik .
ZBA memasuki gerbang kota tua itu melewati jambatan Saint Benezet diatas Sungai Rhone menuju istana Pope "Palais des Papes". ZBA amat kagum melihat bangunan kuno tetapi kukoh dan memppunyai ruangan yang luas serta dekorasi yang cantik dan indah.
Beberapa peninggalan sejarah disini adalah dibawah kawasan warisan dunia oleh UNESCO. Seperti, Kota Avignon, Palais des Popes, Rocher des Doms termasuk Jambatan Saint Benezet.
FINDING THE BEST INSPIRATION ABOUT AVIGNON
No comments:
Post a Comment