Friday, 22 June 2012

FRANCE PONT DU GARD

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum,


Cuaca   berada  dalam  sekitar  16C, ZBA meneruskan  perjalanan  menuju Pond   Du  Gard  (France)  daripada Barcerlona  (Spain).  Kami back trek mengambil  jalan   kembali   ke Arles dan  membelok  ke  Pond  Du  Gard.  Perjalanan mengambil masa dua  jam dengan jarak  141  km.Dikiri   kanan jalan tanah pamah yang  luas  dengan berlatar   belakangkan   pergunungan yang     diseliputi     salji.     Terdapat banyak juga kilang-kilang perusahaan dan    ladang-ladang    anggur    serta buah-buahan yang lain.

                                                Pertama kali setelah melangkaui beberapa negara Eropah ZBA mendapati satu kelainan yang sepatutnya diamalkan diNegaraKu.  Disebuah tol di France, mereka tidak menggunakan juruwang semasa memungut bayaran tol malah semuanya dengan finger tips. Semua pemandu kenderaan membayar dengan menggunakan mesin yang disediakan samaada dengan wang kertas, syling atau credit card.  Canggih dan didapati amat mudah daripada yang diamalkan diNegaraKu.  Tiada kesesakan malah kenderaan berjalan lancar dan tiada queing dibelakang sebagainana kita lihat di tol-tol pemangsa jalan raya di engara 1M.

Menjelang tengahari, dengan cuaca agak panas tetapi masih memerlukan jecket,  ZBA memasuki kota lama Pont Du Gard.  yang merupakan sebuah jambatan saluran air (Aqueduct bridge) sejak zaman Romawi kuno yang merentasi Sungai Gard (Gard River) di selatan France.  Dari jauh kelihatan ibarat tembok besar sebuah jambatan unik, tinggi dan kukuh  merentangi Sungai gard.



Pont Du Gard adalah merupakan sebahagian daripada 50 km pintu saluran air pembinaan zaman kuno yang mengalirkan air daripada Uzes menuju Nimes di selatan France.  Terletak di Vers Pont Du Gard berdekatan Remoulins.  Pintu  saluran air ini dibangunkan oleh bangsa Romawi yang kretif pada abad pertama sebagaimana tercatat dalam catatan pendaftaran UNESCO sebagai status warisan dunia pada tahun 1985.



Mencactatkan sebagai sebuah pintu jambatan air zaman Romawi tertinggi dan tercanggih setelah Aqueduct of Segovia dalam kelas sezamannya.  Memiliki tiga tingkatan lingkungan pada paras ketinggian 48.4 m dan dapat menyalurkan bekalan air sekitar 200 juta liter setiap hari kepada warga setempat Names dan kawasan sekitarnya.  Sebuah peninggalan sejarah yang menakjubkan dan lokasi ini wajar untuk dilawati bagi mengambil iktibar daripada manusia dizaman tersebut atas kejayaan mereka  menghasilkan idea untuk pembinaan Pont Du Gard yang masih utuh sehingga kehari ini.

Bagi melihat kedudukan monument ini dari dekat, kita harus berjalan kaki untuk satu perjalanan melintas jambatan dan berahir di seberang daripada perjalanan asal.  Kekaguman memang terserlah bagi mana-mana pelancung  yang telah melihat dari dekat Pont Du Gard.





Le Pont Du Gard Map



Aku keletihan sebelum meninggalkan Pont Du Gard.



Bonsai disebuah taman di Le Pont Du Gard





No comments:

Post a Comment