Monday, 16 July 2012

LIECHTENSTEIN QUEEN COUNTRY

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum,

Liechtenstein sebuah negara kecil ditengah-tengah Benua Eropah.  Bersempadan dengan Switzerland dan Austria.  Merupakan negara terkecil selepas Vetican City di Rome dan keenam terkecil didunia. Dipisahkan dengan  Sungai Rhine dan lebuhraya diantaraNya dan Switzerland.  Diperintah oleh seorang  Queen yang dikatakan mempunyai kuasa veto didalam semua hal pentadbiran.  Ibu negaranya ialah Vaduz dan mempunyai kepadatan penduduk seramai  36,000 orang dan menggunakan Bahasa Germany sebagai bahasa rasmi.  Tidak sebagaimana negara Eropah yang lain mereka  menggunakan matawang Swiss France dalam urusniaga harian.  Ekonominya bergantung kepada perniagaan dan selebihnya pertanian.  Sebuah negara "Neutral"   dan tidak mempunyai perkhidmatan ketenteraan kecuali 87 anggota polis dengan dibantu oleh 38 anggota awam bagi menjaga ketenteraman awam.  Mencatatkan sebagai negara paling aman didunia dari segi kesalahan jenayah.

Diawal pagi kami telah bersiap-siap untuk meninggalkan Switzerland menuju Liechtentein.  Perjalanan kali ini menempuh jalan berliku dari lembah Swiss Alps dengan naik turun bukit dan lurah.  Pertama kali ZBA menempuh jalan sebegini sejak berada di Eropah.  Walau bagaimana pun kami melalui satu pengalaman menarik yang tidak terdapat dimana-mana negara setakat yang pernah ZBA lawati.  Keindahan pemandangan.  Cantik  dan menakjubkan. Terpesona    melihatnya.
Allah mencipta satu-satunya yang unik untuk raayat Switzerland khasnya dan dunia amnya.  Dalam hati ZBA, benarlah kata Allah sebagaimana tercatat dalam Surah Al-Ankabut Ayat 20.
Perkongsian pengalaman.  Sepertimana ZBA ceritakan dalam blogs ZBA sebelumnya berhubung "Secret Air Base" di Switzerland,  disini  tiga lagi gambar  dipaparkan.  AFB ini dibina dilembah diantara dua gunung dan bersebelahan sebuah sungai. Tersorok dan sungguh strategik.













Akhirnya kami sampai ke Liechtenstein jam dua belas tengahari dan kami memasuki ibu kota Vaduz untuk lawatan singkat disamping lunch break.  Kami mengambil masa tiga jam bersiar-siar di kota kecil ini sebelum meneruskan perjalanan ke Munich, Germany.  Sebelumnya dimaklumkan serba sedikit bahawa, untuk sampai ke Liechtenstein, kami juga melalui pemandangan sangat cantik berlatar belakangkan pergunungan Alps serta lanskap yang bersih dan indah.
Jalanraya tiga lorong melancarkan perjalanan kami dengan dikiri kanan jalan ditanam tanaman pine yang berbaris dan tersusun.  Ladang-ladang yang luas dan sekali  sekala kelihatan ternakan lembu dan bebiri yang sedang meragut rumput dikehijauan padang.     Kebanyakan rumah-rumah mereka dibina daripada logs dan dipasang solar untuk menjana kuasa daripada panas matahari.  
Satu yang menakjubkan dan pertama kali ZBA mengalami pengalaman  ini.  Melalui sebuah terowong berliku, cantik dan kemas sepanjang 6,718 meter  bersamaan 6.7 kilometer dengan selesa dan selamat. Raayat didahulukan dan keselamatan diutamakan.









Dalam perjalanan ke Munich, gambaran keadaan muka bumi adalah sama dan ZBA memasuki Germany untuk kali yang kedua melalui Munich dimana sebelum ini ZBA melalui Amsterdan ke Berlin dan Dresden sebelum memasuki Czech Republic.  Sebelum tiba di Munich ZBA singgah di sebuah kem tahanan Nazi yang dikenali sebagai Dachau Concentration Camp terletak 15 km daripada Munich.  


www.zainaltobiaktravel.blogspot.com

No comments:

Post a Comment