Friday, 6 July 2012

SWITZERLAND JUNGFRAU

Dengan Nama Allah yang Pemurah lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum,

Masih terasa keindahan dan kesejukan di Geneva.  ZBA melangkah pergi menghampiri bandar Winderswil.  Bandar yang berhampiran dengan Interlarlaken (Bandar diantara dua tasik) dimana kami dijangka menghabiskan masa 3H/2M bagi menikmati keindahan Swizerland sebenar dan berada dipuncak tertinggi Eropah dikenali sebagai Jungfraujoch.

Pemanduan ditanah tinggi Switzerland.  Tetapi tidak terasa mendaki atau menurun.  Jalan dua hala empat lorong yang tercantik pernah ZBA lihat. Melalui tepian tasik yang indah dan kawasan pergunungan disebelah.  Mengalir air membiru dari sungai memasuki tasik.  Kedamaian terasa dengan pemandangan rumah-rumah kayu (Logs) beserta senibina dan seni taman yang mendamaikan.  Kami menuju Zurich.

35 km sebelum Zurich, kami melalui dua terowong yang panjang setiap satunya 3 km dan yang satu lagi 4 km.  Kerana kecanggihan pembaca tidak akan terasa perbezaan sama ada berada didalam atau diluar terowong kerana kelajuan yang dibenarkan adalah sama 120kmj.  Dari sini Kami mulai terasa melalui kawasan jalan raya berliku dan melintasi kawasan tanah pamah yang lapang  menghijau dengan ternakan bebiri yang berlatar belakangkan gunung-ganang bersalji.


20 km  menghampiri  Zurich,  kami  masih  lagi  berada  dikawasan  berbukit  yang  berlatar     belakangkan 
pergunungan bersalji memutih  dan kawsan ragut  menghijau.  Switzerland  selain terkenal sebagai hub kewangan antarabangsa juga memperlihatkan sebagai negara pertanian dan juga ternakan.  
                                       


             Gambar-gambar ini diambil setelah ZBA menghampiri bandar Winderswill     dikaki     pergunungan    Swiss     Alps      di Switzerland.
zainaltobiaktravel.blogspot.com 










Ini pula ialah rumah-rumah  tradisional masyarakat Switzerlad yang dibina daripada logs yang amat kukuh dan cantik.  Binaanya seakan akan rumah Melayu tradisional diNegaraKu.



Gambar kapalterbang buruk ini hanya sebagai hiasan.  Apa yang ZBA nak kongsi pengalaman disini ialah bagaimana Kementerian Pertahanan Switzerland membuat perancangan keselamatan mereka.  Sungguhpun mereka sebagai "Peace Country" tetapi disegi keselamatan adalah priority.  Tidak ada toleransi demi keselamatan raayat tercinta.  Pembaca boleh lihat sendiri bagaimana mereka membina sebuah lapangan terbang ketenteraan tetapi tiada kelihatan jet-jet pejuang diatasnya.  
Lapangan Terbang terbentang luas, panjang, hebat dan  canggih.  Tetapi, semua kelengkapan ketenteraan mereka termasuk jet-jet pejuang  berada dibawah tanah dan tidak dapat dilihat sekiranya kita berada didaratan mahupun dari udara.  DiNegaraKu, pesawat pejuang yang dikatakan canggih dan terkini, berjemur panas dan hujan dan bersidai dilandasan seolah-olah untuk tuntunan umum.  Dalam kata lain, keselamatan bagi kita adalah keselamatan pada nama yang digembur-gemburkan oleh publisiti murahan.


Dikedinginan petang ZBA sampai di Winderswil dan kami menginap disebuah hotel berbintang tiga kepunyaan seorang peluncur salji terkenal Switzerland dilereng pergunungan Alps.  Cuaca amat sejuk dan nyaman serta boleh berubah dalam sekelip mata.   Winderswil terletak 6 km daripada bandar utama Interlarken yang diapit oleh dua buah  tasik iaitu Brienzersee dan Thunasee sebagai bandar pentadbiran dan perniagaan setempat.
Top of the world.  Sememangnya top dan tiada perbandingan yang dapat digambarkan dengan kata-kata.  Keindahan dan kecantikan yang Allah anugerahkan kepada raayat Switzerland.  Malah mereka pula satu bangsa yang amat menghargai alam dan kecantikannya.  Memelihara dan terpelihara dengan baik sepanjang zaman.  Menaiki Jungfrubahn adalah satu kemestian kepada sesiapa yang melawat Switzerland jika tidak seolah-olah tidak sempurna mengunjungi atau melawat Switzerland.

Tiada ada jalan pintas untuk kesana melainkan pengangkutan ketetapi dan keretapi bukit yang satu-satunya disediakan.  tambang agak mahal tetapi kepuasan adalah paling utama.  Harga tambang ialah SF 150 atau bersamaan hampir RM 500.00 pulang pergi.  Perjalanan mengambil masa dua jam dan tiga puluh minit dengan tiga kali bertukar keretapi.  Fasa pertama keretapi biasa daripada Interlarken atau Wilderswil (584m) keperhentian pertama Lauterbrunnen (790m).

Bertukar kepada keretapi  bukit daripada Lauterbrunnen ke Kleine Scheidegg (2063m) dan terahir sekali  daripada Kleine Scheidegg ke puncak Jungfraujoch (3454m).  Perjalanan keretapi ke Jungfraubahn dibuka pada August 1912 dan ketika kunjungan ZBA bermakna ulangtahun  ke 100 perkhidmatan keretapi ke Jangfraubahn.  Dianggarkan  hampir 765,000 pelancung setiap tahun mengunjungi Jungfraubahn yang merupakan stesyen keretapi tertinggi di Eropah.  

Jarak diantara Kleine Scheidegg ke Jungfraubahn ialah 12 km dimana  setengah daripada perjalanan  adalah  melalui terowong.  Sebelum sampai dipuncak, keretapi   akan berhenti didua perhentian selama 10 minit setiap satu untuk memberi peluang kepada pelawat keluar menikmati pemandangan yang menakjubkan didua view point yang disediakan.  Sekiranya kita bernasib baik dimana cuaca terang, kita akan dapat melihat sejauh ke Peranchis dan Germany dari Jungfraujoch. 
Mengikut catatan, dua pertiga daripada pelancung yang melawat Jangfraubahn ialah  daripada Asia  khususnya daripada China.  

Selain keretapi, gondola merupakan perkhidmatan khusus dikawasan-kawasan pergunungan yang curam.  Dibandingkan kos,  perkhidmatan gondola adalah lebih mahal dibandingkan  dengan keretapi.  Manakala perkhidmatan jalanraya adalah terhad dikawasan rendah sahaja.

                                                  

Perkongsian           Pengalaman.                                             
Mohon diingat dan jangan terlupa sekiranya ingin berkunjung ke Jungfraujoch, pembaca dingatkan agar tidak ketinggalan membawa Sun Glass.




















WWW.JUNGFRAU.CH

No comments:

Post a Comment