Wednesday, 18 July 2012

GERMANY MUNICH

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum,

Selepas dua jam melawat Dachau Concentration Camp dengan seribu kenangan pahit mengenangkan kisah kezaliman zaman silam demi untuk mempertahan kuasa.  Itulah lumrah manusia dari dahulu sehinggalah kini.  Apa sahaja dilakukan malah kekadang tiada termasuk dalam akal fikiran manusia itu sendiri.  

 DiNegaraKu  dewasa ini perkara yang sama berlaku.  Individu dipenjara, disiksa, divediokan, dihina, ditohmoh sama ada secara fizikal atau mental untuk mempertahankan kekuasaan yang rakus.  Apapun lagi banyak yang dicacaikan oleh mediamasa cetak dan elektronik, semakin hari semakan terserlah kebenaran yang selama ini berada dibelakang tabir.  Pekung dihati,  hakikat dan kenyataan makin dihalusi oleh otak yang berfikiran disamping kepercayaan kepada kepercayaan   agama     yang    dianuti.
  
Insyaallah, Allah akan senantiasa memakbulkan doa hamba-hambanya yang dizalimin.  ZBA memasuki Bandaraya Munich dalam perjalanan dua puluh minit dari Dachau.  Nampaknya kami tidak mempunyai banyak masa selama berada di Munich.  Waktu sekarang menunjukan  jam 5 petang tetapi suasana seakan-akan selepas maghrib.  Selepas checkin, kami keluar untuk makan malam disebuah restoran terkenal di Munich. 

                                                                                     
Selepas makan malam, ZBA sempat juga merayap sekitar Bandaraya Munchen yang merupakan bandaraya ke 15 terbaik dunia disegi ekonomi dan sosial. Dikenali sebagai Financial dan Publishing Hup serta bandar Teknologi Canggih dan digelar sebagai "World most liable city".  Jika pembaca mengenali BMW, maka Munich ialah tempat dimana kenderaan canggih tersebut dinina.     Penduduknya berbilang bangsa dan keturunan.  Ramai pendatang daripada Turkey, Afrika dan Asia bermastautin disini.




Pada tahun 1972, Munich telah dipilih sebagai tuan rumah Sukan Olympik musin panas.  Satu kebanggaan bagi mana-mana negara didunia yang terpilih bagi menganjurkan sukan berprestiq setiap empat tahun sekali itu.  Persiapan dengan keselamatan paling rapi pernah diadakan.

Dua Gambar Perkampungan Olympik Munich



Walau bagaimana pun dengan izinNya, raayat Pelastine dengan bangganya telah berjaya membolosi keselamatan sedia ada dan mengejudkan dunia.  Pelastine bangkit dengan imej tersendiri demi menyelamatkan maruah negaranya daripada kekejaman Israel dan kuasa besar dunia ketika itu.

Mereka bertindak dalam batas kemanusiaan dan menyedarkan dunia bahawa Pelastine masih ujud dan ingin bebas sebagaimana negara-negara lain didunia menikmati kebebasan.  Akhirnya Israel akur dan dunia amnya akur dan sedar bahawa  pelakuan sumbang mereka selama ini bukanlah satu kejayaan mutlak disebalik tindakan "Black September" memasuki perkampungan Olympik Munich.











                                                                                                                                                                                   Perkongsian pengalaman.  Sebagaimana dimaklumkan bahawa Munich mempunyai hampir 40% warga migran  luar daripada negara Eropah, adalah tidak keseorangan jika  kita berada disini.  Dimana sahaja sahaja kita boleh menemui saudara se Islam dengan mudah.  Bagi lelaki senang dikenali dengan pakaian songkoknya dan bagi wanita dengan hijab dan bertudung.  Alhamdulillah.  Makanan halal tidak menjadi masalah hanya pilihan terletak kepada citarasa pembaca sendiri.
Sepengamatan ZBA dimana-mana sahaja di Munich terdapat peniaga-peniaga Islam menjalankan perniagaan dan bukan tertumpu sahaja kepada restoran makanan malah serba serbi kedai-kedai keperluan harian.  Sesungguhnya kaum pendatang telah membina komuniti yang kukuh di Munich tidak sebagaimana orang-orang Melayu majority diNegaraKu yang masih menjadi penghulur tempurong memohon subsidi dari penguasa.  Dengan tempurung ditangan inilah menyebabkan mereka malas dan tiada mempunyai jatidiri untuk bersaing.

Munich terkenal dengan No 1 beer in the world.  White wine dan apa jenis segala bapak wine terdapat disini.  Kepada kaki-kaki peminum, tulisan ini bukan untuk menggalakkan malah sebagai menerangkan keistimewaan Munich itu sendiri.

Barangan keperluan harian serta kos makanan di Munich adalah sederhana jika dibandingkan dengan bandar-bandar besar lain di Eropah. Barangan kulit dengan reka fesyen terkini dijual dengan kadar harga mampu milik.  Supermarket menjadi model bagi mendapatkan keperluan harian secara borong dengan harga termurah.

Semalaman di Munich bukanlah satu masa yang panjang.  Namun apakan daya demi masa,  ZBA meninggalkan Bandaraya Munich menuju St Goar dan seterusnya Boppard.





OFF WE GO !



No comments:

Post a Comment