Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani
Assalamualaikum,
Dari Dover untuk sampai ke London memakan masa satu jam lagi. ZBA sampai didestinasi terahir kami di Canada Water. Kami bersalaman dan mengucapkan selamat jalan kepada kekawan yang lain. Terasa kesedihan namun pengembaraan berahir sudah. Bagi ZBA, see you all again on Facebook, email and Blogs.
Assalamualaikum,
Hari terahir dibenua Eropah. ZBA dan kekawan sempat membuat satu round perpisahan melihat semula tempat-tempat bersejarah di Kota Paris sebelum menuju Pelabuhan Clais. Teraut diwajah kekawan lain kami akan berpisah apabila sampai di London petang nanti mengikut destinasi masing-masing.
Seribu pengalaman dibawa pulang untuk dicatatkan sebagai hidangan kepada pengembara lain. Pada pembaca sekalian, ZBA memohon jika anda dari kalangan yang membuat dasar silalah membuat pertimbangan untuk kemajuan masa depan negara.
Walau pun ada disini sedikit sindiran, jadikanlah satu iktibar. Sindiran bertujuan untuk membina dan jauh sekali daripada perasaan hasad dan dengki. Banyak sekali yang dapat kita pelajari daripada kemajuan Bangsa Eropah jika kita betul-betul pandai menilai dan menghayati untuk kita pulang dan membuat perubahan di Negara sendiri.
Walau pun ada disini sedikit sindiran, jadikanlah satu iktibar. Sindiran bertujuan untuk membina dan jauh sekali daripada perasaan hasad dan dengki. Banyak sekali yang dapat kita pelajari daripada kemajuan Bangsa Eropah jika kita betul-betul pandai menilai dan menghayati untuk kita pulang dan membuat perubahan di Negara sendiri.
Kenderaan kami terus menuju Clais dalam hujan renyai-rengai. Lebuhraya seiring dengan trek keretapi laju yang merentasi Eropah. ZBA kerap kali berselisih dengan keretapi laju yang meluncur tiga kali ganda laju dari kenderaan dijalanraya. Berdesup sampaikan tidak sempat untuk mengambil gambar. Dalam hati, canggih dan pengembaraan berikutnya pasti keretapi menjadi pilihan.
Sesampai di Pelabuhan Clais, ZBA mengikuti prosidur biasa imigration untuk memasuki UK. ZBA banyak disoal siasat hampir 10 minit baru dilepaskan. Walhal kami sebelum ke Eropah adalah dari UK sendiri. Bermacam soalan diajukan sehinggakan kepada soal pekerjaan sebelum bersara. Kemungkinan kerana temasya Olympik, mereka harus berhati-hati tentang keselamatan. Apa pun ZBA ucapkan terima kasih kepada mereka kerana menyempurnakan amanah dengan jujur. Bukan main pakai hentam sahaja sebagaimana ZBA selalu lihat diNegaraKu di KLIA atau LCCT.
Perjalanan dua jam dari Clais ke Dover, UK melelapkan ZBA sekali sekala kerana terlampau mengantuk. Satu pengalaman disini dimana ZBA pertama kalinya dapat melihat Submarine belayar bersebelahan ferry. Canggih dan dalam hati mungkinkah ini pelayaran Scopeon daripada negara 1M.
Hello, My Friend from All Over the world. New Zealand, Australia, Indonesia, Filipina, Singapore, Malaysia, India, Columbia, United States, Canada, UK
No comments:
Post a Comment