Friday, 20 July 2012

FRANCE PARIS

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum,

Kali kedua memasuki France.  Kali ini dari Luxembourg dan terus ke Kota Paris.  Bonjour.  Perjalanan atas carpet.  Lebuhraya dua/tiga lorong lurus dan selesa.  Carpet disini bermaksud tanah rata sejauh mata memandang. Ladang gandum, anggur dikiri kanan lebuhraya.  Ketika ini tanaman gandum menghijau baru separas sekaki dengan bumi.  Tanaman bunga yang menghasilkan minyak masak menguning dan menunggu masa untuk dituai.


Diladang anggur pula tunas dari paras yang dipotong telah mula menjalar keluar. Tanah kosong yang baru dibajak  bewarna hitam dan sedia untuk ditanam.  Tiga warna menggambarkan kecantikan lanskap perjalanan ke Paris.  Hijau, kuning dan hitam.  Ratusan hektar ladang terhampar bagaikan permaidani.  Jika dikatakan lanskap di Germany lebih cantik, cantik lagi di Peranchis.

    Tol Plaza  Collection Mechine


Almaklum selama ini buah anggur saja yang dijamah tetapi bagaimana pokoknya entah, tidak pernah kita selidiki.

 Sebenarnya pokok anggur bukanlah dibiarkan menjalar sebagaimana kita lihat di Cameron Highland.  Sehabis hasil dituai, semua pokok-pokoknya akan dicantas rantingnya  dan meninggalkan batang sahaja tercacak.  Tingginya dari paras bumi lebih kurang 3 kaki.  Kelihatan hanya tunggul-tunggul  hitam berbaris tersusun terpacak diladang yang sayup mata memandang.  Anggur berbuah mengikut musim. Ketika sampai musim, tunggul-tunggul pokok tadi akan mula mengeluarkan puluhan tunas-tunas baru dan dan menjalar. Tali dipasang bersambung diantara pokok ke pokok.  Ranting-ranting akan menjalar diantara satu pokok dengan pokok-pokok yang lain dan seterusnya.  Dan apabila pokok menjadi matang,  lanskap akan berubah. Tunggul yang tadinya terpacak, seolah-olah menjadi  tongkat kepada ranting-ranting yang menjalar bersama daun yang menghijau subur. Berbuah dan dituai untuk dijadikan wain dan buah segar dipasarkan keseluruh dunia.  ZBA dimaklumkan bahawa anggur akan berbuah dan masak dan sedia dituai selepas genap usia 8 bulan.


Tiga jam berikutnya ZBA sampai di Paris.  Kami dikejutkan dengan pertama kali terperangkap dalam kesesakan jalanraya di Eropah.  Satu jam lagi menghabiskan masa diatas jalanraya.  Rupa-rupanya ini gara-gara kemenangan Presiden baru Perancis dalam pilihanraya presiden yang baru berlalu.  Meriah, dengan  raayatnya keluar ke Kota Paris  menyambut dengan penuh kegembiraan.  Secara kebetulan pula diNegaraKu ketika ini baru sahaja habis perhimpunan "Bersih 3" yang juga meriah tetapi penuh dengan kontraversi termasuk fatwa-fatwa yang belum pernah didengar selama ini.

Di Paris jauh sekali perbezaannya.  Kuasa ditangan raayat.  Mereka membuat perubahan demi kebaikan  dan jenerasi mereka.  Mereka maju kerana bersikap terbuka dan bertoleransi.  Mereka mengamal demokrasi bukan otokrasi sebagaimana digambarkan oleh NegaraKu. ZBA bersama mereka dimalam hari di Kota Paris.  Mereka bebas sekali berbuat apa saja dijalan-jalan raya.  Pihak keselamatan akan membantu apabila ada kesukaran. 


 Pakaianseragam mereka lebih canggih tetapi diraut muka wajah mereka penuh dengan senyuman manis.  Mereka sebenarnya Pasukan Keselamatan yang menjaga keamanan dan bukannya berlagak dan berkuasa segala-galanya, "Akulah raja dari bapak kepada segala undang-undang".  Tidak.  Mereka professional dan mesra raayat.  Saling membantu jika terdapat kesukaran atau menolong mempermudahkan perjalanan perhimpunan pada malam tersebut.  

Satu gambaran yang wajib dijadikan contoh bagi pasukan keselamatan diNegaraKu.  Mereka sebenarnya memegang amanah raayat dan bukannya menjadi musuh atau menjadi anjing yang semata-mata mentaati  tanpa maruah dan agama.


Sebelum menceritakan tentang  Kota Paris,  diatas ZBA menyiarkan sebuah gambar yang diambil disebuah plaza tol di Peranchis.  Plaza tol diatas kelihatan tenang dan tidak kenderaan yang meliwatinya.  Sebenarnya plaza tol ini didirikan disebuah lebuhraya yang sibuk dengan kenderaan.  Walau bagaimana pun di Eropah khususnya,  tiada  langsung kelihatan kesesakan di plaza tol.  Lihat bagaimana mereka merancang dan menggunakan system tercanggih tanpa bantuan manusia.  Perkara yang sama seharusnya dipelajari dan dipraktikan diNegaraKu.  Ini tidak.  Setiap petang Jumaat dan hari sebelum dan selepas menjelang perayaan kenderaan berbaris 2 @ 3 km semata-mata untuk melepasi dan membayar tol. Sering juga diperhatikan kepada pemandu-pemandu diNegaraKu mereka tidak ada perancangan perjalanan. Sesampai di plaza tol barulah terhegeh-hegeh , macam orang hendak mampus menyeluk poket tercari cari wang untuk membayar tol. 

 Jika seorang mengambil masa 1 minit menyelok poket dan 1 minit petugas menyelesaikan urusan kounter, bermakna setiap kenderaan mengambil masa 2 minit untuk satu transaksi. Bagaimana kalau kenderaan berbaris 3 km dibelakang.  Mulalah sipelesit timbul dilaluan kiri memotong Q.  Hakikatnya dimana orang-orang yang berkenaan  SPAD dan LLM yang ditugaskan untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pengguna.  


Apa maknanya membayar tol yang tinggi kalau menempuh perjalanan yang tersekat-sekat dan tidak selesa.  Mereka harus belajar bekerja keras dan diberi pendedahan secara praktikal mengkaji dan menyelesaikan masalah.  Bukannya bergaji buta dengan segulung ijazah yang tidak membawa pengertian  dan  manfaat.  Jangan jadi  bodoh  sombong  dengan perkataan "We are No 1 in the world". 1M.
  
First impression ketika memasuki Kota Paris.  Kotor cuma sedikit lebih baik daripada 1M.  Raayat France berbilang bangsa dan keturunan tetapi fasih bertutur dalam bahasa France sahaja.  Penampilan petroatik kepada bangsa dan negara sendiri, walaupun tidak pernah menyoal asal keturunan dan dari mana daerah kedatangannya.

Dikesempatan petang yang masih ada, ZBA sempat  juga merayap sehingga kemalam.  Sebenarnya tidak sabar untuk melihat apa yang dicerikan oleh kekawan tentang keindahan dan kecantikan Bandaraya Paris.  Puluhan gambar-gambar juga dirakamkan dalam cuaca yang mendung ibarat akan adanya hujan pada malam nanti.  Pulang ke hotel dalam keletihan dan selepas solat, Paris aku tinggalkan sementara diatas bantal.


 Bonjour Paris


Rasa          tidak sabarnya     ZBA untuk  merendek di Kota Paris.  

Besok pagi-pagi lagi         selepas sarapan       pagi dengan berbekalkan metro tiket Euro 9, aku meredah semula Kota Paris untuk melihat   dengan   lebih  dekat   dan  terperinci.  Satu   persatu   tempat bersejarah ZBA kunjungi. 

Letih kaki naik turun Metro tetapi puas untuk   dengan   apa  yang   selama  ini diidamkan.  Ratusan    gambar-gambar menarik   dirakamkan  selama   3H/2M disini.  Bergaya sakan  walaupun  Lens Camera 18 - 55mm ZBA telah buat hal.  Auto    focus     out    of   order.  Paris bandaraya  antara   bangsa.  Makanan Halal terdapat dimana-mana. Harganya berpatutan.       Kunjungi     supermart kerana lebih pilihan dengan harga yang  lebih   menjimatkan.    Paling   best   di Paris makan  Roti   Peranchis   dengan sardin. Tetapi sardinnya pula mahal.


Bagi mengenalpasti tempat-tempat bersejarah, tempat-tempat menarik kunjungan pelancung,  ZBA syorkan kepada pembaca agar menyemak daripada laman-laman web berhubong Paris.  Jika ZBA tulis sememangnya tidak berbaloi kerena semakan dari hasil laman web lebih bermanfaat.  Oleh yang demikian dari ZBA pembaca akan hanya digambarkan melalui gambar-gambar yang dipaparkan.  Walau begitu jika mahukan secara terperinci sila buat komen dilaman ini.






Gambar dibawah ini adalah special case.  Mungkin pembaca masih ingat satu tragedi yang menggegarkan dunia berlaku di Kota Paris.  Seorang ibu kepada pewaris tahta kerajaan Britain telah dikuburkan diterowong ini.  Beliau meninggal dunia bersama anak jutawan yang beragama Islam dalam satu kemalangan yang amat mengerikan.  Tiga jasad hancur berkecai bersama kereta mewah diterowong ini selepas pulang daripada makan malam.

Jika tidak mungkin satu hari nanti bakal tahta kerajaan Britain ialah seorang putra yang mungkin ibu berugama Islam.  Tetapi takdir Allah mentukan segala-galanya.

Sedikit tentang terowong ini.  Terletak dilaluan bawah tanah  melintasi Aifel Tower yang masyhur dan terkenal.  Laluan empat lorong dan tengah-tengahnya divider dan panjangnya sekitar 50 meter dan lurus memanjang.



Disudut akal kenderaan di Paris bukanlah selaju di Germany malahan dalam bandar.  Tetapi bagaimana kenderaan yang dinaiki Al-Fayed dan Puteri Diyana boleh hancur berkecai menjadi satu persoalan yang tidak terungkai sehingga kini.  Berikut adalah Dua Gambar rakaman gambar  dimana kedua-dua mereka menghabiskan makan malam bersama sebelum tragedi yang tidak disangka-sangka menimpa mereka. Satu kejadian mistri dalam kenangan.



3H/2M puas sudah ZBA menyelongkar Kota Paris.  Besok akan bertolak ke UK bagi menamatkan satu circle di Eropah.  Sedih Kota Paris akan memisahkan kami dengan dua kekawan dari Singapura yang kebetulan ikut serta daripada Rome, Italy.

MERCI AND AU REVOIR PARIS



No comments:

Post a Comment