Assalsmuslsikum,
Geneva masyur sebagai kota
pelancungan dan perdamaian manakala Zurich pula dikenali sebagai kota business dan commersial terkenal didunia.
Geneva sebuah bandar berhadapan sebuah tasik yang luas dengan binaan sebuah pancutan air yang senantiasa memancutkan air menjulang tinggi dan mengalir sebuah sungai yang jernih airnya. Keretapi dan trem menjadi pengangkutan utama bandar disamping perkhidmatan bas yang efishen.
Keseluruhannya dikawasan tanah tinggi adalah ladang dan kawasan ternakan. Sama ada didaerah France mahu pun selepas memasuki Swizerland, lebuhraya amat menakjubkan sekali.
Inilah yang sepatutnya digelar bertaraf dunia bukannya Lebuhraya Utara Selatan dengan ratusan tol plaza kebanggaan NegaraKu. Jika dibandingkan dengan mereka, lebuhraya 1M adalah katogeri third class.
Memasuki sahaja sempadan Switzerland pemandangan ketara berubah. Kawsan pergunungan dengan lurah dan bukit, tasik dan paya menambahkan lagi kecantikan pemandangan.
Pepohon rhu ditanam berbaris-baris diselangi padang ragut dan air terjun dari kecairan salji dan mengalir air membiru dari sungai-sungai dibawahnya. ZBA melewati Geneva tengah hari waktu tempatan. Cuaca mendung berkabus dan hujan renyai-rengai menyambut kedatangan kami ke Geneva. Kami menghabiskan masa sekitar 3 jam untuk memusing keliling melihat bandar Geneva disamping makan tengahari.
Geneva juga bandar berbilang kaum malah lebih ketara dari tiga bangsa diNegaraKu. Kebanyakan mereka menjalankan perniagaan runcit dan restoran. Bagi penganut Islam, Geneva menjanji makanan halal berada dimana-mana. Sungguhpun mereka salah satu negara EU namun Switzerland masih menggunakan matawang Swiss France sebagai identiti tersendiri. Swiss France adalah lebih kecil sedikit dibandingkan dengan Euro.
Seringkali kita mendengar orang kaya-kaya menyimpan wang mereka di Swiszerland tanpa sesiapa pun boleh ekses kepada akaun mereka walaupun sebesar mana kuasa yang ada. Mungkin juga ramai dikalangan raayat negaraKu menimpan secara menyorok wang disini. Siapa tahu, itu hak mereka cuma jangan melibatkan harta dan kekayaan negara.
Kita juga sering terdengar banyak perjanjian melibatkan negara yang bersengketa dimetrai di Geneva. ZBA berkesempatan melawat Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Geneve. Dipagari dengan ratusan bendera negara-negara dunia yang menganggotainya. Didepannya sebuah kerusi gergasi dikelilingi pancutan air tersergam indah sebagai simbolik. Sesungguhnya kerusi gergasi tersebut mempunyai tiga sahaja.
Selepas menghabiskan masa melawati Pejabat PBB, ZBA meneruskan perjalanan ke Jungfrau yang terkenal diseluruh dunia di Swiss Alps.
FOLLOW THE SNAIL TRAIN
No comments:
Post a Comment