Assalamualaikum,
Kebanyakan kedai di Germany dibuka mulai jam 10.00 pagi sehingga 5.00 petang. Ketika ini jam 05.30 pagi sudah terang benderang dan jam 9.00 baru memasuki waktu maghrib (Summer). EU seolah-olah sebuah keluarga besar yang hidup aman damai. Numbor pendaftaran kenderaan mereka semuanya sama tetapi yang membezakan diantara negara ialah cuma kod diawal number pendaftaran. Keseluruhan kereta EU adalah dari kenderaan tempatan yang canggih khususnya buatan Germany diikuti France dan Italy.
Kenderaan luar yang menjadi saingan kecil ialah kenderaan dari Jepun seperti Toyota, Honda dan Mitsubisi, manakala sebilangan kecil Hundai daripada Korea Selatan. Harga minyak adalah berbedza mengikut tempat. Keseluruhan diantara Euro 1.61 - 1.90. Murah jika dibandingkan NegaraKu sebagai negara pengeluar minyak berdasarkan kepada pendapatan penduduk Germany.

kenderanan daripada Germany. Satu lawak jenaka tetapi tiada yang ketawa mendengarnya.
Perjalanan menuju St Gour, kami banyak dihidangkan dengan pemandangan indah Sungai Rhine. Sungai Rhine mengalir daripada Pergunungan Alps di Switzerland melintasi French, Germany dan Natherland sepanjang 1,233 km.
Merupakan nadi utama pengangkutan sungai di Germany. Manakala bandar-bandar seperti Cologne, Frankfrurt, Rudeshieim dan Koblenz di Germany terletak bersebelahan Sungai Rhine. Airnya jernih dan sedikit pun tiada pencemaran dilihat sepanjang perjalanan. Diapit dikedua-dua belah sungai ialah jalanraya dan landasan keterapi.
Dari hotel penginapan ZBA yang bersebelahan Sungai Rhine, pembaca boleh melihat setiap lima atau sepuluh minit ada sahaja keretapi atau kapal-kapal pengangkut bertali arus hilir mudik melintasi bandar Boppard.
Tepat jam 6.00 petang ZBA sampai di Bopphard dan kami menginap di Hotel Rhinelu. Keesokan paginya kami bertolak ke Luxemburg. Sebuah negara kecil bersempadankan German, France dan Belgium.
DISCOVER AND EXPLORE
No comments:
Post a Comment