Friday, 25 November 2011

MYANMAR LAND OF THOUSAND PAGODA

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum,

YANGON

Kuala Lumpur - Yangon mengambil masa dua jam penerbangan dengan pesawat Airbus 320.  Penerbangan sebelah petang dengan cuaca panas dan terang menampakkan pemandangan yang indah dari udara pada ketinggian 35,000 kaki.  Melintasi Pulau Pinang, Phuket dan memasuki Delta Mekong yang luas terbentang dengan sawah-sawah padi bagaikan padang jarak padang terkukur dan ditengah-tengahnya berliku-liku Sungai Ayeyawady mengalir airnya dari  muara ke ulu sungai.

Pengembara mencatat rekod perjalanan solo ke Myanmar dan tepat jam 1630 petang pesawat Air Asia mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Myapadau Yangon.  Walau pun waktu tempatan ketika itu 1630 namun keadaan cuaca sudah mulai gelap kerana Myanmar satu setengah jam lebih awal daripada NegaraKu.

Myapadau Airport Yangon

Sebagaimana terjangka pengembara tidak     mengalami     kesulitan    untuk
mendapatkan kenderaan ke Hotel penginapan Ocean Pearls Inn (http://www.oceanpearl.com/) kerana pihak hotel telah menyediakan kenderaan dan sedia menanti pemandu yang akan membawa ke hotel. 

Dari lapangan terbang Yangon sememangnya tiada perkhidmtan bas khas sebagaimana lapangan terbang yang lain.  Lokal bas hanya boleh didapati diluar kawasan lapangan terbang yang perlu berjalan kami hampir 15 minit.  Bagi perkhidmatan teksi ialah Kyt 1500 untuk siang hari dan maksima Kyt 5000 untuk perjalanan 35 minit yang jarak 14 km.

Semalaman berehat di Yangon dan Yangon bukanlah tempat yang susah untuk  mendapatkan makanan  Islam.  Pada jarak 50 meter dari Ocean Pearl Inn terdapat sebuah masjid dan disekitarnya terdapat makanan halal.  Tidak payah untuk mengenali makanan halal di Yangon kerena mereka akan memaparkan kalimah Allah atau  angka 786.

Sedikit makluman tentang penduduk Yangon.  Mereka terdiri daripada dua suku kaum  jika dibandingkan dengan puluhan suku kaum minority  yang tinggal diutara Myanmar.  Paling ketera di Yangon ialah dari kaum Rohingya yang berasal daripada Bangledesh berugama Islam dan kaum Myanmar sendiri yang menganut agama budha.  Mereka tinggal dalam keadaan hormoni dan bertutur dalam bahasa Myanmar.  Kebanyakkan daripada mereka adalah peniaga dan bekerja dengan sektor kolar putih. 


Myanmar terkenal dengan ribuan pagota dimerata tempat dan tidak ketinggalan bagi masyarakat Islam dengan belasan masjid didalam bandar Yangon sendiri.  Berpakaian mengikut tradisi Myanmar, berkain sarung dan berbaju kemeja lengan panjang serta berseliper.  Menggemari makanan sireh pinang dan mengungah ibarat lembu memamah biak dimalam hari.  Gigi hitam kemerahan dan kuat meludah dimerata tempat tetapi jarang kelihatan mereka yang merokok.  Kaum perempuan berpakaian sarung dengan baju ala-nyonya dan dikedua-dua belah pipi disapu seolah-olah tepung hasil dari kayu wangian yang diasah dan dijadikan bedak bewarna kuning-kuningan seolah-olah warna kunyit.

Kita tinggalkan Yangon buat sementara dan mengembara keutara kesebuah bandar yang kedua terbesar selepas Yangon dikenali sebagai Mandalay.  Pengembara menggunakan perkhidmatan keretapi untuk sampai ke Mandalay yang jauhnya 682 km.  Bertolak jam 1500 petang dan sampai ke Mandalay pada keesokan harinya jam 0730 pagi.  Perjalanan yang amat memenatkan serta mengerikan dalam sejarah  perjalanan keretapi yang mana pengembara pernah berpengalaman.  Keretapinya adalah tinggalan zaman penjajah dengan landasan selebar 1 meter dan koc tanpa berhawa dingin dan tiada kipas angin didalamnya ibarat keretapi barang yang sudah tidak digunakan dilain negara kecuali pengembara pernah melihat yang sama di Sri Lanka.

Yangon Railway Station

Tambang bagi pelancung asing ialah USD 30 (Upper Class) dan USD 33 (Sleeper Class) jika di bandingkan dengan raayat Myanmar USD 8 dan USD 10 bagi tempat yang sama.  Semua pelancung asing dikehendaki menunjukkan passport dan menggunakan mata wang USD semasa hendak membeli tiket.  Tetapi apa yang lebih baik daripada NegaraKu ialah mereka telah lama menggunakan landasan berkembar dari Yangon ke Mandalay.  Keretapi bertolak perlahan-lahan dan keluar daripada Yangon menuju Pyay, Taungoo, Naypyidow (Ibu kota pentadbiran Myanmar) Tharzi dan Mandalay.  Kelajuan maksima bagi keretapi Myanmar dianggarkan 80 kmj.
          
             Canon Zoom Lens

Dalam cuaca panas dan tiada kipas angin dalam keretapi seolah-olah berada dalam sauna atau oven bagi kita yang lebih selesa dengan kemewahan yang ada.  Tetapi bagi orang-orang Myanmar seolah olah perkara biasa dan merupakan lumrah yang mereka tempohi setiap hari.  Keretapi bergerak terus dan memperlihatkan kepada pengembara tentang Myanmar dari kaca mata sebenar.
Allah Maha Besar, lain padang lain belalang kata pepatah Melayu.  Bumi Myanmar terbentang luas dengan sawah padi menguning saujana mata memandang.  Sekali sekali terdapat petani sedang membajak sawah untuk giliran tanaman padi berikutnya.  Mereka jarang sekali menggunakan peralatan morden sebagaimana kita lihat di NegaraKu dan Thailand.  Membajak cara tradisional  dengan menggunakan dua ekor lembu menarik bajak dan dikendalikan oleh seorang petani.  Sepanjang petang, itu sahaja yang dapat kita lihat dan menunjukan betapa luasnya kawasan tanaman padi di Myanmar.  Jarang sekali terdapat kawasan tanah tinggi atau berbukit-bukit di perjalanan ini sehinggalah sampai ke Mandalay diutara.  Untuk makluman semakin keutara keretapi bergerak semakin sejuk cuaca malam dan difahamkan cuaca pada waktu malam boleh menurun sehingga 15C.

Land of Pagoda.  Negara miskin tetapi diserata tempat terdapat menara-menara pagoda menjulang tinggi.  Pada pandangan pengembara mereka lebih rela membina pagoda yang indah daripada membina rumah atau kehidupan yang lebih baik.  Junta menghabiskan wang untuk perkara yang tidak berfaedah sedangkan raayat dibiarkan hidup melarat tanpa pembelaan.

Rumah-rumah petani amat dhaif dan ibarat rumah ayam diNegaraKu.  Kehidupan mereka lebih miskin jika dibandingkan dengan Cambodia yang dalam arus pembangunan yang pesat. 

Rumah mereka beratapkan jerami dan berdindingkan buluh sepanjang perjalanan siang yang pengembara lihat.  Kesihan bagaimana sebuah Negara ASEAN masih jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan negara barat, timur yang telah 50 tahun kehadapan.  Sesungguhnya mereka mempunyai sumber beras yang menjadi eksport dan makanan utama dunia tetapi tiada usaha dilakukan untuk memodenkan cara  bagi menfaatkan  sumber tersebut.  Petani hidup bergantung antara satu sama lain dengan dan lembu ternakan. 

MANDALAY

Mandalay menyambut kedatangan keretapi pagi dalam cuaca panas pagi dan stesyen keretapi ibarat pasar malam dengan penumpang, peniaga dan homeless bersesak-sesak mencari rezeki.  Pengembara bersahaja sahaja dan melihat bagaimana gelagat sebuah kehidupan yang pasti diharungi dan bagaimana untuk meloloskan diri dari ribuan manusia untuk mendapatkan rezeki sesuap nasi.

Stesyen keretapi Mandalay agak morden binaannya tetapi tanpa pengurusan yang sistematik dan lebih baik jika dibandingkan dengan Yangon.  Terletak ditengah-tengah bandar Mandalay yang dalam pandangan pengembara pembangunannya lebih membangun dan bersih.

Sehari di Mandalay adalah mencukupi untuk mengenali Mandalay secara dekat.  Satu tempat dan pasti menjadi kenangan ialah sebuah Istana lama. 

Mandalay Railway Station

Tetapi bagi pengembara, pencarian keatas umat Islam adalah menjadi keutamaan dan sempat melawat dan melihat beberapa buah masjid.  Perlu diingatkan bahawa di Mandalay ramai keturunan China berasal dari Yunan, China adalah masyarakat Islam yang paling ramai disini. 


Saudara Lukman seorang pensyarah, peniaga merangkap  Imam Masjid dan Isterinya Puan Suhaida dan anak mereka Saudara Terry Mah @ Mashuhao (Email theaccount6@gmail.com) memaklumkan bahawa di sekitar daerah Mandalay sahaja terdapat berpuluh Masjid untuk kegunaan umat Islam beribadat. 

Kami bertukar tukar pandangan ketika saya diberi  kemudahan fasilitas di kedai beliau untuk saya berehat sebelum meneruskan perjalanan. Saya amat berterima kasih diatas sumbangan keluarga beliau yang tidak terhingga seolah-olah kami telah lama berkenalan.  Walhal kami baru saja bertegur sapa dan bertukar maklumat peribadi.  Alangkah indah Islam, kerana  "Islam itu Bersaudara".


Seharian di Mandalay apatah lagi bersama keluarga Luckman yang budiman, kami berpisah dan pengembara meninggalkan Mandalay dengan menaiki bas ke Yangon.  Perjalanan dengan bas amat selesa sekali jika dibandingkan dengan keretapi.  Manakala tambangnya pula cuma USD 14 bagi perjalanan yang memakan masa 10 jam dengan dua kali berhenti rehat dengan bas yang cukup selesa.  Stesyen bus Mandalay terletak 30 minit perjalanan dari bandar dan amat tidak mesra pelanggan khususnya para pelancung dan pengembara.

Melalui Highway empat lorong yang serba canggih serta speed limit 100 kmj.  Pengembara amat teruja dengan pemandu bas di Myanmar.  Mereka mengikut speed limit yang ditetapkan walau pun mereka boleh memecut laju daripada kepantasan yang dibenarkan.  Satu yang menarik perhatian ialah mereka mempunyai satu kawasan rehat yang amat luas dan serba canggih dengan puluhan bas tersusun cantik menurun dan menaikan penumpang selepas berhenti rehat dan menjamu selera.  Terdapat tiga plaza tol sahaja dan  mereka mengenakan tol paling minimum dengan perkhidmatan ekpreesway yang selesa. 
Perkongsian Pengalaman

Tidak seperti diNegaraKu, dengan puluhan plaza tol serta bayaran yang amat tinggi  memaksa pengguna tiada pilihan selain menggunakan laluan tol untuk kesesuatu tempat. Sepatutnya kita perlu mencontohi negara lain khususnya Taiwan, Korea dan China yang membina psarana sistem jalanraya dan keretapi yang tercanggih untuk kemudahan raayat. NegaraKu membina jalanraya sebagai satu sumber pendapatan dan bukannya untuk kemudahan. Membina landasan keretapi berkembar ratusan km panjang tetapi keretapi boleh bergerak pada kelajuan 120 kmj.  Satu sistem ketinggalan zaman jika dibandingkan dengan China yang telah 30 tahun menggunakan trek 120 kmj dan sekarang digantikan dengan landasan bagi kelajuan 300 kmj dan keatas. Satu perkara yang amat tidak wajar dan berfikiran ketinggalan zaman serta menghabiskan wang raayat dengan tidak mendatangkan manfaat malah membebankan.

Sungguh pun Myanmar sebuah negara miskin tetapi mereka telah lama menggunakan sistem jalan keretapi berkembar daripada Yangon ke Mandalay.  Perlu dinasihatkan bahawa perkhidmatan keretapi Myanmar adalah tidak selesa dan tidak selamat.  Belum pernah sebelum ini saya menaiki keretapi dengan gaya seolah-olah menunggang kuda.  Anda akan dibuai kekiri dan kekanan dan melambung-lambung diudara pada tempat-tempat tertentu.  Pengalaman ini amat mengerikan pengembara dan menasihatkan pembaca agar menjauhi perkhidmatan keretapi Myanmar.   

Islam di Myanmar berkembang pesat.  Gerakan dakwah yang diketuai oleh jama'ah tabliq berada dimana-mana masjid.  Masjid diimarahkan sebaik mungkin dengan jemaah memenuhi masjid disetiap kali waktu solat.  Pada hari Jumaat pula menjadi satu fenomina baru dapat dilihat dimana Khatib akan membaca khutbah sambil duduk dan memegang chokmar tidak sebagaimana kita lihat dinegara-negara lain didunia.

Masyarakat Myanmar amat suka mengungah sireh dan pinang.  Oleh yang demikian mereka akan meludah sesuka hati.  Awas dan berhati-hati.
                Mimbar Masjid

     Shwedagon Pagoda Yangon

Kembali ke Yangon diawal pagi, pengembara melawat Shwedagon Pagoda, Pasar Bogyoke, Sule Pagoda, Sungai Ayeyawady dan keseluruhan bandar Yangon.  Kesemua tempat-tempat tersebut terletak kurang 5 km setiap satu.  Kawasan tumpuan pelancung dan lokasi membeli belah ialah Pasar Bogyoke di Boyyoke Aung San Road, kawasan sekitar Sule Pagoda dan di Jalan Anaurahta dan Jalan Maha Bandoola Garden.  Bagi penggemar jade harus berhati-hati agar tiada tertipu dengan barangan dan harga yang ditawarkan.  Bagi saya lain-lain barangan cenderahati adalah sama dengan bandar-bandar lain didunia tetapi harus dibayar dengan harga yang berlainan mengikut tukaran mata wang masing-masing.
                                                                          
                                                                     Yangon Attrations 
                                                               

                                                             Kayu Pewangi Myanmar
                                                                                       

Kunjungan pengembara kali kedua selama 6H/5M berahir disini.  Jika pembaca mempunyai pengalaman lain yang boleh dikongsi bersama, silakan email zainaltobiak@yahoo.com.my.   SALAM

                                            FLY TO BANGKOK FOR FLOOD EVENT

No comments:

Post a Comment