Tuesday, 15 November 2011

KASHMIR SRINAGAR BEAUTIFUL LAKE

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum,

SRINAGAR

Srinagar International Airport

Kashmir bukan nama asing bagi peminat filem-filem Hindustan diseluruh Dunia.  Pengembara kali ini akan cuba mencatatkan serba sedikit keindahan bandar ini melalui catatan bertulis tidak sebagaimana pembaca melihat dari sudut penceritaan dalam filem-filem Hindustan.  Sebelumnya kami telah mengembara keseluruh bahagian India meliputi Amristar di utara dan Kolkatta di selatan dan kembali semula ke New Delhi.  Saya bersama teman pengembara berada 3 hari di Srinagar dalam wilayah Kashmir India.

Daripada New Delhi Domestik Terminal Airport, penerbangan awal pagi pesawat Airbus 320 milik penerbangan Indigo meluncur terjah keudara menuju Srinagar di timur New Delhi.  Masa penerbangan ialah satu setengah jam dengan cuaca amat jelas dari ketinggian 35,000 kaki diudara melintasi kawasan tanah tinggi pergunungan yang amat indah.  Banjaran Himalaya sayup-sayup mata memandang dicelah celah kepulauan awan yang berarak megah.

     Penerbangan Indigo Menghampiri Srinagar

Bumi Kashmir terpampang indah diparas 2,000 meter dari udara.  Gunung-ganang seolah-olah tersusun indah, tanaman kontan menghijau dan lembah-lembah dipenuhi dengan penduduk. 

Pesawat Indigo terbang rendah melintasi bandar Srinagar dan krew mengingatkan kami agar kembali ketempat duduk masing-masing dan pesawat akan mendarat beberapa minit kemudian.  Deruman injin pesawat bergema dan pesawat melayang diatas landasan dan Alhamdulillah kami selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Srinagar.  Melalui tingkap kecil pesawat saya dapat melihat kawasan landasan dengan jelas. Oh, teriak hati kecil saya apabila melihat objek-objek kerangka simen disepanjang landasan.  Rupa-rupanya saya dan sahabat sedang memasuki zon peperangan yang dikawal begitu ketat sekali oleh pasukan keselamatan tertera dan separa tentera.  Pesawat menyusur dan berhenti diruang menaik dan menurunkan penumpang. 

Keadaan diruang Imigresen dan Kastam sememangnya dilihat sebagai 'tention'.  Kakitangan lapangan terbang tidak semesra sebagaimana lapangan-lapangan terbang lain yang pernah saya masuki. Keadaan serba tidak kena, perjalanan kita seolah-olah diperhati dan dicurigai.  Apa pun saya belajar dari pengalaman untuk meloloskan diri dengan mudah dari kaunter imegresen mahupun kastam.  Lemparkan sebuah "Senyuman" walaupun terpaksa.  Senyuman itu adalah ibadah.  Berkat senyuman, walaupun saya berjambang dan Islam memang dicuriga di Kashmir, saya diterima baik dan semua urusan berjalan lancar.  Sungguhpun begitu kami berasa bersyukur kerana kebanyakan kakitangan lapangan terbang adalah berugama Islam dan memudahkan kami berkomunikasi dengan sekali ucapan Assalamualaikum.
Alangkah bertuahnya bumi ini sekiranya kedamaian ujud dan impian damai dan bebas dibumi sendiri menjadi kenyataan.  Rupa-rupanya hujan peluru masih berdesing ditelinga.  Penduduk dalam ketakutan dan semua aktiviti harian berhenti seolah olah tidak bernyawa.  Bumi yang bersih dengan pemandangan yang indah seolah-olah tidak membawa apa-apa pengertian. 

Dari lapangan terbang ke hotel penginapan kami tiada mempunyai pilihan melainkan menggunakan kenderaan yang diberi permit khas keselamatan untuk kedestinasi. 

Sekali sekala terasa pula seolah-olah VIP diiring sehingga kedestinasi tujuan.  Sepanjang perjalanan adalah "cerfew" dengan setiap kilometer terdapat sekatan jalanraya yang diketuai oleh Angkatan Bersenjata India lengkap dengan menyandang AK 47 dan belantan panjang.  Rasa takut, cemas, waspada sememangnya terdetik  dihati sanubari sesiapa sekali pun jika  berada dalam zon  begini.  Bagi saya senjata adalah mainan, tektik masih diingatan tetapi peluru tidak pernah mengenal sesiapa.  Bertawakal dan berserah kepadaNya sebagai seorang yang beriman.

Krisis Srinagar bermula disini selepas seorang kana-kanak Islam ditembak mati oleh pasukan keselamatan.
Sepanjang perjalanan satu jam kami ke hotel suasana digambarkan sebagai mati dengan semua aktiviti ekonomi lumpuh sama sekali.  Tiada kenderaan awam, kanak-kanak berlari, manusia  berulang alik dijalanan kecuali pasukan beruniform dan kenderaan tentera berlegar dikeseluruhan Srinagar.  Kami difahamkan bahawa situasi ini telah berlalu hampir sebulan yang lepas.  Statistik kedatangan pelancung menurun dengan mendadak dari ribuan sehari kini dua puluhan sehari. Inilah nasib sahabat-sahabat kita semuslim ketika itu dikawal ketat oleh anggota tentera India yang tidak seagama dengan mereka.  Universiti,  sekolah dan pejabat-pejabat  kerajaan ditutup. Srinagar ibarat dilanda badai Tsunami kefobiaan dan kebencian yang teramat sangat kepada penguasa yang didatangkan untuk mencengkam bumi Kashmir yang menuntuk hak dan kebebasan.

Tidak banyak gambar dapat dirakamkan dalam perjalanan dan kami sampai di hotel penginapan terapung di Lake Dall (Hotel Green  View) house boat dengan menyeberangi menaiki sampan selama 10 minit.

Alhamdulillah kami memilih tempat yang berketapan sekali dari segi lokasi, kebersihan, bilik dan segalanya serba luxury dengan harga RM 40.00 semalam termasuk  makanan dan penginapan bagi dua orang. Sila lawati www..............
 


Berehat sebentar dan Alhamdulillah kami dimaklumkan melalui perbesar suara bahawa perintah berkurung telah dilonggarkan selama empat jam sehingga jam 7.00 malam.  Walau bagaimana pun suasana tegang dan waspada pihak keselamatan kepada penduduk seolah-olah tidak banyak mengubah keadaan.  Pemilik GH yang juga pemandu pelancung kami Saudara Abdul Ghaffar mengambil kesempatan ini membawa kami melawat tempat-tempat bersejarah disekitar Srinagar. 

Taman Maharaja Silam


                     Lake Dall Srinagar

Perjalanan kami mengelilingi Lake Dall disamping  melawati Taman Maharaja Zaman silam, perusahaan kraftangan dan pembuatan permaidani dengan sulaman tangan, Masjid Jame' Srinagar, pasar dan pusat membeli belah mengambil masa hampir empat jam.  Keindahan Lake Dall saya akan gambarkan melalui gambar-gambar terpilih untuk tontunan pembaca.

           Gambar sekitar Lake Dall Srinagar

   Aktiviti Setempat dan Pelancungan Lake Dall



Perkongsian Pengalaman

Masakan Kashmir adalah masakan orang-orang India.  Tiada banyak perbezaan dari segi rasa dan dihidangkan  dengan nasi yang masih panas.  Jika memesan dan memilih makanan harus berhati-hati jangan sampai yang dipesan lain yang datang.  Saya pernah memesan Vegetable Curry tetapi yang sampai "Kari Kacang Kuda".  Hidangan kari daging kambing segar sememangnya enak tiada tandingan dengan kuah pekat dan pedas sesedap rasa. Tiada santan digunakan dalam masakan Kashmir malah mereka menggunakan campuran rempah ratus sahaja. 
Kashmir daerah penganut Islam dan setiap wanita adalah aurat.  Di Srinagar memang susah untuk menemui wanita bersendirian kecuali dengan keluarga.  Berbakaian cara Islam dan menutup aurat dan memang susah untuk diketemui apatah lagi bertemu dan bertukar pandangan.

Dalam sejarah pengembaraan  belum pernah saya mengalami permeriksaan lapangan terbang yang sehebat dan seketat di Srinagar.  Selepas mesin pengimbas objek, terdapat empat pemeriksaan manual dan sebelum menaiki pesawat sekali lagi penumpang diperiksa oleh mesin pengimbas.  Enam kali kesemuanya barulah saya dibenarkan menaiki pesawat.  Semua barangan dipunggah dengan diperhatikan satu persatu oleh satu atau dua pegawai berpangkat.  Dari segi keselamatan sememangnya bagus tetapi kejutan kepada pelancung dengan tension dan  emosional. 
Kami berhasrat untuk ke Gulmurk tetapi keadaan tidak mengizinkan.  Ketika lawatan kami tiada perkhidmatan keretapi menghubungkan Srinagar dengan bandar-bandar lain di India.  Dan kami difahamkan bahawa perkhidmatan keretapi menghubungkan bandar peranginan ini akan bermula seawal tahun hadapan.  Kami meninggalkan Srinagar diawal pagi dalam suasana curfew dan melalui puluhan sekatan jalan raya sebelum sampai ke lapangan terbang.  Hanya senyuman mempercepatkan perjalanan kami.
Kami terbang jauh bebas diudara.  Penduduk Islam Kashmir dalam penderitaan belum ada tanda noktahnya.  Reuter, AP, AFP jangan dipercayai apa yang ditulisnya. Lain dipandang dan lain pula tulisannya.  Oleh yang demikian lawatilah saudara-saudara kita sesungguhnya mereka bukan memohon simpati malah darah dikorbankan untuk Bumi Islam Kashmir Tercinta.  SALAM

                                                                ISLAM IS THE TRUE

No comments:

Post a Comment