Tuesday, 15 May 2012

GERMANY WORLD OF TECHNOLOGY

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum,

Dikedinginan pagi dengan cuaca 06C, kami meninggalkan Amsterdam Belanda menuju Germany.  Terkenang ladang yang melebar, terusan yang tersusun, rumah-rumah kayu  yang kemas dan cantik dan wajah-wajah penghuni Amsterdan Red Light District yang mengiurkan.  Diantara mengantuk dan kedinginan pagi,  nampaknya kami hampir menghampiri sempadan Germany dan Holland.  Dua buah negara yang berlainan bangsa dan bahasa pertuturan.

Sebelum pergi jauh,  elok kita belajar sedikit bertutur Germany agar ada sedikit kesopanan dan kesusilaan apabila berada ditanah yang asing bagi kita. Hello - "Gundan tuck" Terima kasih - "Danker".  Tujuannya bukan apa kerana telah banyak didengari bahawa orang Germany amat jijik untuk berbahasa Inggeris kerana dasar kebenciannya.  Begitu juga orang Inggeris yang selalu mengungkitkan fasal perang dunia dengan Germany.  Walau bagaimana pun bagi pelancung tiada bahasa lain selain daripada mengajukan bahasa Inggeris dimana-mana.  Dimaklumkan bahawa sepanjang ZBA di Germany tiada masalah timbul berhubung bahasa pertuturan.  Alhamdulillah.

First toilet stop kami berhenti disebuah pekan kecil bernama Osnabruck setelah mengambil masa dua jam perjalanan dan membeli sedikit makanan mengalas perut sebelum sampai ke Berlin.  Jangan terkejud semua tandas di Germany adalah berbayar.  Oleh yang demikian kepada sesiapa yang berkenaan, sila sediakan wang syling yang mencukupi.  Bayaran yang dikenakan ialah Eur 0.75 (RM 3.00) bagi sekali masuk.  Kencing tak kencing itu soal lain.  Bayar wajib.

Sebut sahaja fasal Germany semua orang teringatkan Hitler pemimpin mereka ketika era perang dunia.  Tapi kini segalanya berubah.  Germany muncul sebagai sebuah negara yang dikagumi dunia dengan kemajuan teknologinya.  Kekentalan politiknya dan bagi anak-anak muda kehebatan  pasukan  bola sepak mereka.  Negara yang disegani dan digeruni  dalam serba serbi bidang.  Sebuah negara diantara yang terbaik di Eropah dan dunia amnya.

Tiada tanda memisahkan diantara Germany dan Holland.  Tidak perlu melalui pemeriksaan kastam atau imigrasi.  Tanah pamah terbentang luas.  Rumput menghijau dan kawasan yang belum ditanam, tanahnya dibajak dan digemburkan.  Kelihatan sayup mata memandang apatah lagi dengan kebersihan sungai, lembah dan lurah. Rumah sesebuah dipagari pokok-pokok pine yang tersusun indah dan jarang kelihatan  blok-blok apartmen.  Diselang-seli dengan padang ragut ternakan bebiri dan lembu tenusu.  
Kuda-kuda peliharaan meragut rumput dengan tenang walaupun masih diselimut dengan canves pada bahagian badannya. Penjanaan kuasa eletrik dimana-mana dengan menggunakan kincir angin yang senantiasa berpusing dan menjana eletrik secara murahan dari sumber alam.  Manakala kawasan industri High Tech Eletronik dan Engineering terdapat dimana-mana.  Tersusun atur, bersih dan bersistematik.  Inilah gambaran yang dapat ZBA berhubung Germany.
Cuaca mendung dengan suhu berada sekitar 05C.  Lebuhraya 3 lorong melancarkan pergerakan tanpa sebarang halangan.  Kenderaan bersimpang siur.  Audi, BMW, Mercerdes, Porshe, Volksigen, Skoda, Volvo dan kurang juga Toyota dan Kia daripada Korea Selatan.  Tiada speed limit dilebuhraya di Germany kecuali disesetengah tempat.  130kmj adalah pemandangan biasa bagi mereka dan 100kmj untuk laluan perlahan.  

Pergerakan kereta berdesup apabila memotong dan menghilang dalam saujana mata memandang dalam sekelip mata.  Difahamkan sungguh pun begitu Germany adalah negara paling selamat untuk pemanduan di Eropah.  Sepanjang di Germany kami tidak nampak satu pun kemalangan berlaku.  Motosikal  yang ada dan ditunggangi adalah dari jenis yang bersekala besar sahaja.  Mereka amat berhemah ketika memandu dan akan berhenti cuma di R & R yang disediakan sahaja kecuali kecemasan.  Semua persimpangan masuk ke R & R akan dipasang camera dikiri dan dikanan jalan.  Tiada ada anggota polis lebuhraya kelihatan disepanjang perjalan kami di Germany.  Apatah lagi 'Road block haram" atau tembak buntut  yang diamalkan oleh satu negara sahaja didunia.                                                                 


Tempat dimana dikatakan Hitler dikatakan membunuh diri 


Perkongsian Pengalaman.  Sebenarnya kesesakan trafik adalah bukan pada faktor jalanraya itu sendiri tetapi sikap pemandu yang tidak bersopan dan bertimbang rasa dan ditambah dengan ego dan kesombongan.  Bagi negara maju sebagaimana Germany, mereka mungkin diasuh untuk tidak menyusahkan orang lain.

Mempunyai daya ketahanan kesopanan dan kesusilaan yang tinggi dan sikap yang merendah diri.  Di Germany tiada seorang pun kita dapati mereka akan memotong disebelah kiri walaupun dalam apa keadaan.  Apa yang mereka lakukan bagi melancarkan perjalanan ialah, sebaik sahaja  memotong kenderaan mereka akan terus secara otomatik  masuk kekiri memberi laluan kepada kenderaan laju yang masih berada  dibelakang untuk terus meluncur kehadapan. Begitulah seterusnya amalan yang ditunjukan oleh semua pemandu di Germany sehingga berahir di destinasi.  Tiada kedengaran langsung kenderaan membunyikan  hon sebagai peringatan atau amaran  kepada pemandu lain. Amalan ini juga tidak terkecuali kepada pemandu  motosikal.


Syaitan sedang bercengkrama


Bolehkah perkara seumpamanya dipraktikan di NegaraKu.  Bersediakah marshal-marshal motosikal besar yang tidak membayar tol meninggalkan laluan laju selepas memotong kenderaan lain.  Masihkah ingin kita terhegeh-hegeh dilaluan laju sedangkan kita dibawah kelajuan maksima.  Sanggupkah kita mengawal ego menjadikan kita pemandu berhemah.  Berdosa atau tidak sekiranya kita terlibat dengan kemalangan maut yang disebabkan oleh kelalaian diri sendiri. Fikir-fikirkan dan kembalilah kepada ajaran Rasullullah S.A.W.

Sedar-sedar sekarang di Kota Berlin.  Pastinya sejarah perang dunia perlu dilihat.  Keruntuhan Berlin Wall perlu dikaji.  Dikelapangan masa sebegini digunakan dengan sepenuhnya.  Dengan tiket Metro berharga Eur 2.30, kita dapat bergerak seharian di Kota Berlin.  Murah dan cepat serta senang dan selesa.  Sesedar ZBA telah melangkawi batasan Merto sehingga kekawasan pinggir  (Out skirt) daripada Kota Berlin.  Paling tidak dapat juga melihat kawasan pendalaman yang jauh dari kota.  Tetapi dimana-mana pun sama.  Kehidupan mereka tenang dan aman, tersusun kemas dengan  persekitaran yang bersih dimana-mana.



ZBA bergambar dihadapan ratusan susunan batu-batu konkrik yang dibina sebagai tugu peringatan memperingati 300,000 orang Yahudi yang sengaja mati dibunuh oleh Pihak Pemerintah Germany semasa Perang Dunia.

  



Sedikit tentang Tembok Berlin.  Membahagikan kawasan barat dan timur Berlin dan sebuah sungai mengalir diantara kedua-duanya. Membezakan diantara kapitalis dan Komunisme.  Dewasa ini cuma sedikit cebisan ditinggalkan untuk tontonan dan mungkin gurauan bahawasanya kekuatan bukan terletak pada tembok sebalik kepada akal dan tangan-tangan manusia itu sendiri.  Tingginya sekitar 3 meter dengan kelebaran 1/3 meter (12' x 1').

Kesimpulannya, sesungguhnya manusia itu diciptakan berpuak-puak untuk mengenali diantara satu sama lain.  Bukan dipuak-puakan dengan idealoji yang berbedza untuk menunjukan kemegahan sesuatu bangsa.

Setelah enjoy 3H/2M di Kota Berlin yang penuh dengan kesan sejarah perang dan sejarah pemimpin-pemimpin mereka yang berkelibar, ZBA meneruskan perjalanan menuju Dresden iaitu sebuah bandar yang dekat dengan sempadan Czech Republic.  Keadaan muka bumi Germany sehingga kesini tidak banyak berubah jika dibandingkan dengan sempadan bermulanya dari Holland.









  Semua gambar-gambar ini diambil di Dresden.
       Email :      zainaltobiak@yahoo.com.my 


  

Dresden ialah sebuah destinasi pelancungan Germany yang terkenal dengan bangunan-bangunan lama yang menarik.  Kami singgah disini selama  tiga  jam  sebelum  meneruskan  perjalanan  ke  Czech Republic.




 Assalamualaikum dan Sejahteralah keatas kamu.


OFF WE GO






AIZHAI THE LONGEST SUSPENSION BRIDGE

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum,

Banyak sudah kita dengari daripada pencapaian China dalam teknologi.  Mereka berusaha menandingi Barat dalam berbagai bidang.  Malah dalam pertumbuhan ekonomi sekali pun, China telah dilihat kehadapan daripada negara negara barat dan ini telah  menimbulkan syak wasangka dan kebimbangan masyarakat kapitalis.

Dalam bidang teknologi terkini mereka telah berjaya membina sebuah jambatan terpanjang didunia yang dikenali sebagai Qingdou Bridge.  

Sekarang satu lagi mercu tanda telah dibina dan merupakan satu rekod dunia dalam pembinaan jambatan gantung terpanjang didunia.  Aizhai Bridge didaerah Hunan sepanjang 336 meter bersamaan (1,102 kaki) dengan ketinggian 1,176 meter (3,858Kaki).  

Jambatan tersebut mengambil masa 5 tahun untuk disiapkan dan sekarang telah dibuka dengan rasminya untuk kegunaan   World longest and highest Suspension Bridge in the World.  Tahniah dan semuga berjaya.









Inilah yang boleh dikatakan ter & ter & ter.  Bukannya Kek yang terpanjang didunia, Bendera yang terpanjang didunia dan sebagainya yang dikatakan ter ...... didunia.  Resional lah dengan usaha dan kecanggihan teknologi mereka. Berbanggalah sebagai sebuah negara timur yang berkeupayaan menandingi barat dalam abad ini.  Inilah yang dikatakan Raayat didahulukan dan Pencapaian diUtamakan.  Bukan caranya untuk mendabik dada dengan  membeli barangan daripada negara luar dan berkokoklan mengatakan  "Untuk Nusa dan Bangsa".

Pepatah menyebut, cakap siang pandang-pandang. Cakap malam dengar-dengar.

Takutkan nanti diketawakan orang.  Tetapi mana ada sikap malu dan bermaruah bagi seorang yang bergelar pencacai.


HAVE A GOOD LUCK

Monday, 14 May 2012

HOLLAND HOME OF TULIP

Dengan Nama Allah yang Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum,

Dikedinginan petang ZBA sampai dinegara yang dikenali sebagai Belanda di kalangan bangsa timur.  Negara Benggali Putih ini telah memerintah Indonesia lebih daripada 350 tahun dengan mengoyak segala isi khazanah tempatan dibawa pulang dan di Muziumkan disini.  Mereka juga berada di NegaraKu sejak sekian lama sebelum diserahkan kepada puak yang satu lagi yang menduduki bumiKu selama 250 tahun.  Ini semua gara-gara Si Kitul yang menyebabkan kami tidak berjaya membalun mereka keluar dari sini walaupun kekuatan mereka ketika itu tidak lebih dari muatan tongkang-tongkang kecil.  Tetapi semangat mengatasi segala-galanya.
Holland  dengan ibu negaranya Amsterdam menjadi terkenal ialah kerana sejarahnya yang bermula sejak awal abab yang ke 17.  Merungkai peradaban manusia  menjadikan mereka bangsa  yang berjaya dalam kehidupan.  Dengan skala kecil bangunan, jalanraya, terusan, dataran menyebabkan mereka dipandang unik oleh para pelancung.  Ribuan manusia dari seluruh pelusuk dunia membanjiri Amsterdan saban hari.

Mempunyai dan  menyimpan banyak khazanah sebagai koleksi kejayaan mereka dengan beberapa Muzium terkenal dan sewajarnya para pecinta sejarah akan tertumpu untuk membuat penylidikan dan penilaian. Diantara tempat-tempat yang menarik untuk dilawati ialah Muzium Van Gogh (History of Van Gogh), Anne Frank House (Story the world needs to hear), Hermitage Amsterdam dan Rijksmuseum.  Kesemuanya terletak dalam jangkauan berjalan kaki.

Dua lagi tempat menarik yang wajar dilawati ialah Palace on the Dom dan Jewish Historical Museum.  Selain daripada itu jika pelawat tidak mengambil kesempatan untuk menghilir mudik terusan-terusan di Amsterdam bermakna lawatan itu masih tidak sempurna bagi sesaorang.  Malah terusan adalah menjadi tarikan utama ke Amsterdam sesuai dengan pengiktirafan oleh UNESCO World Heritage pada tahun 2011 menjadikan Amsterdam sebagai "Historical Canal District".
Selain daripada terusan sebagai tarikan umum pelancung  mengunjungi Amsterdam, bagi ZBA ada lagi satu tarikan khusus untuk  orang muda dikota Amsterdam.  Peliknya kita tidak dapat melihat tarikan ini pada waktu siang hari tetapi terang benderang pada malam hari.  Ajaibkan.  Kepada sesiapa yang pernah mengunjungi Thailand akan pasti jawapanya.  Tetapi di Amsterdam mereka ditempatkan disebuah bilik secara berasingan diantara satu sama lain.  Sedangkan di Thailand mereka ditempatkan dalam sebuah rumah kaca secara beramai-ramai.  Dikenali ramai sebagai "Red light District".  Seiring dengan pertumbuhan perniagaan yang ulung didunia, dikawasan ini juga dipenuhi berbagai Pub dan Bar.

    Tandas Awam Amsterdam

Amsterdam mempunyai banyak bangunan lama.  Kenderaan paling mudah dan murah ialah basikal.  Lain-lain pengangkutan awam amat mahal tetapi efisyen.  Bagi pelancung asing mereka tidak susah berkomunikasi disini kerana  rata-rata penduduknya boleh berbahasa Inggeris dengan baik.  Tetapi satu sahaja perlu diingat bahawa Amsterdam mempunyai laluan khas berbasikal dan mesti berhati-hati semasa melintasinya.  mengelakan kemalangan.  Bagi kaum pria adalah satu keistimewaan dibandingkan masalah bagi kaum Hawa.  Tandas lelaki amat senang di Amsterdam.  Ada dimana-mana tetapi secara terbuka tetapi  bagi wanita sudahlah susah tetapi perlukan pembayaran.

Makanan dan barangan keperluan harian mahal jika dibandingkan dengan negara lain.  Walau bagaimana pun makanan halal ada disediakan dan dijual di Amsterdam khususnya kebab dan masakan Turkey.

Barang antik tetap dikenang.  Apa pun barangan ini masih dijaga dan berfungsi baik walaupun telah beradab lama digunakan.  Sesuai dengan keadaan negara yang terletak dibawah paras laut, Kincir angin pesaka Belanda masih teguh dan tegak berdiri.  Mereka terpaksa berbuat demikian bagi mengawal paras air dari masa kesemasa untuk mengelakan daripada limpahan banjir.  Disatu kawasan dipinggir Amsterdam kincir angin warisan  tradisi masih diguna pakai.





Kelihatan rumah orang-orang Belanda ini kecil tetapi mereka mempunyai satu konsep kediaman yang  berteraskan kepada keselesaan dan istirehat.  Lihat gambar diatas dimana dikawasan laman yang terhad sekali pun mereka masih merialisasikan  sebagai ruang istirehat untuk keluarga. Tidak sebagaimana orang lain menjadikan laman begini sebagai tempat letak kereta dengan dipenuhi serba manika barangan yang sepatutnya berada didalam tong-tong sampah.



















3H/2M ZBA berada di Belanda tetapi bukan ibarat Belanda minta tanah.   Kami berangkat meninggalkan Belanda di awal pagi dengan melintasi jaluran ratusan terusan (Canal) yang bersih dan sayup mata memandang.  Manakala tasik-tasik membiru dipanah pancaran matahari pagi dengan suhu sekitar 10C.

ROUND AND ROUND GO THE WINDMILL SAILS



Sunday, 13 May 2012

BELGIUM THE FOOD LOVER'S

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum,

Calais sudah pun dikenali ramai kepada sesiapa yang sering berulang alik antara UK dan tanah besar Eropah dengan menggunakan perkhidmatan Ferry daripada Dover.  Tidak banyak yang dapat diperkatakan dalam perjalanan ini selain  rangkaian jalanraya terbaik.  Ladang sedang menghijau dan tanaman sejenis tanaman yang berbunga kuning sayup mata memandang (Bijinya dijadikan minyak sayuran).  Cantik tersusun dengan tanah rata menjadikan pemandangan bertambah sayu dengan pancaran matahari tengah hari yang menyinar terang.  Apa pun cuaca masih sejuk dalam lingkungan 12C.

Tanaman rumput menghijau khusus untuk makanan ternakan.  Pemelihaan lembu, bebiri dan kuda kelihatan sekali sekala disepanjang perjalanan ke Brugge (Bruges).  Disamping berhenti untuk toilet stop, kami singgah bagi julong kalinya menikmati choklat Belgium yang manis. Belgium merupakan pengeluar choklat melebihi 220,000 ton setahun. Brugges sebuah bandar pelancungan terkenal di Eropah Barat khususnya Belgium. Senantiasa dikunjungi ribuan pelancung setiap hari.  

As one of Europe's best preserved medieval cities, Bruges is a great  place to visit. Enjoy one's Belgium's signature national dishes 'Moules et Frites', or the original 'Flemish frites' or French fries, twice deep fried and eaten with mayonnaise, yum,.  The tightly compacted city enables you to wonder around and check out such landmark as the Berlfry Tower, Blind Donkey Alley and a church said to contain a relic of Christ's blood.

Bruges Belgium
Banyak bangunan-bangunan yang mempunyai senibina yang tinggi nilainya dan di selia rapi sejak kurun ke 19 dan 20 yang lalu.  Terdapat beberapa gereja yang tertua dan menampilkan seni bina yang tidak ternilai.  Walaupun begitu, di barat gereja adalah untuk tuntunan pelancung dan bukan tempat beribadat.  Pintu dikunci kemas dan berabuk.  Sebuah dua sahaja gereja dibuka untuk pelancung memasuki bagi melihat kecantikan dan kehalusan senibinanya dari dalam.




Dua remaja Belgium mengukirkan senyuman tanda gembiranya mereka ketika bertemu pelancung.  Tidak perlu mereka bekerja keras memadai dengan  sumber pelancungan sahaja mereka boleh hidup mewah dan bebas minda.



Negara tanah pamah ini mulai menampakan jaluran tali air atau terusan disana sini.  Disatu tempat ZBA  melihat bagaimana sebuah jambatan diangkat dan dibuka seluasnya untuk sebuah kapal besar melalui dibawahnya.  Kami meninggalkan Bruges dan seterusnya meneruskan perjalanan ke Belanda sebagai destinasi bermalam.




BELGIUM THE FOOD LOVER'S DREAM

                                                       

UNITED ARAB EMIRATE

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum,

UAE sebuah Negara Arab yang kaya dengan hasil minyak.  Pembangunan menjulang tinggi bangunan-bangunan canggih.  Lautan ditambak bagi menjadikan resort-resort mewah semewahnya.  Padang pasir dibangunkan dengan padang peluncur ais buatan manusia tercanggih.  Gedng-gedung perniagaan dibangunkan serba morden untuk menarik pelancung membeli belah.  Mempunyai rangkaian pengangkutan udara terbaik menghubung dunia sejagat.  Dan banyak lagi yang tak tersenarai disini.  Datang dan lihat sendiri adalah satu kepastian dari membaca hasil tulisan tangan-tangan lain.                                           Pandangan udara Abu Dhabi International Airport


Kedudukannya amat strategik di Teluk Parsi dengan juga dipagari negara negara kaya dengan pengeluaran minyak seperti Qatar, Kuwait, Bahrin, Iran dan Oman.  Allah menjanjikan mereka kekayaan yang melimpah ruah dan apa yang dilihat kekayaan itu telah dibahagikan kepada raayatnya untuk dinikmati.  Orang-orang asing juga berhak  menikmatinya tetapi dengan agihanya yang tidak diketahui.   Dua perkara yang ZBA lihat khususnya di Lapangan Terbang Abu Dhabi untuk kita berkongsi pengalaman.

ADIA canggih dan berketerampilan.  Didalamnya penuh sesak dengan penumpang keluar masuk (transit).  


Para peniaga bebas cukai, restoran, siang dan malam seolah olah tiada ada siang dan malam lagi.  Tetapi yang pelik tiada ramai kelihatan para peniaga merupan anak tempatan UAE.  Semua outlet dikendalikan oleh orang-orang asing khususnya daripada Indonesia dan India termasuk Bangladesh dan Pakistan.  Maaf tiada kelihatan orang 1M, kerana mungkin orang itu sedang menanti subsidi untuk menerusnya kelangsungan hidup di negara 1M.  Atau mungkin juga manusia itu tidak gemar melihat dan menjana ekonomi dari negara-negara kaya pemberian Allah kepada orang  lain.  Atau orang itu sebuah bangsa yang hidup dengan labu-labunya sendiri.  Itu sebab apabila orang itu diterangkan sesuatu yang dilihat baik oleh orang lain mereka tidak mempercayai malah menuduh orang lain sebagai pengkhianat bangsa.  Lebih teruk lagi orang itu adalah pencacai yang senang dikuda-kudakan dengan subsidi yang tak seberapa.  Diganyang dan diperbodohkan oleh akhbar yang dinamakan seperti gambar tertera diatas.  Mungkinkah orang itu Orang Melayu.  Jawapanya  ZBA kurang pasti sebab terlampau mengantuk.

Terbangun dari tidur,  ZBA dikejudkan oleh senyuman manis gadis pramugari Ithihad Airlines yang manis dan mesra.  Dalam terpinga tadi dilihat beliau seorang yang berlainan dari pramugari-pramugari lain yang berhidung mancung.  Wah, mungkin ini orang kampung.  Betul.  Beliau berasal dari negaraKu yang telah lima tahun berkhidmat disini terangnya dengan mesra.  Perbualan berjalan terus sementara beliau menghidangkan makanan.  Katanya ramai sahabat-sahabat kita sama ada Pilot & Pramugari berpengalaman telah berhijrah ke Ithihad Airlines.  Terfikir dibenak, kenapa dan mengapa.  Rupa-rupanya dalam perjalanan pulang daripada Abu Dhabi ke Kuala Lumpur, suara dari kocpit mengucapkan salam dan berbahasa inggeris ala Melayu dengan nama Melayu.  Maka benarlah ramai dari kalangan mereka telah berhirjah demi masa depan yang lebih gemilang.  Syabas.

Disana sini kedengaran "Berbelanja Pak".  Ingatkan kata-kata itu hanya ada di Indonesia sahaja malah rupa-nya dimana-mana dunia.  Masyaallah, aku bangga dengan mereka mencari sesuatu yang pastinya lumayan.  Selama ini diingatkan bahawa di 1M sahaja mereka mengaut keuntungan disamping mendapat kerakyatan murahan dari hasil pelacuran politik.

Sebagaimana kebanyakan lapangan Terbang Antarabangsa Dunia, ADIA tidak terlepas dari menjual minuman haram dimerata-rata kedai bebas cukai.  Nampaknya Negara Islam juga terpaksa tewas dengan kehendak kapitalis walhal mereka boleh menggantikan dengan perniagaan lain sebagai alternatif.  Jika   negara Islam mengamalkan perkara terlarang ini, nantikan jangan terkejud suatu hari kekayaan yang melimpah ruah hari ini tidak mustahil akan ditarik balik atau sengaja mengundang bencana dari Allah.

Dibangku bangku menanti perpidahan pesawat, ramai sekali orang-orang Indonesia pulang dan pergi menunaikan Umrah.  Manakala orang Filipina pulak penuh sesak  samada untuk pulaang dan meneruskan perjalanan.  Seperti ZBA nyatakan tadi kurang 20puluhan dari NegaraKu kelihatan bagi apa sahaja tujuan.  Sebelumnya didengari 1M negara paling berkrebeliti diantara negara negara ASEAN, tetapi orang Filipina dan Indonesia nampaknya  berbelanja mewah dari orang yang dimomokkan sebagai mewah.  Terbalik kot dan itu adalah realiti dari sebuah propaganda murahan.

Panggilan untuk pesawat Ithihad penerbangan ke London.  ZBA meneruskan perjalanan dengan kurang dari sepuluh  orang rakan-rakan senegara.  Pesawat Airbus 340-500 meluncur tinggi diudara membelah awan putih dikedinginan malam menuju destinasi London.

DARI MATA TURUN KEHATI DARI HATI AKU NUKILKAN