Wednesday, 25 July 2012

COUNTRY CLASSIC PUBLIC TRANSPORT


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum,


Gambar-gambar yang dipaparkan dibawah diambil di seluruh Eropah dan juga negara-negara lain didunia. Insyaallah blog ini akan dinaiktaraf dari masa kesemasa.  Insyaallah






























World Classic
Public Transport










RUSSIAN MOSCOW WITH LOVE

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum,

Rasa macam satu mimpi untuk sampai ke Russia.  Bekas negara kominis Soviet Union yang masih lagi komunis.  Sebuah negara besar yang pembangunannya hanya bertempat dan berkelumpuk.  ZBA mengalami pengalaman berharga semasa melintasi Russia daripada Moscow ke Chita disebelah timur Russia dari sebuah bandar kesebuah bandar sehingga meninggalkan Russia melalui Manzhouli ke Harbin, China.  Tidak banyak yang dapat dilihat dan diceritakan kerana kedatangan ZBA adalah musim salji diantara March dan April.

Pembangunan di Russia sebenarnya tertumpu kepada sebelah barat jika dibandingkan dengan timur.  Bandar-bandar seperti Moscow, St Petersburg, Nizhniy Nofgorod, Perm, Yaketenburg sememangnya mempunyai tamadhun sejak dari awal.  Ini dikuti bandar-bandar ditengah Russia seperti Novosibirsk, dan di timur ialah Irkutsk, Ulan Ode dan Chita.  Paling ke timur ialah Khabarovsk dan Vladivostok.  Tersebut adalah nama-nama bandar besar di Russia. Manakala dibahagian utara Russia ialah kawasan artik yang tidak berpenghuni Dua bandar terahir paling ke timur belum ZBA lawati kerana
tiada kesempatan masa.

Metropolitan Moscow bukan calang-calang bandar jika dibandingkan dengan bandar-bandar besar di Eropah sekali pun.  Moscow banyak mempamirkan bangunan-bangunan lama yang bersejarah. Sungguhpun telah  lama dibina dan digunakan tetapi keteguhan dan kecanggihan menepati zaman sehingga kehari ini.   Disegi kebersihan bandar ini setara dengan Paris.  Jarang sekali kita kelihatan bangunan morden ditengah-tengah Moscow atau bangunan-bangunan lama yang melebihi 15 tingkat.  Tiada kamus pencakar langit  bagi Moscow.  

Mempunyai sistem pengangkutan paling terbaik kini.  Tiada banyak kenderaan menjalar dijalanraya dan tiada kelihatan langsung kesesakan dijalan-jalan raya.   Kenderaan yang digunapakai agak canggih daripada diNegaraKu.  Laluan bawah tanah (Metro) menjadi pengangkutan utama  sejak berzaman.  Walaupun tidak secanggih jika dibandingkan dengan sistem terkini negara maju didunia tetapi keberkesanan dan keselesaan serta tambang yang berpatutan menjadi pilihan utama warga kota. 

Menggunakan matawang sendiri Ruble.  Agak teguh nilainya dan semasa kunjungan ZBA 100 RUB = RM 9.70.  
Moscow salah sebuah bandaraya yang termahal didunia begitu juga Kazakstan diselatan.  
Semua barangan mahal dan bagi ZBA, Russia bukanlah satu negara untuk berpeleseran lama-lama.  Sekadar menjenguk muka dan mengenali negara tersebut adalah memadai.

Kami tinggal disebuah hotel berbintang 2 outskirt Moscow dengan harga RM 210.00 satu malam.

Dua single beds dan bilik air diluar.  Bilik cantik, dan standard bagi pelancung tetapi harganya diluar jangkauan.  
Manakala makanan pula, 200gm nasi + daging     cincang     briyani     berharga                                  

RM 26.00.  Lima  suap  telah  langsai  dan tiada lagi kelihatan serpihan yang tinggal.  Apakan daya kehidupan harus diteruskan walau pun berada jauh diperantauan.  Kebanyakan perniagaan begini dimonopoli oleh kaum pendatang Islam dariapda negara-negara yang berahir dengan "tan-tan".  

Alhamdulillah, makanan halal boleh dicari dan ditemui.  Ramai juga masyarakat Islam di Moscow.  Di Metropolitan Moscow sahaja terdapat enam buah masjid untuk umat Islam beribadat.


ZBA berkesempatan juga melawat salah satu daripadanya  dan sempat bejemaah asar bersama-sama masyarakat setempat.  Menemui pentadbir masjid dan Alhamdulillah sempat berbual dan bergambar dengan Imam Kanan Masjid Moscow. 



Satu kesempatan yang tidak dapat dilupakan menjadi kenangan bersama Umat Muhammad S.A.W dinegara yang dulunya mengharamkan kegiatan keagamaan.  Namun kini Russia mempunyai penganut Islam kedua terbesar selain penganut-penganut agama   lain diseluruh Russia.  Satu fenomina yang membanggakan, bagaimana Islam boleh berkembang dengan drastik selepas era Soviet Union berahir.








Moscow sememangnya terkenal dengan kesan-kesan sejarah.  Oleh yang demikian jika pembaca ingin mengetahui dengan lebih lanjut, sila layari dalam "Moscow attractions" dalam laman-lamn web terkini.  Tetapi paling msyhor ialah Red Square yang pastinya mesti dilawati.

Penduduk Russia juga terdiri daripada berbagai etnik. Mempunyai saiz badan yang besar dan berkulit putih. Jika dibandingkan dengan etnik yang datang daripada negara "tan-tan" sememangnya terdapat perbezaan dari segi raut wajah.  Tan-tan bermata sepet dengan wajah tembam sebagaimana orang-orang Mongolia.

Kanak-kanak manis dalam paparan ini berasal daripada kumpulan etnik Urbekistan dan berugama Islam.  Mereka secara kebetulan bersama kami dalam perjalanan ke Omsk daripada   Chelyabinsk. Ibunya seorang accountant berasal daripada Uzbekistan.  Manakala bapanya pula seorang Engineer.




Empat gadis manis ini pula ialah bakal-bakal penembak Russia ke sukan Olympik akan datang.  Mereka dalam perjalanan ke Ulan Ode untuk satu latihan intensif bersama jurulatih.  Mesra dan menghormati pelancung,  tapi tidak boleh  berbahasa Inggeris.








Perkongsian pengalaman.  Masyarakat Russia tidak mesra pelancung.  Dilihat agak sombong dan agak sukar untuk berkomunikasi kecuali dalam bahasa Russia.

Makanan utama mereka adalah dominannya roti dan daging. Minuman keras adalah minuman part of life sebagaimana dinegara-negara barat.  Pergaulan agak terhad antara satu sama lain.  Kemungkinan juga kerana waktu winter mereka bergerak pantas untuk tujuan masing-masing mengelakan daripada cuaca sejuk.
Semua kedai-kedai adalah didalam bangunan.  Kaki lima kosong dan senang untuk pejalan kaki.  Bebas daripada rumah-rumah stinggarden dan kedai-kedai haram ditepi jalan.  Satu perancangan untuk kehidupan yang selesa, baik dan sistematik.  Bangsa yang sedang berada di kemuncak ketamadhun manusia mengikut masa dan peredaran zaman.  


ISLAM IS THE TRUE OF LIVE