Assalamualaikum,
Sebut fasal Barcelona, ramai yang tahu namanya tetapi tidak pernah mengetahui dimana letaknya. Nama Barcelona telah sinonim dengan kehebatan Kelab Bola Sepak terkenal Spain. Ramai anak muda diNegaraKu terpegun dengan kebolehan dan kehebatan pemain-pemain bola sepak mereka, malah nama-nama pemain seringkali menjadi siulan dibibir mereka. Kini ZBA membawa pembaca ke Barcelona yang selain terkenal dengan kelab bola sepak juga terkenal sebagai sebuah metropolitan kedua terbesar di Spain selepas Madrid. Picasso Museum Barcelona
Segala-galanya bermula dari Arles, France dan kini menuju Spain yang jaraknya 300 km daripada Barcelona. Perjalanan berjalan lancar di awal pagi yang dingin walaupun disinari cahaya matahari panas dengan suhu sekitar 12C. Cukup selesa tetapi masih dengan jecket dibadan.
Dua kali berhenti untuk toilet stop serta makan tengah hari barulah kami memasuki Spain dengan "De Nada" yang membawa maksud selamat
datang dalam bahasa diNegaraKu.
Sungguhpun bahasa tersebut dengan
lembut mengalu-alukan kedatangan kami ke Spain tetapi kami dikejudkan dengan pemeriksaan Polis disempadan Spain dan France. Pertama kali setelah kami menghabiskan lebih kurang 4,000 Km menjelajah 11 negara Eropah, buat pertama kalinya passport kami diperiksa. Alhamdulillah segala-galanya berjalan lancar dan kami meneruskan perjalanan ke Barcelona.
Top tip for Barcelona. Try Topas " Spanish finger food". Cold Sangria on a hot afternoon in Parc Guell is about as good as it gets. Be very careful of belongings when walking down the famous "La Ramblas" the city main throughfare is crammed with street performers, touts, market stalls, shopping and traffic which makes it a polpular place for pickpockets to prey on distracted tourists. Ingatan kepada semua dan harus jangan leka.
Visit the mount Juic and Catel de Mont Juic for amazing panoramic views of the city,and a bird's eye view of the port which is one of the busiest in the world.
Visit the La Sagrada familia, Antonio Gaudi's masterpiece, and marvel at its construction which is still going and won't be completed until 2016. Sebuah gereja tua yang dalam pembikinan dan kerja-kerja baik pulih sedang dijalankan. Dipersekitarannya banyak kedai makanan halal dan pusat jualan cenderahati. Harganya berpatutan jika dibandingkan dengan tempat-tempat lain dipersekitaran. cara paling mudah dan murah untuk kesini ialah dengan perkhidmatan metro.
Gambar-gambar ini dirakamkan dengan Camera Canon 450D dan Lens 18-55mm oleh "tobiak travel". Email :
zainaltobiak@yahoo.com.my
Perkongsian pengalaman. Barcelona sebuah bandar lama dan apabila memasuki kawasan tumpuan pelancung, jalan-jalannya sempit dan khusus untuk pejalan kaki sahaja. Sungguhpun bangunan tidak begitu tinggi tetapi pembaca harus tersedia dengan peta perjalanan dan seringkali memerhati penunjuk arah. Adalah paling sukar jika tersalah arah kerana tiada "landmark" yang boleh dijadikan panduan. Bangunannya seakan sama bentuk dan sama ketinggian. Jika kita menggunakan kompas raayat (bertanya kepada penduduk tempatan) timbul masaalah komunikasi kerana mereka tidak boleh berbahasa Inggeris. Jika pun boleh tetapi harus difahami persimpangan jalan adalah diantara bangunan dan amat sukar untuk ditentukan walau pun dalam jarak 15 meter dari kedudukan sebenar.
Cara paling mudah untuk merayap seluruh Barcelona ialah menggunakan metro. Beli tiket sehari berjumlah Euro 9.25, pembaca boleh explore tanpa had dan tidak banyak membuang masa. Kita kembali ke France selepas Barcelona menuju Arles seterusnya Pont du Gard.
HIJRAH MENGUBAH MENTAL, FIZIKAL & SOSIAL
No comments:
Post a Comment