Wednesday, 13 June 2012

FRANCE FRENCH RIVIERA & ARLES

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum,

Dari Italy kini pengembaraan diteruskan ke Peranchis (France).  Bandar pertama perhentian di France ialah Nice (French Riviera).  Terletak ditepian laut Mediteranean. Dikatakan sebagai sebuah bandar peranginan terkenal di France.  Cuaca panas dilapur dan direkodkan untuk selama 300 hari dalam  setahun.  Mempunyai sebuah lapangan terbang yang merupakan kedua tersibuk selepas Paris. Wooo, itu perkataan pertama kali semasa ZBA memasuki kota ini .


Sebelumnya kami singgah dahulu disebuah kilang pengekspot minyak wangi terkenal di Dunia.  Terletak ditepian laut Medditeranian dan menghadap ke Monaco yang kelihatan jelas dari pandangan tanah tinggi.  Namanya ZBA hampir lupa terapi lebih kurang bunyinya sebagai "Freenought".  Jenama tersebut bukan sebarang jenama malah di Suria KLCC terdapat sebuah kedai untuk mempromosikan jenama tersebut.  Kepada kaum wanita, tentunya tersenyum lebar apatah lagi yang ingin mencuba wangian bagi jenama tersebut.

Sehari suntuk ZBA di Nice. Al-maklumlah ini merupakan kota pertama dilawati di France.  Sungguh pun  masih  fobia dengan kecantikan Monaco tetapi Nice juga mempunyai daya tarikan yang seimbang bagi pelancung untuk kedua-dua bandar ini. Oleh yang demikian memadai ZBA  gambarkan Nice dengan gambar-gambar daripad bercerita panjang lebar.
                                                                                                                                                                                         


Perkongsian pengalaman kita kali ini adalah tentang masyarakat di Nice.
Nice mempunyai penduduk berbilang etnik samada penduduk setempat atau sebagai pendatang atau sebagai pelancung. Jika tidak diambil kira pelancung, kepadatan penduduk Nica adalah satu pertiganya adalah dari kalangan kaum kulit hitam yang datang dari tanah jajahan Peranchis di Afrika Utara.  Selebihnya daripada Timur Tengah, India, Bangladesh, China dan negara-negara timur yang lain.  Mereka bebas menjalankan perniagaan dan hidup rukun damai.  


Oleh     yang      demikian diNegaraKu       tidak     perlulah
mencanang bahawasanya kita yang terbaik didalam menjana perpaduan kaum jika dibandingkan dengan Nice.  



Oleh yang demikian kepada pengembara Muslim, Nice menafikan bahawa anda tidak kelaparan didalam mendapatkan makanan Halal.  Malah jika anda ingin turut serta berjamaah dengan penduduk setempat, Nice menjanjikan pembaca dengan Masjid untuk bersolat.

Cuaca ketika ini panas terik tetapi pembaca harus mengenakan pakaian tebal kerana masih sejuk dan suhu beredar sekitar 15C.  ZBA dan teman beredar meninggalkan Nice seterusnya ke Arles, satu lagi tempat bersejarah yang menjadi satu kemestian bagi setiap pelancung.

Arles is a UNESCO world heritage side. Arles sits on the low hill where the Rhone River branches in two part of the sea.  The commune is the largest in France with and area of 75,893 hector.  The town back to 7th century BC and was are major Gallo Roman City. The major Roman sides , such as the Arena and the theater, are unique in that they integrated into the houses and buildings of the town, rather then sitting apart as they do in places such as orange.


Perkongsian Pengalaman di Arles.  Allah Maha Mengetahui dimana rezeki untuk umat Muhammad S.A.W.  Arles memberi gambaran kepada kita bahawasanya Islam dimana-mana. Lelaki megah bersongkok dan wanita bertudung.





Hari ini ZBA harus meneruskan perjalanan daripada Peranchis ke Barcelona, Sepanyol.   Kami tidak banyak membuang masa dan selepas berkenalan dan berjabat tangan dengan etnik seagama, dengan diiringi kalimah Mualaikum Salam ZBA meneruskan perjalanan.

AU REVOIR FRANCE







No comments:

Post a Comment