Assalamualaikum,
Masih lagi di Italy dan masuk hari ketujuh daripada enam malam (7H/6M). Lebuhraya tiga lorong sebelah memantapkan lagi perjalanan sungguhpun
berliku dikawasan tanah tinggi tetapi terowong mengelakan pendakian dan penurunan disamping memendekan perjalanan. Kenderaan bertali arus dengan ratusan treller panjang membawa muatan keseluruh Eropah. Sayup-sayup diatas bukit, kawasan penempatan yang indah lagi nyaman dengan pemandangan sayup mata memandang.
Sekali sekala tersergam banglo indah ditengah ladang yang menghijau. Petani morden tersenyum girang tanda kepuasan. Kekadang pula keretapi laju membelah angin meluncur pantas dilandasan dan menghilang dikehijauan padang rumput dengan sekelip mata. Terkenang, alangkah selesanya jika segala-galanya aku nikmati diNegaraKu sendiri. Hati kecil aku berkata, Ya Allah, Engkau limpahkan segala galanya dibumi bertuah itu tetapi dimana dan kepada siapa digunakan.
Didalam lamunan diantara hakikat dan kepalsuan, Alhamdulillah ZBA berhenti untuk toilet stop disebuah R&R yang dimonopoli oleh sebuah syarikat yang bernama "Autogrill" disepanjang Lebuhraya dari Rome ke Florence.
Menyambung perjalanan akhirnya selepas dua jam tiga puluh minit kami sampai di Florence. Dikenali dahulunya sebagai ibu kota Italy pada kurun 14 century sebagai Firenze. Mengalir ditengah-tengah sebuah sungai yang bersih dan jernih airnya. Check-in dihotel dan kami mula mengorak langkah mengenali kota purba zaman silam Florence.
Ini bukan untuk menggambarkan kelucahan tetapi sebuah seni. ZBA sendiri kurang jelas apakah motif ukiran sebegini dipamirkan disebuah gereja bagi penganut agama Kristian. Malah patong-patong yang diukirkan disemua gereja-gereja sejak zaman berzaman.
Sedikit tentang Florenze. Bandar ini juga kaya dengan sejarah peradapan tamadun manusia di Italy. Selain daripada itu kebelakangan ini Florence telah berubah daripada status lama kepada pusat dagangan kulit yang terkenal diseluruh dunia. Dikatakan perusahaan barangan kulit bagi Italy adalah berpusat di Florence. Bagi wanita yang menggemari barangan kulit khususnya tas tangan, talipinggang dan barangan kulit yang lain, barang pasti akan terpesona dan terpengaruh dengan berbagai fesyen terkini. Disegi harga, insyaallah lebih murah jika dibandingkan dengan dibandar-bandar lain di Italy. Dikesempatan masa ZBA juga terpengaruh dengan barangan kulit yang dihasilkan disini dan sempat juga menjenguk dan membelinya sebagai kenangan.
Diawal pagi keesokannya ZBA bertolak ke sebuah bandar terahir dalam siri pengembaraan di Italy menuju Pisa. Bandar yang terkenal dengan Menara Condong seakan-akan Menara Condong di Teluk Intan.
This Tuscan city is situated on the right bank of the mouth of the Arno River and also the Ligurian Sea. Silting from the river is the reason for the leaning tower being so slanted, but this city can also lay claim to one of the oldest formal universities in Italy and one of the finest graduate collages in Tuscany.
The Campo Di Miracoli, translated as the field of miracles, and is where you will fine the leaning tower along with the Duomo Cathedral and Baptistery of Pisa.
Terletak dikawasan lebih kurang dua hektar dengan sebuah Menara Condong, gereja dan kawasan hijau. Pisa dikunjungai ribuan pelancung setiap hari. Tiada bayaran dkenakan manakala dipersekitaranya banyak dijual barangan cenderahati, restoran dan perumahan penduduk setempat.
merupakan hari terahir berada di Italy. Kami tinggalkan Pisa menuju Nice atau juga dikenali sebagai French Riviera. Dalam perjalanan ZBA melihat bagaimana batu yang diambil dari pergunungan, dipotong dan dijadikan marble. Italy adalah merupakan pengeksport marble yang terkenal diseluruh dunia.
Bye, bye Italy. Lebih seminggu ZBA berada di Italy dan hari ini hari terahir. Kita jumpa lagi di France.
zainaltobiak@yahoo.com.my
No comments:
Post a Comment