Assalamualaikum,
Sebuah negara kecil berpemerintahan kesultanan yang kaya lagi berprestage didunia. Terletak ditepian tebing tinggi mengadap laut Mediteranean dengan suhu panas sepanjang tahun. Kepadatan penduduknya hanyalah 32,000 orang. Selain terkenal dengan Monaco Grand Prix, raayat Monaco tidak dikenakan sebarang cukai. Jaraknya dengan Nice (France) ialah 30 minit perjalanan dengan keretapi dan tambangnya ialah Euro7.50 pulang dan pergi.
Negara kaya dengan alam semula jadi yang indah. Dua perkara yang menjadi perhatian dan pengalaman untuk dikongsi bersama pembaca.
Satu. Keadaan geografinya diantara pergunungan dan lautan. Cuaca panas sepanjang tahun.
Kedua. Pusat perjudian (Kasino) dan hotel-hotel penginapan, restoran bertaraf dunia. Layanan mesra terhadap pelancung dalam kelas yang tersendiri.
dilihat dan dimiliki Rasanya seolah menggadai diri untuk menjejaki kaki ketempat berkenaan, takut-takut tidak terbayar untuk satu-satu pun kesalahan paling kecil. Contoh, hotel penginapan the richest dan famous disebuah hotel ternama di Monaco. Dimaklumkan dihadapan hotel berkenaan terdapat puluhan kenderaan-kenderaan mewah seperti Lombogini, Poshe, Bentley Ferare, Mercedes Sport dan jenama lain yang belum pernah ditemui setakat ini.
Kalau dibandingkan dengan diNegaraKu, orang kaya 1M belum mencapai status bilionir sebagaimana yang terdapat di Monaco. Dipandang daripada No. Pendaftaran kenderaan, rata-rata agak berlainan diantaranya. Demi mencari fakta sebenar, ZBA berbisik dengan bel-bel boy di hotel berkenaan. Info terbaik mengatakan bahawa kenderaan tersebut bukanlah semua daripada Monaco malah didatangkan khas ke Monaco oleh bilionir itu sendiri daripada seluruh dunia semasa menghabiskan percutian di Monaco. Masyaallah, betapa mewah orang yang dikurniakan kekayaan

oleh Allah.
Jika tadi hotel mewah sekarang kita ke Yatch. Senarionya juga sama. Ratusan kapal-kapal mewah berlabuh dipelabuhan milik bilionir yang datang daripada seluruh dunia. Sesungguhnya Monaco ialah tempat tumpuan bilionir samaada bercuti, bersantai atau berkasino. Tapi aku ZBA seorang pengembara jalanan sempat juga berkongsi pengalaman bersama mereka. Alhamdulillah. Sesungguhnya Allah yang menentukan.

Dari hotel kita ke Yatch dan dari Yatch kita ke lapangan terbang. Oh keluhan, Sungguhpun ZBA dari industri penerbangan, namaun belum pernah ZBA melihat sebegitu banyak Jet-jet Eksekutif milik persaorangan disatu-satu tempat (Lapangan Terbang). Jet Eksekutif ibarat TEKSI di lapangan Terbang Kansai Jepun. Oh, begini rupanya kehidupan dalam dunia kemewahan dan kekayaan. Syabas kepada mereka-mereka yang merancang perjalanan hidup yang bolih mencapai ketahap bilionir.

Dari lapangan terbang berdekatannya pula kita kenali 3 buah condominium paling mewah untuk mereka. Terpacak indah dengan lanskap dan senitaman mengadap pantai yang sayup mata memandang. Dalam hati, tidak pernah ada rencana tetapi tetap bersyukur kerana dapat menikmati dengan pandangan mata. Sesungguhnya Allah Maha Adil lagi Bijaksana menentukan segala-galanya. Alkisah itulah realiti yang terdapat di Monaco.

Sebenarnya banyak lagi yang ZBA boleh ceritakan secara terperinci berkenaan Monaco. Almaklum bahawa penceritaan akan menjadi hayalan malah menyebabkan kita hanya terpinga. Oleh yang demikian kepada semua raayat 1M khususnya orang-orang Melayu secara peribadi, ZBA menyeru agar dapat membuka minda dan melapangkan sedikit masa bercuti untuk menikmati keindahan alam kurniaan Allah. Bukan semestinya Monaco tetapi dimana-mana bumi Allah sebagaimana tersurat dalam Surah Al-Ankabut Ayat 20. Sedikit tips untuk para pembaca budiman. Selain daripada minat dan cita-cita sebagaimana ZBA laksanakan dari dulu dan sekarang. Tipsnya berdikit-dikit dahulu dari sekarang dan travel kemudian.

Monaco Rich and Famous City in the world. Foto by :
"tobiak travel"
Email
zainaltobiak@yahoo.com.my
Pengembara jalanan dari sebuah perkampungan. Kampung Bukit Sekechong, Tobiar, Pendang, Alor Star. Kedah Darulaman. Up-Dated info lebih 80 daripada 149 Negara diDunia.
DON'T LISTEN THROUGH THE EYES BUT SEE THROUGH THE EYE
No comments:
Post a Comment