Assalamualaikum,
FirmanNya " Wahai Manusia, Kami jadikan kamu dari kalangan lelaki dan wanita, berpuak-puak dan berbagai bangsa supaya kamu dapat berkenal-kenalan diantara satu sama lain. Sesungguhnya semulia-mulia manusia disisi Kami ialah orang yang paling bertakwa diantara kamu". Oleh yang demikian, penghijrahan adalah peluang terbaik bagi individu mahupun kumpulan untuk mengubah diri kearah yang lebih baik. Baik dari segala yang terbaik disisi Allah.
Pada masa yang sama ZBA juga ingin menimba ilmu pengetahuan khususnya Ilmu Pengembaraan bagi menambahkan keyakinan dalam diri untuk berhadapan dengan masyarakat serta mengubah daya diri dari sifat negatif kepada seorang yang lebih positif dan matang. Itu adalah pengertian sebenar hijrah dan keyakinan buat memanfaatkan kepada jenerasi akan datang khususnya yang sealiran minat.
Nukilan ZBA disini adalah untuk semua dan ZBA amat mengalu-alukan sebarang kritikan yang membina supaya Bangsa Melayu lebih berkeyakinan dalam diri sendiri dan membangun bersama bangsa-bangsa lain yang jauh lebih maju kehadapan daripada kita. Sepanjang penghayatan ZBA ketika ini, menunjukan Bangsa Melayu lebih senang mendengar daripada melihat. Mudah terpengaruh dan senang mempercayai. Akal diketepikan kerana kepercayaan kepada telinga yang mendengar. Mata dikesampingkan kerana kelunakan telinga yang mendengar. Otak dijana untuk mempercayai tanpa melihat. Akibatnya mata menjadi buta dan hati bertindak sesuka hati. Perasaan emosi menguasai akal.
Perut disumbat dengan bahan subsidi entah halal entah haram. Asalkan kenyang maka tidurlah dibuat mimpi indah. Mimpi indah bercampur air lior basi yang tidak berkesudahan. Berdengkor ibarat kumbang menggali sarang.
Sedihnya mimpi Bangsa Melayu walaupun indah tetapi tidak sama dengan mimpi bangsa-bangsa lain. Mimpi bangsa-bangsa lain ialah mimpi yang ditolak keotak untuk berfikir tetapi mimpi Bangsa Melayu ditolak kedubur untuk dijadikan kentut sebelum membuang najis. Oleh yang demikian Bangsa Melayu wajib berhijrah dari satu tempat kesatu tempat yang lain seperti apa yang dinyatakan berhijrah kerana ingin mengenali dunia dengan lebih mendalam disamping mengubah persepsi diri itu sendiri. Hijrah ubah persepsi. Hijrah mengubah mental, fizikal dan sosial.

Kemajuan Bangsa Barat dalam ekonomi, teknologi, informasi dan sebagainya adalah usaha membangun dan merangka kerangka tersendiri. Kita NegaraKu berbangga sebagai negara yang unik.
Mempunyai nilai dan budi bahasa yaag tinggi dan tersendiri. Merangkumi masyarakat berbilang kaum tetapi boleh hidup dibawah satu negara secara aman dan damai. Satu sifat puji diri dari pencacai yang menjahanamkan kemajuan bangsa sendiri. Apa kena mengena mempunyai masyarakat berbilang kaum dibandingkan dengan kemajuan yang diperlihatkan oleh Bangsa-bangsa lain ?. Kita lihat selepas ini, apakah benar kita satu-satunya negara berbilang bangsa. Usah jadi SiKitol mencacai kesana kemari, sesedar bersembur tahi tanpa disedari.
Sedihnya mimpi Bangsa Melayu walaupun indah tetapi tidak sama dengan mimpi bangsa-bangsa lain. Mimpi bangsa-bangsa lain ialah mimpi yang ditolak keotak untuk berfikir tetapi mimpi Bangsa Melayu ditolak kedubur untuk dijadikan kentut sebelum membuang najis. Oleh yang demikian Bangsa Melayu wajib berhijrah dari satu tempat kesatu tempat yang lain seperti apa yang dinyatakan berhijrah kerana ingin mengenali dunia dengan lebih mendalam disamping mengubah persepsi diri itu sendiri. Hijrah ubah persepsi. Hijrah mengubah mental, fizikal dan sosial.
Secara amnya meraka adalah daripada bangsa penjajah yang menggunakan tipu helah bagi mengusai dan menjahanamkan sesebuah negara. Mengaut keuntungan dengan paksaan dan menjadikan penduduk tanah jajahan sebagai hamba dan mereka sebagai tuan tanah yang terhormat. Namun begitu ada juga segelintir penduduk tanah jajahan yang bersengkongkol menjahanamkan bangsa sendiri. Mereka juga adalah bangsa yang paling kejam terhadap umat Islam dari dulu sehingga kehari ini.
Berlainan sekali diNegaraKu samaada melalui KLIA atau LCCT, pihak Kastam tidak langsung memperdulikan apakah barangan yang dibawa masuk oleh para penumpang.
oleh
para
Dua perkara yang agak ketara untuk renungan bersama. Pertama. Ramai kakitangan lapangan terbang yang bertugas ketika itu adalah terdiri daripada bangsa pendatang seperti India, Pakistan, Bangladesh dan negara-negara Afrika. Kedua. Kawalan keselamatan lapangan terbang berada ditahap tinggi dan diyakini.
hatam Kota Landon dalam masa tersebut. Sebut sahaja dimana attractions place dikota London, Insyaallah mungkin tiada yang ketinggalan.
Kedai 1Malaysia hanya gimik malah tidak lebih daripada propaganda murahan untuk mencekik selagi boleh. On shoestring mengorak langkah meninggalkan London menuju Pelabuhan Dover. Daripada Dover menyeberangi Selat Inggeris ke bandar pelabuhan Calais ditanah besar Eropah yang mengambil masa selama dua jam.
Negara-Negara Eropah (EU) yang lain selepas ini. Satu sistem yang dianggap unik amnya bagi NegaraKu yang raayatnya tidak diperlukan memiliki Visa untuk melawat semua Negara-negara (EU).
Pengalaman Keempat. Pengalaman menggunakan lebuhraya di EU memang canggih dan secanggihnya. Jangan usah dibandingkan dengan NegaraKu. Mereka ada lebuhraya kita pun ada lebuhraya.
Lebuhraya diNegaraKu, leburaya maut dan lebuhraya mengaut keuntungan. Lebuhraya di EU, lebuhraya raayat untuk keselesaan semua. Pengalaman ZBA mengharungi 8,044 km selama 26 hari diatas lebuhraya EU, ohhh, hebat dan membanggakan.
Tiada satu pun kemalangan samaada kecil atau besar dilihat dihadapan mata. Lebuhraya diNegaraku sejengkal sahaja melalui beratus liku dan menaik dan menurun lurah dan gaung.
Ratusan kemalangan dengan kematian setiap hari dilapurkan. Lebuhraya EU sedepa panjang, mendatar dan lurus memanjang. Contah di German, kelajuan 130 ksj tetapi dinobatkan sebagai negara yang mencatatkan kemalangan terendah dan paling selamat memandu di EU. Motosikal tak main bagi mereka kecuali yang berkuasa tinggi, itu pun jarang-jarang kelihatan.
below expectation kerana kotor jika dibandingkan dengan populariti sebagai kota terbesar didunia. Sebut pasal shopping complex, woo, keduanya memang canggih. ZBA ada juga sekali sekala mengendap dikedai-kedai mewah diseluruh kota EU sungguh pun tidak berhasrat untuk
membeli sesuatu. Masakan untuk membeli belah digedung, bagi ZBA kedai ditepian jalan sekali pun sudah tidak mampu untuk dijengok apatah membeli jika bergelar pengembara jalanan. Ya, kota-kota EU memang hebat. Bersih dan bersistematik. Tiada kedai cetok ditepian jalan. Tiada kedai haram diatas pejalan kaki. Tiada kedai makanan atau menjual kueh dikaki lima atau enam jalan. Tiada restoran segera dibelakang deretan kedai dan dicelah bangunan.
Mereka bukan Key El. Sebut saja dimana-mana tempat kegunaan awam berselirak dan bersepah orang berniaga. Sama ada berlesen atau tidak bukan persolan. Bersih atau kotor bukan pertimbangan.
Bagaimana tentang Switzderland
yang berada ditengah Eropah menikmati harga minyak yang paling rendah. Semua ini terjadi kerana penguasa diNegaraKu hanya pandai bercakap tetapi tidak pandai untuk melihat.
Pengalaman
Kesembilan. Sistem pengangkutan Metro mereka amat canggih dan berkesan sekali. Tidak ada kesesakan jalanraya dan pergerakan kita adalah dalam jangkamasa yang dirancangkan.
Pengalaman kesepuluh. Tiada langsung kelihatan rumah-rumah haram di Eropah. Mereka juga tinggal di Flat, apartment, Kondo dan sebagainya tetapi tiada kelihatan langsung penyidai kain tergantung. Bolehkah pengalaman yang ZBA paparkan ini mengubah fikiran kita dan adakah kita setanding dengan mereka berdasarkan kepada percakapan dan tulisan media pencacai di1M.
Setelah dipaparkan sepuluh kesan positif untuk kita renung bersama, kini ada dua perkara negatif yang pada pandangan ZBA mencacatkan kesan buruk dan amat tidak wajar dibenarkan dimana-mana tempat awam walau pun dimana sahaja. Lukisan abstrek ini terdapat dimana-mana di negara Eropah. Paling ketara di Germany , France dan Kota London. Satu pandangan yang mencemarkan mata memandang.
Pembaca boleh bayangkan sendiri lukisan yang diagungkan oleh segelintir manusia tetapi telah mencemar seluruh badan sebuah keretapi yang digunakan oleh jutaan manusia. Rakaman ini tobiak travel merakamkan disebuah stesyen keretapi di Bandaraya Rome, Italy
France sebuah negara maju di Eropah. Malang perangai raayatnya masih ada yang jakun. Tidak bertamadun sebagaimana diharapkan. Dalam soal ini bukan warna kulit menjadi ukuran malah semuanya sama. Tidak terfikir difikiran ZBA bahawa kelakuan buruk ini akan terjadi dihadapan mata sendiri. Pembaca boleh bayangkan bagaimana mungkin dengan sistem yang canggih manusia boleh melintasi barrier untuk masuk dan keluar sesuka hati daripada kawasan berbayar untuk menaiki metro. Lintang pukang gulungan ini menggelinap menuruti buntut kita, keluar dan masuk metro tanpa membayar tambang. Satu tabiat yang biadap dan tidak bersopan langsung. Oleh yang demikian kita harus berhati-hati dan senantiasa berawas agar tidak dirempuh oleh mereka khusus diwaktu puncak.
Europe on Shoestring tips :
Berlgium (Choclate terbaik). Germany (Teknologi serba canggih). Switzerland (Negara tercantik). Czech Republic (Beer terkenal dan murah). Italy (Jalanraya terbaik). France (Sejarah & Teknologi). Spain Kebudayaan & Sejarah). Austria (Sejarah). Holland (Terusan).
Europe on Shoestring tips :
Berlgium (Choclate terbaik). Germany (Teknologi serba canggih). Switzerland (Negara tercantik). Czech Republic (Beer terkenal dan murah). Italy (Jalanraya terbaik). France (Sejarah & Teknologi). Spain Kebudayaan & Sejarah). Austria (Sejarah). Holland (Terusan).
Saudara pembaca boleh menilai sendiri hasil cacatan seorang pengembara jalanan dan sebagai manusia biasa, "tobiak travel" amat mengalu-alukan sebarang komen demi untuk membina sebuah masyarakat yang melihat dari kaca mata sendiri daripada menjadi pendengar yang setia kepada telinga.
EUROPE ON SHOESTRING 8,044 KM
No comments:
Post a Comment