Friday, 6 January 2012

NEW ZEALAND KIWI LAND

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah  lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum,

Pada pagi yang dingin dengan cuaca yang terang benderang di LCCT Kuala Lumpur, ZBA bersama tiga partners, Haji Rosli, Mr Edward Heong dan Ms Jacqui Teoh dalam rangka pengembaraan ke New Zealand.  Negara yang terletak jauh keselatan etmospier atau Kutub Selatan.  Sejarah awal negara tersebut didiami oleh suku Kaum Moori sebagai peribumi dan sekarang telah dikuasai sepenuhnya oleh Bangsa Inggeris sejak kedatangan Kapten James Cook ke New Zealand pada abad lampau. Terkenal dengan negara pembekal daging ternakan seperti bebiri dan lembu didunia.  

     Pemandangan Indah Akaroa

Mengikut perancangan, kami akan mendarat di Christchurch di Pulau Selatan dan terbang semula dengan penerbangan Jetstar ke Auckland ke Pulau Utara pada keesokan harinya.  Dalam rangka pengembaraan yang singkat ini kami harus melangkaui pemanduan sekurang-kurangnya 300km sehari sebelum kembali ke Christchurch untuk penerbangan pulang.  Kami mempunyai masa yang terhad 7H/6M untuk meneroka dari Auckland hingga ke Christchurch.

Sebagaimana dijangkakan kami bertolak jam 08.45am dengan penerbangan Air Asia Airbus 330 yang dijangka mengambil masa perjalanan 10 jam dan 30 minit.  Satu pengalaman yang menjemukan diudara kerana tidak apa yang dapat dilihat pada penerbangan 37,000 kaki diudara.  Cuma sekali sekala semasa melintasi Australia ZBA dapat melihat ketandusan bumi Australia yang kering kontang.  Bagi ZBA Australia bukanlah bumi asing  untuk tidak dikenali sebab ZBA pernah berada disana selama setahun dan terbang kesana kemari kecuali  ke Bandaraya Perth.

Penerbangan berjalan lancar dan sekali sekala sahaja diganggu oleh keadaan cuaca yang kurang memuaskan dan kami diingatkan untuk memasang tali keledar keselamatan.  Menjadi satu fenomina baru bagi ZBA kerana pertama kali dalam sejarah menaiki pesawat terdapat keseimbangan jumlah penumpang dari berbilang bangsa memenuhi 85% capaciti pesawat.  Dari Inggeris, Korea, Jepun, China, India, Melayu, Singh, Moori dan berbagainya. Macam-macam ada.

 Christchurch International Airport

Pesawat selamat mendarat  di Christchurch International Airport tepat jam 12.00 tengah malam waktu Christchurch yaani 30 minit lebih awal daripada yang dijangkakan.  Alhamdulillah.  Selepas urusan imigresen dan kastam kami bebas menjejaki bumi NZ bagi selama 90 hari tanpa Visa. Kepada pelancung dan pengembara perlu diingat bahawa Kastam NZ adalah amat menitik beratkan tentang apa yang dibawa.  Oleh yang demikian khususnya makanan yang dibawa wajib diistiharkan sebelum ditangkap dan didenda tanpa persoalan.  NZ mengamalkan "Base on Trust" dalam  kehidupan mereka seharian. 

                            Airport Hotel Christchurch
Cuaca berada diparas 12C semasa kami sampai.  Memandangkan masa telah larut malam kami tidak keluar daripada airport dan bermalam sekadar tidur ayam di kawasan yang dibenarkan.  Satu kelebihan dan keperihatinan NZ  kepada pengembara untuk berehat sebelum meneruskan perjalanan keesokan harinya. Bagi musim panas (Spring) seperti sekarang, NZ mengalami siang hari yang panjang dari 0600 pagi hingga 09.25 petang.  Pejabat dan pusat-pusat perniagaan dibuka sekitar jam 0900 pagi hingga jam 5.30 petang.  Selepas jam 7.00 petang tidak banyak pergerakan kenderaan atau individu berada dijalan-jalan raya kecuali dipusat-pusat hiburan.  Menarik tentang NZ, para peminum tidak boleh sesuka hati minum dikhalayak ramai kecuali ditempat yang dikhaskan.  Mereka perlu mematuhi peraturan tersebut jika tidak mahu dikenakan kompaun tanpa sebarang tunjuk sebab. DiNegaraKu sesiapa saja boleh meminum arak dimana-mana sahaja bebas tanpa peraturan dan sekatan oleh pemerintah 1Malaysia.  Sepanjang 7H/6M, ZBA dikejutkan dengan culture shock kerana sepanjang pengembaraan 2,050km yang ditempuhi tidak seorang pun anggota Polis NZ kelihatan dimana-mana kecuali 2 buah kereta peronda di Christchurch.  DiNegaraKu di LCCT sahaja ratusan anggota polis dan penguatkuasa berkawal entah untuk apa ZBA kurang pasti.  Tetapi yang pastinya dari pengunguman media keparat tangkapan berbagai jenis dadah terbesar adalah melalui KLIA (LCCT & KLIA).  Pagi 14 Jan 2012 jam 07.30 pagi semasa ZBA keluar melalui lorong pemeriksaan kastam di LCCT terdapat sepasang pegawai kastam sedang berbual tanpa mengindahkan penumpang yang keluar untuk dibuat pemeriksaan.  Ajaib dan unik negaraKu 1Malaysia.  Berlainan  dan jauh berbedza sekali dengan pengalaman  ZBA alami di Christchurch International Airport dimana semua beg akan dibuka oleh pegawai kastam bertugas atau diimbas oleh mesim pengimbas walaupun deklarasi setengah dozen mee segera telah dibuat sebelumnya.  Wua tabik sama lu pegawai-pegawai kerajaan NZ.  Tahniah kerana mengamalkan amanah raayat NZ.

Dalam lena-lena ayam jam 04.30 pagi kami  bangun meneruskan check-in  bagi penerbangan Jetstar NZ ke Auckland.  Penerbangan kamikazi Jetstar mengambil masa satu jam dan kami mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Auckland.  Hujan renyai-rengai mengambut kami dalam suhu 14C di Auckland.  Sebagaimana yang di janjikan NZ Rent a Car menyambut kedatangan kami dengan sebuah Toyota Camry dengan nombor pendaftaran  ETC 141 untuk pengembaraan berikutnya selama 5 hari.  Selepas selesai urusan dokumentasi dan pembayaran NZ 350.00 kami bertolak memasuki bandaraya Auckland tepat jam 9.00 pagi dengan panduan "Tomtom" yang pastinya menunjukkan arah yang tepat.  Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT.

ZBA dengan panduan Tomtom memandu memasuki Bandaraya Auckland dan kami berada hampir dua jam memandu disekitar Auckland yang tenang dan sejuk mata memandang. Auckland bandar commercial bagi NZ yang satu-satunya mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi  di NZ.   Kami berempat semuanya melahirkan kata-kata yang sama.  Bandaraya yang sederhana besar dengan kepadatan penduduk sekitar 1.4j terletak di Teluk Auckland yang bersih dengan perancangan pembangunan yang amat teratur.  Ditengah-tengahnya terdapat sebuah jambatan gantung yang indah bertali arus kenderaan beredar tanpa kesesakan kenderaan hilir mudik.  


Tersergam indah marina menempatkan kapal-kapal layar yang menjadi kebanggaan dan keberadaan status masyarakat NZ.  Kapal-kapal perdagangan mengendalikan ratusan kontenar dengan urusan dijalankan dengan bantuan jentera-jentera canggih.  Kota Auckland, tersusun padat, bersih, indah dan bersistematik.  Tidak ketara bangunan tinggi malah tidak melebihi 15 aras dan rumah-rumah dibina tersusun dipinggir-pinggir tebing tinggi dalam bentul single story.  Rumah-rumah mereka tiada berjerigi malah tidak berpagar sebagaimana diNegaraKu.  Cantik, kemas dan teratur.  Gaya hidup dan status ini tidak akan tercapai diNegaraKu walau pun 20 tahun lagi selepas Wawasan 2020 konon.  Pekikan kosong 1Malaysia hanya gimik politik dan jauh sekali  kearah negara maju yang dilaung-laungkan.

Epik pengembaraan bermula selepas "For my eyes only" meninggalkan Bandaraya Auckland dan memandu di Lebohraya 1 kearah  Hamilton diselatan.  Speed limit yang dibenarkan ialah 100kmj tetapi kenderaan bergerak lancar tanpa henti kecuali perhentian lampu isyarat.  Amat mudah dan selesa malah tidak menyakitkan kepala (Tension) disepanjang perjalanan.  Jalanraya satu lorong dengan peringatan 4 km dihadapan terdapat dua laluan memotong yang disediakan setiap 10-15 km.   ZBA tidak merasa bimbang takut atau adanya kenderaan memotong sebelum tempat sampai ketitik dua laluan memotong kecuali kita memberi isyarat kepada pemandu dibelakang untuk berbuat demikian dengan sebab-sebab tertentu. 

Pemandu di NZ berhemah sekali dan amat memandang tinggi dalam ertikata "Safety come first" dalam amalan harian kehidupan mereka.  Tiada bunyian hon atau pekikan dan tanda isyarat lucah daripada pemandu-pemandu mereka. Jalanrayanya terhampar rata ibarat permaidani dan boleh dikatakan tiada ada langsung lubang sebagai penghalang sepanjang ZBA memandu 2,050 km di Lebuhraya NZ. Jauh sekali dalam jarak tersebut kami diketemukan dengan Cetiar jalanan mengutip tol memeras hasil keringat raayat.  Tandas awam yang bersih disediakan ditempat-tempat tertentu sepanjang lebuhraya.  Nyata diNegaraKu Tol adalah satu perniagaan oleh kerajaan 1Malaysia memeras keringat raayat tanpa belas kasihan kepada pengguna-pengguna yang berpendapatan rendah.  Sepatutnya Jalanraya, Hospital, Pelajaran, Bekalan Eletrik, Air  adalah pesarana asas yang wajib disediakan untuk kegunaan raayat jelata secara percuma.  Jika dikenakan bayaran seperti eletrik dan air adalah dalam jajaran kecil bayaran.  Memandu di NZ 2,000 km tanpa tol.  Jika diNegaraKu perjalanan sejauh itu setidak-tidaknya RM 500.00 telah melayang memasuki poket Cetiar Tol untuk santapan kroni yang perjanjiannya tidak boleh diubah dan dipertikaikan. 

Sepanjang perjalanan ke Hamilton keadaan muka buminya rata menghijau saujana mata memandang dan sekali sekala menempuh kawasan tanah tinggi dan berbukit. Ternakan lembu dan bebiri yang merupakan eksport utama NZ ada dimana-mana diselang seli dengan semaian rumput untuk kegunaan makanan ternakan semasa musim sejuk.  Ladang jagung dan gandum adalah tanaman kontan sampingan disamping tanaman-tanaman lain.



Selain ternakan dan pertanian, NZ adalah sebuah negara pelancungan yang terkenal dengan keindahan muka buminya yang indah dengan cuaca yang nyaman sepanjang tahun kecuali musim sejuk negara selatan emospier ini mengalami timbunan salji pada bulan June setiap tahun.  Mereka menyediakan pusat informasi pelancung disegenap tempat tumpuan dengan percuma dan menepati kehendak pelancung.  Manakala ditepian jalan yang terdapatnya tempat tumpuan pelancung, mereka meletakkan  papan tanda yang bewarna perang terpampang nama tempat dan jarak perjalanan.  Kita dijanjikan tidak akan terlepas pandang sekiranya ingin kedestinasi yang dirancang.

Dari Hamilton  kami meneruskan pemanduan ke Rotorua dengan pemandangan yang sama seperti diperjalanan sebelumnya.  Rotorua adalah sebuah bandar pelancungan terkenal dengan berbagai aktiviti lasak.  Terletak bersebelahan Tasik Rotorua yang indah dan menyediakan berbagai perkhidmatan untuk pelancung menyusuri tasik samaada dengan menaiki ferry atau kapalterbang yang meluncur diatas permukaan air.  Bandarnya sederhana besar dan menempatkan kemudahan penginapan untuk berbagai kategori.  Kami singgah di Ratorua disamping berehat sebelum meneruskan perjalanan ke LakeTaupo, Taupo dimana kami akan bermalam selepas melakukan pemanduan hampir 350km.


Thermal ini dalam keadaan menyemburkan udara panas daripada perut bumi dan lumpur membuak-buak meletus naik keatas.  Berlaku sekitar setiap minit bergantung kepada keaktifan Thermal itu sendiri.

Kami meninggalkan Rotorua menuju Taupo dalam hujan yang turun renyai-renyai dan pemanduan kali ini diberikan kepada Edward Heong dan bersebelahannya isteri beliau Jecqui Teoh.  Diantara dua bandar tersebut kami banyak melakukan persinggahan untuk melihat thermal yang tidak kurang daripada 5 tempat. 


Setiap satu persinggahan dilakukan tetapi tiada satu pun kami berkesempatan untuk masuk dan melihat thermal dari dekat kerana waktu lawatan telah tamat.  Disepanjang laluan ini perjalanan agak perlahan kerana banyak kawasan pergunungan tetapi pemandangan menjadi lebih menarik.  Kami sampai di Taupo sekitar jam 4pm dan check-in di X-Base Taupo.  Sebuah penginapan backpaker terkenal bersebelahan Lake Taupo yang indah.  Pemandangan Lake Taupo sayup mata memandang dan kebetulan dapat dilihat dari jendela bilik penginapan ZBA.  Sememangnya malam ini istirehat yang tenang mengadap tasik selepas mengharungi perjalanan dari Kuala Lumpur.

Letih semalam berlalu sudah selepas semalaman dapat berehat dan diawal pagi ZBA mengambil alih pemanduan dan kami meneruskan perjalanan ke Wellington melalui persisiran Tasik Taupo, melintasi kawasan pergunungan berliku-liku sehinggalah ke sebuah bandar bernama Turangi.  Cuaca di NZ berubah sekelip mata dari panas ke hujan dan mendung serta sebaliknya.  Walau bagaimanapun pemanduan tidak menjadi bosan kerana pemandangan yang indah, cantik dan selesa.  Menyusur kami dari Turangi dengan pemandangan tanah tinggi dan kawasan ternakan lembu dan bebiri  disepanjang perjalanan menuju Waiouru, Hunterville dan seterusnya Bulls.                              Lake Taupo

Wellington Harbour

Pemanduan diteruskan dari Bulls, Otaki, Porirua dan Wellington.  Persinggahan kedua bermalam dari dua malam di pulau utara.  Bandaraya Wellington yang merupakan bandar pentadbiran kerajaan NZ juga terletak dalam lingkungan teluk dengan pembangunan padat tersusun indah dan cantik samaada pandangan dari laut atau dari daratan.  Mempunyai sebuah lapangan terbang dan ferry terminal menghubungkan diatara Pulau Utara dan Pulau di Selatan. 

Bandaraya yang agak kecil dari Auckland tetapi selesa dengan segala keperluan yang disediakan.  Juga terdapat sebuah muzium menyimpan khazanah terpelihara NZ dibina ditepian pantai mempamirkan imajinasi dengan cara yang tersendiri dan menarik.  Di kenali sebagai Te Papa Tongarewa museum.

Wellington NZ's chic capitol enjoys a vibrant arts culture and some of the country best shopping and dinning.  The lively courtenay place is the hub of the city's night life, with a huge choice of show, clubs, restaurant, cafe's and theatres.                          Wellington Waterfront

Semalaman di Wellington bukanlah masa yang mencukupi tetapi kami harus meneruskan perjalanan menuju Kaikoura yang merupakan destinasi berikutnya.  Ferry dijangkakan jam 10.25 pagi namun tertunda selama satu jam daripada jadual sebenar.  Memasuki ferry 7 tingkat mulai jam 11.30 dan berada dalam ferry hampir dua jam tetapi masih tidak bergerak menuju destinasi.  Alah-alah kami dimaklumkan bahawa perjalanan ini dibatalkan tanpa sebarang sebab dan kami dikehendaki keluar semula daripada ferry dan mendaftar semula untuk perjalanan ferry berikutnya.  Urusan pentadbiran selesai dan kami dibenarkan mengikuti ferry pada jam 8.00 malam dan dijangka sampai di Picton Terminal jam 11.00 malam.
                                                                                                           
                                                                                      At 9.25pm Sunset at South Pool


Dari Picton Ferry Terminal ZBA mengambil alih pemanduan ke Kaikoura yang terletak 150km keselatan .  Sepatutnya kami akan bermalam di Kaikoura Dusty Lodge tetapi mengubah jadual untuk tidur didalam "Toyota Camry Hotel" sahaja memandangkan ketibaan kami ke Kaikoura telah meliwati waktu tengah malam.  Di NZ dimana kita bermalam bukan satu masalah kerana mereka menyediakan kemudahan asas seperti tandas, fasilitas parking dan sebagainya.  Bercakap tentang keselamatan, kita tidak perlu risau kerana NZ bukan NegaraKu yang penuh dengan berbagai masalah dan jenayah setiap minit.  Mereka adalah freedom country dan melayani pelancung sebagai tetamu terhormat mereka.

KAIKOURA

Alpine Pasific Triangle.  This route connects Canterbury's world famous whale watching center  of Kaikoura, the charming alpine SPA town of Hammer Springs and the wine valley of Waipura. Highlights famous tourist sport such as, swimming with the dolphins and seals at kaikoura, relexing in the outdoor thermal pools at Hammer Springs and jetboating, mountain biking and bungy jumping.

Memandangkan diawal pagi kami cuma  melawat tempat-tempat yang dinyatakan tetapi tidak melakukan apa-apa aktiviti.  Meneruskan pemanduan ke Christchurch disamping berhenti melawat tempat-tempat yang menjadi tourist sport dan akhirnya memasuki destinasi terahir.

CHRISTCHURCH

Christchurch the gateway to the dynamic canterbury region, the "Garden City" enjoys a reputation for its English character, with gorgeous parks and historic buildings.  Whilst parts of the CBD were affected by the Febuary 2011 earthquake, many aktivities and attrations in other parts of the city have reopened for business.

The are plenty of options for exlporing around the city as well - join the locals for a punt on the tree-lined Avon River or a cycle in Hagley Park, or take the stroll through the award-winning Botanic gardens.

South east of Christchurch, the twin habour of banks peninsula offer a range of advanture and outdoor option, including harbour cruise, swimming with the dolphins, wildlife, weneries and walks.

Sungguhpun Bandaraya  Christchurch telah hampir pulih daripada bencana gempa bumi Feb 2011, namun kesan-kesan daripada gempa bumi tersebut masih dapat dilihat dengan jelas khususnya dikawasan betul-betul ditengah-tengah bandaraya Christchurch.  Kawasan tersebut masih menjadi kawasan larangan kepada semua penduduk dan juga pelancung.  ZBA hanya dapat membuat pengambaran melalui Canon EOS 450D bagi mendapatkan gambaran sebenar kerosakan yang dialami.

Telah menjadi satu polisi check-in semua hotel-hotel di NZ ialah jam 2.00pm dan check-out seawal jam 10.00am. Oleh yang demikian sebelum check-in kami meneruskan perjalanan ke Arthurs Pass 400km pergi balik daripada Christchurch. 

Wah, benar kata pengembara lain bahawa pulau selatan adalah lebih cantik pemandanganya dibandingkan dengan pulau utara NZ.  Perjalanan kami seawal 10.00pm menjanjikan pemandangan ladang ternakan bebiri, lembu dan kuda.  Semaian rumput yang menghijau, tanaman kontan meliputi jagung, gandum, anggur, cherry, kentang dan sebagainya.  Tanaman comersial lain ialah pokok pine sama ada tanaman semula atau yang telah ditanam sebelumnya.  Apa yang menarik cara orang-orang NZ bertani adalah cukup teratur dan tersusun dan tak jemu-jemu mata memandang.  Mereka bekerja dengan menggunakan jentera dan tidak memerlukan tenaga kerja yang banyak dan tidak membazir masa. Jarang sekali kita dapat melihat mereka diladang malah seolah-olah tiada orang yang mengusahakan ternakan dan berladang. 

ZBA dimaklumkan bahawa sesiapa sahaja boleh memohon untuk bekerja di NZ walaupun dalam masa sesingkat satu minggu.  Gaji minimum di NZ ialah NZD 13.50 (RM 33.75) bagi setiap jam  dan gaji akan dibayar dalan skala satu minggu sekali.  DiNegaraKu gaji bagi seorang fresh graduan university dalam lingkungan RM 9.00 X 8 jam X 30 hari bersamaan RM 2,160.00.  Berdentum Bapak    Menteri    Tenaga     Manusia
hendak mengimplimentasikan tangga gaji minimum disemua sektor.  Komen sana, bodek sini, riuh sana, bising sini oleh media keparat namun sampai sekarang membisu senyap tanpa  sepatah kata.  Pengawal Keselamatan issue pertama menanti dengan penuh harapan dan mengalir air lior.  Suara keramat raayat dilindungi dengan pekikan tanpa erti 1Malaysia tanpa belas kasihan.


Pemandangan sepanjang melalui kawasan pergunungan disini amat menarik dan tidak dapat digambarkan dengan penulisan malah ZBA akan memaparkan gambar-gambar pilihan untuk dihayati bersama bagaimana Allah menjanjikan kepada kita melalui Surah Al-Ankabut Ayat 20.

Gambar-gambar dibawah diambil disekitar Arthurs Pass dan masih banyak lagi dalam simpanan ZBA.  Kepada sesiapa yang berminat untuk membuat koleksi peribadi, ZBA boleh dihubungi melalui email : zainaltobiak@yahoo.com.my.


      Beautiful Timaru Photo

Keesokan harinya kami masih berbaki satu hari lagi di Christchurch sebelum bertolak pulang keNegaraKu.  Seawal pagi kami meneruskan perjalanan ke Timaru satu lagi destinasi pelancungan yang menarik terletak 170km keselatan.  Tidak banyak aktiviti dilakukan kerana hujan sepanjang kami disana.  Kami tiada pilihan melainkan berpatih balik dan bertolak ke Akaroa yang memakan masa dua jam perjalanan.

Akaroa sebuah pusat peranginan yang indah terletak didalam Teluk Akorua dengan pemandangan yang menakjubkan.  Banyak aktiviti-aktiviti yang dapat dilakukan disini jika masa mengizinkan.  ZBA dan geng tidak berpeluang melakukan semua itu hanya sekadar menjamu selera mata berkongsi keindahan dengan rakan-rakan yang lain.  Kami kembali ke Christchurch dan membuat persipan untuk penerbangan awal pagi yang dijadualkan pada 14hb Januari 2012 jam 0125 pagi.

New Zealand penuh dengan pemandangan yang menakjubkan.  Banyak perkara boleh dimanfaatkan diNegaraKu yang pastinya 1Malaysia perlu berubah.  Iktibar terbaik pada tahun 1981 berbezaan matawang RM dengan NZD dan AUD adalah pada jajaran yang kecil.  NZD 1 = RM 1.50 dan  AUD 1 = RM 1.80. Tetapi sekarang  NZD 1 = RM 2.50 dan AUD 1 = RM 3.20.  Lihat perbezaan yang ketara.  Wang NegaraKu disana NILAINYA sama dengan surat kyabar lama Utusan Malaysia.   Ini menunjukan kita telah kebelakangan 20 tahun dari mereka dalam serba serbi.  Oleh yang demikian apakah dengan semangat 1Malaysia yang kita laung-laungkan  dapat mencapai taraf kehidupan dua negara tersebut dalam jangkamasa wawasan 2020.  Jawapanya, pemerintahan bukan datang dengan cogankata.  Tetapi dari corak pemerintahan yang diasaskan oleh Rasullullah SAW dan para Anbiya.  Kembalilah kita kepada Pemerintahan ISLAM.

Sebelum berahir pada copter ini izinkan ZBA menulis sedikit untuk renungan bersama bagaimana pemandu-pemandu di NZ menggunakan jalanraya.  Pengalaman ini difaktakan setelah ZBA menghabiskan pemanduan 2,050 km memandu 3/4 mengembara di bumi New Zealand. Maaf saya katakan bahawa pemandu di NegaraKu adalah "Pemandu barbarian".

Setiap kali perayaan gemuruhlah masmedia haprak memaklumkan tentang "Ops Sikap".  Tetapi sikap masih tidak berubah.  Kemalangan maut bertambah dari setahun kesetahun.  Oleh yang demikian apa gunanya diadakan Ops Sikap disana sini. 

Pada penghayatan ZBA, ops sikaplah yang menyebabkan kesesakan jalanraya dan pemandu memperlahankan kenderaaan dengan tiba-tiba dan menyebabkan kemalangan.  Manakala barbarian yang tidak berhati perut pula bermulalah episod potong kiri.  Selepas itu sikap barbarian mengganas semula lu potong gu, gua potong lu dengan kederasan melebihi had hinng ratusan kmj sehingga terhidunya kamera ops sikap dan begitulah seterusnya.  Ada barbarian yang sampai dengan selamat dan ada juga barbarian yang terlentang dihospital dan tidak kurang yang memasuki lubang enam kali lima kaki.  Besoknya dengan bangga media haprak melapurkan belasan yang syahid.  Begitulah berulangnya nyanyian setiap kali perayaan di NegaraKu.

Ops Sikap adalah ops dimana masa untuk mencari wang.  Lebih tepat masa untuk mencekik raayat yang ingin sekali sekala kembali kekampung untuk bertemu sanak saudara dan rakan taulan.  Terdengar jeritan 5,000 disaman.  Bunyinya membanggakan.  Sikap pemandu masih sikap yang lama.  Masih tidah berubah.  Apa yang perlu diubah.  Dasar dan perancangan pemerintah.

Inginkah kita selamanya mengalami nasib yang sama. Renung-renungkan.  Assalamualaikum.  SALAM

WELCOME TO VIETNAM HALONG BAY

3 comments:

  1. Pakcik!!!
    Salam dari kami berempat (Nazly, Nina, Nadia, Ain) yang berjumpa dan berborak di Christchurch Airport hari tuh!

    Blog pakcik best!!

    Ahmad Nazly

    ReplyDelete
  2. Saya teringin nak ke nz dan berkja di sana

    ReplyDelete