Sunday, 29 January 2012

INDIA WEST COST THIRUVANANTHAPURAM TRAIN MUMBAI

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum,

Dikesempatan Air Asia melebarkan sayapnya ke bandar-bandar utama di India  ZBA mengambil kesempatan ini untuk  terbang ke destinasi terbaru AA Thiruvananthapuram (Trivandrum).  

Penerbangan mengambil masa empat jam merentas Lautan Hindi dan sekali sekala diarah memasang tali pinggang keselamatan kerana cuaca yang kurang memuaskan.  Alhamdulillah tepat jam 10.30 pagi waktu tempatan pesawat Airbus 320 mendarat selamat di lapangan terbang Trivandrum yang jaraknya 30 km dari pusat bandar.

ZBA amat bersyukur kepada Allah kerana sebaik meninggalkan lapangan terbang dipertemukan dengan sekumpulan pengamal Tabliq dan membenarkan  ZBA untuk  ikut serta bersama mereka ke markas Tabliq yang terletak 15 km daripada lapangan terbang dan pusat bandar.  Sepanjang perjalanan ZBA dimaklumkan akan gerakan Tabliq di Trivandrum dan kegiatan masyarakat Islam yang pada keseluruhannya berjumlah 15% pepulasi berbanding kaum India yang menganut agama hindu.  Sungguh pun demikian mereka hidup saling hormat menghormati dan menjalankan kegiatan harian serba damai.  

Masyarakat Islam walau pun minority tetapi dilihat lebih berada kerana selain daripada bertani dan  nelayan mereka juga bergiat dalam lapangan perniagaan.  Rumah-rumah mereka sungguh pun tidak semewah diNegaraKu tetapi memadai dengan kos hidup penduduk setempat.

Lebih dua jam  berada di Markas Tabliq ZBA diperkenalkan dengan Ahli Jawatan Kuasa Masjid dan jamaah disamping berbual-bual dan menikmati kopi panas berserta biskut kering.  Keakraban mereka tidak habis disini, malah salah seorang daripada mereka bermurah hati menemani ZBA ke bandar Trivandrum malah terus ke hotel.

Pengalaman kali kedua ke India, dalam perjalanan ZBA melihat kesesakan dan kemiskinan masyarakat India.  Mereka boleh dikatakan ibarat kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang.   Khazanah negaranya banyak tetapi pepulasi juga ramai.  Kanak-kanak kecil seusia 2-3 tahun masih bertelanjang adalah satu pandangan biasa disamping yang tidak berumah merempat berbungkus tidur dijalan-jalan raya.  Tetapi pasti diingat yang kaya tersergam indah banglo secantik dalam filem-filen Hindustan yang kita tontoni.  Ditanah-tanah lapang sepanjang hari hingga kemalam pukulan-pukulan kriket berdentum-dentam tanpa ada waktu rehat bagi peminat kriket yang merupakan permainan kegemaran utama mereka.


Bagi setiap pengembara muslim makanan adalah masalah utama ketika melawat negara asing.  Tetapi tidak di Trivandrum.  ZBA terkejut malah berasa bangga dengan kaum minoriti Islam India kerana di Trivandrum terdapat beberapa buah Hotel berkelas dimiliki oleh orang-orang Islam.  Oleh yang demikian adalah tidak menjadi masaalah bagi mendapatkan makanan halal di Trivandrum.


Selain makanan popular  Nasi Briayani Kambing dan Ayam, di selatan India selatan khususnya di Trivandrum masakan paling papular ialah masakan Kerala.  Mengandungi nasi putih, ikan darat,
sayur-sayuran, pencicah dan lain-lain.  Dihidangkan dalam bentuk lima menu untuk seorang makan.  Penuh untuk sebuah meja kecil tetapi harganya amat murah sekitar RM 7.00.  Nasi tambah percuma dan sememangnya perlu kerana orang-ornag India banyak memakan  nasi jika dibandingkan kita banyak memakan lauk daripada nasi. 


           Bus Station Trivandrum

 Trivandrum bandar terbesar paling selatan disemenanjung  India.  Tiada apa yang menarik perhatian untuk dilihat memadailah dengan melawat pusat bandar yang sebesar bandar Seremban tetapi jarang kelihatan bangunan yang melebihi enam tingkat tinggi.  Dalam masa sehari adalah memadai bagi ZBA berada di Trivandrum.  Keesokanya bermulalah pengembaraan dengan keretapi koc tempat tidur berhawa dingin menuju Mumbai yang mengambil masa 3H/2M.  Perjalanan yang panjang tetapi menyeronokan.


Bermula jam seawal pagi di Stesyen Keretapi Trivandrum, Keretapi Dehradum Express bergerak ke utara menuju bandar-bandar Kollom, Alappuzha, Arnakulam, , Kochi, Shoranur, Kannur, Mangalore, Vasco Da Gama, Panaji, Rajapur dan Mumbai dan banyak lagi stesyen-stesyen kecil untuk menurun dan mengambil penumpang.  Pemandangan indah negara pertanian ini mengingatkan ZBA kepada kampung halaman di utara semenanjung NegaraKu Kedah.  Pemandangan sawah padi yang menguning ketika ini diselang seli dengan tanaman kontan seperti, kentang, jagung, gandum dan lain-lain.  Jarang sekali kita akan melewati kawasan pergunungan atau tanah tinggi.  Kecantikan ini ditambah lagi dengan jalinan terusan dan tasik-tasik yang indah dan sayup mata memandang.  


Keretapi melewati Aleppo sebuah bandar pelancungan terkenal dengan puluhan House Boat menanti anda untuk menikmati keindahan terusan dengan air yang membiru membelah ratusan hektar tanaman padi.  Pelancungan ini amat sesuai untuk para hanimun yang baru menikmati alam perkahwinan.  Terletak 150 km daripada Trivandrum.  Sila rujuk kepada maklumat-maklumat Kerala Tourism untuk keterangan lanjut. (Satu Blog berasingan akan dipaparkan)

Dari Aleppo keretapi bergerak keutara, Kollam, Alappuzha dan Arnaklan.  Pemandangan sekitar daerah ini amat mengasyikan mata memandang.  Kebetulan semasa pengembaraan ZBA, padi sedang menguning dan kawasan tanah pamah yang ditanam ratusan hektar padi dan tanaman kontan sampingan.  Deretan pepohon kelapa disepanjang trek keretapi. 
Rumah-rumah petani berkelompok-kelompok dipagari pepohon kelapa yang seakan akan pemandangan di Perlis dan Kedah.  Sekali sekala ternampak masjid-masjid tertegak megah menggambarkan bahawa terdapatnya penduduk Islam dikawasan tersebut.  Pesawah di India tidak menggunakan kelengkapan morden  untuk mengusakan tanaman padi atau tanaman-tanaman lain.  Mereka masih menggunakan cara tradisional dengan bantuan binatang ternakan.  Walaupun begitu mutu beras mereka lebih baik dari NegaraKu. 

KOCHI @ COCHIN                                                                                   Kochi International Airport

Satu bandar yang sama dengan dua nama panggilan. Sebuah bandar pelabuhan terkenal sejak zaman penjajah sehinggalah zaman India sekarang.  Terletak 25 km ke barat daripada Arnakulam.  Lapangan terbang Kochi terletak 30 km daripada bandar Kochin dan merupakan sebuah Lapangan Terbang Antarbangsa yang cantik dan canggih.  Di Kochi banyak tempat-tempat menarik yang boleh dilawati sama ada didarat atau mengusuri Pelabuhan Kochi dengan menggunakan ferry pelancung.  banyak peninggalan sejarah khususnya semasa pemerintahan Portugis di India.

Sebenarnya sudah satu malam ZBA diatas keretapi dan selepas Arnakulam lagi satu malam yang akan ditempuhi sebelum melintasi bandar-bandar lain sebelum sampai ke Mumbai. Maaf dua malam tiada gambaran yang akan diceritakan cuma nukilan untuk dikongsi bersama.

Semaklum kita semua India sebuah Benua Kecil yang mempunyai 1.2 Billon manusia selepas China.  Kehidupan mereka amat dhaif dan kamus kebersihan langsung tidak ada dalam kehidupan mereka.  Tiga perkara ZBA nasihat jika mengembara di India. Semuanya berhubung "Kebersihan".

Pertama.  Jangan ada sikap belas kasihan kepada sesiapa walaupun kanak-kanak di pandangan awam.  Jangan sesekali hendak menunjukan simpati dengan memberi wang kepada sesiapa.  Akibatnya mungkin anda akan diserbu oleh ratusan kanak-kanak, orang dewasa dan sebagainya.
                                                                                                                              Ternakan kambing ini
 terletak di Aras  4  sebuah  Perumahan  Awam di Mumbai
Tapi dimaklumkan diNegaraKu ternakan Lembu di Condominium.  Lagi canggih.


Kedua.  Adalah tidak digalakan keluar dari keretapi meninggalkan barangan didalam tanpa pemerhati dan elakan daripada turun ke stesyen keretapi khususnya diawal pagi.  Keretapi India bukan sebagaimana negara lain.  Tandas akan dibuaka 24 jam walaupun keretapi sedang berhenti distesyen.  Kesempatan inilah yang digunakan oleh mereka untuk membuang najis dan jatuh diatas landasan.  Anda akan termuntah sekiranya tidak tahan melihat sejauh 300 meter najis berlambak distesyen.  Sampah sarap usah dibilang bicara. 

       Masjid Ali Dhargah Mumbai

Ketiga.  Samaada restoran Islam atau vegerian restoran, sebelum makan anda dinasihatkan dua perkara.  Pertama, jangan sesekali memasuki tandas.  Kedua, jangan sesekali memasuki bahagian dapur untuk melihat sesuatu.  Anda dinasihat makan dahulu jika berkeinginan.  Jika tidak anda tidak akan makan atau termuntah selepas makan. 

ZBA sudah mengembara seluruh bandar-bandar besar di India, inilah fenomena kebersihan yang ada pada masyarakat India di India.  Pada masyarakat India di Malaysia, maaf ini adalah pengalaman ZBA untuk memperkatakan sesuatu dan tidak bertujuan langsung untuk menghina sesiapa.  Tetapi restoran Mamak di Malaysia juga tidak kurang hebatnya.  Diluar bersih gila tetapi dibelakang "tikus" sebesar anak kuching menjamah selera sebelum dijamah manusia di luar.

        Gelagat Peminta Sedekah
            Masjid Ali Dhargah

Dari Arnakulam ZBA dibuai mimpi indah bersama enam penumpang lain dalam kabin berhawa dingin.  Kebetulan teman kali ini adalah seorang pesara pegawai Tentera Laut India bersama  seorang anak gadis manis diatas kabin ZBA.  Dari Arnakulam sesedar kami telah singgah dibandar Rajapur.  Kedinginan pagi dikejutkan dengan chai, chai, chai oleh penjual teh dan berbagai dendangan penjaja jalanan dalam keretapi.

 Dwarkala Railway/Metro Stesyen

Hari siang dan dapatlah diceritakan sedikit tentang perjalanan berikutnya.  Tidak sebagaimana daerah diselatan, makin keutara lain pula topografi dan tanaman yang diusahakan.  Keretapi melintasi kawasan berbukit dan lembah-lembah dan masuk keluar terowong dengan asap kehitaman keluar hasil tolakan angin. Tanaman padi beransur-ansur digantikan dengan tanaman kontan.  Ladang tanaman kentang, sayur-sayuran, gandum dan sebagainya dapat dilihat dengan jelas.  Disamping itu ternakan seperti bebiri, kambing dan lembu juga diusahakan oleh penduduk tempatan.  Keadaan perumahan mereka agak sedikit berubah dengan rumah-rumah batu dibina menggantikan rumah tradisional.

      Dwarkala Town Mumbai

ZBA sampai di Stesyen Keretapi Mumbai South (Dwarkala) sekitar jam 11.00 am dan bermalam tiga malam di sebuah hotel milik pengusaha seorang Muslim yang juga merupakan pengeksport bawang dan cili merah kering ke Malaysia.  Hotelnya sederhana besar dan bersih serta dilengkapi dengan sebuah restoran dan pelanggannya terdiri daripada pelancung-pelancung asing.

ZBA tidak banyak akan memperkatakan Mumbai secara detail memadai dengan pembaca mencari sendiri dalam laman web http://www.goindia.about.com/  @ email zainaltobiak@yahoo.com.my yang menceritakan tentang tempat-tempat menarik di sekitar Mumbai. Berikut adalah gambar-gambar yang ZBA rakamkan untuk kenangan dan tontonan.







3H/2M Mumbai membawa banyak iktibar.  Pengalaman yang tidak dapat ditukarganti sengan  sebuah memori dalam ingatan.  Kembali semula ke Arnakulam dan mengambil penerbangan AA dari Kochi kembali ke Kuala Lumpur.  Wallahwaalam.  SALAM.
 
CHENNAI EAST COST SHORT TRIP









No comments:

Post a Comment