Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum,
Assalamualaikum,
Kunjungan ini merupakan kali kedua ZBA mengembara dibumi Vietnam. Bumi yang menghijau dengan Tanaman Kontan daripada Hanoi sehinggalah Ho Chi Minh City disepanjang laluan keretapi. Segar dan menghijau.
Terkejut bagaimana sebuah negara yang dilanda perang sebelumnya boleh bangkit dengan cepat meninggalkan zaman pahit manis mereka mempertahankan ibu pertiwi. Betapa rajin dan berazamnya mereka mengusahakan pertanian, lihat sahaja selepas 1975 kini mereka telah seangkatan dengan 1Malaysia. Pada pandangan saya Bapak Menteri Pertanian kita harus menaiki keretapi dari Hanoi ke HCMC atau sebaliknya jika ingin bergelar Menteri Pertanian. Tidak guna bercakap menghabiskan air lior berdentum bagaikan guruh dilangit tetapi tahi ayam berciciran dibumi.

Pengembaraan pertama kali ZBA ialah dari Macao, Hong Kong, Shenzhen, Guangzhou, Nanning dan memasuki Lang Son, Hanoi melalui Pinxiang (China). Kita sekarang memasuki Vietnam dan kita akan bercerita tentang Vietnam.
Di Hanoi terdapat dua tempat yang menjadi tarikan pelancung khususnya dari Eropah dan bagi kita juga agar tidak terlepas pandang untuk melawati kedua tempat tersebut. SAPA di Lo Chai, Utara Hanoi. Halong Bay dimuara pelabuhan Hai Phong. Sebagai pengembara sekiranya ke Vietnam jika kedua tempat ini tidak dilawati bererti masih tidak sempurna melawat Vietnam.
Perkongsian pengalaman di Halong Bay. Sejauh perjalanan ZBA telah harungi belum pernah melihat begitu ramai pelancung Eropah & rest of the world tertumpu disatu-satu kawasan. Kalau ada pun sekitar kurang daripada ratusan orang. Halong Bay memang anugerah Allah kepada raayat Vietnam yang amat bernilai. Difahamkan bahawa setiap hari ribuan pelancung asing melawat Halong Bay dan semasa kunjungan ZBA fenomena ini terpampang dihadapan mata sendiri. Ribuan pelancung asing membanjiri Halong Bay menaiki Cruise menyusuri Halong Bay yang cantik dengan udara yang nyaman dalam cuaca sejuk sekitar 13C.
Disebabkan semuanya telah dirancang terlebih dahulu, ZBA hanya membuat lawatan singkat ke Halong Bay. Kami disana cuma sehari semalam dan tidak bermalam diatas cruise sebaliknya bermalam di Cat Ba Island. Cat Ba sebuah bandar kecil yang cantik terletak 45 minit perjalanan dari jetty pendaratan cruise yang datang daripada Holong Bay. Puluhan hotel terdapat disana dan bagi penggemar makanan laut merupakan tempat yang sewajarnya disinggah.
Dari Cat Ba Island pembaca boleh ke Hai Pong (Bandar yang pernah diserang oleh US dalam perang Vietnam dengan pesawat B52 selama berminggu-minggu) dengan menggunakan perkhidmatan ferri atau bas untuk melakukan aktiviti lasak khusus pada musim panas.
Sesungguhnya semalaman di Halong Bay adalah masa yang terlalu singkat. Kepada pembaca, ZBA menasihatkan agar membuat perancangan 3H/2M sekiranya ingin menikmati keindahan sebenar Halong Bay dan kawasan persekitarannya.
Sekembalinya ke Hanoi, buat sekian kalinya ZBA melawat tempat-tempat yang menjadi tarikan pelancung dan membeli belah bersama keluarga. Hanoi adalah bandar lama jika dibandingkan dengan bandar-bandar lain di Vietnam. Membangun dengan pesat dengan jajaran lebuhraya yang bersimpang sior dan bangunan pencakar langin telah mulai tumbuh dimereta tempat. Disebabkan musim sejuk dan hujan gerimis memperlihatkan kepada kita Hanoi agak berdebu dan kotor. Pemandangan ini berubah sekiranya pemandangan dimusim panas kembali tiba. Persekitarannya bersih jika dibandingkan semasa kunjungan ZBA kesini enam yang tahun lalu.
Perkongsian pengalaman di Hanoi. Sungguh pun Vietnam pesat membangun seiring dengan negara lain di Asean namun mereka masih mengekalkan tradisi bangunan mereka khususnya rumah kediaman, rumah kedai malah hotel sekalipun. Bangunan yang didirikankan dianggap unik kerana kelebaran yang terhad sekitar 12 kaki sahaja lebar dan akan meninggi kurus keatas samaada dua atau tiga atau empat tingkat dan seterusnya keatas. Diukur kepada penggunaan ruang sebenarnya mereka tidak kekurangan tanah tetapi tradisi harus mereka patuhi.
Sungguhpun selebar 12 kaki tetapi hotel-hotel mereka dihias indah khususnya diruang lobby dan bilik-bilik penginapan. Dilengkapi dengan perabut antik yang mewah serta berkuali hasil kerja warga Vietnam sendiri.
Dilihat kepada ruang yang sempit ZBA jarang sekali melihat restoran-restoran mewah di Hanoi. Bagi penggemar makanan segera ala barat pula seperti Mc Donald, tidak pula kelihatan francias ini di Hanoi. Manakala Kentucky Fried Chicken pula terdapat sebuah restoran beroperasi bersebelahan Haon Kiem Lake. Makanan halal berdekatan ialah di Nisa Restoran di jalan Hang Tre. Perlu diingat dalam dailek Vietnam hang The disebut "Hang There".
Bagi mengimbangi ruang yang sempit, masyarakat Vietnam membuka perniagaan makanan di sekitar kaki lima kedai dengan diletakan dua atau tiga meja kecil dan ditempatkan empat kekuda kecil bagi setiap meja. Makanan kegemaran ialah berunsor sup dan diletakan ulaman sebagai rencah ramuan dihidang dengan teh hijau tanpa gula dalam gelas kecil. Bagi perokok disediakan satu penyedut diperbuat daripada buluh berukuran 2.5 kaki panjang dan ditebuk diluarnya untuk memasukan corong kecil bagi tujuan diisikan sedikit tembakau dan dibakar dari luar. Menangkupkan mulut dibahagian atas buluh dan disedut asap dengan aroma yang penghisapnya sahaja mengetahui keenakannya.
Hanoi sungguhpun tidak mempunyai supermarket dan mall yang besar namun tumpuan membeli belah ialah dikawasan yang dikenali sebagai Dong Xuan Market (pusat jualan borang terbesar), Jalan Hang Gai (ibarat Jalan TAR) dan disekitarnya. Perlu diingat bahawa kita perlu menyenaraikan apakah keperluan yang hendak dibeli sebab di Hanoi sesuatu barangan dijual mengikut kawasan-kawasan yang ditentukan sahaja. Harganya memang murah jika dibandingkan dengan NegaraKu. Kualiti barangan juga seimbang khususnya pakaian lelaki/wanita dan assoseri wanita. Bagi kaum wanita mereka harus bersiap sedia untuk menjinjing sekiranya membeli belah di Hanoi.
Vietnam tidak sebagaimana China meletakan harga yang setengah daripadanya boleh ditawar. Mereka sekadar meletakan harga berpatutan dan sekitar 20% sahaja boleh ditawar. Dalam urusan jualbeli mereka lebih telus dan jujur. Begitu juga pemandu teksi tidak perlu tawar menawar, naik sahaja meter akan disetkan dan pembayaran mengikut meter yang ditetapkan. Tambang teksi amat murah bergantung kepada jenis teksi yang dinaiki. Lebih kecil teksi lebih murah tambang yang dikenakan.

Selamat datang dan kenalilah Vietnam dari kaca mata sendiri dari mendengar dan memperkatakan sesuatu. SALAM
MOST RECOMENDED DESTINATIONS HALONG BAY & SAPA
PAGE UNDER CONTRUCTION
29 JAN 2012
No comments:
Post a Comment