Sunday 18 December 2011

TOBIAK TRAVEL FOLLOWER FOOTSTEP

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum,

Patah tumbuh hilang berganti.  Pepatah Melayu yang sering mengingatkan kita kepada kematian, keinsafan dan bahawasanya kita dari umat yang terbaik tetapi ada lagi yang lebih baik.  Oleh yang demikian apabila sampai masanya eloklah berundur sebelum kita diundurkan.  Baik kita seorang Ahli Politik, Prefosional, Ahli Sukan, Peniaga  dan sebagainya.  Langit yang dijunjong bukan untuk menongkat langit. 

Follower the foodstep  bakal mewarisi  "Pengembaraan solo"  apabila tiba masa dan ketikanya.  Rancang dan jelajah. Perkara ini jarang sekali menjadi kegemaran Masyarakat  Melayu khususnya Masyarakat Asia sedangkan telah menjadi lumrah bagi masyarakat Barat. Minda mereka mantap dan berpengtahuan luas.  Dalam seusia 15 tahun mereka telah memulakan pengembaraan keserata pelusuk dunia.  Melihat, menyelidek, mengkaji serta menulis untuk pengtahuan jenerasi akan datang.  Bagi masyarakatKu dalam usia begini mereka dihidangkan dengan hiburan yang melalaikan serta tidak berfaedah.  Sesetengahnya terlibat dengan masalah sosial yang seperti penagihan dadah, arak, pergaulan bebas, merempet dan sebagainya.  Semua ini amat merugikan masa dan langsung tidak berfaedah pada individu itu sendiri juga negara.  TT menyalahkan pemerintah yang lebih suka berpolitik untuk  kepentingan sendiri tanpa menyumbang kearah pembangunan negara secara total.  Tidak kreatif, berfahaman kolot dan tiada daya pemikiran yang membina sahsiah individu atau kumpulan.  Sikap tidak boleh ditegur dan jika ditegur orang berkenaan akan dianggap "pembangkang".  TT menganggap pembangkangan  adalah membina dan menyumbang kearah mesyuwarah untuk kepentingan sejagat.

Sememangkan bangsaKu, bangsa balik kampung.  Satu lagi tabiat ialah mengubahsuai rumah. Dan ketiga ialah penggemar kepada hiburan.  Bukan TT menulis untuk menghina atau menyindir bangsa sendiri.  Pembaca harus faham realiti bukan sejarah dan bukan ciptaan.  Hasil nukilan ini bagi menyedarkan bahawa bangsa-bangsa lain didunia telah maju 30 tahun kehadapan sedangkan kita masih merangkak tetapi membongkak dan berkokok kuat disamping taik berselirak.

TT mengulas tentang balik kampung.  Bukan perkara ini tidak baik dan malah dituntut oleh Islam.  Keluarga perlu diberi perhatian lebih dari segala-galanya.  Tetapi kenapa balik kampung ini secara bermusim ?. Hari raya sahaja, balik kampung.  Bila kematian kekadang ingat kampung.  Kenduri kendara kadang-kadang ada alasan tidak balik kampung.  Bila semua ayahbonda telah meninggal, kampung juga ditinggalkan.  Petrotik balik kampung cuma pada Hari Raya.  Bila ditanya kemana cuti sekolah ?. Saya orang KL.  Sudah lupa kampung.  Hidup dalam flat batu berlapis sudah tidak kenal jiran sebelah dengan slogan tepi kain orang tak perlu diselak.

Kampung ditinggalkan dengan rumah pusaka usang terbiar dikelilingi belukar.  Saban hari dimamah usia dan panas hujan melanda.  Tiga tahun kemudian menyembah bumi tercinta dan jadilah aku orang kampung yang bukan lagi hidup dikampung.  Bermulalah episod tidak kenal saudara mara dan aku dengan akunya.

Ratusan kali TT keluar masuk negaraku boleh dikatakan setiap bulan.  TT jarang sekali nampak orang Melayu keluar negara untuk melihat dengan mata kepala sendiri bagaimana negara-negara lain telah memintas membangun jauh daripada kita  dengan wacana kemajuan terancang. Pengalaman TT kurang 5% orang Melayu dalam satu-satu penerbangan AA bagi sesuatu destinasi kecuali penerbangan dalam negeri dan Indonesia.  Termasuk dalam 5% ini adalah dalam kumpulan pelancungan pakej yang dianjurkan untuk melihat tempat-tempat bersejarah konon tetapi yang lebihnya kepada  membeli belah. Membeli belah bersama guide yang memancung para pelancung. Pelancungan begini tidak banyak memberi erti untuk melihat pusingan kehidupan masyarakat disesuatu negara.  Sama juga dengan pegawai kerajaan keluar negara menandatangani sesuatu kontrak sedangkan mereka tidak melihat bagaimana sesuatu sistem sedang dan akan beroperasi.  Contoh, Putra LRT membuat implimentasi menggunakan Token dan menggunakan mesin untuk membeli tiket.  Mesin canggih tersedia,  tetapi mesin penukaran wang tidak disediakan.  Apa maknanya, berdiri pacak seorang Mamat Putra LRT sebagai penukar wang didepan mesin canggih tersedia.  (Stesyen LRT Sri Rampai 05 Jan 2012).

Raayat negara maju mempunyai sikap terbuka dan tidak menjadi pak turut kepada pendedahan media pencacai mencari keuntungan membuncitkan perut sendiri.  Orang Melayu sememang bangsa dibawah tempurung dan diberi sedikit makanan ibarat ayam pemelihraan.  Tidur lena dibuai siaran  hiburan  langsung  dari tajaan media  keparat.  Mimpi indah dan kencing malam atas basahan tilam lima tahun yang tidak pernah diganti.  Nasib baik diagihkan RM 500.00 sebagai imbuhan membeli maruah Melayu yang hanya tinggal sedikit serta masih ketagihan simpati.  Tetapi bukan semua, ramai juga Melayu yang telah sedar dan sedang menyedarkan disamping dibantu oleh web-web eletronik canggih dan kesedaran terhadap agamanya.  TT berharap kepada bangsaKu agar tidak menjadi bangsa yang mengharapkan makan suap dan jadilah manusia yang melihat, memikir, mengkaji dan meniru kemajuan orang lain sesuai dengan ajaran agama Islam yang dianuti.  Tidak perlu jadi bodoh kerana kebodohan orang yang berkepentingan.  Amalkan minda terbuka bukan terbuku sejak sekian lama.  Keuarlah dari kepompong dan lihatlah dunia ciptaan Allah dan lihat kepada hakikat kebenaran yang nyata dan kemudian berkatalah apa-apa yang perlu diperkatakan.

BangsaKu merancang kerana tamak haloba bukan keperluan. Suka sangat mengubahsuai rumah menjadi plan hidup.  Tambah sana, tambah sini.  Besar sana besar sini konon senang dan selesa apabila  cucu balik kampung setiap Hari Raya.  Cucu Tok Wan balik kampung tetapi tidur di hotel.  Alasan diberi anak tak dapat tidur dirumah Tok Wan kerana nyamuk dan panas tiada penghawa dingin.  Tok Nek sedih tapi sayang cucu, besoknya kepulangan diberi wang RM 100.00 dari bawah tilam buruk.  Pulangnya cucunda tersayang selepas 3 hari meninggalkan rumah yang ditambah suai sehingga batu terap ke sempadan Thailand.  Nasib baik telah sampai sempadan Thailand jika tidak setahun kemudian cucunda akan lihat satu lagi ubahsuai yang tak berkesudahan.

Cucu pulang ke kota melintasi puluhan tol konsesi dijalan raya.  Wang RM 100.00 diberi Tok Nek diambil papa untuk bayar tol.  Berbaki RM 45.00, singgah didua R & R dan langsai.  Rupa-rupanya balik kampung bukan atas perbelanjaan sendiri tetapi ditanggung oleh Tok Wan dan Tok Nek.  NegaraKu mempunyai puluhan cetiar di jalan raya. Kalau cucu-cucu warga Korea, Taiwan dan negara-negara lain sebagai contoh, Tok Nek tak perlu untuk membuka lipatan tilam buruk untuk menggalakkan cucu-cucu balik kampung dan tak juga perlu menanti hari raya untuk bertemu cucu-cucu yang disayangi.

Malam hari berehat dirumah dengan TV LCD 42" dipekapkan ke dinding dan dipaku kemas.  Bayaran ansuran 36 bulan sebulan.  Ruang tamu sebesar 12 X 12', terbeliak biji mata memandang.  Dari bapa hingga anak yang masih dibuaian didomba oleh media pelesit hingga ketengah malam.  Anak tidak perlu belajar kerana sudah ada rancangan "Idola kecil".  Mertua terlopong dengan "Akademik Fantasia" musim baru berulang.  Remaja terlolong sana, terlolong sini.  Akhirnya bapak yang baru pulang selepas isyak disurau berdekatan tidak tertanya dan terkata.  Itulah routine hidup di NegaraKu.  Hiburan didahulukan dan agama dikesampingkan.

TT berharap penyambungan jenerasi TT akan meneruskan pengembaraan agar tidak ditipu oleh situasi semasa.  Satu pedoman untuk dihayati.  Janganlah kamu kecewa jika sekiranya dunia tidak mengenali kita dan kecewalah kita sekiranya tidak dapat melihat dunia.  Mengembaralah.  Insyaallah

No comments:

Post a Comment