Assalamualaikum
MAKASSAR
Sulawesi sebuah pulau diselatan Kepulauan Kalimantan dan mengambil hampir empat jam penerbangan dari Kuala Lumpur. Sungguh pun tidak dikenali ramai tetapi Kepulauan Sulawesi melahirkan ramai para-para negarawan Indonesia yang terkenal. Sebagai contoh bekas Presiden Indonesia dan juga merupakan seorang saintis dan pakar dalam bidang penerbangan. Beliau ialah Pak Habibie yang tidak asing lagi didunia barat dan dunia keseluruhan amnya.
Sulawesi didiami oleh berbagai suku kaum dan agama. Islam menjadi majoriti dan Kristian merupakan agama kedua terbesar disini.
Lapangan terbang Hasanuddin International Airport merupakan pintu keluar masuk ke Sulawesi selain dari perkhidmatan Pelni (PT Pelni Indonesia) yang menghubungkan Sulawesi dengan Kepulauan lain diseluruh Indonesia melalui jaliran pengangkutan perkapalan. Sistem pengankutan jalanraya agak baik jika dibandingkan dengan kepulauan didaerah berlainan di Indonesia. ZBA telah dua kali mengembara di kepulauan ini dan terasa belum puas untuk menjelajah kali ketiga dikawasan pendalaman Sulawesi jika keadaan mengizinkan.
Makassar adalah kota paling besar dan merupakan Walikota Pemerintah bagi Provinsi Sulawesi dan Manado sebagai bandar iringan kedua. Sebagaimana bandar-bandar lain di Indonesia, Makassar tidak banyak perubahan jika dibuat perbandingan. Pengangkutan kota masih menggunakan oplet dan ojek untuk kesana kemari. Bandarnya terletak ditepian Pantai Losari yang indah mata memandang.
Penduduk peribumi Makassar keseluruhannya dibawah paras kemiskinan. Perniagaan toko kebanyakan dikuasi orang pendatang sama ada dari kepulauan di Indonesia lain atau daripada kalangan orang Cina.
Kehidupan harian mereka banyak bergantung kepada pertanian disamping ternakan kecil-kecilan masyarakat kampong. Padi, kelapa dan nelayan adalah asas kepada penjanaan ekonomi setempat. Banyak tanah-tanah kosong tidak diteroka dan diusahakan dan kemungkinan tidak sesuai untuk pertanian. Perindustrian mulai nampak berkembang terutamanya dalam sektor pembuatan. Pelancungan juga mempunyai asas baik untuk berkembang tetapi infrastructor perlu diperkemaskan dengan promosi yang menyeluruh. Banyak tempat tempat menarik rujuk web-web (Makassar Attractions) yang boleh menjadi tarikan pelancung. Contoh, pantai peranginan, danau-danau, tasik, habitat, kehidupan suku kaum dan sebagainya.
MANADO
Lapangan Terbang Manado
Terletak diutara kepulauan Sulawesi. Anda boleh kesana dengan penerbangan Silk Air daripada Singapura atau penerbangan tempatan. Pelni juga menghubungkan Bauk dan Manado. Bandar peranginan yang cantik disamping syurga kepada penggemar pengembaraan dasar laut Scuba Diving. Penduduknya majoriti berugama kristian disamping Islam sebagai ugama kedua terbesar. Buat masa sekarang Manado agak membangun kerana ramai pelancung-pelancung asing telah mula menapak kesana khususnya daripada Jepun, Korea dan Eropah. Bandarnya terletak dipesisiran pantai dan jangan lupa untuk menikmati makanan sea food yang menjadi teras perniagaan makanan di Manado.
Selain pelancungan, teras pendapatan penduduk setempat ialah pertanian. Buah-buahan bermusim terdapat sepanjang tahun. Sepanjang pengembaraan ZBA dari lapangan terbang dan sebaliknya sejauh 30 km daripada pusat bandar Manado, semua yang tersebut dapat dilihat dengan jelas dan mereka masih 100% bergantung kepada pertanian.
Memperkatakan tentang orang Manado. Siapa tidak mengenali pelakon terkenal mereka, Maria Manado. Wanita cantik yang menjadi kegilaan jutaan peminat filem satu ketika dulu. Hingga sekarang, sebut sahaja Manado terpahat dikepala kita kecantikan wanita-wanita Manado. Satu pesanan ringkas untuk pembaca sekelaian. Satu rangkap ayat yang menjadi sebutan ramai. kalau ke Manado jangan lupa "Bibir Manado" . ZBA mengalami sendiri bahawa wanita-wanita Manado chantik jika dibandingkan dari daerah lain di Indonesia. Mereka mempunyai kacukan darah China, Belanda, Indonesia dan Jepun.
Kulit mereka putih kemerah-merahan, rambut ikal mayang dan muka bujur sirih menepati pepatah Melayu. Berketrampilan segak, mudah mesra dan manis senyuman. ZBA berpengalaman berbual mesra dengan mereka disebuah komplek membeli belah dan disebuah perkampungan sejauh 60 km daripada bandar Manado. Walau pun mereka bersikap demikian tetapi jangan menyalah anggap sebenarnya itu adalah budaya mereka kepada tamu. Jangan mengambil kesempatan atas kemesraan mereka malah anggaplah sebagai sebahagian daripada kehidupan harian.
Dikesempatan masa ZBA melawat sebuah perkampungan pendalaman Manado dikenali sebagai Tumpaan yang mengambil masa satu setengah jam dari Manado. Terletak bersebelahan pantai yang pasirnya cukup hitam. Sepanjang perjalanan kita akan dapati deretan pohon kelapa dengan berjurai buah dipangkalnya. Perkampungan tradisi dan berkeliaran babi hutan disekitar rumah juga dijalanraya. Tidak ramai orang Islam menghuni disini kecuali dibandar kecil Tumpaan terdapat sebuah masjid. Mereka terdiri daripada nelayan dan pengusaha kelapa kering.
Pengalaman ZBA untuk perkongsian. Dalam sejarah pengembaraan ZBA belum pernah melihat keadaan dimana begitu banyak sekali babi hutan dipelihara oleh penternak. Dalam masa yang sama ZBA melawat pasar yang kebetulan terletak di tepian pantai, puluhan ekor babi hutan mandi manda dilaut. Hairan tetapi benar.
Disarankan kepada penggemar Sea Food, Scuba Diving dan mungkin Bibir Manado, selamat datang ke Manado tetapi sebagai penganut Islam harus berwaspada memilih masakan halal jangan sampai terpandang "Babi Salai".
Assalamualaikum. SALAM

No comments:
Post a Comment