Assalamualaikum,
Hong Kong dahulunya adalah tanah jajahan British sejak berabad lamanya. Sebuah kepulauan yang maju terletak dipantai Tenggara China di muara Sungai Pearl mengadap Laut China Selatan. Mempunyai keluasan seluas 1,100 kmp merangkumi wilayah dikenali sebagai Kepulauan Hong Kong, Semenanjung Kowloon dan Daerah Baru.
Teras utama papulariti Hong Kong ialah Pelabuhan Victoria. Mempunyai kepadatan pendudduk yang tinggi dengan pembangunan yang padat. Walau bagaimanapun 70% daripada kawasan tanahnya ialah kawasan desa dan selebinya adalah taman-taman negara yang terpelihara.
Trio mengembara Hong Kong melalui Macou dan menyeberangi menggunakan ferry ke Pelabuhan Victoria. Secara kebetulan kami sampai di Hong Kong ialah pada hari Jumaat dan kami sempat mengambil kesempatan bersolat Juamat disebuah Masjid yang terletak di Nathan Road. Menjadi kebiasaan masjid-masjid diluar negara akan dipenuhi oleh masyarakat berbilang bangsa apabila tiba waktu solat. Begitulah indahnya umat Islam khususnya umat Rasullullah SAW kami dapat berkenal-kenalan diantara sesama jamaah dikesempatan masa didalam masjid.
Kawasan ini merupakan tumpuan pelancung khususnya masyarakat Asia. Bagi pengembara Muslim disini terdapat banyak restoran-restoran halal dengan harga yang berpatutan disamping penginapan yang mampu untuk dibayar. Untuk makluman Hong Kong ialah sebuah metropolitan yang mahal disegi kos sara hidup.
Sebut fasal pengangkutan tidak menjadi masalah di Hong Kong. Sistem pengangkutan bandar paling canggih pernah ZBA lalui ialah di Hong Kong. Tepuk dada dan tanya dimana hendak pergi. Kami merayap seluruh Metro Hong Kong dengan menggunakan Metro Daily Pass. Pantas, senang dan mudah tetapi kurang selesa kerana tidak mendapat pemandangan yang sepatutnya.
Hong Kong sememangnya bertuah kerana banyak terdapat tempat-tempat tarikan pelancung untuk dilawati dan bersiar-siar. Tarikan papular pelancung terdapat dimerata-rata Pulau Hong Kong, Kowloon dan Wilayah Baru dan selebihnya terdapat dipulau-pulau terpencil. Berikut ZBA paparkan diantara tempat - tempat menarik dan seringkali dilawati pelancung sekiranya mereka mengunjungi Hong Kong.
Victoria Peak. Merupakan satu tarikan paling papular di Hong Kong. The Peak adalah tempat pemandangan terbaik untuk melihat keindahan landskap bandaraya. Sesiapa saja akan terpegun melihat kaki langit bandaraya yang penuh bewarna-warni khususnya diwaktu malam. Pelabuhan Victoria yang mashyor, bangunan pencakar langit serta kehijauan gunung yang menyamankan. The peak menawarkan satu pengalaman yang berbedza pada waktu siang dan pada waktu malam.
Pasar Wanita. Sesuai dengan nama sememangnya shopping adalah kegemaran wanita. Sebagai salah satu pasar terbuka papular di Hong Kong. Pasar wanita adalah destinasi yang perlu dilawati khususnya kepada penggemar fesyen untuk tawar menawar. Terletak di Jalan Tung Choi, Mong Kok dan dibuaka setiap hari dari tengahari hingga 11.30 malam. Barangan mungkin kegemaran pembaca ialah hasilan kulit, aksasori wanita, barang permainan, kosmetik, barangan hiasan rumah, kain dan sebagainya.
Disneyland Hong Kong. Menjemput para pengunjung menerokai alam fantasi, cerita dongeng, lagenda, pengembaraan dan fiction dunia masa depan. Kepada kanak-kanak mereka akan disambut mesra oleh patong Mickey Mouse ketempat yang paling gembira didunia. Semua tarikan ekslusif ini direka khas untuk Hong Kong menyambut tetamu mereka dari seluruh dunia untuk bergembira dan melepaskan penat sejenak setelah sekian lama bekerja.
Taman Laut Hong Kong. Dibuka kepada pengunjung pada tahun 1977. Merupakan tempat tumpuan dan tarikan yang tidak putus-putus dikunjungi oleh pelawat. Taman Tema seluas 80 hektar ini terletak disebelah selatan Pulau Hong Kong yang menyediakan pameran dan kemudahan lain. Sistem kereta kabel menghubongkan bahagian tanah rendah dan bahagian tanjung. Menawarkan pemandangan yang menakjubkan sepanjang perjalanan.
Selain yang tersebut diatas, pembaca adalah dinasihatkan mengunjungi tempat-tempat berikut jika masa mengizinkan. Repulse Bay, Avenue of Stars, Menara Jam, Medan Archa Keemasan Buddha dan lain-lain.
Trio meneruskan perjalanan dari Hong Kong ke China dengan menggunakan perkhidmatan keretapi ke Shenzhen, Guangzhou, Nanning, Pinxiang, Lang Son, Hanoi, HCMC, Phnom Penh, Siem Reap, Poipet dan Bangkok dan penerbangan ke Pulau Pinang.
Assalamualikum. SALAM
ENJOY SHENZHEN WINDOW OF THE WORLD
`
No comments:
Post a Comment