Europe on Shoestring adalah kesimpulan daripada pengembaraan mengelilingi Eropah yang dipaparkan dalam blog yang berasingan secara lebih terperinci. Ini hanyalah kupasan secara menyeluruh tentang komuniti Eropah secara keseluruhan. Selama ini kita hanya mendengar lebih banyak tentang kebaikan mereka daripada keburukan yang mereka lakukan. Apapun yang baik diambil dijadikan contoh dan yang negatif ditinggalkan sebagai teladan.
Secara amnya meraka adalah daripada bangsa penjajah yang menggunakan tipu helah bagi mengusai dan menjahanamkan sesebuah negara. Mengaut keuntungan dengan paksaan dan menjadikan penduduk tanah jajahan sebagai hamba dan mereka sebagai tuan tanah yang terhormat. Namun begitu ada juga segelintir penduduk tanah jajahan yang bersengkongkol menjahanamkan bangsa sendiri. Mereka juga adalah bangsa yang paling kejam terhadap umat Islam dari dulu sehingga kehari ini.
Diawal pagi
ZBA bersama teman selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow, London Terminal 4 dalam cuaca sejuk dan hujan rengai-rengai. Alhamdulillah tiada banyak kerenah semasa dalam urusan imigresen mahu pun kastam.
Berlainan sekali diNegaraKu samaada melalui
KLIA atau
LCCT, pihak Kastam tidak langsung memperdulikan apakah barangan yang dibawa masuk oleh para penumpang.
Kita mempunyai mesim pengimbas canggih yang dibeli dengan jutaan
RM dan Pegawai Kastam berpaku dan berbalak dibahu tetapi sekadar menunggu dimesim pengimbas bersama handphone ditangan. Inilah sikap kakitangan yang kita ada yang setiap bulan
ZBA lihat. Selang seminggu, sebulan maka terpaparlah didada media, kenyataan Pengarah Kastam
KLIA atau pihak Polis. "Tangkapan dadah besar-besaran". Bunyinya macam satu kebanggaan tetapi salah siapa ?. Jawapannya kita sendiri yang
terjawab. Ini tidak diambil kira yang sudah terlepas masuk dan disalahgunakan
oleh
para
penagih. Sampai bila kita harus menuding jari dan menyalahkan sesama sendiri. Sebenarnya kita tidak amanah. Pegawai kastam kita tidak bertanggungjawab, pegawai atasan tidak peka dan kementerian hanya dengan arahan dan menteri dengan hanya
"talk cock". Pengalaman
ZBA di New Zealand mengajar kita erti tanggungjawab dan erti keselamatan. Habis sehingga seluar dalam diperiksa tidak cukup lagi selepas didiklearasikan. Dimasukan dalam mesin pengimbas, keluar diperiksa satu persatu disamping berbagai soalan ditanya. Akhirnya ketegasan demi keselamatan terserlah. Sebiji limau orange yang dibawa dikorbankan didalam tong sampah bersebelahan dengan mata putih memandang.
Tapi itu adalah tanggungjawab mereka. Tahniah kerana mereka menjalankan tanggungjawab demi New Zealand tercinta walau pun masa telah menunjukan jam satu tengah malam.
Dua perkara yang agak ketara untuk renungan bersama. Pertama. Ramai kakitangan lapangan terbang yang bertugas ketika itu adalah terdiri daripada bangsa pendatang seperti India, Pakistan, Bangladesh dan negara-negara Afrika. Kedua. Kawalan keselamatan lapangan terbang berada ditahap tinggi dan diyakini.
Tengaharinya
ZBA membuka langkah menjelajah Kota London yang selama ini amat dibanggakan oleh puak-puak diNegaraKu. Indah kyabar dari rupa.
Tidak banyak yang dapat diceritakan. Kotanya kotor dan tidak seindah nama. Kami naik tube dan turun tiub merayap. Naik tube dan turun tube merayap. Naik tube dan turun tibe merayap. Keluar matahari dan balik bulan. Tidak kurang dalam jangkaan 10 km merayap pusing keliling sehingga tertidur dalam tube.
Besok diulangi perkara yang sama tetapi kali ini naik turun bus "Hop in Off dan River Cruise". Perkara yang sama dilakukan. Kurang lebih 30 km berjalan bagi 3H/2M yang pertama di Kota London.
ZBA
hatam Kota Landon dalam masa tersebut. Sebut sahaja dimana attractions place dikota London, Insyaallah mungkin tiada yang ketinggalan.
Kita belajar dari pengalaman dan kacamata kita sendiri. Menjadi kebanggaan
ZBA, Kota London mempunyai sistem tranportasi yang mengkagumkan. Walaupun sistemnya agak out of date tetapi keberkesanan, keselamatan dan kelancarannya berada ditahap paling tinggi. Kosnya sederhana murah dan berada dalam lingkungan mampu bayar dengan keselesaan yang disediakan.
Makanan amat murah dikota London khususnya barangan keperluan harian jika dibandingkan dengan negaraKu. Contoh seperti buah-buahan, barangan keperluan dapur, beras, minuman, sayur-sayuran dan sebagainya.
Kedai 1Malaysia hanya gimik malah tidak lebih daripada propaganda murahan untuk mencekik selagi boleh.
On shoestring mengorak langkah meninggalkan London menuju Pelabuhan Dover. Daripada Dover menyeberangi Selat Inggeris ke bandar pelabuhan Calais ditanah besar Eropah yang mengambil masa selama dua jam.
Pengalaman Pertama. Semasa keluar meninggalkan England kita dimestikan untuk turun daripada kenderaan di Pejabat Imigresen untuk mengecop passport. Tetapi kita tidak perlu pula untuk mendapatkan setem bagi memasuki
Negara-Negara Eropah
(EU) yang lain selepas ini. Satu sistem yang dianggap unik amnya bagi NegaraKu yang raayatnya tidak diperlukan memiliki Visa untuk melawat semua Negara-negara
(EU).
Pengalaman Kedua. Semua Negara-negara Eropah (EU) tidak mempunyai
"No men land" sebagaimana semua negara-negara didunia. Tidak ada pagar sempadan yang memisahkan diantara mereka. Tidak ada Pejabat Imigresen dan juga Kastam.
Tidak ada anggota Tentera atau Polis berkawal disempadan. Tidak ada "
Well come atau see you again". Tidak ada gerai perniagaan ditepian jalan diantara kedua negara. Menjadi teka teki kepada pembaca untuk mengenalpasti dan mengetahui dinegara mana kita
berada sekarang.
Walau bagaimanapun keadaan boleh dikenalpasti dengan tulisan pada papan-papan tanda ditepi-tepi jalan. Atau pun dengan melihat Number pendaftaran pada kenderaan yang lalu lalang.
Pengalaman Ketiga. Number Pendaftaran kenderaan di EU adalah sama bagi semua negara. Apa yang membezakan diantara kenderaan mereka ialah pada kod negara tertentu sahaja. Semua kenderaan adalah pemanduan disebelah kanan.
Ingat potong kiri dan jangan potong kanan. Semua persimpangan memasuki
R&R akan dipasang camera litar dan
R&R mereka adalah serba lengkap walaupun agak kecil jika dibandingkan dengan
R&R di Myanmar.
Peringatan, kebanyakan tandas di R&R dikenakan bayaran. Jangan lupa untuk membawa persediaan syling mengelakan daruzat semasa kecemasan. Juga apabila membeli choklat, pastikan pembaca lihat kepada ramuan yang dicatatkan. Jika tersalah beli, nanti-nanti choklat tersebut terkena yang mempunyai campuran alkohol.
Pengalaman Keempat.
Pengalaman menggunakan lebuhraya di EU memang canggih dan secanggihnya. Jangan usah dibandingkan dengan NegaraKu. Mereka ada lebuhraya kita pun ada lebuhraya.
Tetapi lebuhraya kita macamana dan lebuhraya bagaimana ?. Lebuhraya NegaraKu, nama sahaja lebuhraya tetapi kesesakan disana sini. Mereka berjenama lebuhraya untuk perjalanan yang lancar dan selesa. Sikap pemandu mereka berhemah, tiada potong kanan dan potong kiri.
Apabila memotong terus meninggalkan lorong laju otomatik kelorong mengikut kederasan kenderaan. Bukan buat deeeek macam pemandu diNegaraKu. langsong tidak memikirkan orang dibelakang.
Seolah-olah dia sahaja yang membayar cukai jalan dan kita cuma menumpang. Sikapnya jelas. Aku apa peduli.
Lebuhraya diNegaraKu, leburaya maut dan lebuhraya mengaut keuntungan. Lebuhraya di EU, lebuhraya raayat untuk keselesaan semua. Pengalaman
ZBA mengharungi 8,044 km selama 26 hari diatas lebuhraya EU, ohhh, hebat dan membanggakan.
Tiada satu pun kemalangan samaada kecil atau besar dilihat dihadapan mata. Lebuhraya diNegaraku sejengkal sahaja melalui beratus liku dan menaik dan menurun lurah dan gaung.
Ratusan kemalangan dengan kematian setiap hari dilapurkan. Lebuhraya EU sedepa panjang, mendatar dan lurus memanjang. Contah di German, kelajuan 130 ksj tetapi dinobatkan sebagai negara yang mencatatkan kemalangan terendah dan paling selamat memandu di EU. Motosikal tak main bagi mereka kecuali yang berkuasa tinggi, itu pun jarang-jarang kelihatan.
Pengalaman Kelima. EU sebuah komuniti negara-negara maju. Hidup dalam aman dan damai sungguhpun terdapat berpuluh bangsa dan etnik didalamnya. Bandaraya bersih dengan pembangunan yang terancang. Tetapi maaf, kota London dan Paris
below expectation kerana kotor jika dibandingkan dengan populariti sebagai kota terbesar didunia. Sebut pasal shopping complex, woo, keduanya memang canggih.
ZBA ada juga sekali sekala mengendap dikedai-kedai mewah diseluruh kota EU sungguh pun tidak berhasrat untuk
membeli sesuatu. Masakan untuk membeli belah digedung, bagi
ZBA kedai ditepian jalan sekali pun sudah tidak mampu untuk dijengok apatah membeli jika bergelar pengembara jalanan. Ya, kota-kota EU memang hebat. Bersih dan bersistematik. Tiada kedai cetok ditepian jalan. Tiada kedai haram diatas pejalan kaki. Tiada kedai makanan atau menjual kueh dikaki lima atau enam jalan. Tiada restoran segera dibelakang deretan kedai dan dicelah bangunan.
Mereka bukan
Key El. Sebut saja dimana-mana tempat kegunaan awam berselirak dan bersepah orang berniaga. Sama ada berlesen atau tidak bukan persolan. Bersih atau kotor bukan pertimbangan.
Mengganggu hak asasi orang lain bukan persoalan. Apabila dibenteras pihak berkuasa. Zalim, kejam dan tidak bertimbang rasa. Pacak papan tanda UmNo dan benderanya, kes selesai.
Ini fenomena NegaraKu. Sampah dimana-mana. Sekali hujan, banjir dimana-mana. Bertan-tan sampah ditolak keluar. Masmedia pencacai, mencacai kita juga yang dipersalahkan. Manusia Politaik meroyan siang dan malam.
Hasilnya sekali air bah sekali sampah berubah. Sikap masih tidak berubah. Politaik mengatakan Haram Jadah.
Paling teruk dewasa ini
ZBA lihat ada tren menjadikan bangunan Hospital dan pentadbiran sebagai tempat perniagaan. Tidak cukup dengan taman reakrasi, jalan raya, pejalan kaki dan lain-lain kini masuk pula kedalam bangunan bertaraf berbintang Penuh dengan kiosk-kiosk diruangan laluan pejalan kaki.
Sesak dan amat tidak praktikal. Contoh, Institut Jantung Negara, Pusrawi dan bangunan
MIDA dan mungkin banyak lagi. Kesihan kepada pesakit yang disakitkan sebelum mendapat rawatan.
Pengalaman keenam. Negara-negara EU bersih dimana-mana keseluruhannya. Jarang sekali kita temui kertas, plastik, botol-botol plastik kosong dan khazanah yang tidak berharga bertebaran kecuali puntung rokok.
Tiada rumah-rumah haram dicelah-celah rumah halal.
Senitaman dibina dihadapan rumah berserta setti dan bukan sebagai tempat letak kereta. (Gambar diatas diambil di Belanda). Memang patut gelaran rumahku, syurgaku diberikan kepada mereka.
Pengalaman Ketujuh. DinegaraKu riuh rendah media pencacai memaparkan harga minyak petrol dengan dibandingkan dengan Negara-negara Asean yang lain (Bukan negara pengeluar minyak).
Konon raayat 1M menikmati subsidi minyak daripada penguasa. Pepatah Melayu menyebut, cakap siang pandang-pandang dan cakap malam dengar-dengar. Cakap
ZBA, jangan hendak membohongi manusia yang celek.
Pemberian Allah yang terbaik ialah fikiran dan pancaindera. Sepanjang
ZBA di EU, memang sengaja diperhatikan bahawa harga minyak mereka berada dibawah Euro 1.95. Paling murah ialah di Switzerland Euro 1.41 seliter.
DiNegaraKu RM 1.95. Jadi apakah benar kita menerima subsidi berbilion RM setahun sebagaimana yang diwar-warkan. Apakah semua negara UE sebagai negara pengeluar minyak ?.
Bagaimana tentang Switzderland
yang berada ditengah Eropah menikmati harga minyak yang paling rendah. Semua ini terjadi kerana penguasa diNegaraKu hanya pandai bercakap tetapi tidak pandai untuk melihat.
Pengalaman Kelapan. EU mempunyai ladang sejauh mata memandang boleh dikatakan disetiap negara. Paling ketara di Perancis dan Germany. Ladang mereka ibarat permaidani tetapi peliknya jarang kelihatan petani berada diladang.
Pengalaman
Kesembilan. Sistem pengangkutan Metro mereka amat canggih dan berkesan sekali. Tidak ada kesesakan jalanraya dan pergerakan kita adalah dalam jangkamasa yang dirancangkan.
Pengalaman kesepuluh. Tiada langsung kelihatan rumah-rumah haram di Eropah. Mereka juga tinggal di Flat, apartment, Kondo dan sebagainya tetapi tiada kelihatan langsung penyidai kain tergantung. Bolehkah pengalaman yang
ZBA paparkan ini mengubah fikiran kita dan adakah kita setanding dengan mereka berdasarkan kepada percakapan dan tulisan media pencacai di1M.
Setelah dipaparkan sepuluh kesan positif untuk kita renung bersama, kini ada dua perkara negatif yang pada pandangan
ZBA mencacatkan kesan buruk dan amat tidak wajar dibenarkan dimana-mana tempat awam walau pun dimana sahaja. Lukisan abstrek ini terdapat dimana-mana di negara Eropah. Paling ketara di Germany , France dan Kota London. Satu pandangan yang mencemarkan mata memandang.
Pembaca boleh bayangkan sendiri lukisan yang diagungkan oleh segelintir manusia tetapi telah mencemar seluruh badan sebuah keretapi yang digunakan oleh jutaan manusia. Rakaman ini tobiak travel merakamkan disebuah stesyen keretapi di Bandaraya Rome, Italy
France sebuah negara maju di Eropah. Malang perangai raayatnya masih ada yang jakun. Tidak bertamadun sebagaimana diharapkan. Dalam soal ini bukan warna kulit menjadi ukuran malah semuanya sama. Tidak terfikir difikiran ZBA bahawa kelakuan buruk ini akan terjadi dihadapan mata sendiri. Pembaca boleh bayangkan bagaimana mungkin dengan sistem yang canggih manusia boleh melintasi barrier untuk masuk dan keluar sesuka hati daripada kawasan berbayar untuk menaiki metro. Lintang pukang gulungan ini menggelinap menuruti buntut kita, keluar dan masuk metro tanpa membayar tambang. Satu tabiat yang biadap dan tidak bersopan langsung. Oleh yang demikian kita harus berhati-hati dan senantiasa berawas agar tidak dirempuh oleh mereka khusus diwaktu puncak.
Europe on Shoestring tips :
Berlgium (Choclate terbaik). Germany (Teknologi serba canggih). Switzerland (Negara tercantik). Czech Republic (Beer terkenal dan murah). Italy (Jalanraya terbaik). France (Sejarah & Teknologi). Spain Kebudayaan & Sejarah). Austria (Sejarah). Holland (Terusan).
Saudara pembaca boleh menilai sendiri hasil cacatan seorang pengembara jalanan dan sebagai manusia biasa, "tobiak travel" amat mengalu-alukan sebarang komen demi untuk membina sebuah masyarakat yang melihat dari kaca mata sendiri daripada menjadi pendengar yang setia kepada telinga.
EUROPE ON SHOESTRING 8,044 KM