Tuesday, 31 January 2012

SINGAPORE SEA LION CITY

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum

Singapura sebuah negara pulau kecil terletak diselatan NegaraKu.  Mendapat kemerdekaan dari NegaraKu dan sama-sama mencipta nama diarena antarabangsa.  Pembangunannya pesat dan meninggalkan NegaraKu 20 tahun kebelakang.  Dari sebuah kampung nelayan tanpa hasil maksul menjadi kota metropolitan dan menjadi salah satu pelabuhan termasyur didunia.

Satu ketika dulu seawal ZBA masih remaja sekali sekala terjinak juga menjejaki Singapura untuk membeli buah-buahan murahan daripada Woolands.  Maklumlah 1 SGD baru bersamaan RM 1.20 ketika itu.                                        

                                          Universal Studio Singapore

Selepas itu boleh dikatakan puluhan kali ZBA ke Singapura sama ada dengan penerbangan atau melalui Tambak Johor. Dan kemungkinan pada 28 Aug 2012 nanti ZBA akan menjejaki Singapura untuk mendapatkan gambaran sebenar tentang kemajuan yang mereka hadapi sehingga saat ini.  Berdasarkan nilai matawang hari ini, Singapura telah jauh meninggalkan NegaraKu dalam serba serbi.  Lihat sahajalah mata wang mereka telah mencecah nilai 1 SGD bersamaan RM 2.43.  Menunjukkan NegaraKu sejak dulu dan selamanya nilai matawang kekal pada tahap 20 tahun lalu.  Ini bermakna ZBA harus membawa tiga kali ganda RM untuk enjoy bagi selangkah perjalanan menyeberangi selat ke rumah jiranKu.



Dulu Sentosa Island menjadi kebanggaan mereka, kini Universal Studio menjadi  pujian jutaan pelancung seluruh dunia yang telah berpengalaman kesana.  Tidak kurang dari jumlah tersebut jutaan RM telah dibawa masuk ke Singapura tetapi pelancung dari Singapura sekadar membawa masuk nilai SGD menyamai harga ikan bakar di Umbai Melaka.

NegaraKu berteriak kita Negara Contoh di Dunia.  Singapura dalam diam-diam dari Johore Bharu ke Kuala Lumpur Central menguasai bilion hartanah strategik di NegaraKu.

We are 1Malaysia.  Everything is No 1.  Tapi  tanya fasal kawin, we want four.  We don't want 1.   If you dosen't want 1, please follow me to Kelantan. You will get 4.


     Gambar Hiasan Universal Studio Singapura

Dari Terminal Ferry Pulau Sentosa kami pernah menaiki ferry ke Pulau Batam untuk melihat peninggalan sejarah kesultanan Melaka yang berasal dari Sulawesi. Asal usul keturunan Raja Ali Haji.  Hampir semua perkuburan di Pulau Penyengat batu nisannya berbalut dengan kain kuning.

Melawat Kepulauan Batam adalah satu kelainan bagi ZBA yang telah melawat kesemua bandar-bandar besar di seluruh Indonesia kecuali Jayapura.  Mereka berbudaya Singapura bukannya Indonesia.  Membangun bersama Singapura, perindustrian disana sini, jutaan pelancung keluar masuk dan sebagainya. Dari Nagoya Batam kami membelah lautan ke Johor Baharu.  Bersambung dikesempatan masa kelak.

Assalamualaikum.  SALAM







MACOU GAMBLING ISLAND

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum,

Macoa sebuah tanah jajahan Portuguese di selatan China.  Jajahan China pertama dijajah di Asia oleh bangsa Eropah dan terahir dipulangkan kepada China pada tahun 1999.  Mengandungi dua buah pula kecil dikenali sebagai  Taipa dan Coloane dengan keluasan sekitar 28 km persegi.

Penduduknya bertutur dalam bahasa China Cantonese dan Mandarin disamping bahasa penjajah Portuguese. Dikenali sebagai pusat perjudian terbesar didunia disamping Los Angeles.


Mempunyai sistem pengangkutan tercanggih dari serba serbi samaada pengangkutan darat, laut dan udara.  Sebuah lapangan yang canggih terdampar didalam laut, Macao International Airport.  Dihubungkan dengan sistem jalanraya ke China melalui Guangzhou yang meliwati tiga jam perjalanan.   Perkhidmatan ferry pula menghubungkan Shenzhen, Zuhai serta bandar-bandar lain disamping Hong Kong.  Ferry ke Hong Kong adalah regular siang dan malam.  Perkhidmatan siang hari antara 15-30 minit sekali dan malamnya setiap satu jam.

Trio pengembara kali ini tidak berkesempatan lama di Macoa memadai sekadar mengenali Macoa dari penghayatan sendiri.  Sedikit pengalaman boleh dikongsi bersama.  Satu tren bagi masyarakat Macoa membina bangunan tinggi.  Mereka tidak menggunakan scaff folding untuk memanjat semasa menjalankan kerja-kerja membuat bangunan sebaliknya membuat scaff folding dengan menggunakan bulah dan diikat bersusun sehingg ketinggian 15 tingkat.

                                                                      Perkhimatan Beca Macoa Casino


 Red Ford Kota Peninggalan Era
Kerajaan Portuguese Macou

 Satu pemandangan yang unik sedangkan mereka lebih mampu untuk menggunakan scaff folding yang dibuat daripada besi untuk lebih selamat.  Rata-rata bangunan baru dalam pembinaan menggunakan scaff folding daripada buluh.  Sungguh pun demikian, tidak pernah  kedengaran tentang insiden daripada masmedia berhubung penggunaan buluh untuk memanjant bangunan. Tahniah atas daya kreatif dan inisiatif mereka dengan menggunakan sumber alam semula jadi bagi manfaat pembangunan.

Tri bertolak ke Hong Kong selepas berada dua malam di Macoa dengan satu  jam perjalanan menggunakan perkhidmatan ferry serba canggih.  Kami tiba di Pelabuhan Vivtoria dan meneruskan perjalanan ke sebuah Masjid di Nathan Road.

Assalamualaikum.  SALAM

HONG KONG SKYLINE CITY

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih

Assalamualaikum,

Hong Kong dahulunya adalah tanah jajahan British sejak berabad lamanya.  Sebuah kepulauan yang maju terletak dipantai Tenggara China di muara Sungai Pearl mengadap Laut China Selatan.  Mempunyai keluasan seluas 1,100 kmp merangkumi  wilayah dikenali sebagai Kepulauan Hong Kong, Semenanjung Kowloon dan Daerah Baru.
Teras utama papulariti Hong Kong ialah Pelabuhan Victoria.  Mempunyai kepadatan pendudduk yang tinggi dengan pembangunan yang padat.  Walau bagaimanapun 70% daripada kawasan tanahnya ialah kawasan desa dan selebinya adalah taman-taman negara yang terpelihara.

Trio mengembara Hong Kong melalui Macou dan menyeberangi menggunakan ferry ke Pelabuhan Victoria.  Secara kebetulan kami sampai di Hong Kong ialah pada hari Jumaat dan kami sempat mengambil kesempatan bersolat Juamat disebuah Masjid yang terletak di Nathan Road.  Menjadi kebiasaan masjid-masjid diluar negara akan dipenuhi oleh masyarakat berbilang bangsa apabila tiba waktu solat.  Begitulah indahnya umat Islam khususnya umat Rasullullah SAW  kami dapat berkenal-kenalan diantara sesama jamaah dikesempatan masa didalam masjid.

Kawasan ini merupakan tumpuan pelancung khususnya masyarakat Asia.  Bagi pengembara Muslim disini terdapat banyak restoran-restoran halal dengan harga yang berpatutan disamping penginapan yang mampu untuk dibayar.  Untuk makluman Hong Kong ialah sebuah metropolitan yang mahal disegi kos sara hidup.

Sebut fasal pengangkutan tidak menjadi masalah di Hong Kong.  Sistem pengangkutan bandar paling canggih pernah ZBA lalui ialah di Hong Kong.  Tepuk dada dan tanya dimana hendak pergi.  Kami merayap seluruh Metro Hong Kong dengan menggunakan Metro Daily Pass.  Pantas, senang dan mudah tetapi kurang selesa kerana tidak mendapat pemandangan yang sepatutnya. 

Hong Kong sememangnya bertuah kerana banyak terdapat tempat-tempat tarikan pelancung untuk dilawati dan bersiar-siar. Tarikan papular pelancung terdapat dimerata-rata Pulau Hong Kong, Kowloon dan Wilayah Baru dan selebihnya terdapat dipulau-pulau terpencil.  Berikut ZBA paparkan diantara tempat -  tempat menarik dan seringkali dilawati pelancung sekiranya mereka mengunjungi Hong Kong.

Victoria Peak. Merupakan satu tarikan paling papular di Hong Kong. The Peak adalah tempat pemandangan terbaik untuk melihat keindahan landskap bandaraya.  Sesiapa saja akan terpegun melihat kaki langit bandaraya yang penuh bewarna-warni khususnya diwaktu malam.  Pelabuhan Victoria yang mashyor, bangunan pencakar langit serta kehijauan gunung yang menyamankan.  The peak menawarkan satu pengalaman yang berbedza pada waktu siang dan pada waktu malam.

Pasar Wanita.  Sesuai dengan nama sememangnya shopping adalah kegemaran wanita. Sebagai salah satu pasar terbuka papular di Hong Kong.  Pasar wanita adalah destinasi yang perlu dilawati khususnya kepada penggemar fesyen untuk tawar menawar.  Terletak di Jalan Tung Choi, Mong Kok dan dibuaka setiap hari dari tengahari hingga 11.30 malam.  Barangan mungkin kegemaran pembaca ialah hasilan kulit, aksasori wanita, barang permainan, kosmetik, barangan hiasan rumah, kain dan sebagainya.

Disneyland Hong Kong.  Menjemput para pengunjung menerokai alam fantasi, cerita dongeng, lagenda, pengembaraan dan fiction dunia masa depan.  Kepada kanak-kanak mereka akan disambut mesra oleh patong Mickey Mouse ketempat yang paling gembira didunia.  Semua tarikan ekslusif ini direka khas untuk Hong Kong menyambut tetamu mereka dari seluruh dunia untuk bergembira dan melepaskan penat sejenak setelah sekian lama bekerja.

Taman Laut Hong Kong.  Dibuka kepada pengunjung pada tahun 1977.  Merupakan tempat tumpuan dan tarikan yang tidak putus-putus dikunjungi oleh pelawat.  Taman Tema seluas 80 hektar ini terletak disebelah selatan Pulau Hong Kong yang menyediakan pameran dan kemudahan lain.  Sistem kereta kabel menghubongkan bahagian tanah rendah dan bahagian tanjung.  Menawarkan pemandangan yang menakjubkan sepanjang perjalanan.

Selain yang tersebut diatas, pembaca adalah dinasihatkan mengunjungi tempat-tempat berikut jika masa mengizinkan.  Repulse Bay, Avenue of Stars, Menara Jam, Medan Archa Keemasan Buddha dan lain-lain.

Trio meneruskan perjalanan dari Hong Kong ke China dengan menggunakan perkhidmatan keretapi ke Shenzhen, Guangzhou, Nanning, Pinxiang, Lang Son, Hanoi, HCMC, Phnom Penh, Siem Reap, Poipet dan Bangkok dan penerbangan ke Pulau Pinang.


Assalamualikum.  SALAM

ENJOY SHENZHEN WINDOW OF THE WORLD

`

INDONESIA SULAWESI MAKASSAR & MANADO

Dengan Nama Allah yang Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum

MAKASSAR

Sulawesi sebuah pulau diselatan Kepulauan Kalimantan dan mengambil hampir empat jam penerbangan dari Kuala Lumpur.  Sungguh pun tidak dikenali ramai tetapi Kepulauan Sulawesi melahirkan ramai para-para negarawan Indonesia yang terkenal.  Sebagai contoh bekas Presiden Indonesia dan juga merupakan seorang saintis dan pakar dalam bidang penerbangan.  Beliau ialah Pak Habibie  yang tidak asing lagi didunia barat dan dunia keseluruhan amnya. 

Sulawesi didiami oleh berbagai suku kaum dan agama.  Islam menjadi majoriti dan Kristian merupakan agama kedua terbesar disini.  

Lapangan terbang Hasanuddin International Airport merupakan pintu keluar masuk ke Sulawesi selain dari perkhidmatan Pelni (PT Pelni Indonesia) yang menghubungkan Sulawesi dengan Kepulauan lain diseluruh Indonesia melalui jaliran pengangkutan perkapalan.  Sistem pengankutan jalanraya agak baik jika dibandingkan dengan kepulauan didaerah berlainan di Indonesia.  ZBA telah dua kali mengembara di kepulauan ini dan terasa belum puas untuk menjelajah kali ketiga dikawasan pendalaman Sulawesi jika keadaan mengizinkan.

Makassar adalah kota paling besar dan merupakan Walikota Pemerintah bagi Provinsi Sulawesi dan Manado sebagai bandar iringan kedua. Sebagaimana bandar-bandar lain di Indonesia, Makassar tidak banyak perubahan jika dibuat perbandingan.  Pengangkutan kota masih menggunakan oplet dan ojek untuk kesana kemari.  Bandarnya terletak ditepian Pantai Losari yang indah mata memandang.

Penduduk peribumi Makassar keseluruhannya dibawah paras kemiskinan.  Perniagaan toko kebanyakan dikuasi orang pendatang sama ada dari kepulauan  di Indonesia lain atau daripada kalangan orang Cina.

Kehidupan harian mereka banyak bergantung kepada pertanian disamping ternakan kecil-kecilan masyarakat kampong.  Padi, kelapa dan nelayan adalah asas kepada penjanaan ekonomi setempat.  Banyak tanah-tanah kosong tidak diteroka dan diusahakan dan kemungkinan tidak sesuai untuk pertanian.  Perindustrian mulai nampak berkembang terutamanya dalam sektor pembuatan.  Pelancungan juga mempunyai asas baik untuk berkembang tetapi infrastructor perlu diperkemaskan dengan promosi yang menyeluruh.  Banyak tempat tempat menarik rujuk web-web (Makassar Attractions) yang boleh menjadi tarikan pelancung.  Contoh, pantai peranginan, danau-danau, tasik, habitat, kehidupan suku kaum dan sebagainya.

MANADO
    
      Lapangan Terbang Manado

Terletak diutara kepulauan Sulawesi.  Anda boleh kesana dengan penerbangan Silk Air daripada Singapura atau penerbangan tempatan.  Pelni juga menghubungkan Bauk dan Manado.  Bandar peranginan yang cantik disamping syurga kepada penggemar pengembaraan dasar laut Scuba Diving.  Penduduknya majoriti berugama kristian disamping Islam sebagai ugama kedua terbesar.  Buat masa sekarang Manado agak membangun kerana ramai pelancung-pelancung asing telah mula menapak kesana khususnya daripada Jepun, Korea dan Eropah.  Bandarnya terletak dipesisiran pantai dan jangan lupa untuk menikmati makanan sea food yang menjadi teras perniagaan makanan di Manado.

Selain pelancungan, teras pendapatan penduduk setempat ialah pertanian.  Buah-buahan bermusim terdapat sepanjang tahun.  Sepanjang pengembaraan ZBA dari lapangan terbang dan sebaliknya sejauh 30 km daripada pusat bandar Manado, semua yang tersebut dapat dilihat dengan jelas dan mereka masih 100% bergantung kepada pertanian.

Memperkatakan tentang orang Manado.  Siapa tidak mengenali pelakon terkenal mereka, Maria Manado.  Wanita cantik yang menjadi kegilaan jutaan peminat filem satu ketika dulu.  Hingga sekarang, sebut sahaja Manado terpahat dikepala kita kecantikan wanita-wanita Manado. Satu pesanan ringkas untuk pembaca sekelaian.  Satu rangkap ayat yang menjadi sebutan ramai.  kalau ke Manado jangan lupa "Bibir Manado" .  ZBA mengalami sendiri bahawa wanita-wanita Manado chantik jika dibandingkan dari daerah lain di Indonesia.  Mereka mempunyai kacukan darah China, Belanda, Indonesia dan Jepun.

Kulit mereka putih kemerah-merahan, rambut ikal mayang dan muka bujur sirih menepati pepatah Melayu. Berketrampilan segak, mudah mesra dan manis senyuman.  ZBA berpengalaman berbual mesra dengan mereka disebuah komplek membeli belah dan disebuah perkampungan sejauh 60 km daripada bandar Manado.  Walau pun mereka bersikap demikian tetapi jangan menyalah anggap sebenarnya itu adalah budaya mereka kepada tamu.  Jangan mengambil kesempatan atas kemesraan mereka malah anggaplah sebagai sebahagian daripada kehidupan harian.

Dikesempatan masa ZBA melawat sebuah perkampungan pendalaman Manado dikenali sebagai Tumpaan yang mengambil masa satu setengah jam dari Manado.  Terletak bersebelahan pantai yang pasirnya cukup hitam.  Sepanjang perjalanan kita akan dapati deretan pohon kelapa dengan berjurai buah dipangkalnya.  Perkampungan tradisi dan berkeliaran babi hutan disekitar rumah juga dijalanraya.  Tidak ramai orang Islam menghuni disini kecuali dibandar kecil Tumpaan  terdapat sebuah masjid.  Mereka terdiri daripada nelayan dan pengusaha kelapa kering.

Pengalaman ZBA untuk perkongsian.  Dalam sejarah pengembaraan ZBA belum pernah melihat keadaan dimana begitu banyak sekali babi hutan dipelihara oleh penternak.  Dalam masa yang sama  ZBA melawat pasar yang kebetulan terletak di tepian pantai, puluhan ekor babi hutan mandi manda dilaut.  Hairan tetapi benar.

Disarankan kepada penggemar Sea Food, Scuba Diving dan mungkin Bibir Manado, selamat datang ke Manado tetapi sebagai penganut Islam harus berwaspada memilih masakan halal jangan sampai terpandang "Babi Salai".
                                                                  Assalamualaikum.  SALAM

Sunday, 29 January 2012

INDIA WEST COST THIRUVANANTHAPURAM TRAIN MUMBAI

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum,

Dikesempatan Air Asia melebarkan sayapnya ke bandar-bandar utama di India  ZBA mengambil kesempatan ini untuk  terbang ke destinasi terbaru AA Thiruvananthapuram (Trivandrum).  

Penerbangan mengambil masa empat jam merentas Lautan Hindi dan sekali sekala diarah memasang tali pinggang keselamatan kerana cuaca yang kurang memuaskan.  Alhamdulillah tepat jam 10.30 pagi waktu tempatan pesawat Airbus 320 mendarat selamat di lapangan terbang Trivandrum yang jaraknya 30 km dari pusat bandar.

ZBA amat bersyukur kepada Allah kerana sebaik meninggalkan lapangan terbang dipertemukan dengan sekumpulan pengamal Tabliq dan membenarkan  ZBA untuk  ikut serta bersama mereka ke markas Tabliq yang terletak 15 km daripada lapangan terbang dan pusat bandar.  Sepanjang perjalanan ZBA dimaklumkan akan gerakan Tabliq di Trivandrum dan kegiatan masyarakat Islam yang pada keseluruhannya berjumlah 15% pepulasi berbanding kaum India yang menganut agama hindu.  Sungguh pun demikian mereka hidup saling hormat menghormati dan menjalankan kegiatan harian serba damai.  

Masyarakat Islam walau pun minority tetapi dilihat lebih berada kerana selain daripada bertani dan  nelayan mereka juga bergiat dalam lapangan perniagaan.  Rumah-rumah mereka sungguh pun tidak semewah diNegaraKu tetapi memadai dengan kos hidup penduduk setempat.

Lebih dua jam  berada di Markas Tabliq ZBA diperkenalkan dengan Ahli Jawatan Kuasa Masjid dan jamaah disamping berbual-bual dan menikmati kopi panas berserta biskut kering.  Keakraban mereka tidak habis disini, malah salah seorang daripada mereka bermurah hati menemani ZBA ke bandar Trivandrum malah terus ke hotel.

Pengalaman kali kedua ke India, dalam perjalanan ZBA melihat kesesakan dan kemiskinan masyarakat India.  Mereka boleh dikatakan ibarat kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang.   Khazanah negaranya banyak tetapi pepulasi juga ramai.  Kanak-kanak kecil seusia 2-3 tahun masih bertelanjang adalah satu pandangan biasa disamping yang tidak berumah merempat berbungkus tidur dijalan-jalan raya.  Tetapi pasti diingat yang kaya tersergam indah banglo secantik dalam filem-filen Hindustan yang kita tontoni.  Ditanah-tanah lapang sepanjang hari hingga kemalam pukulan-pukulan kriket berdentum-dentam tanpa ada waktu rehat bagi peminat kriket yang merupakan permainan kegemaran utama mereka.


Bagi setiap pengembara muslim makanan adalah masalah utama ketika melawat negara asing.  Tetapi tidak di Trivandrum.  ZBA terkejut malah berasa bangga dengan kaum minoriti Islam India kerana di Trivandrum terdapat beberapa buah Hotel berkelas dimiliki oleh orang-orang Islam.  Oleh yang demikian adalah tidak menjadi masaalah bagi mendapatkan makanan halal di Trivandrum.


Selain makanan popular  Nasi Briayani Kambing dan Ayam, di selatan India selatan khususnya di Trivandrum masakan paling papular ialah masakan Kerala.  Mengandungi nasi putih, ikan darat,
sayur-sayuran, pencicah dan lain-lain.  Dihidangkan dalam bentuk lima menu untuk seorang makan.  Penuh untuk sebuah meja kecil tetapi harganya amat murah sekitar RM 7.00.  Nasi tambah percuma dan sememangnya perlu kerana orang-ornag India banyak memakan  nasi jika dibandingkan kita banyak memakan lauk daripada nasi. 


           Bus Station Trivandrum

 Trivandrum bandar terbesar paling selatan disemenanjung  India.  Tiada apa yang menarik perhatian untuk dilihat memadailah dengan melawat pusat bandar yang sebesar bandar Seremban tetapi jarang kelihatan bangunan yang melebihi enam tingkat tinggi.  Dalam masa sehari adalah memadai bagi ZBA berada di Trivandrum.  Keesokanya bermulalah pengembaraan dengan keretapi koc tempat tidur berhawa dingin menuju Mumbai yang mengambil masa 3H/2M.  Perjalanan yang panjang tetapi menyeronokan.


Bermula jam seawal pagi di Stesyen Keretapi Trivandrum, Keretapi Dehradum Express bergerak ke utara menuju bandar-bandar Kollom, Alappuzha, Arnakulam, , Kochi, Shoranur, Kannur, Mangalore, Vasco Da Gama, Panaji, Rajapur dan Mumbai dan banyak lagi stesyen-stesyen kecil untuk menurun dan mengambil penumpang.  Pemandangan indah negara pertanian ini mengingatkan ZBA kepada kampung halaman di utara semenanjung NegaraKu Kedah.  Pemandangan sawah padi yang menguning ketika ini diselang seli dengan tanaman kontan seperti, kentang, jagung, gandum dan lain-lain.  Jarang sekali kita akan melewati kawasan pergunungan atau tanah tinggi.  Kecantikan ini ditambah lagi dengan jalinan terusan dan tasik-tasik yang indah dan sayup mata memandang.  


Keretapi melewati Aleppo sebuah bandar pelancungan terkenal dengan puluhan House Boat menanti anda untuk menikmati keindahan terusan dengan air yang membiru membelah ratusan hektar tanaman padi.  Pelancungan ini amat sesuai untuk para hanimun yang baru menikmati alam perkahwinan.  Terletak 150 km daripada Trivandrum.  Sila rujuk kepada maklumat-maklumat Kerala Tourism untuk keterangan lanjut. (Satu Blog berasingan akan dipaparkan)

Dari Aleppo keretapi bergerak keutara, Kollam, Alappuzha dan Arnaklan.  Pemandangan sekitar daerah ini amat mengasyikan mata memandang.  Kebetulan semasa pengembaraan ZBA, padi sedang menguning dan kawasan tanah pamah yang ditanam ratusan hektar padi dan tanaman kontan sampingan.  Deretan pepohon kelapa disepanjang trek keretapi. 
Rumah-rumah petani berkelompok-kelompok dipagari pepohon kelapa yang seakan akan pemandangan di Perlis dan Kedah.  Sekali sekala ternampak masjid-masjid tertegak megah menggambarkan bahawa terdapatnya penduduk Islam dikawasan tersebut.  Pesawah di India tidak menggunakan kelengkapan morden  untuk mengusakan tanaman padi atau tanaman-tanaman lain.  Mereka masih menggunakan cara tradisional dengan bantuan binatang ternakan.  Walaupun begitu mutu beras mereka lebih baik dari NegaraKu. 

KOCHI @ COCHIN                                                                                   Kochi International Airport

Satu bandar yang sama dengan dua nama panggilan. Sebuah bandar pelabuhan terkenal sejak zaman penjajah sehinggalah zaman India sekarang.  Terletak 25 km ke barat daripada Arnakulam.  Lapangan terbang Kochi terletak 30 km daripada bandar Kochin dan merupakan sebuah Lapangan Terbang Antarbangsa yang cantik dan canggih.  Di Kochi banyak tempat-tempat menarik yang boleh dilawati sama ada didarat atau mengusuri Pelabuhan Kochi dengan menggunakan ferry pelancung.  banyak peninggalan sejarah khususnya semasa pemerintahan Portugis di India.

Sebenarnya sudah satu malam ZBA diatas keretapi dan selepas Arnakulam lagi satu malam yang akan ditempuhi sebelum melintasi bandar-bandar lain sebelum sampai ke Mumbai. Maaf dua malam tiada gambaran yang akan diceritakan cuma nukilan untuk dikongsi bersama.

Semaklum kita semua India sebuah Benua Kecil yang mempunyai 1.2 Billon manusia selepas China.  Kehidupan mereka amat dhaif dan kamus kebersihan langsung tidak ada dalam kehidupan mereka.  Tiga perkara ZBA nasihat jika mengembara di India. Semuanya berhubung "Kebersihan".

Pertama.  Jangan ada sikap belas kasihan kepada sesiapa walaupun kanak-kanak di pandangan awam.  Jangan sesekali hendak menunjukan simpati dengan memberi wang kepada sesiapa.  Akibatnya mungkin anda akan diserbu oleh ratusan kanak-kanak, orang dewasa dan sebagainya.
                                                                                                                              Ternakan kambing ini
 terletak di Aras  4  sebuah  Perumahan  Awam di Mumbai
Tapi dimaklumkan diNegaraKu ternakan Lembu di Condominium.  Lagi canggih.


Kedua.  Adalah tidak digalakan keluar dari keretapi meninggalkan barangan didalam tanpa pemerhati dan elakan daripada turun ke stesyen keretapi khususnya diawal pagi.  Keretapi India bukan sebagaimana negara lain.  Tandas akan dibuaka 24 jam walaupun keretapi sedang berhenti distesyen.  Kesempatan inilah yang digunakan oleh mereka untuk membuang najis dan jatuh diatas landasan.  Anda akan termuntah sekiranya tidak tahan melihat sejauh 300 meter najis berlambak distesyen.  Sampah sarap usah dibilang bicara. 

       Masjid Ali Dhargah Mumbai

Ketiga.  Samaada restoran Islam atau vegerian restoran, sebelum makan anda dinasihatkan dua perkara.  Pertama, jangan sesekali memasuki tandas.  Kedua, jangan sesekali memasuki bahagian dapur untuk melihat sesuatu.  Anda dinasihat makan dahulu jika berkeinginan.  Jika tidak anda tidak akan makan atau termuntah selepas makan. 

ZBA sudah mengembara seluruh bandar-bandar besar di India, inilah fenomena kebersihan yang ada pada masyarakat India di India.  Pada masyarakat India di Malaysia, maaf ini adalah pengalaman ZBA untuk memperkatakan sesuatu dan tidak bertujuan langsung untuk menghina sesiapa.  Tetapi restoran Mamak di Malaysia juga tidak kurang hebatnya.  Diluar bersih gila tetapi dibelakang "tikus" sebesar anak kuching menjamah selera sebelum dijamah manusia di luar.

        Gelagat Peminta Sedekah
            Masjid Ali Dhargah

Dari Arnakulam ZBA dibuai mimpi indah bersama enam penumpang lain dalam kabin berhawa dingin.  Kebetulan teman kali ini adalah seorang pesara pegawai Tentera Laut India bersama  seorang anak gadis manis diatas kabin ZBA.  Dari Arnakulam sesedar kami telah singgah dibandar Rajapur.  Kedinginan pagi dikejutkan dengan chai, chai, chai oleh penjual teh dan berbagai dendangan penjaja jalanan dalam keretapi.

 Dwarkala Railway/Metro Stesyen

Hari siang dan dapatlah diceritakan sedikit tentang perjalanan berikutnya.  Tidak sebagaimana daerah diselatan, makin keutara lain pula topografi dan tanaman yang diusahakan.  Keretapi melintasi kawasan berbukit dan lembah-lembah dan masuk keluar terowong dengan asap kehitaman keluar hasil tolakan angin. Tanaman padi beransur-ansur digantikan dengan tanaman kontan.  Ladang tanaman kentang, sayur-sayuran, gandum dan sebagainya dapat dilihat dengan jelas.  Disamping itu ternakan seperti bebiri, kambing dan lembu juga diusahakan oleh penduduk tempatan.  Keadaan perumahan mereka agak sedikit berubah dengan rumah-rumah batu dibina menggantikan rumah tradisional.

      Dwarkala Town Mumbai

ZBA sampai di Stesyen Keretapi Mumbai South (Dwarkala) sekitar jam 11.00 am dan bermalam tiga malam di sebuah hotel milik pengusaha seorang Muslim yang juga merupakan pengeksport bawang dan cili merah kering ke Malaysia.  Hotelnya sederhana besar dan bersih serta dilengkapi dengan sebuah restoran dan pelanggannya terdiri daripada pelancung-pelancung asing.

ZBA tidak banyak akan memperkatakan Mumbai secara detail memadai dengan pembaca mencari sendiri dalam laman web http://www.goindia.about.com/  @ email zainaltobiak@yahoo.com.my yang menceritakan tentang tempat-tempat menarik di sekitar Mumbai. Berikut adalah gambar-gambar yang ZBA rakamkan untuk kenangan dan tontonan.







3H/2M Mumbai membawa banyak iktibar.  Pengalaman yang tidak dapat ditukarganti sengan  sebuah memori dalam ingatan.  Kembali semula ke Arnakulam dan mengambil penerbangan AA dari Kochi kembali ke Kuala Lumpur.  Wallahwaalam.  SALAM.
 
CHENNAI EAST COST SHORT TRIP









Wednesday, 25 January 2012

VIETNAM BEAUTIFUL HALONG BAY

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum,

Kunjungan ini merupakan kali kedua ZBA mengembara dibumi Vietnam.  Bumi yang menghijau dengan Tanaman Kontan daripada Hanoi sehinggalah Ho Chi Minh City disepanjang laluan keretapi.  Segar dan menghijau.

Terkejut bagaimana sebuah negara yang dilanda perang sebelumnya boleh bangkit dengan cepat meninggalkan zaman pahit manis mereka mempertahankan ibu pertiwi.  Betapa rajin dan berazamnya mereka mengusahakan pertanian, lihat sahaja selepas 1975 kini mereka telah seangkatan dengan 1Malaysia.  Pada pandangan saya Bapak Menteri Pertanian kita harus menaiki keretapi dari Hanoi ke HCMC atau sebaliknya jika ingin bergelar Menteri Pertanian.  Tidak guna bercakap menghabiskan air lior berdentum bagaikan guruh dilangit tetapi tahi ayam berciciran dibumi.

Pengembaraan pertama kali ZBA ialah dari Macao, Hong Kong, Shenzhen, Guangzhou, Nanning dan memasuki Lang Son, Hanoi melalui Pinxiang (China).  Kita sekarang memasuki Vietnam dan kita akan bercerita tentang Vietnam.

Di Hanoi terdapat dua tempat yang menjadi tarikan pelancung khususnya dari Eropah dan bagi kita juga agar tidak terlepas pandang untuk melawati kedua tempat tersebut. SAPA di Lo Chai, Utara Hanoi.  Halong Bay dimuara pelabuhan Hai Phong.   Sebagai pengembara sekiranya ke Vietnam jika kedua tempat ini tidak dilawati bererti masih tidak sempurna melawat Vietnam.

Perkongsian pengalaman di Halong Bay.  Sejauh perjalanan ZBA telah harungi belum pernah melihat begitu ramai pelancung Eropah & rest of the world tertumpu disatu-satu kawasan. Kalau ada pun sekitar kurang daripada ratusan orang.  Halong Bay memang anugerah Allah kepada raayat Vietnam yang amat bernilai.  Difahamkan bahawa setiap hari ribuan pelancung asing melawat Halong Bay dan semasa kunjungan ZBA fenomena ini terpampang dihadapan mata sendiri.  Ribuan pelancung asing membanjiri Halong Bay menaiki Cruise menyusuri Halong Bay yang cantik dengan udara yang nyaman dalam cuaca sejuk sekitar 13C.


Disebabkan semuanya telah dirancang terlebih dahulu, ZBA hanya membuat lawatan singkat ke Halong Bay. Kami disana cuma sehari semalam dan tidak bermalam diatas cruise sebaliknya bermalam di Cat Ba Island.  Cat Ba sebuah bandar kecil yang cantik terletak 45 minit perjalanan dari jetty pendaratan cruise yang datang daripada Holong Bay. Puluhan hotel terdapat disana dan bagi penggemar makanan laut merupakan tempat yang sewajarnya disinggah. 

Dari Cat Ba Island pembaca boleh ke Hai Pong (Bandar yang pernah diserang oleh US dalam perang Vietnam dengan pesawat B52 selama berminggu-minggu) dengan menggunakan perkhidmatan ferri atau bas untuk  melakukan aktiviti lasak khusus pada musim panas.

Sesungguhnya semalaman di Halong Bay adalah masa yang terlalu singkat.  Kepada pembaca, ZBA menasihatkan agar membuat perancangan 3H/2M  sekiranya ingin menikmati keindahan sebenar Halong Bay dan kawasan persekitarannya.



Sekembalinya ke Hanoi, buat sekian kalinya ZBA melawat tempat-tempat yang menjadi tarikan pelancung dan membeli belah bersama keluarga.  Hanoi adalah bandar lama  jika dibandingkan dengan bandar-bandar lain di Vietnam.  Membangun dengan pesat dengan jajaran lebuhraya yang bersimpang sior dan bangunan pencakar langin telah mulai tumbuh dimereta tempat.  Disebabkan musim sejuk dan hujan gerimis memperlihatkan kepada kita Hanoi agak berdebu dan kotor.  Pemandangan ini berubah sekiranya pemandangan dimusim panas kembali tiba.  Persekitarannya bersih jika dibandingkan semasa kunjungan ZBA kesini enam yang tahun lalu.

Perkongsian pengalaman di Hanoi.  Sungguh pun Vietnam pesat membangun seiring dengan negara lain di Asean namun mereka masih mengekalkan tradisi bangunan mereka  khususnya rumah kediaman, rumah kedai malah hotel sekalipun.   Bangunan yang didirikankan dianggap unik kerana kelebaran yang terhad sekitar 12 kaki sahaja lebar dan akan meninggi kurus keatas samaada dua atau tiga atau empat tingkat dan seterusnya keatas.  Diukur kepada penggunaan ruang sebenarnya mereka tidak kekurangan tanah tetapi tradisi harus mereka patuhi.

Sungguhpun selebar 12 kaki tetapi hotel-hotel mereka dihias indah khususnya diruang lobby dan bilik-bilik penginapan.  Dilengkapi dengan perabut antik yang mewah serta  berkuali hasil kerja warga Vietnam sendiri.

Dilihat kepada ruang yang sempit ZBA jarang sekali melihat restoran-restoran mewah di Hanoi.  Bagi penggemar makanan segera ala barat pula seperti Mc Donald, tidak pula kelihatan francias ini di Hanoi.  Manakala Kentucky Fried Chicken pula terdapat sebuah restoran beroperasi bersebelahan Haon Kiem Lake. Makanan halal berdekatan ialah di Nisa Restoran di jalan Hang Tre.  Perlu diingat dalam dailek Vietnam hang The disebut "Hang There".

Bagi mengimbangi ruang yang sempit, masyarakat Vietnam membuka perniagaan makanan di sekitar kaki lima kedai dengan diletakan dua atau tiga meja kecil dan ditempatkan empat kekuda kecil bagi setiap meja.  Makanan kegemaran ialah berunsor sup dan diletakan ulaman sebagai rencah ramuan dihidang dengan teh hijau tanpa gula dalam gelas kecil.  Bagi perokok disediakan satu penyedut diperbuat daripada buluh berukuran 2.5 kaki panjang dan ditebuk diluarnya untuk memasukan corong  kecil bagi tujuan diisikan sedikit tembakau dan dibakar dari luar.  Menangkupkan mulut dibahagian atas buluh dan disedut asap dengan aroma yang penghisapnya sahaja mengetahui keenakannya.









Hanoi sungguhpun tidak mempunyai supermarket dan mall yang besar namun tumpuan membeli belah  ialah dikawasan yang dikenali sebagai Dong Xuan Market (pusat jualan borang terbesar), Jalan Hang Gai  (ibarat  Jalan TAR) dan disekitarnya.  Perlu diingat bahawa kita perlu menyenaraikan apakah keperluan yang hendak dibeli sebab di Hanoi sesuatu barangan dijual mengikut kawasan-kawasan yang ditentukan sahaja.  Harganya memang murah jika dibandingkan dengan NegaraKu.  Kualiti barangan juga seimbang khususnya pakaian lelaki/wanita dan assoseri wanita.  Bagi kaum wanita mereka harus bersiap sedia untuk menjinjing sekiranya membeli belah di Hanoi.

Vietnam tidak sebagaimana China meletakan harga yang setengah daripadanya boleh ditawar.  Mereka sekadar meletakan harga berpatutan dan sekitar 20% sahaja boleh ditawar.  Dalam urusan jualbeli mereka lebih telus dan jujur.  Begitu juga pemandu teksi tidak perlu tawar menawar,  naik sahaja meter akan disetkan dan pembayaran mengikut meter yang ditetapkan. Tambang teksi amat murah bergantung kepada jenis teksi yang dinaiki. Lebih kecil teksi lebih murah tambang yang dikenakan.

Selamat datang dan kenalilah Vietnam dari kaca mata sendiri dari mendengar dan memperkatakan sesuatu.  SALAM

MOST RECOMENDED DESTINATIONS HALONG BAY & SAPA







PAGE UNDER CONTRUCTION
29 JAN 2012