Sunday, 27 May 2012

CZECH REPUBLIC PRAGUE

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum,

Diawal      pagi       ZBA      meneruskan perjalanan meninggalkan Berlin menuju Dresden sebuah lagi bandar bersejarah di   Germany.    Dikiri    kanan      jalan dipenuhi dengan tanaman  pokok  pine yang     cantik       berbaris     tersusun.  Keseluruhannya      pemanduan    agak selesa       kerana      kawasan    tanah  pamah    dan  tiada pendakian.  Cuaca agak   panas   tetapi   suhu   kesejukan berada  pada   paras 10C.  Disana sini pemandangan  biasa     dengan    kincir   angin      berputar    memusing       dan  berada  dimana-mana dilaluan angin.

Selepas singgah untuk makan tengah hari selama 3 jam disamping melihat kecantikan bandar Dresden, kami memasuki Negara yang asing bagi dunia  luar  ketika mana mereka dibawah pengaruh komunis sebelumnya.


Semakin memasuki Czech Republik keadaan muka buminya agak berbedza dengan Germany. Kami mula melintasi kawasan berbukit dan gunang ganang dan memasuki keluar terowong yang agak panjang. Satu hal yang menarik, pemandangan makin cantik dan kebersihan negara ini memang ketara.  Tambahan lagi ketika ini pepohon mulai berbunga dengan latar belakang tanah tinggi yang beralun-alun sayup mata memandang. Bandaraya Prague dibayangan dan kehebatan Bangsa Czech menjadi persoalan sebelum mengenalinya secara dekat.


Czech Republic sebuah negara merdeka dan diistiharkan sebagai Republic pada tahun 1993 selepas revolusi 1989 yang membahagikan negara ini kepada dua dengan nama Czech Republic dan Slovakia.  Czech Republic  beribu negarakan Prague dengan kepadatan penduduk seramai 10.5j, menggunakan bahasa Slavak sebagai bahasa rasmi.  Walau bagaimana pun bahasa-bahasa lain   seperti Germany, Austria juga dipertuturkan  dengan meluas disana.

Czech Republic termasuk didalam enam diantara negara-negara Eropah yang paling ramai dikunjungi oleh pelancung-pelancung asing.  Mereka digelar sebagai 'Hundred spires' atau 'Rome of the North' dengan bandaraya Prague menyambut jutaan pelancung setiap tahun.


Dari pengamatan ZBA, rata-rata pelancung yang melawat Czech Republic ialah datangnya daripada luar Eropah.  Paling ketera ialah dari China dan India.

Tarikan pelancung bagi Czech Republic khususnya bagi penganut agama kristian ialah Gereja gereja tertua dan castles yang menonjolkan senibina antik bagi masa kini,  terpelihara sebagai sumber tarikan pelancung yang utama. Czech Republic juga adalah pengeluar utama beer dengan harganya yang murah sehinggakan digelar sebagai "No. 1 beer drinking nation in the world, consuming more beer per capita than anywhere else (160 litres or 43 gallons). They have been drinking beer since at least 900 AD.


Experience the Chimes of the Astronomical Clock in the City Square of Prague (Pic. below)

Sungguh pun tarikan utama pelancung ke Prague ialah seni bina pada bangunan Gereja dan gereja itu sendiri namun mereka adalah dari kalangan yang tidak berugama.  Gereja gereja hanya hiasan dan tidak lebih hanya untuk dipertontonkan.  Pintu pintu gereja ditutup rapat malah di sil kecuali dibuka untuk dipertontonkan kepada pelancung.  Sebenarnya 79 peratus daripada penduduk Czech Republic adalah tidak menganut apa-apa agama atau lebih dikenali dengan "Free Thinker".

Dilihat pada anak-anak muda mereka, seusia belasan tahun sudah pun berpacaran dan meminum minuman keras tanpa batasan sama ada dihotel atau tempat-tempat terbuka yang lain.  Sebuah kehidupan yang amat bebas dan tidak berakhlak.  Walau pun begitu mereka dilihat hidup dalam suasana aman dan damai dan tidak bermasaalah.  Segala-galanya mungkin berpunca dari sejarah silam dengan asal usul komunisme dan sekarang kapitalisme.


Walau pun Czech Republic adalah salah sebuah daripada Negara Eropah, namun disegi matawang,   mereka lebih beridentitikan wang mereka sendiri.  Bagi pelancung harus diingat bahawa adalah menjadi satu kemestian untuk menukarkan matawang asing kedalam Karona untuk urusan jula beli di Czech Republic.  Kadar semasa ialah 1 Euro bersaman dengan 25 Karona atau RM 1 bersamaan dengan 6.25 Karona.  Mereka tidak mengenakan GST sebagaimana negara Eropah yang lain.  Barangannya pula adalah lebih murah dibandingkan dengan negara yang menggunakan matawang Euro.


Dinegara maju lain khususnya negara negara timur, bangunan pencakar langit adalah kebanggaan terkini.  Ini berlainan sekali dengan negara Eropah.  Bangunan antik adalah kebanggaan mereka.  Peninggalan sejarah adalah salah satu khazanah yang amat berguna dan perlu dijaga dengan sempurna.  Contoh di Czech Republic jarang kelihatan bangunan yang mencecah 10 tingkat dan keatas.  Kediaman mereka adalah dari rumah sesebuah dua tingkat yang dihiasi dengan laman yang bersih, kemas dan cantik.



Rumah-rumah kayu pejal menjadi idaman kerana mungkin faktor cuaca yang sejuk dan berketrampilan.  Bagi penghuni bandar yang mendiami rumah bertingkat (flat), keseluruhannya kurang daripada 5 tingkat bagi kediaman 10 atau kurang bagi keluarga yang mendudukinya.  Oleh yang demikian kehormonian berjiran, kasih sayang, bertimbang rasa dan saling menghormati menjadi amalan mereka.  NegaraKu patut membuat sesuatu bagi tujuan tersebut.











Gambar gambar diatas diambil dikala senja di bandar Prague.  Waktu sekarang ialah jam 9.00 malam dan diwaktu beginilah ramai sekali pelancung dan masyarakat tempatan akan keluar bersiar-siar disamping untuk makan malam dan beriadah. Email : zainaltobiak@yahoo.com.my.

Kunjungi Blog ZBA selanjutnya ke Slovakia dan melihat keindahan Bandaraya Bratislova.  SALAM






Tuesday, 15 May 2012

GERMANY WORLD OF TECHNOLOGY

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum,

Dikedinginan pagi dengan cuaca 06C, kami meninggalkan Amsterdam Belanda menuju Germany.  Terkenang ladang yang melebar, terusan yang tersusun, rumah-rumah kayu  yang kemas dan cantik dan wajah-wajah penghuni Amsterdan Red Light District yang mengiurkan.  Diantara mengantuk dan kedinginan pagi,  nampaknya kami hampir menghampiri sempadan Germany dan Holland.  Dua buah negara yang berlainan bangsa dan bahasa pertuturan.

Sebelum pergi jauh,  elok kita belajar sedikit bertutur Germany agar ada sedikit kesopanan dan kesusilaan apabila berada ditanah yang asing bagi kita. Hello - "Gundan tuck" Terima kasih - "Danker".  Tujuannya bukan apa kerana telah banyak didengari bahawa orang Germany amat jijik untuk berbahasa Inggeris kerana dasar kebenciannya.  Begitu juga orang Inggeris yang selalu mengungkitkan fasal perang dunia dengan Germany.  Walau bagaimana pun bagi pelancung tiada bahasa lain selain daripada mengajukan bahasa Inggeris dimana-mana.  Dimaklumkan bahawa sepanjang ZBA di Germany tiada masalah timbul berhubung bahasa pertuturan.  Alhamdulillah.

First toilet stop kami berhenti disebuah pekan kecil bernama Osnabruck setelah mengambil masa dua jam perjalanan dan membeli sedikit makanan mengalas perut sebelum sampai ke Berlin.  Jangan terkejud semua tandas di Germany adalah berbayar.  Oleh yang demikian kepada sesiapa yang berkenaan, sila sediakan wang syling yang mencukupi.  Bayaran yang dikenakan ialah Eur 0.75 (RM 3.00) bagi sekali masuk.  Kencing tak kencing itu soal lain.  Bayar wajib.

Sebut sahaja fasal Germany semua orang teringatkan Hitler pemimpin mereka ketika era perang dunia.  Tapi kini segalanya berubah.  Germany muncul sebagai sebuah negara yang dikagumi dunia dengan kemajuan teknologinya.  Kekentalan politiknya dan bagi anak-anak muda kehebatan  pasukan  bola sepak mereka.  Negara yang disegani dan digeruni  dalam serba serbi bidang.  Sebuah negara diantara yang terbaik di Eropah dan dunia amnya.

Tiada tanda memisahkan diantara Germany dan Holland.  Tidak perlu melalui pemeriksaan kastam atau imigrasi.  Tanah pamah terbentang luas.  Rumput menghijau dan kawasan yang belum ditanam, tanahnya dibajak dan digemburkan.  Kelihatan sayup mata memandang apatah lagi dengan kebersihan sungai, lembah dan lurah. Rumah sesebuah dipagari pokok-pokok pine yang tersusun indah dan jarang kelihatan  blok-blok apartmen.  Diselang-seli dengan padang ragut ternakan bebiri dan lembu tenusu.  
Kuda-kuda peliharaan meragut rumput dengan tenang walaupun masih diselimut dengan canves pada bahagian badannya. Penjanaan kuasa eletrik dimana-mana dengan menggunakan kincir angin yang senantiasa berpusing dan menjana eletrik secara murahan dari sumber alam.  Manakala kawasan industri High Tech Eletronik dan Engineering terdapat dimana-mana.  Tersusun atur, bersih dan bersistematik.  Inilah gambaran yang dapat ZBA berhubung Germany.
Cuaca mendung dengan suhu berada sekitar 05C.  Lebuhraya 3 lorong melancarkan pergerakan tanpa sebarang halangan.  Kenderaan bersimpang siur.  Audi, BMW, Mercerdes, Porshe, Volksigen, Skoda, Volvo dan kurang juga Toyota dan Kia daripada Korea Selatan.  Tiada speed limit dilebuhraya di Germany kecuali disesetengah tempat.  130kmj adalah pemandangan biasa bagi mereka dan 100kmj untuk laluan perlahan.  

Pergerakan kereta berdesup apabila memotong dan menghilang dalam saujana mata memandang dalam sekelip mata.  Difahamkan sungguh pun begitu Germany adalah negara paling selamat untuk pemanduan di Eropah.  Sepanjang di Germany kami tidak nampak satu pun kemalangan berlaku.  Motosikal  yang ada dan ditunggangi adalah dari jenis yang bersekala besar sahaja.  Mereka amat berhemah ketika memandu dan akan berhenti cuma di R & R yang disediakan sahaja kecuali kecemasan.  Semua persimpangan masuk ke R & R akan dipasang camera dikiri dan dikanan jalan.  Tiada ada anggota polis lebuhraya kelihatan disepanjang perjalan kami di Germany.  Apatah lagi 'Road block haram" atau tembak buntut  yang diamalkan oleh satu negara sahaja didunia.                                                                 


Tempat dimana dikatakan Hitler dikatakan membunuh diri 


Perkongsian Pengalaman.  Sebenarnya kesesakan trafik adalah bukan pada faktor jalanraya itu sendiri tetapi sikap pemandu yang tidak bersopan dan bertimbang rasa dan ditambah dengan ego dan kesombongan.  Bagi negara maju sebagaimana Germany, mereka mungkin diasuh untuk tidak menyusahkan orang lain.

Mempunyai daya ketahanan kesopanan dan kesusilaan yang tinggi dan sikap yang merendah diri.  Di Germany tiada seorang pun kita dapati mereka akan memotong disebelah kiri walaupun dalam apa keadaan.  Apa yang mereka lakukan bagi melancarkan perjalanan ialah, sebaik sahaja  memotong kenderaan mereka akan terus secara otomatik  masuk kekiri memberi laluan kepada kenderaan laju yang masih berada  dibelakang untuk terus meluncur kehadapan. Begitulah seterusnya amalan yang ditunjukan oleh semua pemandu di Germany sehingga berahir di destinasi.  Tiada kedengaran langsung kenderaan membunyikan  hon sebagai peringatan atau amaran  kepada pemandu lain. Amalan ini juga tidak terkecuali kepada pemandu  motosikal.


Syaitan sedang bercengkrama


Bolehkah perkara seumpamanya dipraktikan di NegaraKu.  Bersediakah marshal-marshal motosikal besar yang tidak membayar tol meninggalkan laluan laju selepas memotong kenderaan lain.  Masihkah ingin kita terhegeh-hegeh dilaluan laju sedangkan kita dibawah kelajuan maksima.  Sanggupkah kita mengawal ego menjadikan kita pemandu berhemah.  Berdosa atau tidak sekiranya kita terlibat dengan kemalangan maut yang disebabkan oleh kelalaian diri sendiri. Fikir-fikirkan dan kembalilah kepada ajaran Rasullullah S.A.W.

Sedar-sedar sekarang di Kota Berlin.  Pastinya sejarah perang dunia perlu dilihat.  Keruntuhan Berlin Wall perlu dikaji.  Dikelapangan masa sebegini digunakan dengan sepenuhnya.  Dengan tiket Metro berharga Eur 2.30, kita dapat bergerak seharian di Kota Berlin.  Murah dan cepat serta senang dan selesa.  Sesedar ZBA telah melangkawi batasan Merto sehingga kekawasan pinggir  (Out skirt) daripada Kota Berlin.  Paling tidak dapat juga melihat kawasan pendalaman yang jauh dari kota.  Tetapi dimana-mana pun sama.  Kehidupan mereka tenang dan aman, tersusun kemas dengan  persekitaran yang bersih dimana-mana.



ZBA bergambar dihadapan ratusan susunan batu-batu konkrik yang dibina sebagai tugu peringatan memperingati 300,000 orang Yahudi yang sengaja mati dibunuh oleh Pihak Pemerintah Germany semasa Perang Dunia.

  



Sedikit tentang Tembok Berlin.  Membahagikan kawasan barat dan timur Berlin dan sebuah sungai mengalir diantara kedua-duanya. Membezakan diantara kapitalis dan Komunisme.  Dewasa ini cuma sedikit cebisan ditinggalkan untuk tontonan dan mungkin gurauan bahawasanya kekuatan bukan terletak pada tembok sebalik kepada akal dan tangan-tangan manusia itu sendiri.  Tingginya sekitar 3 meter dengan kelebaran 1/3 meter (12' x 1').

Kesimpulannya, sesungguhnya manusia itu diciptakan berpuak-puak untuk mengenali diantara satu sama lain.  Bukan dipuak-puakan dengan idealoji yang berbedza untuk menunjukan kemegahan sesuatu bangsa.

Setelah enjoy 3H/2M di Kota Berlin yang penuh dengan kesan sejarah perang dan sejarah pemimpin-pemimpin mereka yang berkelibar, ZBA meneruskan perjalanan menuju Dresden iaitu sebuah bandar yang dekat dengan sempadan Czech Republic.  Keadaan muka bumi Germany sehingga kesini tidak banyak berubah jika dibandingkan dengan sempadan bermulanya dari Holland.









  Semua gambar-gambar ini diambil di Dresden.
       Email :      zainaltobiak@yahoo.com.my 


  

Dresden ialah sebuah destinasi pelancungan Germany yang terkenal dengan bangunan-bangunan lama yang menarik.  Kami singgah disini selama  tiga  jam  sebelum  meneruskan  perjalanan  ke  Czech Republic.




 Assalamualaikum dan Sejahteralah keatas kamu.


OFF WE GO