Thursday, 7 June 2012

ITALY FLORENCE & PISA

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum,



Masih lagi di Italy dan masuk hari ketujuh daripada enam malam (7H/6M).  Lebuhraya tiga lorong sebelah memantapkan lagi perjalanan sungguhpun 


berliku dikawasan tanah tinggi tetapi terowong mengelakan pendakian dan penurunan disamping memendekan perjalanan. Kenderaan bertali arus dengan ratusan treller panjang membawa muatan keseluruh Eropah. Sayup-sayup   diatas bukit, kawasan  penempatan yang indah lagi nyaman dengan pemandangan sayup mata memandang.  

Sekali sekala tersergam banglo indah ditengah ladang yang menghijau. Petani morden tersenyum girang tanda kepuasan. Kekadang pula keretapi laju membelah angin meluncur pantas dilandasan dan menghilang dikehijauan padang rumput dengan sekelip mata. Terkenang, alangkah selesanya jika segala-galanya aku nikmati diNegaraKu sendiri.  Hati kecil aku berkata, Ya Allah, Engkau limpahkan segala galanya dibumi bertuah itu tetapi dimana dan kepada siapa digunakan.

                                               Didalam lamunan diantara hakikat dan kepalsuan, Alhamdulillah ZBA berhenti untuk toilet stop disebuah R&R yang dimonopoli oleh sebuah syarikat yang bernama "Autogrill" disepanjang Lebuhraya dari Rome ke Florence.
Menyambung perjalanan akhirnya selepas dua jam tiga puluh minit kami sampai di Florence.  Dikenali dahulunya sebagai ibu kota Italy pada kurun 14 century  sebagai Firenze.  Mengalir ditengah-tengah sebuah sungai yang bersih dan jernih airnya.  Check-in dihotel dan  kami mula mengorak langkah mengenali kota purba zaman silam Florence.




















Ini bukan untuk menggambarkan kelucahan tetapi sebuah seni. ZBA sendiri kurang jelas apakah motif ukiran sebegini dipamirkan disebuah gereja bagi penganut agama Kristian.  Malah patong-patong yang diukirkan disemua gereja-gereja sejak zaman berzaman.

Sedikit tentang Florenze. Bandar ini juga kaya dengan sejarah peradapan tamadun  manusia di Italy.  Selain daripada itu kebelakangan ini Florence telah berubah daripada status lama kepada pusat dagangan kulit yang terkenal diseluruh dunia.  Dikatakan perusahaan barangan kulit bagi Italy adalah berpusat di Florence.  Bagi wanita yang menggemari barangan kulit khususnya tas tangan, talipinggang dan barangan kulit yang lain, barang pasti akan terpesona dan terpengaruh dengan berbagai fesyen terkini.  Disegi harga, insyaallah lebih murah jika dibandingkan dengan dibandar-bandar lain di Italy.  Dikesempatan masa ZBA juga terpengaruh dengan barangan kulit yang dihasilkan disini dan sempat juga menjenguk dan membelinya sebagai kenangan.










Diawal pagi keesokannya ZBA bertolak ke sebuah bandar terahir dalam siri pengembaraan di Italy menuju Pisa.  Bandar yang terkenal dengan Menara Condong seakan-akan Menara Condong di Teluk Intan.








This Tuscan city is situated  on the right bank of the mouth of the Arno River and also the Ligurian Sea.  Silting from the river is the reason for the leaning tower being so slanted, but this city can also lay claim to one of the oldest formal universities in Italy and one of the finest graduate collages in Tuscany. 
The Campo Di Miracoli, translated as the field of miracles, and is where you will fine the leaning tower along with the Duomo Cathedral and Baptistery of Pisa.

Terletak dikawasan lebih kurang dua hektar dengan sebuah Menara Condong, gereja dan kawasan hijau.  Pisa dikunjungai ribuan pelancung setiap hari.  Tiada bayaran dkenakan manakala dipersekitaranya banyak dijual barangan cenderahati, restoran dan perumahan penduduk setempat.

Selama tiga jam ZBA berada dan melawat bandar Pisa.  Hari ini kami harus meneruskan perjalanan    dan


merupakan hari terahir berada di Italy.  Kami tinggalkan Pisa menuju Nice atau juga dikenali sebagai French Riviera.  Dalam perjalanan ZBA melihat bagaimana batu yang diambil dari pergunungan, dipotong dan dijadikan marble. Italy adalah merupakan pengeksport marble yang terkenal diseluruh dunia.




Bye, bye Italy.  Lebih seminggu ZBA berada di Italy dan hari ini hari terahir.  Kita jumpa lagi di France.

zainaltobiak@yahoo.com.my

















Tuesday, 5 June 2012

ITALY ROME HISTORICAL CITY

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum,

ITALY sebuah negara yang terkenal bersejarah.  Merupakan sebuah negara penjajah khususnya di Negara-negara Afrika Utara.  Ibu negaranya Rome,  sebuah kota yang peninggalan sejarahnya boleh dilihat sehingga kini. Tiada negara didunia yang sehebat Rome mempunyai kehebatan sejarah silam mereka.  Mempunyai gereja terbesar didunia dikenali sebagai St Peters Basilica dimana domnya hasil ciptaan Michelangelo dan senitamannya oleh Bernini.

Selain digelar 'home of church", Italy juga terkenal dengan keganasan mafia, makanan, feshion, dan barangan eksport berjenama.  Satu ketika dulu pemilik Alfa Romea, Fiat Miaferi, Vespa dikatakan pemilik-pemilik yang berkelas atasan.  Tapi hari ini di Italy, jarang-jarang kelihatan Alfa Romeo, tiada lagi Fiat dan cuma sebilangan kecil memiliki Vespa, itupun dari jenis visi terbaru.  Mereka lebih senang menggunakan teknologi Germany yang canggih dalam permotoran.




Pizza menjadi kegilaan makanan muda-mudi berkelas diNegaraKu.  Tetapi di Italy sendiri tidak semasyur yang disangkakan.  Begitu juga dengan sepegetti. Feshion dengan jenama terkenal sememangnya bertaraf dunia.  


Mereka juga mempunyai ramai artists terkenal zaman silam seperti Michelangelo, Botticelli, Raphael, Leonardo De Vince. Tempat menarik yang harus dikunjungi ialah seperti Colosseum, St Peters Basillica, Baths of Caracalla, Viale Della Terme dan lain-lain.  



Perkongsian Pengalaman.

Sebagaimana yang dinyatakan Rome adalah Kota purba.  Oleh yang demikian kita banyak dihidangkan   dengan  pemandangan

bangunan lama lagi bersejarah.  Jarang kelihatan bangunan-bangunan morden sebagaimana negara-negara Eropah yang lain.  Dalam lain perkataan "Antik dan Nostaljia dan bersejarah".  Kebanggaan       sejarah          Italy.

Sistem transportasi modern dan efisyien.  Murah dan mudah untuk kemana-mana.  Motosikal hanya yang berkuasa tinggi dan tiada penggunaan kapchai di dalam bandar.  Walau bagaimanapun sistem letak kereta mereka  dilihat tiada penguatkuasaan.  Tingkah laku ini sama sebagaimana diamalkan diNegaraKu.  Jalanraya menjadi sempit dan pergerakan kenderaan awam agak perlahan.  Sungguh pun demikian kesesakan  tidak memerlukan kawalan polis.


Sistem tandas di bandaraya Rome canggih (Unisex).  Tiada terdapat dimana-mana bandar besar di Eropah.  Masukan syling 1 Euro, gate akan terbuka dan anda dipersilakan masuk.  Secara otomatik kemudian pintu tertutup.






                                                 
                                                      Mohon     diingata     hanya      anda                                                                                            
berseorangan didalam tandas.  Semua instruction dalam bahasa Italia.  Anda sekarang berada didalam kubu yang berukuran 6'x6' bersama mangkok tandas. Aduh, ZBA juga panik buat pertama kali. 


Nasib baik jari jemari tersentuh butang "membuka".  Alhamdulillah.  Cukup hanya sekali.  Taubat tak akan masuk lagi. Maklumlah kalau terkurung nampaknya minum air  tandas sekiranya tiada yang membukanya kemudian.

Berhubung bahasa komunikasi.  Bahasa Itali amat unik jika dibandingkan dengan negara-negara Eropah lain.  Mereka menggunakan  bahasa  ceduk  daripada  Bahasa  Inggeris  dan  di Italykan. Pembaca  boleh
melihat sendiri bahawasanya terdapat  sahaja  tambahan  dari  Bahasa  Inggeris  disetiap  perkataan  Italy.

DinegaraKu   juga   terdapat    habit
yang mengundang kekotoran. Lukisan abstrak didinding-dinding bangunan terbuka.  Paling canggih di Italy.  Lihat sahaja gambar keretapi yang dipaparkan disebelah. Kreatif 


yang    tidak     bertempat.  Ini    bukan
sahaja terdapat di Italy malah keseluruhan negara Eropah.  Paling ketara Gemany, Italy, Peranchis dan United Kingdom.  Peliknya hasil daripada lukisan ini sama sahaja walau pun dimana termasuk didinding  tembok        Sungai         Kelang         diNegaraKu.

Peringatan.  ZBA sendiri mengalami peristiwa           ini.          Sebagaimana
diterangkan  diatas dan dari  masmedia


umumnya, Italy adalah sarang bagi bapak segala Mafia.  Adiknya ada di Kota Rome. Penyeluk saku. Dalam suasana beringat, beg camera ZBA dibuka tanpa disedari.  Pantas dan cepat sekali.  Walhal zip yang dibuka adalah ketat dan agak sukar untuk dibuka dalam keadaan biasa sekali pun. Alhamdulillah tiada barangan hilang.  Malah telah menjadi amalan dan kebiasaan ZBA tidak akan menyimpan barangan berharga didalam beg.

Satu lagi tempat bersejarah yang menjadi tarikan Utama di Italy ialah Pompeii. Pembaca boleh melawatinya sekiranya mempunyai masa sehari suntuk sebagai tambahan.  Letaknya ke timur Rome dan perjalanan mengambil masa dua jam dengan kenderaan.

Setelah 4H/3M  ZBA berada di Rome, diawal pagi berikutnya ZBA meninggalkan Rome menuju Florence.  SALAM.

Assalamualaikum

                            ALL THE FUN OF THE FAIR

Monday, 4 June 2012

ITALY FLORENCE

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum,



Suhu berada dalam lingkungan 16C.  Kenderaan meluncur dengan lancar menuju sebuah lagi destinasi bernama Florence.  Bagi penggemar barangan berjenama sebenarnya Florence bukan nama asing bagi mereka.  Sebut sahaja jenama Gucci, berkait                               

rapat dengan tempatnya.  Florence.

Florence the home of renaissance art and the home of wealth in by gone Tuscany, clever banking family, the MeDici's set up an institution for the guilds of Florence which enabled professional to joint a guild and pave the future, renaissance artists would enjoy tutelage under Collosimo De Medici and go on to commission many artworks for famous popes and religious leaders.  The city itself is not too big, easily negotiable by foot and can be a hotbed for pickpockets.

Pemandangan biasa, padang rumput, ladang dan tanah rata dengan diselangi perumahan dan perusahaan adalah  pandangan biasa bagi laluan ini. Tetapi apabila menghampiri Frorence, keadaan muka bumi agak berubah.  Kami mulai memasuki kawasan tanah tinggi tetapi lebuhraya adalah mendatar kerana pembinaan terowong menjadikan kenderaan bergerak dengan lancar diatas jalanraya.  Satu idea  dalam tatacara terbaik dalam pengkajian berhubung pembinaan lebohraya yang berkualiti. Ini ditambah lagi dengan sikap dan tatacara pemanduan yang sistematik menyebabkan tiada sekatan, halangan diatas jalan raya.

                                       


Rakaman ini dilakukan semasa dalam perjalanan ke Florence daripada Venice.  Canon 450D dengan Lens 18-55mm.  Speed "Sport".  Hubungi Email : zainaltobiak@yahoo.com.my



  ALL ABOUT FLORENCE