Friday, 6 April 2012

INTER ISLANDS FERRY AND CRUISE

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum,

Merentas Dunia, menyeberangi Benua, melangkaui sempadan Negara, berpindah Daerah dan sebagainya memerlukan kenderaan. Jika dahulu binatang ternakan dijadikan kenderaan kini zaman berubah, kenderaan canggih direka khas demi untuk kesenangan sejagat.  Sejauh pun pun kepintaran dan kepandaian manusia dari Allah juga dicedok dan ditiru atas nama teknoloji canggih.  Dari burung dan ikan dicipta kapal terbang dan kapal laut manakala contoh unta dicipta kenderaan darat.   Maha Suci Allah yang Maha Mengetahui diatas segala ciptaanNya.


Interislander Ferry between Wellington to Picton South Island New Zealand

Paparan kali ini mengenali kenderaan yang digunakan oleh ZBA semasa membuat pengembaran merentasi Benua.  Semuanya akan digambarkan secara ringkas untuk tatapan dan panduan kepada yang  memerlukan.


Gambaran penuh sila layari "tobiak travel" blogspot.



Yang Tze River Cruise ferry merupakan satu    perkhidmatan    yang   unik   dan sepatutnya  menjad  pilihan  sekali  bagi seumur     hidup.     ZBA         melakukan pelayaran    4H/3M   dengan    President Cruise   (Gambar  dibawah)    daripada Chongqing menuju Yichang dan singgah melawati     tempat-tempat    bersejarah yang      menarik    disepanjang    laluan.  Cruise    enam      dek      ini    melayani pengembara    bertaraf   empat   bintang dengan kabin berkembar serba lengkap.  Ada juga  cruise    ini    yang   melewati sehingga ke Shanghai.  

                                  President River Cruise at Chongqing River Port Chongqing



River Cruise at Yang Tze River




                                                                                                                   Super Ferry Filipines

Super Ferry ialah perkhidmatan Ferry terbesar di Filipines.  Menghubungkan Kepulauan Cebu di Kepulauan Visayas dengan Pulau Luzon di utara dan Mindanao di selatan.  Ferry 7 tingkat ini dapat menampung ratusan penumpang dengan berbagai kelas pelayaran.  Untuk keselesan, pembaca dinasihatkan mengambil sekurang-kurangnya Kelas 2 Atas atau Kelas Pertama.  Tiket dan info pelayaran boleh dengan senang boleh didapati  melalui laman web.





Guangzhou Pearl River Cruise

Melawat Guangzhou adalah tidak lengkap sekiranya tidak menaiki cruise melayari  di Pearl River dengan menaiki perkhidmatan cruise-cruise yang tersedia. Pembaca akan dibawa selama lebih kurang satu jam hilir mudek Pearl River untuk menikmati minum petang atau makan malam.  Pemandangan cantik Guangzhou diwaktu malam adalah seindah nama "Pearl River" itu sendiri. 

Tempahan pelayaran dan kos yang dikenakan adalah bergantung kepada kemahuan pelanggan.  Sekadar untuk menikmati pelayaran tidaklah mahal jika dibandingkan dengan Dinner Cruise kerana tempohmasa yang diambil melebihi dua jam bagi satu-satu pelayaran.



Membelah  Tasik Tonle Sap di Cambodia sehingga ke muara dan memasuki Sungai Mekong ketika menghampiri Bandar Phnom Penh.




Pengembaraan di Sungai Choa Phraya Bangkok









                                                              Back Water Lane Bangkok

Satu pengangkutan yang unik.  Satu-satunya yang terdapat di Negara Asean.  Bermula berhampiran MRT Phya Thai dan berdekatan dengan pusat membeli belah yang sibuk ditengah Metropolitan Bangkok.  Jaraknya sekitar 20 km dengan beberapa buah bot panjang berulang alik membawa penumpang.  Lebih mudah jika dikenali dengan nama Motor Boat kerana bunyinya yang amat bising.  Laluannya adalah menerusi terusan kecil yang dihimpit banguan komersial dan rumah-rumah dikiri kanan terusan.  Airnya hitam pekat, almaklum segala khazanah dari buangan dibuang didalamnya.  Walau bagaimanapun pembaca tidak perlu kyuatir kerana tetingkap motor boat ini dibuat daripada plastik yang boleh diturun dan dinaikkan sekiranya terdapat percikan air.

Jika di daerah Kerala India terkenal dengan laluan Boat "Back Water Lane" tetapi airnya jernih dan bersih kerana tidak melepasi kawasan perumahan yang mengadapkan dapur-dapur mereka kedalam terusan.  Ini berlainan sekali dengan "Back Water Lane" Bangkok.  Maaf, bau airnya busuk dan jika pembaca bukan seorang advanture, artikal ini sudah cukup untuk direnungi.  Walau apa pun pada pandangan ZBA, Pihak berkuasa Tempatan Bangkok  telah membuat sesuatu yang baru bagi kemudahan penduduknya walaupun agak jijik melalui back lane jika difikirkan.  Dalam pada itu bersama ZBA terdapat beberapa pelancung barat mencuba  perkhidmatan  ini.   Syabas  kepada City  Hall Bangkok  dengan  idea  kreatif  ini.



Bagi kaki pancing udang galah disini lubuknya.  Penggemar ikan sungai juga disini tempat. Sungai Irrawaddy mengalir melalui Kota Yangon.  Udang Galah sekilogram cuma RM 12.00. Dan kesemua ikan air tawar dijual dengan harga yang amat murah.  Disatu petang ZBA bersiar-siar disini dan inilah pemandangan biasa perkhidmatan ferry dan boat penumpang disalah sebuah jetty di Yangon.





Lake Rotoruo Tourist Ferry Service New Zealand



Rhine River Cruise Germany




Salam sehingga bertemu lagi dengan paparan menarik bagi negara yang dilawati kelak.  SALAM


zainaltobiaktravel.blogspot.com/  - GLOBE TREKKER

Thursday, 5 April 2012

WORLD LONGEST TRAIN JOURNEYS

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum,

Dalam usia nakal 15 tahun ZBA telah melakukan "Hicheck" mengelilingi Semenanjung Malaysia dengan menumpang apa sahaja kenderaan yang lalul lalang dijalan raya diketika itu.  Walaupun sesetengah daripada kawasan disemenanjung masih dikenali dengan nama "Kawasan Hitam", tetapi dalam masa dua minggu seluruh Semenanjung telah dijelajahi.  Alhamdulillah dengan berbekal RM 15.00 impian menjadi kenyataan bagi anak seorang pesawah di Utara Semenanjung.

        Bandung Station Indonesia

       Great Wall Station Beijing

Dari Alor Star ke Kuala Lumpur, Johor Baharu, Kuantan dan akhirnya Kota Baharu dan seterusnya ke Pekan Golok di Selatan Thailand.  Dari pekan Golok inilah ZBA mengenali Perkhidmatan Keretapi (Rod Fai dalam bahasa Thailand).  Bermula dengan tiket kelas 3, keretapi berkusyen kayu pejal Royal Thai Railways. ZBA memulakan perjalanan julung kalinya dalam sejarah hidup menuju ke Hadyai.

Diringkaskan cerita dari Hadyai menuju ke Padang Besar dan seterusnya menamatkan perjalanan di Alor Star.  Bayangkan bagaimana gembiranya seorang budak kampung menaiki keretapi merentas bumi Thailand yang pada ketika itu dalam kancah pertelingkahan yang berterusan.

     Express Bangkok-Butterworth

Syukur kepada Allah yang telah menyelamatkan seorang pengembara muda yang bakal mengelilingi alam maya ini  dan dijangka complit circle dalam masa dua tahun akan datang (2015).  Dengan itu bermulalah sejarah kehidupan seorang  Pengembara Keretapi yang pembaca boleh kenali melalui http://www.zainaltobiaktravel.blogspot.com/.                    
                                                                                                                  Trans Mongolian Train
     
Bermula daripada Kutub Selatan.  Keretapi Australia. Keretapi Indonesia (Jakarta, Bandung, Semarang, Solo, Yokjakatra dan Jakarta dan Bayuwangi ke Surabaya).  Singapura (Woodland ke Tanjung Pagar). 1Malaysia (Johore Baharu ke Padang Besar.  Thailand (Sungai Kolok ke Chiang Mai).  Vietnam (HCMC ke Hanoi ke Lang Son) China (Lang Son Ke Hong Kong.  Hong Kong ke Chengdu, Chongqing, Xian, Beijing dan ke Erlian.  Mongolia (Zam Uud ke Ulan Bator dan Irkutsk).

Harbin Train Station China

Russia (Irkutsk ke Moscow dan balik ke Chita). China (Manzhouli ke Harbain dan Beijing).  Korea Selatan (Seluruh Korea).  Taiwai (Seluruh Taiwan).  Jepun (Osaka, Kobe, Kyoto dan Nara). Sri Lanka (Colombo ke Kandy).  India (Trivendrum ke Amristar ke Kolkutta, Jaipur, Agra dan New Delhi). Myanmar (Yangon ke Mandalay) dan negara-negara kecil yang lain.

Dipendekkan cerita, ZBA telah melakukan pengembaraan dengan keretapi dari Singapura ke China, Mongolia dan destinasi terahir di Moscow sebelum balik semula ke timur Russia hingga  ke Manzhouli di China.                      Kamolskaya Train Station Moscow Russia

Dimaklumkan bahawa laluan Poipet di Thailand dan HCMC tidak tersedia kecuali laluan pendek yang tidak digunakan lagi di Battambang, Cambodia.

Diambil kira secara keseluruhan, ratusan ribu kilometer jalan keretapi telah ZBA jelajahi dan ribuan RM telah digunakan untuk tujuan melihat dan menceritakan dari mata turun ke pena (penulisan).  Apa pun semuanya tidak akan berahir disini sehinggalah berahirnya happy ending sebuah kehidupan.

Sukacita dimaklumkan bahawa sepanjang perjalanan, ada cerita duka nestapa, riang gembira, kenangan pahit manis, asam garam dan berbagai ragam manusia.  Diceritakan satu persatu untuk dihayati dan dijadikan pedoman jika di perlukan.

Perkongsian pengalaman.                                             Lodaya Pagi Jogjakarta-Bandung

Laluan keretapi paling cantik pemandangan  setakat ini.  Hue ke Danang (Vietnam) dan laluan Jakarta ke Bandung (Indonesia) dan Harbin ke Beijing (China)

Laluan paling lama dan panjang ditempuh.  Ulan Batur ke Moscow dan Moscow ke Chita (Russia) juga merupakan laluan dalam salji paling panjang ditempuh.  (India) daripada Armstar ke Kolkutta dan Trivendrum ke Mumbai.

Keretapi paling canggih dan laju.  Tianjin ke Beijing 353 kmj (China) diikuti dengan Korea Selatan, Taiwan dan Jepun.  Keretapi merangkak.  NegaraKu dan Sri Lanka.
Laluan terowong paling panjang (Korea Selatan) dan laluan terowong paling banyak dan hampir keseluruhan berada dalam terowong ialah (China), perjalanan daripada Yichang ke Wuhan.

Koc paling bersih sememangnya Korea Selatan, Taiwan, China.  Koc paling kotor India.  Keretapi paling buruk Myanmar dan Sri Lanka.  Keretapi paling bahaya Myanmar.  Keretapi paling mahal juga Myanmar.  Koc tempat tidur paling selesa China termasuk pelayan dengan layanan terbaik juga daripada China dan juga Thailand.
                         Mokpo Station South Korea

Tempahan tiket paling mudah dengan menggunakan e-ticket ialah  India, Jepun, Korea dan Taiwan.  Manusia paling ramai menggunakan perkhidmatan keretapi ialah China dan India.  Keretapi paling panjang dengan deretan Koc ialah India, China dan Russia.

Keluasan trek diantara sesebuah negara adalah berlainan mengikut spesifikasi negara-negara tertentu.  Walau bagaimanapun keseluruhan trek telah diganti dengan hamparan simen menggantikan kayu bagi semua negara.

                    Yangon Train Station Myanmar                  Kaohsiung Train Station Taiwan

Trek paling selamat ialah trek yang lebar dan banyak digunakan oleh negara-negara maju didunia.  Keseluruhan trek-trek baru ini boleh menampung kederasan melebihi minimum 350 kmj.  Satu negara sahaja di dunia yang menggunakan trek terkini tetapi keretapi berkelajuan dibawah 120 kmj.  Satu perkara yang dianggap sebagai pembaziran teknologi dan wang.  Tidak menggunakan kelebihan teknologi malah lebih kepada gah dan gaya tersediri tanpa mengambil kira faktor masa yang menjadi faktor utama kenapa dan mengapa perkhidmatan keretapi dipilih bagi melakukan sesuatu perjalanan dengan kos yang berkompetitif.  Negara itu kalau tidak silap dikenali sebagai  negara 1M.

Indian Railway, Amristar Express daripada Amristar menuju ke Colcutta semasa berhenti di Stesyen Varanasi, India.  ZBA berada di Koc tempat tidur Kelas Pertama (AC 2 Tier).


Beginilah keadaan sebenar Keretapi Sri Lanka.  Keadaannya dhaif tetapi kelajuan boleh mencecah 120kmj dilandasan lurus.  Manakala gambar bawah pula ialah Kos Kelas 1 untuk perjalanan siang tanpa berhawa dingin.  Bagi ZBA itu semua bukan ukuran, apa yang penting ialah keselamatan dan ketetapan waktu yang ditetapkan.  Tambang yang dikenakan adalah murah dan keselesaan sedikit lebih baik dari menggunkan perkhidmtan lain.


            Colombo-Kandy Train


New Zealand sebuah negara pelancungan yang merupakan salah satu punca pendapatan mereka.  Semua konsep mereka adalah berbentuk Eco Tourism termasuk perkhidmatan keretapi.  Harga tambang agak mahal tetapi merupakan satu pelaburan yang bermakna kepada pengembara.  Pengembara mempunyai view yang luas dengan layanan dan keselesaan yang disediakan.  Mereka mengadakan perkhidmatan setiap hari kecuali Krismas merentasi North & South Island.  Pembaca boleh menikmati keindahan bumi New Zealand dari dekat dengan perjalanan keretapi merentasi  Auckland, Wellington (Ferry crossing)  Picton dan Chrischurch.


Nice to Monaco Train


Germany intercity Train


France TGV Train Paris


Italy Fast Train Rome


UK Intercity Train


EuroTrain London

This page will be continue soon with Europe Train Journey April-May 2012.  Please stay with ZBA.  SALAM