Assalamualaikum,
Merentas Dunia, menyeberangi Benua, melangkaui sempadan Negara, berpindah Daerah dan sebagainya memerlukan kenderaan. Jika dahulu binatang ternakan dijadikan kenderaan kini zaman berubah, kenderaan canggih direka khas demi untuk kesenangan sejagat. Sejauh pun pun kepintaran dan kepandaian manusia dari Allah juga dicedok dan ditiru atas nama teknoloji canggih. Dari burung dan ikan dicipta kapal terbang dan kapal laut manakala contoh unta dicipta kenderaan darat. Maha Suci Allah yang Maha Mengetahui diatas segala ciptaanNya.
Interislander Ferry between Wellington to Picton South Island New Zealand
Paparan kali ini mengenali kenderaan yang digunakan oleh ZBA semasa membuat pengembaran merentasi Benua. Semuanya akan digambarkan secara ringkas untuk tatapan dan panduan kepada yang memerlukan.
Gambaran penuh sila layari "tobiak travel" blogspot.
Yang Tze River Cruise ferry merupakan satu perkhidmatan yang unik dan sepatutnya menjad pilihan sekali bagi seumur hidup. ZBA melakukan pelayaran 4H/3M dengan President Cruise (Gambar dibawah) daripada Chongqing menuju Yichang dan singgah melawati tempat-tempat bersejarah yang menarik disepanjang laluan. Cruise enam dek ini melayani pengembara bertaraf empat bintang dengan kabin berkembar serba lengkap. Ada juga cruise ini yang melewati sehingga ke Shanghai.
President River Cruise at Chongqing River Port Chongqing
River Cruise at Yang Tze River
Super Ferry Filipines
Super Ferry ialah perkhidmatan Ferry terbesar di Filipines. Menghubungkan Kepulauan Cebu di Kepulauan Visayas dengan Pulau Luzon di utara dan Mindanao di selatan. Ferry 7 tingkat ini dapat menampung ratusan penumpang dengan berbagai kelas pelayaran. Untuk keselesan, pembaca dinasihatkan mengambil sekurang-kurangnya Kelas 2 Atas atau Kelas Pertama. Tiket dan info pelayaran boleh dengan senang boleh didapati melalui laman web.
Guangzhou Pearl River Cruise
Melawat Guangzhou adalah tidak lengkap sekiranya tidak menaiki cruise melayari di Pearl River dengan menaiki perkhidmatan cruise-cruise yang tersedia. Pembaca akan dibawa selama lebih kurang satu jam hilir mudek Pearl River untuk menikmati minum petang atau makan malam. Pemandangan cantik Guangzhou diwaktu malam adalah seindah nama "Pearl River" itu sendiri.
Tempahan pelayaran dan kos yang dikenakan adalah bergantung kepada kemahuan pelanggan. Sekadar untuk menikmati pelayaran tidaklah mahal jika dibandingkan dengan Dinner Cruise kerana tempohmasa yang diambil melebihi dua jam bagi satu-satu pelayaran.
Back Water Lane Bangkok
Jika di daerah Kerala India terkenal dengan laluan Boat "Back Water Lane" tetapi airnya jernih dan bersih kerana tidak melepasi kawasan perumahan yang mengadapkan dapur-dapur mereka kedalam terusan. Ini berlainan sekali dengan "Back Water Lane" Bangkok. Maaf, bau airnya busuk dan jika pembaca bukan seorang advanture, artikal ini sudah cukup untuk direnungi. Walau apa pun pada pandangan ZBA, Pihak berkuasa Tempatan Bangkok telah membuat sesuatu yang baru bagi kemudahan penduduknya walaupun agak jijik melalui back lane jika difikirkan. Dalam pada itu bersama ZBA terdapat beberapa pelancung barat mencuba perkhidmatan ini. Syabas kepada City Hall Bangkok dengan idea kreatif ini.
Bagi kaki pancing udang galah disini lubuknya. Penggemar ikan sungai juga disini tempat. Sungai Irrawaddy mengalir melalui Kota Yangon. Udang Galah sekilogram cuma RM 12.00. Dan kesemua ikan air tawar dijual dengan harga yang amat murah. Disatu petang ZBA bersiar-siar disini dan inilah pemandangan biasa perkhidmatan ferry dan boat penumpang disalah sebuah jetty di Yangon.
Lake Rotoruo Tourist Ferry Service New Zealand
Salam sehingga bertemu lagi dengan paparan menarik bagi negara yang dilawati kelak. SALAM
zainaltobiaktravel.blogspot.com/ - GLOBE TREKKER
No comments:
Post a Comment