Assalamualaikum,
Setelah penat berjalan, tiba masanya untuk berehat sebentar disamping menjamu selera. Semestinya apabila mengembara, juadah tempatan adalah sesuatu ynag menjadi idaman.. ZBA akan paparkan mana-mana juadah yang pernah ZBA jamah dan paling utama semuanya adalah Halal bagi seorang yang bergelar Muslim. Insyaallah.
Ini adalah masakan Myanmar dari sebuah restoran di bandar Yangon. Nampak sedap, tetapi belum rasa belum tahu keenakannya. Maaf kerana ZBA telah lupa nama masakan ini. Harganya lebih kurang RM 2.50, murah. Sekarang kita kembali kepada rasa makanan ini. Dimasak panas-panas, Wah, enak sekali. Rasanya masin manis seakan-akan makanan diNegaraKu juga tetapi agak berminyak dan kelihatan basah. Pembaca boleh mencuba dengan cara resepinya berdasarkan gambar tertera.
Berikut dibawah pula ialah semacam cucur udang. Juga tiada nama specifik bagi kueh ini. Pastinya ia digoreng rangup dan diletakan beberapa ekor udang diatasnya dan digoreng. Rasa, entahlah.
Terpampang tulisan China dalam restoran ini. Nah, ZBA bersama teman makan makanan China ?, tadi kata semuanya halal. Ini adalah sebuah restoran di Bandaraya Chongqing di China. Sebuah Muslim Restorant yang menyajikan masakan kambing yang enak dan panas. Teringat ZBA bahawa masakan kambing di seluruh China sememangnya sedap terutamanya di Bandaraya Xian. Di Chongqing kambing dimasak ala-goringan sedangkan di Xian dipanggang kering dengan salutan rempah ratus yang wangi dan menyelerakan.
Masakan Kambing di Chongqing
Rasanya masakan ini adalah terbaik. Tidak ada diNegaraKu masakan sebegini. Panas, pedas dan asam-asam manis. Berpeluh didahi sehingga kedalam badan walau pun Chongqing ketika ini musim sejuk dengan cuaca pada malamnya sekitar 05C. Kami berempat dengan dua menu tambahan cuma membayar sekitar RM40.00 untuk makan malam.
Dibawah ini pula ialah me segera tradisional masakan Uighur di bandar Yichang, China.
Setelah sehari suntuk melihat kesan Tsunami di Kota Acheh, tiba masanya ZBA untuk menjamu selera. Ini juga cerita masakan kambing. Di Acheh, kambing pupular dengan masakan gulai kawah sebagaimana masakan lembu gulai kawah oleh orang-orang Kedah di Utara untuk majlis-majlis perkahwinan. Di makan bersama nasi panas dengan sepiring kicap beserta bawang merah, cili padi yang dipotong halus dan secebis asam limau nipis. Manakala minuman yang disyorkan ialah jus mentimun yang dikisar dan dimasukan dengan ketulan air batu.
Sepiring Mee Kepiting sesuai untuk hidangan petang. Lebeh enak jika ditambahkan dengan udang atau ketam goreng atau rebus.
Makanan ringan ini amat terkenal dikalangan orang-orang Cambodia. Gambar hiasan ini diambil diperhentian R & R menju ke Kampong Cham, Cambodia.
Masakan Jepun. Gambar hiasan ketika ZBA melawat Osaka, Kyoto, Nara dan Kobe di Jepun. Sebenarnya apabila pembaca mengembara di Bumi Jepun adalah lebih sesuai untuk membawa makanan segera atau memasak sendiri. Sungguh pun orang Jepun kurang memakan daging babi tetapi masakan mereka banyak beresepikan ikan mantah. Nasi ada dimana-mana tetapi bagi kuantiti yang sedikit untuk dimakan seorang diri. Paling tidak lojik ialah kerana harganya terlampau mahal bagi 200gm nasi putih kosong sekurang-kurangnya RM 7.00. (Y1000 = RM 41.00). Almaklum di Negara Matahari terbit ini segala-galanya mahal kerana tukaran matawang NegaraKu ibarat sampah.
Nasi kawah Udang, sotong dan ketam daripada Singapura
Panduan makanan diatas untuk santapan mata sahaja. Kita akan bertemu lagi malah akan menokok tambah lagi nama dan jenis-jenis makanan lain-lain negara dalam blog : zainaltobiaktravel.blogspot.com/ khususnya dalam bab Travel Foods Corners. SALAM
GOOD FOODS FOR THE GOOD HEALTH
No comments:
Post a Comment