Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani
Assalamualaikum,
Kita mengenali dan memanggil Lombok, tetapi apa maksud Lombok tidak diketahui. Lombok bukanlah Cabe (Cabai @ Cili). Dalam Bahasa Sasak Lombok, "Lombok" sesungguhnya bererti "Lurus". Pulau Lombok memiliki jalan lurus dari hujung barat pantai Ampenan sampai kepenghujung timur pelabuhan Lombok. Dari situlah asal usul Lombok dikenali. Mereka menggunakan bahasa pertuturan harian yang dikenali sebagai "Sasak"
BIL terletak 33 km daripada ibu kota Mataram. Sepanjang perjalanan kita dapati bahawa Lombok baru sahaja menerima pembangunan dan menerima kedatangan pelancung asing sekitar 3 tahun yang lalu.
Zaman awalnya ialah sebuah kerajaan Hindu yang mashyur berpusat di Mataram dan berpindah tangan kepada Islam dan kini 90% penduduknya beragama Islam, dan selebihnya 10% Hindu, Kristian dan lain-lain. Walaupun begitu disekitar Mataran masih terdapat banyak pura (Rumah ibadat Hindu) yang masih kekal sehingga kehari ini. Manakala pura-pura lama masih dikunjungi oleh penganut-penganut agama Hindu.
Dimaklumkan masyarakat Hindu di Lombok adalah " tuan tanah" sejak turun temurun. Mereka membina rangkaian perniagaan yang kukuh disamping masyarakat China tempatan khususnya cafe dan rangkaian restoran mewah dipusat-pusat peranginan. Oleh yang demikian kepada pembaca Islam agar berhati-hati dan jangan mendekati restoran-restoran yang dihadapan terdapat pura-pura kecil atau
pelayan-pelayan yang lelakinya memakai tutup kepala putih seimbas kopiah Jawa dikepala.
Sememangnya apabila ditanya "Halal", dengan spontan mereka akan mengatakan halal dalam bahasa ibunda mereka juga Indonesia. Dipintu rumah atau kedai kebiasaanya
terdapat pura kecil bagi membedzanya diantara mereka dengan masyarakat Islam Indonesia. Kaum wanita mereka seringkali memakai kebaya nipis see true dan meletakan bunga cempaka ditelinga. Mereka tidak mengenakan "puteek" sebagaimana kaum India diNegaraKu. Sama ada lelaki atau wanita, kulit mereka lebih cerah dan bersih jika dibandingkan dengan kebanyakan masyarakat Lombok yang lain.
Masjid terdapat dimana-mana dalam jarak yang dekat. Masyarakat Lombok adalah masyarakat yang unik bagi zamannya. Mereka hidup saling membantu dan mengamalkan gotong-royong dalam masyarakat. Mereka membina masjid-masjid secara gotong royong dan berperingkat. Sebahagian daripada Masjid digunakan untuk beribadat dan sebahagian lagi dalam pembinaan. ZBA dimaklumkan bahawa 80% masjid-masjid di Lombok dibangunkan secara gotong-royong tanpa sedikit pun mendapat bantuan daripada pemerintah.
Pada ZBA tiada banyak perbezaan walaupun masjid bersepah dimana-mana tetapi kehadiran jemaah adalah sama dengan masjid-masjid dinegara lain. Tiga masjid yang sempat kami berjamaah, jumlah kehadiran diwaktu solat ibarat lebih tiang daripada makmum. Jadi tidak hairanlah seperti kata seorang kawan secara bergurau "Seribu qiai dari Lombok bersamaan seribu maling yang ada". ZBA terpinga pada awalnya kerana tidak memahami maksud sebenar sebelum diterangkan maksudnya. Rupa-rupa ada kebenaranya apabila kita kembali menghayati tingkah laku mereka semasa diNegaraKu.
Bus Damri yang kami tumpangi mula meninggalkan BIL menuju Kota Mataram dan Senggigi sebagai destinasi terahir. Tambang ke Mataram ialah IDR 15,000 dan Senggigi IDR 25,000 seorang. Jalanraya empat lorongnya agak baik dan mulai mengecil menjadi dua lorong dipertengahan perjalanan. Masyarakat Lombok juga sebagaimana masyarakat China. Mereka sangat rajin bercucuk tanam seperti padi, jagung, cili, bawang merah & putih, kacang tanah dan sayur-sayuran termasuk buah-buahan.
Setiap inci tanah digunapakai sepenuhnya khusus untuk pertanian. Ternakan adalah pemeliharaan sampingan yang menguntungkan. Mereka juga menjadikan tanaman gajus dan avacardo sebagai tanaman perniagaan disamping mempelam harum manis yang banyak dan sedang matang sepenuhnya. Ini adalah pemandangan biasa yang kita lihat sepanjang perjalanan 50 km daripada BIL ke kawasan peranginan tepian pantai yang terkenal di Senggigi.
Daripada Senggigi menghala ke Bangsal sejauh 20 km lain pula pemandanganya. Kawasan tepian pantai diperjalanan ini pula banyak ditanam dengan pepohon kelapa disepanjang perjalanan. Jauh 90 km ke utara menuju Bayan, sesetengah kawasannya tandus dan ditanam dengan gajus dan kawasan subur ditanam padi, dan tanaman kontan yang lain.
Lombok sebagaimana dinyatakan sebelumnya masih baru dalam arus pembangunan. Rumah-rumah penduduknya masih banyak dibina daripada sumber alam semula jadi. Buluh dijadikan bahan untuk membina sebuah rumah. Fenomina ini dapat dilihat disepanjang jalan kemana sahaja kita lalui. Gerai perniagaan ditepi jalan boleh dikatakan 90% menggunakan buluh dengan atapnya daripada lalang yang dianyam kemas.
Walau bagaimana pun dewasa ini telah kelihatan rumah-rumah beratap bata dan rumah batu yang sempurna tersergam indah. Dari pandangan ZBA, rumah-rumah tersebut adalah dari hasil bumiKu yang dibawa pulang samaada secara redha atau keredaan dalam paksaaan. Perlu diingat kemana sahaja pembaca ketemui penduduk setempat, 60% daripada mereka adalah bekas TKI yang pernah berada diNegaraKu seketika dulu.
Oleh yang demikian tidak hairanlah ramai daripada mereka mempunyai skill yang tinggi dalam berbagai kemahiran setelah pulang daripada perantauan. Walau bagaimanapun ia tidak memberi banyak manfaat kerana tidak ada sokongan asas yang boleh diterus majukan dinegara sendiri. Rata-rata pekerjaan disini masih menggunakan tenaga empat kerat dengan upah yang amat kecil. Contoh seorang pekerja binaan hanya mendapat upah sekitar IDR 30,000 (RM 10.00) sehari. Kerja-kerja berat
pembinaan jalan raya misalnya masih menggunakan cangkul, pungkis, crowbar dan sebagainya.
Dilihat kepada cara kehidupan, masyarakat Lombok mungkin masih terikat dengan adat dan budaya yang lapuk dimakan zaman. Tetapi oleh sebab kemiskinan, mereka harus membudayakan agar mendapat sedikit hiburan selepas penat bekerja. Satunya yang sempat dirakamkan oleh ZBA ialah adat berkhatan. Upacara ini dilakukan secara besar-besaran dan dengan segala keperluan ibarat sebuah kenduri perkahwinan diNegaraKu.
Kanak-kanak dalam usia belasan tahun yang berpakaian cantik dan kemas serta bertengkolok dinaikan diatas tandu dan diusung berarak dijalanan secara beramai-ramai. Apa yang menghairankan dalam perarakan ini terdapat juga kanak-kanak wanita bersama diusung diatas tandu. Manakala pengusungnya pula tidak sekadar lelaki malah terdapat juga kaum wanita yang menjadi pengusung tandu. Perarakan akan diiringi oleh iringan muzik tradisional dengan paluan gendang dan tarian serta nyanyian daripada para peserta.
Sebagai sebuah pulau pelancungan (Wisata), masyarakat Lombok juga banyak menghasilkan barangan kraf khususnya yang melambangkan sesuatu budaya terdahulu. Kepada pembaca yang berminat mereka boleh mendapatkannya di Pasar Seni Cinta Sayang, Mataram dengan harga yang berpatutan. Untuk makluman, ikon Lombok ialah "Cicak".
Sekitar Mataram terdapat banyak tempat-tempat untuk membeli belah. Dari komplek membeli belah terbesar hinggalah peniaga jalanan. Bagi ZBA tiada sebarang keistimewaan yang harus dibeli kecuali sehelai baju T shirt sebagai kenangan. Harganya sederhana mahal jika dibandingkan di keseluruhan tempat di Indonesia yang lain. Sila lawati pasar "Chakra Market" jika anda seorang wanita yang suka mebeli belah.
Tempat penginapan tidak menjadi masalah di Lombok. Pembaca boleh memilih dari bintang lima ketaraf losmen kecuali pada bulan Ogos dan September dimana pembaca harus membuat tempahan awal. Selama 5H/4M kami disana pembaca boleh mencuba Hotel Bumi Aditya di Senggigi, Dua Nina Guest House di Gili Trawangan dan Hotel Omega di Mataram. Ketiga-tiga hotel ini harganya sekitar IDR 150,00 (RM 48.00).
Beralih kita kepada makanan yang semestinya ditanya oleh para pembaca khususnya daripada NegaraKu. Makanan tidak menjadi masalah disini kecuali harus memilih kerana standard kebersihan mereka amat rendah jika dibandingkan dengan kita. Juga sekali lagi diingatkan bahawa jangan tersilap memasuki Cafe atau Restoran kepunyaan penganut Hindi di Lombok. Makanan yang sinonim bagi Lombok ialah Ayam Trawangan. (Ayam kampung).
Sebenarnya hanya indah nama dari perkyabaran sebenar. Tiada bezanya dengan ayam panggang yang sering kita makan. Perbezakan hanya ketara pada saiz ayam itu sendiri. Ayam mereka amat kecil jika dibandingkan dengan ayam kampung yang dimiliki disini. Saiznya agak besar sedikit daripada burung puyuh dengan berat sekitar 300-400gram seekor dan sesuai untuk seorang makan. Harga yang dikenakan ialah sekitar IDR 25,000 (RM 8.00) termasuk sepinggan nasi putih, sedikit terung kampung mentah dicampur bawang dan tomato seakan air asam dan sedikit kuah kari. Cara memasaknya pula ialah pertama, ayam dicucukan dengan buluh leper dan disalai diatas bara api dari arang tempurung kelapa. Kedua, apabila ayam telah kemerah-merahan diangkat dan digoring didalam kuali panas. Ketiga, diangkat dan diselaputi dengan ramuan yang telah digiling halus termasuk cili padi, halia, garam, kunyit dan perasa-perasa lain sebelum dibakar diatas bara api kembali. Proses ini mengambil masa hampir 20 minit sebelum dihidangkan. Aromanya amat mengancam tetapi rasanya masih ayam. Itulah yang dinamakan "Ayam Trawangan" masakan papular masyarakat Lombok.
5H/4M berahir sudah tetapi dalam hati masih teringin untuk kesini lagi dan kali ini untuk merentasi Nusa Tenggara Barat terus ke Nusa Tenggara Timur dari Mataram (Lombok) ke Sumbawa Besar (Sumbawa), Bima dan terus ke Labuan Bajo (Flores).
Assalamualaikum,
Sememangnya Lombok sudah terkenal dikalangan masyarakat NegaraKu. Terkenalnya bukan kerana keindahan dan kecantikan pulau itu sendiri malah sikap negatif segelintir dari kalangan raayat Indonesia khusus daripada Kepulauan Lombok yang menjadi TKI disini. Itu pun kerana seekor dua kerbau yang membawa lumpur dan habis kesemuanya terpalit.
Perkara ini ditambah sensasikan lagi oleh seorang yang ingin bergelar HERO untuk membantu sana dan membantu sini. Sebenarnya orang beginilah yang mengeruhkan hubungan kedua negara, menghabiskan wang raayat dan menyusahkan raayat demi penonjolan diri kononnya beliaulah seorang Hero Raayat. Walhal urusan sekecil itu boleh diselesaikan dengan mudah tanpa campur tangan media keparat demi untuk menjaga maruah negara seberang.
Masyarakat Lombok Sememangnya tidak dinafikan bahawa telah menjadi satu kebanggaan orang Lombok apabila dapat mengawini atau membawa masuk seorang wanita dari seberang, mereka dianggap sebagai "hero kampung" disana. Dalam masyarakat Iban di Serawak pula, juga terjadi perkara yang sama dimana apabila sesaorang orang Dayak dapat memenggal kepala lawan dan dibawa pulang, mereka juga dianggap hero dan pahlawan.
Dalam masyarakat morden khusus diNegaraku mithalnya, contohnya "Apabila seorang artis dapat mengahwini lelaki barat, betapa bangganya siartis tersebut malah ditonjolkan publisiti oleh media keparat berbulan lamanya". Akhirnya enam bulan kemudian cinta akan sampai kepada realiti sebenar.

Lelaki Lombok juga difahamkan menggunakan minyak kasih untuk memikat dengan paksaan jika mereka berhajat kepada sesaorang perempuan yang diminati. Perempuan tersebut akan "diguna-gunakan" (Ditewaskan dengan ilmu dan minyak pengasih) dan dilarikan pulang ke Lombok. Difahamkan bahawa perempuan yang berjaya ditewaskan akan menurut apa sahaja kehendak silelaki dan berada dalam "perintah" yaani seolah-olah khayal selama tiga tahun dan selepas itu barulah mereka dikatakan pulih (Sedar dari khayalan) dan mengetahui keadaan dan kedudukan mereka sebenar.
Menyedari hal itu, kemungkinan ada diantara wanita berkenaan akan memberontak dan membuat cubaan untuk membebaskan diri. Maka bermulalah konflik yang menyebabkan penceraian. Dimaklumkan, bahawa disinilah kita dapat menilai sikap sebenar lelaki Lombok. Mereka tanpa belas kasihan akan membiarkan atau meninggalkan siperempuan tanpa sedikit pun perasaan bersalah dan bertanggungjawab. Ibarat kata habis sepah, sampah dibuang.
Walau apa pun anggapan kita terhadap mereka, perlu diingat bahawa jodoh dan pertemuan ditangan Allah dan Qada dan Qadar adalah penentuan dan berdoalah agar dihindarkan.

Masyarakat Boayan :
Dari pengalaman bercampur gaul dengan mereka, sesungguhnya mereka seorang yang bekerja keras, baik dan peramah. Cuma satu perlu diingat bahawa mereka adalah pencemburu yang paling dahsyat disamping pembalas dendam. Elakan daripada bergaul dengan isteri mereka walaupun seikhlas mana sekali pun hasrat kita. Mereka sebenarnya amat diawasi oleh suami-suami mereka. Pembaca seolah menempah padah jika tidak berakhlak atau sengaja mencari masalah.
Masyarakat Jawa :
Masyarakat Jawa :
Mereka dianggap lebih sopan dan berbudi bahasa. Walau bagaimana pun mereka seorang yang bertindak secara halus ibarat menarik rambut dalam tepung dimana rambut tidak putus dan tepung tidak berselirak. Didepan mereka berbaik sangka tetapi dibelakang mereka bertindak secara senyap.
Lombok
Kita mengenali dan memanggil Lombok, tetapi apa maksud Lombok tidak diketahui. Lombok bukanlah Cabe (Cabai @ Cili). Dalam Bahasa Sasak Lombok, "Lombok" sesungguhnya bererti "Lurus". Pulau Lombok memiliki jalan lurus dari hujung barat pantai Ampenan sampai kepenghujung timur pelabuhan Lombok. Dari situlah asal usul Lombok dikenali. Mereka menggunakan bahasa pertuturan harian yang dikenali sebagai "Sasak"
BIL terletak 33 km daripada ibu kota Mataram. Sepanjang perjalanan kita dapati bahawa Lombok baru sahaja menerima pembangunan dan menerima kedatangan pelancung asing sekitar 3 tahun yang lalu.
Zaman awalnya ialah sebuah kerajaan Hindu yang mashyur berpusat di Mataram dan berpindah tangan kepada Islam dan kini 90% penduduknya beragama Islam, dan selebihnya 10% Hindu, Kristian dan lain-lain. Walaupun begitu disekitar Mataran masih terdapat banyak pura (Rumah ibadat Hindu) yang masih kekal sehingga kehari ini. Manakala pura-pura lama masih dikunjungi oleh penganut-penganut agama Hindu.
Dimaklumkan masyarakat Hindu di Lombok adalah " tuan tanah" sejak turun temurun. Mereka membina rangkaian perniagaan yang kukuh disamping masyarakat China tempatan khususnya cafe dan rangkaian restoran mewah dipusat-pusat peranginan. Oleh yang demikian kepada pembaca Islam agar berhati-hati dan jangan mendekati restoran-restoran yang dihadapan terdapat pura-pura kecil atau
pelayan-pelayan yang lelakinya memakai tutup kepala putih seimbas kopiah Jawa dikepala.
Sememangnya apabila ditanya "Halal", dengan spontan mereka akan mengatakan halal dalam bahasa ibunda mereka juga Indonesia. Dipintu rumah atau kedai kebiasaanya
terdapat pura kecil bagi membedzanya diantara mereka dengan masyarakat Islam Indonesia. Kaum wanita mereka seringkali memakai kebaya nipis see true dan meletakan bunga cempaka ditelinga. Mereka tidak mengenakan "puteek" sebagaimana kaum India diNegaraKu. Sama ada lelaki atau wanita, kulit mereka lebih cerah dan bersih jika dibandingkan dengan kebanyakan masyarakat Lombok yang lain.
Masjid terdapat dimana-mana dalam jarak yang dekat. Masyarakat Lombok adalah masyarakat yang unik bagi zamannya. Mereka hidup saling membantu dan mengamalkan gotong-royong dalam masyarakat. Mereka membina masjid-masjid secara gotong royong dan berperingkat. Sebahagian daripada Masjid digunakan untuk beribadat dan sebahagian lagi dalam pembinaan. ZBA dimaklumkan bahawa 80% masjid-masjid di Lombok dibangunkan secara gotong-royong tanpa sedikit pun mendapat bantuan daripada pemerintah.
Pada ZBA tiada banyak perbezaan walaupun masjid bersepah dimana-mana tetapi kehadiran jemaah adalah sama dengan masjid-masjid dinegara lain. Tiga masjid yang sempat kami berjamaah, jumlah kehadiran diwaktu solat ibarat lebih tiang daripada makmum. Jadi tidak hairanlah seperti kata seorang kawan secara bergurau "Seribu qiai dari Lombok bersamaan seribu maling yang ada". ZBA terpinga pada awalnya kerana tidak memahami maksud sebenar sebelum diterangkan maksudnya. Rupa-rupa ada kebenaranya apabila kita kembali menghayati tingkah laku mereka semasa diNegaraKu.
Bus Damri yang kami tumpangi mula meninggalkan BIL menuju Kota Mataram dan Senggigi sebagai destinasi terahir. Tambang ke Mataram ialah IDR 15,000 dan Senggigi IDR 25,000 seorang. Jalanraya empat lorongnya agak baik dan mulai mengecil menjadi dua lorong dipertengahan perjalanan. Masyarakat Lombok juga sebagaimana masyarakat China. Mereka sangat rajin bercucuk tanam seperti padi, jagung, cili, bawang merah & putih, kacang tanah dan sayur-sayuran termasuk buah-buahan.
Setiap inci tanah digunapakai sepenuhnya khusus untuk pertanian. Ternakan adalah pemeliharaan sampingan yang menguntungkan. Mereka juga menjadikan tanaman gajus dan avacardo sebagai tanaman perniagaan disamping mempelam harum manis yang banyak dan sedang matang sepenuhnya. Ini adalah pemandangan biasa yang kita lihat sepanjang perjalanan 50 km daripada BIL ke kawasan peranginan tepian pantai yang terkenal di Senggigi.
Daripada Senggigi menghala ke Bangsal sejauh 20 km lain pula pemandanganya. Kawasan tepian pantai diperjalanan ini pula banyak ditanam dengan pepohon kelapa disepanjang perjalanan. Jauh 90 km ke utara menuju Bayan, sesetengah kawasannya tandus dan ditanam dengan gajus dan kawasan subur ditanam padi, dan tanaman kontan yang lain.
Lombok sebagaimana dinyatakan sebelumnya masih baru dalam arus pembangunan. Rumah-rumah penduduknya masih banyak dibina daripada sumber alam semula jadi. Buluh dijadikan bahan untuk membina sebuah rumah. Fenomina ini dapat dilihat disepanjang jalan kemana sahaja kita lalui. Gerai perniagaan ditepi jalan boleh dikatakan 90% menggunakan buluh dengan atapnya daripada lalang yang dianyam kemas.
Walau bagaimana pun dewasa ini telah kelihatan rumah-rumah beratap bata dan rumah batu yang sempurna tersergam indah. Dari pandangan ZBA, rumah-rumah tersebut adalah dari hasil bumiKu yang dibawa pulang samaada secara redha atau keredaan dalam paksaaan. Perlu diingat kemana sahaja pembaca ketemui penduduk setempat, 60% daripada mereka adalah bekas TKI yang pernah berada diNegaraKu seketika dulu.
Oleh yang demikian tidak hairanlah ramai daripada mereka mempunyai skill yang tinggi dalam berbagai kemahiran setelah pulang daripada perantauan. Walau bagaimanapun ia tidak memberi banyak manfaat kerana tidak ada sokongan asas yang boleh diterus majukan dinegara sendiri. Rata-rata pekerjaan disini masih menggunakan tenaga empat kerat dengan upah yang amat kecil. Contoh seorang pekerja binaan hanya mendapat upah sekitar IDR 30,000 (RM 10.00) sehari. Kerja-kerja berat
pembinaan jalan raya misalnya masih menggunakan cangkul, pungkis, crowbar dan sebagainya.
Dilihat kepada cara kehidupan, masyarakat Lombok mungkin masih terikat dengan adat dan budaya yang lapuk dimakan zaman. Tetapi oleh sebab kemiskinan, mereka harus membudayakan agar mendapat sedikit hiburan selepas penat bekerja. Satunya yang sempat dirakamkan oleh ZBA ialah adat berkhatan. Upacara ini dilakukan secara besar-besaran dan dengan segala keperluan ibarat sebuah kenduri perkahwinan diNegaraKu.
Kanak-kanak dalam usia belasan tahun yang berpakaian cantik dan kemas serta bertengkolok dinaikan diatas tandu dan diusung berarak dijalanan secara beramai-ramai. Apa yang menghairankan dalam perarakan ini terdapat juga kanak-kanak wanita bersama diusung diatas tandu. Manakala pengusungnya pula tidak sekadar lelaki malah terdapat juga kaum wanita yang menjadi pengusung tandu. Perarakan akan diiringi oleh iringan muzik tradisional dengan paluan gendang dan tarian serta nyanyian daripada para peserta.
Sebagai sebuah pulau pelancungan (Wisata), masyarakat Lombok juga banyak menghasilkan barangan kraf khususnya yang melambangkan sesuatu budaya terdahulu. Kepada pembaca yang berminat mereka boleh mendapatkannya di Pasar Seni Cinta Sayang, Mataram dengan harga yang berpatutan. Untuk makluman, ikon Lombok ialah "Cicak".
Sekitar Mataram terdapat banyak tempat-tempat untuk membeli belah. Dari komplek membeli belah terbesar hinggalah peniaga jalanan. Bagi ZBA tiada sebarang keistimewaan yang harus dibeli kecuali sehelai baju T shirt sebagai kenangan. Harganya sederhana mahal jika dibandingkan di keseluruhan tempat di Indonesia yang lain. Sila lawati pasar "Chakra Market" jika anda seorang wanita yang suka mebeli belah.
Tempat penginapan tidak menjadi masalah di Lombok. Pembaca boleh memilih dari bintang lima ketaraf losmen kecuali pada bulan Ogos dan September dimana pembaca harus membuat tempahan awal. Selama 5H/4M kami disana pembaca boleh mencuba Hotel Bumi Aditya di Senggigi, Dua Nina Guest House di Gili Trawangan dan Hotel Omega di Mataram. Ketiga-tiga hotel ini harganya sekitar IDR 150,00 (RM 48.00).
Beralih kita kepada makanan yang semestinya ditanya oleh para pembaca khususnya daripada NegaraKu. Makanan tidak menjadi masalah disini kecuali harus memilih kerana standard kebersihan mereka amat rendah jika dibandingkan dengan kita. Juga sekali lagi diingatkan bahawa jangan tersilap memasuki Cafe atau Restoran kepunyaan penganut Hindi di Lombok. Makanan yang sinonim bagi Lombok ialah Ayam Trawangan. (Ayam kampung).
Sebenarnya hanya indah nama dari perkyabaran sebenar. Tiada bezanya dengan ayam panggang yang sering kita makan. Perbezakan hanya ketara pada saiz ayam itu sendiri. Ayam mereka amat kecil jika dibandingkan dengan ayam kampung yang dimiliki disini. Saiznya agak besar sedikit daripada burung puyuh dengan berat sekitar 300-400gram seekor dan sesuai untuk seorang makan. Harga yang dikenakan ialah sekitar IDR 25,000 (RM 8.00) termasuk sepinggan nasi putih, sedikit terung kampung mentah dicampur bawang dan tomato seakan air asam dan sedikit kuah kari. Cara memasaknya pula ialah pertama, ayam dicucukan dengan buluh leper dan disalai diatas bara api dari arang tempurung kelapa. Kedua, apabila ayam telah kemerah-merahan diangkat dan digoring didalam kuali panas. Ketiga, diangkat dan diselaputi dengan ramuan yang telah digiling halus termasuk cili padi, halia, garam, kunyit dan perasa-perasa lain sebelum dibakar diatas bara api kembali. Proses ini mengambil masa hampir 20 minit sebelum dihidangkan. Aromanya amat mengancam tetapi rasanya masih ayam. Itulah yang dinamakan "Ayam Trawangan" masakan papular masyarakat Lombok.
Sebelum pulang teringin sekali ZBA untuk melihat keindahan "Anak Rinjani" tetapi apakan daya mungkin kederat telah tidak terdaya untuk memanjat. Apa pun sekadar pandangan dari jauh sudah dapat menikmati keindahanya .
Terima kasih kepada Air Asia yang melancarkan penerbangan kesini yang merupakan syarikat penerbangan antarabangsa kedua beroperasi ke Bandara Lombok International (BIL). Kos perjalanan kami kali ini ialah AA tiket RM 152.00 dan kos lain-lain berjumlah RM 281.00. Keseluruhan kos bagi 5H/4M ialah RM 333.00.
LOMBOK HOT TASTE & COOL VENUE
No comments:
Post a Comment