Sunday, 8 April 2012

WORLD GLOBE TREKKER AIRPORT

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualikum,

     Bermula dari satu negara ke negara yang lain.  Dari Airport meniti ke satu Airport.  Dari udara turun kebumi dan merayap dipermukaan.  Kisah seorang pengembara jalanan untuk mencari kepastian dan sesungguhnya Allah Maha Agung dalam penciptaanNya.

Pesawat merah inilah sebenarnya yang banyak membawa kenangan dalam pengembaraan ZBA.  Tahniah kepada Air Asia.com semuga terbang lebih tinggi.  Setingginya harapan raayat NegaraKu untuk mendapatkan tambang murah melintasi Benua.

 Siem Reap International Airport Cambodia


BandaraAdisuchipto Airport Yogjakarta


Bandara Sukarno-Hatta Airport Jakarta Indonesia


Taipeh International Airport Taiwan



Jetstar.com Auckland International Airport New Zealand


Christchurch International Airport New Zealand


Tianjin International Airport China


Bandara Acheh International Airport Indonesia




Abu Dhabi International Airport




Heathrow International Airport London United Kingdom


Belum pernah dalam sejarah ZBA melihat Airport paling sibuk didunia.  Heathrow adalah jawapan paling tepat bagi ungkapan diatas.  Dari udara kita sudah dapat melihat bersusun dan bertali arus kapal terbang menanti giliran untuk mendarat.  Manakala dibumi pula berderetan dan tunda menunda kapal terbang menunggu giliran untuk mendapatkan kebenaran untuk terbang ke udara.  Lima terminal yang dipisahkan dengan diantara satu sama lain dengan pengangkutan keretapi canggih menghubungkan kelimanya dari bawah landasan terbang Heathrow.
                                                                               



          Manado Airport Sulawesi

Manado di Indonesia sebuah bandar yang kurang dikenali ramai terletak di hujong keutara kepulauan Sulawesi.  Mempunyai keistimewaan yang tersendiri sebagai destinasi skuba diver yang terkenal disamping beberapa tasik gunung berapi dan pantai-pantai indah.  Lapangan terbangnya terletak bersebelahan gunung yang membiru dalam jarak 30 km dari Bandar Manado.




                             Sri Lanka International Airport


Sri Lanka International Airport dikongsi bersama sebagai lapangan terbang tentera udara bersebelahan.  Mempunyai bangunan terminal yang sederhana besar tetapi nampak kemas, bersih dan teratur.  Walau pun negara Sri Lanka merupakan sebuah negara berugama Buddha namun mereka tidak melupakan kaum minority Muslim.  IASL mempunyai sebuah Surau yang lengkap khusus untuk kegunaan solat Muslimin dan Muslimat. Jika dibandingkan dengan KLIA (RM 13b).




                                                                                        KL International Airport (KLIA)


NegaraKu kononnya Negara Islam sebagaimana diistiharkan oleh seorang yang menyanggah Isi kandunganNya dan menerima Anugerah Best Airport In The World dan semalam 11 Mei 2012 terpampang pula di KLIA  gambar sebuah pesawat Airbus 380 dengan lambang MAS berbunyi "Kebanggaan kita untuk Nusa dan Bangsa". Aduh, secara tiba-tiba sakitnya mendatang.  Terdetik dihati ketika bersolat di Surau KLIA Terminal 1 (International) seorang Pak Arab hampir terlentang kerana kelicinan memijak sehelai sejadah usang.  Beliau menggeleng kepala sedangkan jemaah lain juga hilang kekusyukan.  Rupa-rupa kerana kerugian 2.5b yang direkodkan tanggal 31 Disember 2011 sebagai tarikh keramat menyebabkan sehelai sejadah tidak boleh diganti. Kos 13b pula tidak cukup untuk menyiapkan sebuah Surau yang selesa berpermaidani bagi umat Islam, muslimin dan muslimat Negara Islam 1M.
SEE YOU IN OTHER INTERNATIONAL AIRPORTS SOON


































Saturday, 7 April 2012

TRAVEL FOODS CORNERS

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum,

     Setelah penat berjalan, tiba masanya untuk berehat sebentar disamping menjamu selera.  Semestinya apabila mengembara, juadah tempatan adalah sesuatu ynag menjadi idaman..  ZBA akan paparkan mana-mana juadah yang pernah ZBA jamah dan paling utama semuanya adalah Halal bagi seorang yang bergelar Muslim.  Insyaallah.

Ini adalah masakan Myanmar dari sebuah restoran di bandar Yangon.  Nampak sedap, tetapi belum rasa belum tahu keenakannya.  Maaf kerana ZBA telah lupa nama masakan ini.   Harganya lebih kurang RM 2.50, murah.  Sekarang kita kembali kepada rasa makanan ini.  Dimasak panas-panas, Wah, enak sekali.  Rasanya masin manis seakan-akan makanan  diNegaraKu juga tetapi agak berminyak dan kelihatan basah.  Pembaca boleh mencuba dengan cara resepinya berdasarkan gambar tertera.

 Berikut dibawah pula ialah semacam cucur udang.  Juga tiada nama specifik bagi kueh ini.  Pastinya ia digoreng rangup dan diletakan beberapa ekor udang  diatasnya dan digoreng.  Rasa, entahlah.                                                 


Terpampang     tulisan    China   dalam restoran ini.  Nah, ZBA bersama teman makan  makanan  China ?,    tadi  kata semuanya  halal.   Ini    adalah   sebuah restoran  di Bandaraya  Chongqing   di China.  Sebuah Muslim Restorant yang menyajikan   masakan    kambing yang enak   dan     panas.     Teringat    ZBA  bahawa      masakan     kambing      di seluruh    China sememangnya    sedap   terutamanya    di Bandaraya        Xian.       Di Chongqing    kambing        dimasak       ala-goringan      sedangkan      di Xian  dipanggang    kering   dengan   salutan rempah      ratus    yang   wangi    dan menyelerakan.

  Masakan Kambing di Chongqing
   
     Rasanya masakan ini adalah terbaik.  Tidak ada diNegaraKu masakan sebegini.  Panas, pedas dan asam-asam manis.  Berpeluh didahi sehingga kedalam badan walau pun Chongqing ketika ini musim sejuk dengan cuaca pada malamnya sekitar 05C.  Kami berempat dengan dua menu tambahan cuma membayar sekitar RM40.00 untuk makan malam.

Dibawah ini pula ialah me segera tradisional masakan Uighur di bandar Yichang, China.


Setelah sehari suntuk melihat kesan Tsunami di Kota Acheh, tiba masanya ZBA  untuk menjamu selera.  Ini juga cerita masakan kambing.  Di Acheh, kambing pupular dengan masakan gulai kawah sebagaimana masakan lembu  gulai kawah oleh orang-orang Kedah di Utara untuk majlis-majlis perkahwinan.  Di makan bersama nasi panas dengan  sepiring kicap beserta  bawang merah, cili padi  yang dipotong halus dan secebis asam limau nipis.  Manakala minuman yang disyorkan  ialah jus mentimun yang dikisar dan dimasukan dengan ketulan  air batu.
          
Sepiring Mee Kepiting sesuai untuk hidangan petang.  Lebeh enak jika ditambahkan dengan udang atau ketam goreng atau rebus.



Makanan ringan ini amat terkenal dikalangan orang-orang Cambodia.  Gambar hiasan ini diambil diperhentian R & R menju ke  Kampong Cham, Cambodia.



Masakan Jepun.  Gambar hiasan ketika ZBA melawat Osaka, Kyoto, Nara dan Kobe di Jepun.  Sebenarnya apabila pembaca mengembara di Bumi Jepun adalah lebih sesuai untuk membawa makanan segera atau memasak sendiri.  Sungguh pun orang Jepun kurang memakan daging babi tetapi masakan mereka banyak beresepikan ikan mantah.  Nasi ada dimana-mana tetapi bagi kuantiti yang sedikit untuk dimakan seorang diri.  Paling tidak lojik ialah kerana harganya terlampau mahal bagi 200gm nasi putih kosong sekurang-kurangnya  RM 7.00.  (Y1000 = RM 41.00).  Almaklum di Negara Matahari terbit ini segala-galanya mahal kerana tukaran matawang NegaraKu ibarat sampah.



Nasi kawah Udang, sotong dan ketam daripada Singapura

Panduan makanan diatas untuk santapan mata sahaja.  Kita akan bertemu lagi malah akan menokok tambah lagi nama dan jenis-jenis makanan lain-lain negara dalam blog : zainaltobiaktravel.blogspot.com/ khususnya dalam bab Travel Foods Corners.  SALAM

GOOD FOODS FOR THE GOOD HEALTH





Friday, 6 April 2012

INTER ISLANDS FERRY AND CRUISE

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum,

Merentas Dunia, menyeberangi Benua, melangkaui sempadan Negara, berpindah Daerah dan sebagainya memerlukan kenderaan. Jika dahulu binatang ternakan dijadikan kenderaan kini zaman berubah, kenderaan canggih direka khas demi untuk kesenangan sejagat.  Sejauh pun pun kepintaran dan kepandaian manusia dari Allah juga dicedok dan ditiru atas nama teknoloji canggih.  Dari burung dan ikan dicipta kapal terbang dan kapal laut manakala contoh unta dicipta kenderaan darat.   Maha Suci Allah yang Maha Mengetahui diatas segala ciptaanNya.


Interislander Ferry between Wellington to Picton South Island New Zealand

Paparan kali ini mengenali kenderaan yang digunakan oleh ZBA semasa membuat pengembaran merentasi Benua.  Semuanya akan digambarkan secara ringkas untuk tatapan dan panduan kepada yang  memerlukan.


Gambaran penuh sila layari "tobiak travel" blogspot.



Yang Tze River Cruise ferry merupakan satu    perkhidmatan    yang   unik   dan sepatutnya  menjad  pilihan  sekali  bagi seumur     hidup.     ZBA         melakukan pelayaran    4H/3M   dengan    President Cruise   (Gambar  dibawah)    daripada Chongqing menuju Yichang dan singgah melawati     tempat-tempat    bersejarah yang      menarik    disepanjang    laluan.  Cruise    enam      dek      ini    melayani pengembara    bertaraf   empat   bintang dengan kabin berkembar serba lengkap.  Ada juga  cruise    ini    yang   melewati sehingga ke Shanghai.  

                                  President River Cruise at Chongqing River Port Chongqing



River Cruise at Yang Tze River




                                                                                                                   Super Ferry Filipines

Super Ferry ialah perkhidmatan Ferry terbesar di Filipines.  Menghubungkan Kepulauan Cebu di Kepulauan Visayas dengan Pulau Luzon di utara dan Mindanao di selatan.  Ferry 7 tingkat ini dapat menampung ratusan penumpang dengan berbagai kelas pelayaran.  Untuk keselesan, pembaca dinasihatkan mengambil sekurang-kurangnya Kelas 2 Atas atau Kelas Pertama.  Tiket dan info pelayaran boleh dengan senang boleh didapati  melalui laman web.





Guangzhou Pearl River Cruise

Melawat Guangzhou adalah tidak lengkap sekiranya tidak menaiki cruise melayari  di Pearl River dengan menaiki perkhidmatan cruise-cruise yang tersedia. Pembaca akan dibawa selama lebih kurang satu jam hilir mudek Pearl River untuk menikmati minum petang atau makan malam.  Pemandangan cantik Guangzhou diwaktu malam adalah seindah nama "Pearl River" itu sendiri. 

Tempahan pelayaran dan kos yang dikenakan adalah bergantung kepada kemahuan pelanggan.  Sekadar untuk menikmati pelayaran tidaklah mahal jika dibandingkan dengan Dinner Cruise kerana tempohmasa yang diambil melebihi dua jam bagi satu-satu pelayaran.



Membelah  Tasik Tonle Sap di Cambodia sehingga ke muara dan memasuki Sungai Mekong ketika menghampiri Bandar Phnom Penh.




Pengembaraan di Sungai Choa Phraya Bangkok









                                                              Back Water Lane Bangkok

Satu pengangkutan yang unik.  Satu-satunya yang terdapat di Negara Asean.  Bermula berhampiran MRT Phya Thai dan berdekatan dengan pusat membeli belah yang sibuk ditengah Metropolitan Bangkok.  Jaraknya sekitar 20 km dengan beberapa buah bot panjang berulang alik membawa penumpang.  Lebih mudah jika dikenali dengan nama Motor Boat kerana bunyinya yang amat bising.  Laluannya adalah menerusi terusan kecil yang dihimpit banguan komersial dan rumah-rumah dikiri kanan terusan.  Airnya hitam pekat, almaklum segala khazanah dari buangan dibuang didalamnya.  Walau bagaimanapun pembaca tidak perlu kyuatir kerana tetingkap motor boat ini dibuat daripada plastik yang boleh diturun dan dinaikkan sekiranya terdapat percikan air.

Jika di daerah Kerala India terkenal dengan laluan Boat "Back Water Lane" tetapi airnya jernih dan bersih kerana tidak melepasi kawasan perumahan yang mengadapkan dapur-dapur mereka kedalam terusan.  Ini berlainan sekali dengan "Back Water Lane" Bangkok.  Maaf, bau airnya busuk dan jika pembaca bukan seorang advanture, artikal ini sudah cukup untuk direnungi.  Walau apa pun pada pandangan ZBA, Pihak berkuasa Tempatan Bangkok  telah membuat sesuatu yang baru bagi kemudahan penduduknya walaupun agak jijik melalui back lane jika difikirkan.  Dalam pada itu bersama ZBA terdapat beberapa pelancung barat mencuba  perkhidmatan  ini.   Syabas  kepada City  Hall Bangkok  dengan  idea  kreatif  ini.



Bagi kaki pancing udang galah disini lubuknya.  Penggemar ikan sungai juga disini tempat. Sungai Irrawaddy mengalir melalui Kota Yangon.  Udang Galah sekilogram cuma RM 12.00. Dan kesemua ikan air tawar dijual dengan harga yang amat murah.  Disatu petang ZBA bersiar-siar disini dan inilah pemandangan biasa perkhidmatan ferry dan boat penumpang disalah sebuah jetty di Yangon.





Lake Rotoruo Tourist Ferry Service New Zealand



Rhine River Cruise Germany




Salam sehingga bertemu lagi dengan paparan menarik bagi negara yang dilawati kelak.  SALAM


zainaltobiaktravel.blogspot.com/  - GLOBE TREKKER