Sunday, 18 December 2011

TOBIAK TRAVEL FOLLOWER FOOTSTEP

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum,

Patah tumbuh hilang berganti.  Pepatah Melayu yang sering mengingatkan kita kepada kematian, keinsafan dan bahawasanya kita dari umat yang terbaik tetapi ada lagi yang lebih baik.  Oleh yang demikian apabila sampai masanya eloklah berundur sebelum kita diundurkan.  Baik kita seorang Ahli Politik, Prefosional, Ahli Sukan, Peniaga  dan sebagainya.  Langit yang dijunjong bukan untuk menongkat langit. 

Follower the foodstep  bakal mewarisi  "Pengembaraan solo"  apabila tiba masa dan ketikanya.  Rancang dan jelajah. Perkara ini jarang sekali menjadi kegemaran Masyarakat  Melayu khususnya Masyarakat Asia sedangkan telah menjadi lumrah bagi masyarakat Barat. Minda mereka mantap dan berpengtahuan luas.  Dalam seusia 15 tahun mereka telah memulakan pengembaraan keserata pelusuk dunia.  Melihat, menyelidek, mengkaji serta menulis untuk pengtahuan jenerasi akan datang.  Bagi masyarakatKu dalam usia begini mereka dihidangkan dengan hiburan yang melalaikan serta tidak berfaedah.  Sesetengahnya terlibat dengan masalah sosial yang seperti penagihan dadah, arak, pergaulan bebas, merempet dan sebagainya.  Semua ini amat merugikan masa dan langsung tidak berfaedah pada individu itu sendiri juga negara.  TT menyalahkan pemerintah yang lebih suka berpolitik untuk  kepentingan sendiri tanpa menyumbang kearah pembangunan negara secara total.  Tidak kreatif, berfahaman kolot dan tiada daya pemikiran yang membina sahsiah individu atau kumpulan.  Sikap tidak boleh ditegur dan jika ditegur orang berkenaan akan dianggap "pembangkang".  TT menganggap pembangkangan  adalah membina dan menyumbang kearah mesyuwarah untuk kepentingan sejagat.

Sememangkan bangsaKu, bangsa balik kampung.  Satu lagi tabiat ialah mengubahsuai rumah. Dan ketiga ialah penggemar kepada hiburan.  Bukan TT menulis untuk menghina atau menyindir bangsa sendiri.  Pembaca harus faham realiti bukan sejarah dan bukan ciptaan.  Hasil nukilan ini bagi menyedarkan bahawa bangsa-bangsa lain didunia telah maju 30 tahun kehadapan sedangkan kita masih merangkak tetapi membongkak dan berkokok kuat disamping taik berselirak.

TT mengulas tentang balik kampung.  Bukan perkara ini tidak baik dan malah dituntut oleh Islam.  Keluarga perlu diberi perhatian lebih dari segala-galanya.  Tetapi kenapa balik kampung ini secara bermusim ?. Hari raya sahaja, balik kampung.  Bila kematian kekadang ingat kampung.  Kenduri kendara kadang-kadang ada alasan tidak balik kampung.  Bila semua ayahbonda telah meninggal, kampung juga ditinggalkan.  Petrotik balik kampung cuma pada Hari Raya.  Bila ditanya kemana cuti sekolah ?. Saya orang KL.  Sudah lupa kampung.  Hidup dalam flat batu berlapis sudah tidak kenal jiran sebelah dengan slogan tepi kain orang tak perlu diselak.

Kampung ditinggalkan dengan rumah pusaka usang terbiar dikelilingi belukar.  Saban hari dimamah usia dan panas hujan melanda.  Tiga tahun kemudian menyembah bumi tercinta dan jadilah aku orang kampung yang bukan lagi hidup dikampung.  Bermulalah episod tidak kenal saudara mara dan aku dengan akunya.

Ratusan kali TT keluar masuk negaraku boleh dikatakan setiap bulan.  TT jarang sekali nampak orang Melayu keluar negara untuk melihat dengan mata kepala sendiri bagaimana negara-negara lain telah memintas membangun jauh daripada kita  dengan wacana kemajuan terancang. Pengalaman TT kurang 5% orang Melayu dalam satu-satu penerbangan AA bagi sesuatu destinasi kecuali penerbangan dalam negeri dan Indonesia.  Termasuk dalam 5% ini adalah dalam kumpulan pelancungan pakej yang dianjurkan untuk melihat tempat-tempat bersejarah konon tetapi yang lebihnya kepada  membeli belah. Membeli belah bersama guide yang memancung para pelancung. Pelancungan begini tidak banyak memberi erti untuk melihat pusingan kehidupan masyarakat disesuatu negara.  Sama juga dengan pegawai kerajaan keluar negara menandatangani sesuatu kontrak sedangkan mereka tidak melihat bagaimana sesuatu sistem sedang dan akan beroperasi.  Contoh, Putra LRT membuat implimentasi menggunakan Token dan menggunakan mesin untuk membeli tiket.  Mesin canggih tersedia,  tetapi mesin penukaran wang tidak disediakan.  Apa maknanya, berdiri pacak seorang Mamat Putra LRT sebagai penukar wang didepan mesin canggih tersedia.  (Stesyen LRT Sri Rampai 05 Jan 2012).

Raayat negara maju mempunyai sikap terbuka dan tidak menjadi pak turut kepada pendedahan media pencacai mencari keuntungan membuncitkan perut sendiri.  Orang Melayu sememang bangsa dibawah tempurung dan diberi sedikit makanan ibarat ayam pemelihraan.  Tidur lena dibuai siaran  hiburan  langsung  dari tajaan media  keparat.  Mimpi indah dan kencing malam atas basahan tilam lima tahun yang tidak pernah diganti.  Nasib baik diagihkan RM 500.00 sebagai imbuhan membeli maruah Melayu yang hanya tinggal sedikit serta masih ketagihan simpati.  Tetapi bukan semua, ramai juga Melayu yang telah sedar dan sedang menyedarkan disamping dibantu oleh web-web eletronik canggih dan kesedaran terhadap agamanya.  TT berharap kepada bangsaKu agar tidak menjadi bangsa yang mengharapkan makan suap dan jadilah manusia yang melihat, memikir, mengkaji dan meniru kemajuan orang lain sesuai dengan ajaran agama Islam yang dianuti.  Tidak perlu jadi bodoh kerana kebodohan orang yang berkepentingan.  Amalkan minda terbuka bukan terbuku sejak sekian lama.  Keuarlah dari kepompong dan lihatlah dunia ciptaan Allah dan lihat kepada hakikat kebenaran yang nyata dan kemudian berkatalah apa-apa yang perlu diperkatakan.

BangsaKu merancang kerana tamak haloba bukan keperluan. Suka sangat mengubahsuai rumah menjadi plan hidup.  Tambah sana, tambah sini.  Besar sana besar sini konon senang dan selesa apabila  cucu balik kampung setiap Hari Raya.  Cucu Tok Wan balik kampung tetapi tidur di hotel.  Alasan diberi anak tak dapat tidur dirumah Tok Wan kerana nyamuk dan panas tiada penghawa dingin.  Tok Nek sedih tapi sayang cucu, besoknya kepulangan diberi wang RM 100.00 dari bawah tilam buruk.  Pulangnya cucunda tersayang selepas 3 hari meninggalkan rumah yang ditambah suai sehingga batu terap ke sempadan Thailand.  Nasib baik telah sampai sempadan Thailand jika tidak setahun kemudian cucunda akan lihat satu lagi ubahsuai yang tak berkesudahan.

Cucu pulang ke kota melintasi puluhan tol konsesi dijalan raya.  Wang RM 100.00 diberi Tok Nek diambil papa untuk bayar tol.  Berbaki RM 45.00, singgah didua R & R dan langsai.  Rupa-rupanya balik kampung bukan atas perbelanjaan sendiri tetapi ditanggung oleh Tok Wan dan Tok Nek.  NegaraKu mempunyai puluhan cetiar di jalan raya. Kalau cucu-cucu warga Korea, Taiwan dan negara-negara lain sebagai contoh, Tok Nek tak perlu untuk membuka lipatan tilam buruk untuk menggalakkan cucu-cucu balik kampung dan tak juga perlu menanti hari raya untuk bertemu cucu-cucu yang disayangi.

Malam hari berehat dirumah dengan TV LCD 42" dipekapkan ke dinding dan dipaku kemas.  Bayaran ansuran 36 bulan sebulan.  Ruang tamu sebesar 12 X 12', terbeliak biji mata memandang.  Dari bapa hingga anak yang masih dibuaian didomba oleh media pelesit hingga ketengah malam.  Anak tidak perlu belajar kerana sudah ada rancangan "Idola kecil".  Mertua terlopong dengan "Akademik Fantasia" musim baru berulang.  Remaja terlolong sana, terlolong sini.  Akhirnya bapak yang baru pulang selepas isyak disurau berdekatan tidak tertanya dan terkata.  Itulah routine hidup di NegaraKu.  Hiburan didahulukan dan agama dikesampingkan.

TT berharap penyambungan jenerasi TT akan meneruskan pengembaraan agar tidak ditipu oleh situasi semasa.  Satu pedoman untuk dihayati.  Janganlah kamu kecewa jika sekiranya dunia tidak mengenali kita dan kecewalah kita sekiranya tidak dapat melihat dunia.  Mengembaralah.  Insyaallah

Saturday, 17 December 2011

JAPAN BEAUTIFUL AND FREEDOM COUNTRY

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum,

OSAKA

      Kansai International Airport

Jepun negara matahari terbit.  Pernah satu masa dulu semasa peperangan dunia dilebelkan sebagai negara ganas dan tidak berperi kemanusiaan.  Menakluki negara-negara Asia Tenggara dan memerintah selama 3 tahun 6 bulan dan menyerah diri selepas Hiroshima dan Nagasaki dimusnahkan dengan bom atom. TT pernah mendengar cerita daripada bapa saudara kisah-kisah semasa pendudukan Jepun di Malaysia.  Kezaliman, kerakusan dan tindak tanduk mereka  dilihat sebagai kejam dengan pencacai mereka terdiri dari  anak tempatan yang berkepentingan malah  pencacai yang sama kejamnya  adalah dari  spesisnya yang sama masih berleluasa hingga sekarang teapi kepada tuan-tuan yang berlainan.

      Keretapi Laju Shinkansen

Tiga tahun enam bulan adalah masa yang terlalu pendek tetapi meninggalkan kesan yang mendalam kepada penduduk Malaysia ketika itu.  Jepun dilihat sebagai penjajah kekayaan jika dibandingkan dengan Inggeris sebagai penjajah kekayaan, mentel serta idealoji.  Sungguh pun dilihat kejam tetapi mereka tidak mengangkut kekayaan negara ini dan dibawa pulang ke Jepun jika dibandingkan dengan Inggeris.  Dari cerita-cerita bapa saudara,  TT yakin jika kita diperintah oleh  Jepun sejak dahulu, Malaysia telah maju seiring Jepun sekarang.  Tetapi malang kini kita 50 tahun kebelakangan daripada Jepun dalam segala serba serbi aspek.

     Osaka The Floating Garden

Dizaman Jepun, bapa saudara TT orang kampung belajar dan fasih berbahasa Jepun dalam masa kurang daripada  setahun.  Tapi sekarang pelajar Malaysia mengambil masa 2 tahun hanya untuk mengenal huruf dan bertutur bahasa Jepun.  Zaman Inggeris selama 250 tahun memerintah tetapi hingga kehari ini pelajar-pelajar Malaysia masih merangkak dan meraba untuk menyebut perkataan Inggeris walaupun setelah menamatkan pengajian di Universiti.  Dikaji kepada tawarikh ini menunjukkan Jepun lebih baik daripada barat tetapi kenapa kita masih mengagungkan perlembagaan ciptaan barat sehingga kehari ini. 
                                                                                    
                                            
PM keempat Malaysia menoleh ke timur khususnya Jepun  untuk Wawasan 2020 tetapi tidak lebih dari  mendapatkan hutang daripada negara tersebut.  Jepun memanfaatkan segala idea dan kepakaran mereka untuk membangun sebagai "Negara Maju Dunia" tanpa penggantungan kepada sesiapa.  Bagi kita di Malaysia, ratusan tesis PhD setiap tahun dibuang kedalam bakul sampah setelah Ijazah digenggam tanpa memanfaatkan apa yang ditulis oleh para sarjana yang telah memeras otak dan berhempas pulas membuat penyelidikan.  Orang lain mengutip tesis-tesis tersebut dan memanfaatkan untuk kemajuan bangsa dan negara mereka.  Menciptu itu, mencipta ini, dan seterusnya menjual kepada kita tuan empunya asal dengan trade mark so and so.  Produck tersebut dibawa ke Malaysia maka berkokoklah bahawa anak Malaysia empunya idea.

  Osaka Clean and Beautiful City

Pengalaman di Osaka, mereka sepatah pun tidak boleh berbahasa Inggeris.  Tetapi mereka maju dan berdaya kreatif serta rajin dan tekun dalam memajukan negara mereka ketaraf dunia.  Negara ku selalu mengatakan kita bertaraf dunia dalam serba serbi.  Pencacai dan pendengar masmedia korap saja yang mempercayai dendangan alunan tersebut sedangkan mereka di Malaysia sendiri pun tak habis dilawati.  Oleh yang demikian, ZBA syorkan kepada pencacai, bukalah minda, terbeliakanlah mata, bukakanlah Al-Quran dan telitilah Ayat 20 dari Surah An-Ankabut.  Hayatilah pesanan Allah.  Insyaallah kita tidak akan ditipu dan dibuaikan dengan kata-kata manis yang menjadi tuba bagi pemikiran kita didunia.

Sesungguhnya Utusan Malaysia membekukan minda.  TV Malaysia melalaikan kita.  Pencacai-pencacai mencari keuntungan tanpa had. Kita semua diperbodohkan dengan alunan-alunan lunak demi kepentingan manusia tamak.
  
Air Asia melebarkan sayap ke Osaka, Jepun.  Tahniah selepas AA berjaya mengambil alih urustadbir MAS selepas MAS dilapurkan mengalami kerugian lagi sebanyak USD 150 juta bagi tahun kewangan berahir     20 Sep 2011 (Lapuran oleh Asia News Singapura).  AA terbang tinggi membuat keuntungan diudara sedangkan MAS hanya gah dengan pesawat canggih tetapi  tersadai dibay dilapangan terbang.  Bersimpang siur pesawat AA terbang diudara di KLIA naik dan mendarat tetapi pesawat  MAS sekali sekala kelihatan dicelah-celah pesawat AA.                                                      AA Over kansai International Airport
                                                        
      Pencacai Homestay Osaka

Terpampang di KLIA,  "Best Airport in the World".  Rasa nak muntah dan meloya melihat gelagat pencacai tersebut.  Changi di Singapura adalah ketiga sibuk didunia selepas Hatrow London.  Tidak ada pun tulisan sedemikian.  Suwarnabumi di Thailand, 500 meter bay terahir dari bahagian tengah Departure Hall juga tidak ada perkataan tersebut.  Kansai International Airport dibina dalam laut serba canggih juga tidak ada perkataan tersebut.  Jika hendak bohong pun, pandanglah dan padankan diri kita dulu.  Jemaah haji yang pulang dari Mekah itu pun bukan semua orang kampung jauh di pendalaman Grik yang boleh ditipu dan dibohongi sedemikian rupa. Bohong biarlah bertempat tetapi jangan bohong sehingga tidak beradap.  Pencacai oh pencacai.

                 Nara Yellow Carpet

TT menulis adalah berdasarkan penglihatan serta pengalaman dan bukan meminjam fakta dari mana-mana individu atau berkumpulan.  Gambar-gambar dirakamkan sendiri dengan menggunakan camera Olympus dan Canon yang menjadi rakan baik sepanjang pengembaraan.  Tidak ada tujuan buruk dan khianat kepada sesiapa khususnya pada negara sendiri.  Perbandingan dibuat atas rasa sikap bertanggungjawab kepada negara tercinta agar kita tidak ditipu oleh pencacai dari dalam atau luar negara.  Pencacai dalam negara adalah pembodek, pembohong, pendek akal, tidak berpengalaman dan semata-mata demi perut masing-masing sehingga sanggup menjual maruah negara.  Manakala pencacai luar pula seperti AFP, Reuter dan seangkatan dengannya sebagai pengkhiatan kepada manusia sejagat.

Perkongsian Pengalaman

Dalam perkongsian pengalaman pada kali ini TT akan membuat perbandingan diantara NegaraKu dan Japan dalam berbagai perkara yang boleh dimanfaatkan kepada semua aspek kehidupan.  Tetapi kepada sesiapa yang berminat tempat-tempat menarik di Oska TT syorkan 'Visitor's Guide, have a nice day in Kansai' sebagai bahan rujukan selanjutnya.

     Osaka Regular Teksi Service

Pertamanya kita melihat kepada sikap orang-orang Jepun itu sendiri.  Tidak perlu kita rujuk kepada adap dan tatasusila orang kenamaan atau masyarakat intelek.  TT akan membuat perbandingan hanya dengan seorang pemandu teksi jalanan di Jepun  dengan sikap masyarakat keseluruhan di NegaraKu.   Pemandu teksi di Jepun rata-ratanya dikalangan orang yang berumur.  Berpakaian kemas dengan bertali leher serta kot dan  bersarung tangan ketika memandu teksi.  Manakala teksi pula adalah dari 100% jenama Jepun. Hiasannya dalamanya kemas serta mempunyai gejet penunjuk arah dan meter sebagai merujuk kepada tambang yang dikenakan.  TT melihat sendiri bagaimana mereka melayan tetamu dan memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.  Sikap dan sopan santun mereka  wajib dipuji jika kita bandingkan sikap kita dan mereka.

Didepan mata TT pada suatu petang di Yodoyabashi Road kelihatan seorang pemandu teksi sedang merokok.  Beliau seolah-olah menyorok perbuatan beliau dari penglihatan orang ramai.  TT menghampirinya dan mengesahkan beliau sebenarnya sedang merokok.  TT angkat tangan dan tabek kepada bangsa Jepun atas sikap keperihatinan mereka kepada kebersihan.  Bayangkan seorang perokok di Jepun merokok dan menadah habuk rokok agar habuk rokok tidak terjatuh diatas jalan raya dengan menggunakan satu sampul kecil ditangan.  Bolehkan NegaraKu ?.


Satu tengah hari di Nara (Toudaiji Temple), TT melihat satu lagi keaiban dan sikap yang ada daripada orang-orang Jepun.  Dijalanan menuju ke kuil tersebut, TT dan seorang rakan dari Jepun diperlihatkan bagaimana seorang Jepun meludah dijalanan.  Mereka tidak meludah sesuka hari, malah menggunakan sampul kecil untuk meludah dan sampul tersebut  dimasukan pula kedalam satu sampul besar untuk dibuang kedalam bakul sampah.  Persolannya untuk runungan bersama, bilakah raayat NegaraKu agaknya dapat mengambil contoh ini sebagai iktibar.

Bangsa yang amat berdisiplin, berintregiti dan mesra alam.  Dari tiga senario yang dipaparkan diatas, sebagai raayat NegaraKu, bolehkah kita menyamai mereka 50 tahun lagi jika sikap kita masih sebagaimana kita lihat di NegaraKu hari ini.  Keputusan ditangan kita dan jatuh maju NegaraKu bukan ditangan orang Jepun tetapi ditangan kita sendiri.  Belum masanya untuk kita berkokok sebagai negara maju malah lebih jauh untuk memperkatakan sebagai negara contoh didunia.

Osaka Airport Transfer


Tranportasi adalah agenda penting  untuk raayat dan bebas dari cengkaman tol disana sini.  90% penghuni Osaka menggunakan perkhidmatan awam seperti bus, keretapi bawah tanah dan keretapi biasa.  Harga bukan ukuran bagi mereka kerana mereka boleh memilih berdasarkan kemapuan harga dan perkhidmatan yang ditawarkan. Tidak ada kesesakan jalan raya didalam bandaraya seperti  Osaka, Kobe, Nara dan Kyoto walaupun diwaktu puncak.  Kenderaan bebas bergerak dalan jajaran yang kecil dan selesa serta amat selesa khusus bagi pengangkutan awam samaada siang atau malam.  Masing-masing mempunyai peraturan yang tersendiri.  Jepun amat menitik beratkan keselamatan.  Jika ke Jepun buangkan perangai kita di Malaysia dan ikut peraturan Jepun jika ingin keselamatan dijalanraya anda terjamin selamat.


          Osaka Umeda Station

Empat jenis pengangkutan awam terpenting di Jepun.  Shinkansen keretapi laju dan mahal.  JR Railway bagi kos sederhana dan Metro yang paling murah.  Teksi dan bus pada kos yang tepat dan tidak perlu dirisaukan tentang penipuan harga. Perjalanan ke Airport juga boleh dipilih mengikut kemampuan kita bagi perkhidmatan-perkhidmatan tersebut.  Di NegaraKu, ERL RM 35.00 ke Airport dan sebaliknya.  Orang kaya, miskin sama sahaja tetapi orang miskin yang menderita  membuat bayaran.  Orang kaya menggunakan pemandu  tetapi orang miskin tiada pilihan.  Salahkah kita mengikuti contoh Airport Railway Jepun atau Thailand yang memberi keistimewaan kepada raayatnya  membuat pilihan dan membayar mengikut kemampuan.  Buangkan sikap tamak ERL dimana dalam satu perjalanan TT pernah berdua sahaja didalam satu koc ERL dari KL Central ke KLIA.  Tidak dinafikan bahawa keuntungan adalah perlu tetapi dimana hak pengguna berdasarkan omongan kosong raayat didahulukan dan pencapaian diutamakan.

TT agak terkejut beruk dan mungkin pembaca juga apabila membandingkan harga barangan di LCCT dan Kansai International Aiport.  Kansai mengamalkan tiada perbezaan harga barangan dimana-mana dan tidak terkecuali di Airport.  Jika di Osaka harga sepinggan tampura adalah Y400, harganya juga sama di Kansai Aiport.  Sebotol air minirel beharga Y150 di kansai Airport sama harganya sebotol air minirel di Kyoto Y150.  Airport canggih tetapi cukainya rendah tetapi bagi   KLIA 'best airport in the world', cukainya mahal fasilitasnya hampeh.  MAB bersandiwara dan mengoyakkan  poket pengguna untuk kroni. Makanan empat kali ganda lebih mahal  jika dibandingkan dengan di Kuala Lumpur.  TT ingin mengajak Pengerusi MAB menaiki bas dari  KL Central ke KLIA dan makan bersama di restoran-restoran di Airport.  Bercakap biarlah kepada fakta dan pengalaman serta  realiti adalah amat berguna daripada bercakap berdasarkan telinga sedangkan mata tidak pernah melihat realiti.

Bercakap fasal kebersihan, we are worst in the world.  KL ibarat Bandaraya tong sampah  dengan plastik dan sampah sarap bersepah-sepah dimana-mana seluruh Kuala Lumpur.  Menteri  pernah  bercakap fasal kemiskinan dan setinggan sifar tetapi  sifirnya  2 X 5  dan 5 X 2.  Datuk Bandar DBKL mungkin menaiki helikopter ke pejabat, sebab itulah beliau tidak pernah melihat sampah dan mungkin juga tidak dapat mengenali dan membezakan diantara sampah dan sampah di bandaraya Kuala Lumpur.


                              Osaka Town Council                               Street Road Osaka

Negara Ku diperintah dengan menggunakan cogan kata.  Jagalah Kebersihan.  Jangan membuang sampah. Sayangilah Sungai Kita dan puluhan cogankata dipamir terpampang untuk dibaca tetapi tidak dipraktikan.  Tiang-tiang letrik dipenuhi bena-bena,  tembok-tembok terpampang iklan money lender,  tepian jalan dengan iklan tukar tiup, Astro, ubahsuai rumah dan sebagainya.  Tiada satu tindakan diambil untuk menghindarkan kekotoran sebegini berlaku.  Iklan-iklan bodek  pemimpin direntang disana sini tanpa permit.  Gerai-gerai berselirak ditepian jalan malah terdapat diatas laluan pejalan kaki.  Kenderaan diletakan sesuka hati menghalang kenderaan diatas jalan-jalan raya.  Semuanya atas kehendak individu itu sendiri.  Undang-undang dan peraturan tidak tegas dilaksnakan.  Penguatkuasa relex saban hari menanti bulan mengembang.  Ahli-ahli politik menanti untuk  mengambil kesempatan konon mereka jaguh untuk menyelesaikan masalah. Kesudahannya rakyat menjadi mangsa di NegaraKu.

Tobiak Travel at Osaka Castle

Adalah keterlaluan jika TT menyatakan bahawa beliau tidak terjumpa  satu pun sampah atau botol kosong air mineral di Osaka sepanjang 6H/5M berada disana.  Tetapi itu ialah realitinya.  Ingat TT adalah pengembara dan bukan pelancung dan menulis berdasarkan fakta hasil penglihatan sendiri.  Penulisan ini untuk dibaca, dianalisa dan diberi komen yang setimpal.  Kepada sesipa yang tidak dapat menerima hakikat dari tulisan ini, TT dengan dengan hormatnya mengundang mereka-mereka untuk bersama mengembara dan melihat dengan mata kepala sendiri. Hubungi zainaltobiak@yahoo.com.my .

Jangan emosi setelah membaca.  Kita perlu berubah jika mahu maju.  Berubah dalam ertikata keseluruhan.  Berubah ibarat Hijrah Rasullullah SAW.  Semuga Allah memberi kita kebaikan didunia dan kebahgiaan di akhirat.  Wassalam
                                            SEE YOU ALL AFTER NEW ZEALAND TRIP

                                    

Friday, 25 November 2011

MYANMAR LAND OF THOUSAND PAGODA

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum,

YANGON

Kuala Lumpur - Yangon mengambil masa dua jam penerbangan dengan pesawat Airbus 320.  Penerbangan sebelah petang dengan cuaca panas dan terang menampakkan pemandangan yang indah dari udara pada ketinggian 35,000 kaki.  Melintasi Pulau Pinang, Phuket dan memasuki Delta Mekong yang luas terbentang dengan sawah-sawah padi bagaikan padang jarak padang terkukur dan ditengah-tengahnya berliku-liku Sungai Ayeyawady mengalir airnya dari  muara ke ulu sungai.

Pengembara mencatat rekod perjalanan solo ke Myanmar dan tepat jam 1630 petang pesawat Air Asia mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Myapadau Yangon.  Walau pun waktu tempatan ketika itu 1630 namun keadaan cuaca sudah mulai gelap kerana Myanmar satu setengah jam lebih awal daripada NegaraKu.

Myapadau Airport Yangon

Sebagaimana terjangka pengembara tidak     mengalami     kesulitan    untuk
mendapatkan kenderaan ke Hotel penginapan Ocean Pearls Inn (http://www.oceanpearl.com/) kerana pihak hotel telah menyediakan kenderaan dan sedia menanti pemandu yang akan membawa ke hotel. 

Dari lapangan terbang Yangon sememangnya tiada perkhidmtan bas khas sebagaimana lapangan terbang yang lain.  Lokal bas hanya boleh didapati diluar kawasan lapangan terbang yang perlu berjalan kami hampir 15 minit.  Bagi perkhidmatan teksi ialah Kyt 1500 untuk siang hari dan maksima Kyt 5000 untuk perjalanan 35 minit yang jarak 14 km.

Semalaman berehat di Yangon dan Yangon bukanlah tempat yang susah untuk  mendapatkan makanan  Islam.  Pada jarak 50 meter dari Ocean Pearl Inn terdapat sebuah masjid dan disekitarnya terdapat makanan halal.  Tidak payah untuk mengenali makanan halal di Yangon kerena mereka akan memaparkan kalimah Allah atau  angka 786.

Sedikit makluman tentang penduduk Yangon.  Mereka terdiri daripada dua suku kaum  jika dibandingkan dengan puluhan suku kaum minority  yang tinggal diutara Myanmar.  Paling ketera di Yangon ialah dari kaum Rohingya yang berasal daripada Bangledesh berugama Islam dan kaum Myanmar sendiri yang menganut agama budha.  Mereka tinggal dalam keadaan hormoni dan bertutur dalam bahasa Myanmar.  Kebanyakkan daripada mereka adalah peniaga dan bekerja dengan sektor kolar putih. 


Myanmar terkenal dengan ribuan pagota dimerata tempat dan tidak ketinggalan bagi masyarakat Islam dengan belasan masjid didalam bandar Yangon sendiri.  Berpakaian mengikut tradisi Myanmar, berkain sarung dan berbaju kemeja lengan panjang serta berseliper.  Menggemari makanan sireh pinang dan mengungah ibarat lembu memamah biak dimalam hari.  Gigi hitam kemerahan dan kuat meludah dimerata tempat tetapi jarang kelihatan mereka yang merokok.  Kaum perempuan berpakaian sarung dengan baju ala-nyonya dan dikedua-dua belah pipi disapu seolah-olah tepung hasil dari kayu wangian yang diasah dan dijadikan bedak bewarna kuning-kuningan seolah-olah warna kunyit.

Kita tinggalkan Yangon buat sementara dan mengembara keutara kesebuah bandar yang kedua terbesar selepas Yangon dikenali sebagai Mandalay.  Pengembara menggunakan perkhidmatan keretapi untuk sampai ke Mandalay yang jauhnya 682 km.  Bertolak jam 1500 petang dan sampai ke Mandalay pada keesokan harinya jam 0730 pagi.  Perjalanan yang amat memenatkan serta mengerikan dalam sejarah  perjalanan keretapi yang mana pengembara pernah berpengalaman.  Keretapinya adalah tinggalan zaman penjajah dengan landasan selebar 1 meter dan koc tanpa berhawa dingin dan tiada kipas angin didalamnya ibarat keretapi barang yang sudah tidak digunakan dilain negara kecuali pengembara pernah melihat yang sama di Sri Lanka.

Yangon Railway Station

Tambang bagi pelancung asing ialah USD 30 (Upper Class) dan USD 33 (Sleeper Class) jika di bandingkan dengan raayat Myanmar USD 8 dan USD 10 bagi tempat yang sama.  Semua pelancung asing dikehendaki menunjukkan passport dan menggunakan mata wang USD semasa hendak membeli tiket.  Tetapi apa yang lebih baik daripada NegaraKu ialah mereka telah lama menggunakan landasan berkembar dari Yangon ke Mandalay.  Keretapi bertolak perlahan-lahan dan keluar daripada Yangon menuju Pyay, Taungoo, Naypyidow (Ibu kota pentadbiran Myanmar) Tharzi dan Mandalay.  Kelajuan maksima bagi keretapi Myanmar dianggarkan 80 kmj.
          
             Canon Zoom Lens

Dalam cuaca panas dan tiada kipas angin dalam keretapi seolah-olah berada dalam sauna atau oven bagi kita yang lebih selesa dengan kemewahan yang ada.  Tetapi bagi orang-orang Myanmar seolah olah perkara biasa dan merupakan lumrah yang mereka tempohi setiap hari.  Keretapi bergerak terus dan memperlihatkan kepada pengembara tentang Myanmar dari kaca mata sebenar.
Allah Maha Besar, lain padang lain belalang kata pepatah Melayu.  Bumi Myanmar terbentang luas dengan sawah padi menguning saujana mata memandang.  Sekali sekali terdapat petani sedang membajak sawah untuk giliran tanaman padi berikutnya.  Mereka jarang sekali menggunakan peralatan morden sebagaimana kita lihat di NegaraKu dan Thailand.  Membajak cara tradisional  dengan menggunakan dua ekor lembu menarik bajak dan dikendalikan oleh seorang petani.  Sepanjang petang, itu sahaja yang dapat kita lihat dan menunjukan betapa luasnya kawasan tanaman padi di Myanmar.  Jarang sekali terdapat kawasan tanah tinggi atau berbukit-bukit di perjalanan ini sehinggalah sampai ke Mandalay diutara.  Untuk makluman semakin keutara keretapi bergerak semakin sejuk cuaca malam dan difahamkan cuaca pada waktu malam boleh menurun sehingga 15C.

Land of Pagoda.  Negara miskin tetapi diserata tempat terdapat menara-menara pagoda menjulang tinggi.  Pada pandangan pengembara mereka lebih rela membina pagoda yang indah daripada membina rumah atau kehidupan yang lebih baik.  Junta menghabiskan wang untuk perkara yang tidak berfaedah sedangkan raayat dibiarkan hidup melarat tanpa pembelaan.

Rumah-rumah petani amat dhaif dan ibarat rumah ayam diNegaraKu.  Kehidupan mereka lebih miskin jika dibandingkan dengan Cambodia yang dalam arus pembangunan yang pesat. 

Rumah mereka beratapkan jerami dan berdindingkan buluh sepanjang perjalanan siang yang pengembara lihat.  Kesihan bagaimana sebuah Negara ASEAN masih jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan negara barat, timur yang telah 50 tahun kehadapan.  Sesungguhnya mereka mempunyai sumber beras yang menjadi eksport dan makanan utama dunia tetapi tiada usaha dilakukan untuk memodenkan cara  bagi menfaatkan  sumber tersebut.  Petani hidup bergantung antara satu sama lain dengan dan lembu ternakan. 

MANDALAY

Mandalay menyambut kedatangan keretapi pagi dalam cuaca panas pagi dan stesyen keretapi ibarat pasar malam dengan penumpang, peniaga dan homeless bersesak-sesak mencari rezeki.  Pengembara bersahaja sahaja dan melihat bagaimana gelagat sebuah kehidupan yang pasti diharungi dan bagaimana untuk meloloskan diri dari ribuan manusia untuk mendapatkan rezeki sesuap nasi.

Stesyen keretapi Mandalay agak morden binaannya tetapi tanpa pengurusan yang sistematik dan lebih baik jika dibandingkan dengan Yangon.  Terletak ditengah-tengah bandar Mandalay yang dalam pandangan pengembara pembangunannya lebih membangun dan bersih.

Sehari di Mandalay adalah mencukupi untuk mengenali Mandalay secara dekat.  Satu tempat dan pasti menjadi kenangan ialah sebuah Istana lama. 

Mandalay Railway Station

Tetapi bagi pengembara, pencarian keatas umat Islam adalah menjadi keutamaan dan sempat melawat dan melihat beberapa buah masjid.  Perlu diingatkan bahawa di Mandalay ramai keturunan China berasal dari Yunan, China adalah masyarakat Islam yang paling ramai disini. 


Saudara Lukman seorang pensyarah, peniaga merangkap  Imam Masjid dan Isterinya Puan Suhaida dan anak mereka Saudara Terry Mah @ Mashuhao (Email theaccount6@gmail.com) memaklumkan bahawa di sekitar daerah Mandalay sahaja terdapat berpuluh Masjid untuk kegunaan umat Islam beribadat. 

Kami bertukar tukar pandangan ketika saya diberi  kemudahan fasilitas di kedai beliau untuk saya berehat sebelum meneruskan perjalanan. Saya amat berterima kasih diatas sumbangan keluarga beliau yang tidak terhingga seolah-olah kami telah lama berkenalan.  Walhal kami baru saja bertegur sapa dan bertukar maklumat peribadi.  Alangkah indah Islam, kerana  "Islam itu Bersaudara".


Seharian di Mandalay apatah lagi bersama keluarga Luckman yang budiman, kami berpisah dan pengembara meninggalkan Mandalay dengan menaiki bas ke Yangon.  Perjalanan dengan bas amat selesa sekali jika dibandingkan dengan keretapi.  Manakala tambangnya pula cuma USD 14 bagi perjalanan yang memakan masa 10 jam dengan dua kali berhenti rehat dengan bas yang cukup selesa.  Stesyen bus Mandalay terletak 30 minit perjalanan dari bandar dan amat tidak mesra pelanggan khususnya para pelancung dan pengembara.

Melalui Highway empat lorong yang serba canggih serta speed limit 100 kmj.  Pengembara amat teruja dengan pemandu bas di Myanmar.  Mereka mengikut speed limit yang ditetapkan walau pun mereka boleh memecut laju daripada kepantasan yang dibenarkan.  Satu yang menarik perhatian ialah mereka mempunyai satu kawasan rehat yang amat luas dan serba canggih dengan puluhan bas tersusun cantik menurun dan menaikan penumpang selepas berhenti rehat dan menjamu selera.  Terdapat tiga plaza tol sahaja dan  mereka mengenakan tol paling minimum dengan perkhidmatan ekpreesway yang selesa. 
Perkongsian Pengalaman

Tidak seperti diNegaraKu, dengan puluhan plaza tol serta bayaran yang amat tinggi  memaksa pengguna tiada pilihan selain menggunakan laluan tol untuk kesesuatu tempat. Sepatutnya kita perlu mencontohi negara lain khususnya Taiwan, Korea dan China yang membina psarana sistem jalanraya dan keretapi yang tercanggih untuk kemudahan raayat. NegaraKu membina jalanraya sebagai satu sumber pendapatan dan bukannya untuk kemudahan. Membina landasan keretapi berkembar ratusan km panjang tetapi keretapi boleh bergerak pada kelajuan 120 kmj.  Satu sistem ketinggalan zaman jika dibandingkan dengan China yang telah 30 tahun menggunakan trek 120 kmj dan sekarang digantikan dengan landasan bagi kelajuan 300 kmj dan keatas. Satu perkara yang amat tidak wajar dan berfikiran ketinggalan zaman serta menghabiskan wang raayat dengan tidak mendatangkan manfaat malah membebankan.

Sungguh pun Myanmar sebuah negara miskin tetapi mereka telah lama menggunakan sistem jalan keretapi berkembar daripada Yangon ke Mandalay.  Perlu dinasihatkan bahawa perkhidmatan keretapi Myanmar adalah tidak selesa dan tidak selamat.  Belum pernah sebelum ini saya menaiki keretapi dengan gaya seolah-olah menunggang kuda.  Anda akan dibuai kekiri dan kekanan dan melambung-lambung diudara pada tempat-tempat tertentu.  Pengalaman ini amat mengerikan pengembara dan menasihatkan pembaca agar menjauhi perkhidmatan keretapi Myanmar.   

Islam di Myanmar berkembang pesat.  Gerakan dakwah yang diketuai oleh jama'ah tabliq berada dimana-mana masjid.  Masjid diimarahkan sebaik mungkin dengan jemaah memenuhi masjid disetiap kali waktu solat.  Pada hari Jumaat pula menjadi satu fenomina baru dapat dilihat dimana Khatib akan membaca khutbah sambil duduk dan memegang chokmar tidak sebagaimana kita lihat dinegara-negara lain didunia.

Masyarakat Myanmar amat suka mengungah sireh dan pinang.  Oleh yang demikian mereka akan meludah sesuka hati.  Awas dan berhati-hati.
                Mimbar Masjid

     Shwedagon Pagoda Yangon

Kembali ke Yangon diawal pagi, pengembara melawat Shwedagon Pagoda, Pasar Bogyoke, Sule Pagoda, Sungai Ayeyawady dan keseluruhan bandar Yangon.  Kesemua tempat-tempat tersebut terletak kurang 5 km setiap satu.  Kawasan tumpuan pelancung dan lokasi membeli belah ialah Pasar Bogyoke di Boyyoke Aung San Road, kawasan sekitar Sule Pagoda dan di Jalan Anaurahta dan Jalan Maha Bandoola Garden.  Bagi penggemar jade harus berhati-hati agar tiada tertipu dengan barangan dan harga yang ditawarkan.  Bagi saya lain-lain barangan cenderahati adalah sama dengan bandar-bandar lain didunia tetapi harus dibayar dengan harga yang berlainan mengikut tukaran mata wang masing-masing.
                                                                          
                                                                     Yangon Attrations 
                                                               

                                                             Kayu Pewangi Myanmar
                                                                                       

Kunjungan pengembara kali kedua selama 6H/5M berahir disini.  Jika pembaca mempunyai pengalaman lain yang boleh dikongsi bersama, silakan email zainaltobiak@yahoo.com.my.   SALAM

                                            FLY TO BANGKOK FOR FLOOD EVENT

Thursday, 17 November 2011

CHINA BEIJING THE ATTRACTIONS

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum,

BEIJING
                     Celebration  100,000 km Journeys

Metropolitan Beijing bukan asing bagi pengembara setelah tiga kali mengunjungi kota tersebut sejak tahun 2005 dan terahir pada 2010 semasa pengembaraan 3 Trans.  Adalah tidak keterlaluan bahawa semua tempat-tempat menarik telah kami lawati dengan menimba berbagai kenangan manis.

Bagi kunjungan terbaru, Beijing bukan lagi tempat  berbelanja  bagi penggemar berbelanja kerana harga barangan telah melambung tinggi jika dibandingkan dengan dahulu.  Kekukuhan matawang Yuan menjadi faktor utama disamping terlalu ramai pengunjung mengunjungi Beijing untuk berbagai tujuan. 

Bagi pendatang baru, pengembara ingin menasihati agar berhati-hati semasa tawar menawar untuk membeli sesuatu.  Contoh bagi  sepasang kasut  Nike  harga  yang  ditawarkan  ialah lingkungan  900Y   bersamaan   RM 450.00.  Tetapi pembeli perlu bijak bahawa harga tersebut  boleh turun ke 80Y bersamaan RM 40.00.  Lihat betapa perbezaan dan keuntungan jika kita kurang pandai untuk tawar menawar harga.

         Badaling Railway Station

Sebenarnya cerita diatas adalah selingan semata-mata. Pengembara sememangnya tidak berminat bercerita tentang perkara-perkara lain,  selain dari adventure tempat-tempat menarik, sejarah  dan kenangan.  Beijing mempunyai banyak sekali tempat-tempat sejarah yang  wajar dikunjungi bagi mengabdikan bagaimana kemajuan yang dicapai oleh orang-orang terdahulu berbanding dengan sekarang.  Mereka kreatif, berinovasi dan bercita-cita tinggi walaupun tiada kemudahan seadanya dizaman sekarang.  Hasilnya dari usaha dan kepintaran mereka tersergam indah salah satu dari tujuh  pembinaan ajaib didunia  selain binaan-binaan lain yang menjadi mercu tanda negara China khususnya di Beijing.

           The Great wall of China

Merentasi pergunungan sepanjang 1400 km memagari utara China daripada serangan kaum Mongol yang berasal dari Monggolia.  Setiap pelancung @ pengembara sudah pasti tidak akan melepaskan peluang menjejaki kaki mereka ke Tembok Besar Negeri China.  Ibarat kata jika sudah berada di Beijing, kalau tidak ke Tembok Besar Negeri China seolah-olah belum sempurna membuat lawatan ke Beijing.  Pengembara telah dua kali melawat TBNC dan dikedua-duanya adalah dari penorama daerah Badaling.

 Badaling Railway Station

TBNC boleh dilawati melalui empat tempat berasingan.  Walau bagaimana pun para pemandu pelancung lebih meminati untuk membawa pelancung melalui Beijing dan Tianjin daripada dua tempat lain.  Asasnya mudah kerana pengangkutan dan pasarana yang disediakan serta boleh beroperasi sepanjang tahun.  Daripada Beijing terdapat dua pengangkutan darat yang selesa, cepat dan murah disediakan untuk para pelancung, bus atau keretapi.


Perjalanan dengan keretapi lebih selesa dan cepat dan memakan masa satu jam sahaja untuk sampai, manakala jika menaiki bas masa yang diambil hampir dua jam tetapi tambang bas lebih murah daripada keretapi. Diingatkan bahawa diperhentian bas pembaca harus bersikap yakin kerana terdapat "ulat tiket" yang mengatakan tiada bus ke Badaling dan kena bertukar bus distesyen berhampiran.  Sebenarnya semua bas akan berhenti di Badaling Stesyen berhampiran dengan stesyen keretapi.  Rujuk http://www.beijingtransport.com/

Bukti sejarah adalah realiti.  Keindahan dan keutuhan binaan dapat dilihat dengan jelas. China satu bangsa paling rajin didunia dan mempunyai jatidiri yang tersendiri.  Megahnya bangsa China umpama tertegaknya Tembok Besar Negeri China itu sendiri.
                            
 Tienman Square Beijing

Dataran terbesar  pernah pengembara lihat dan berada disana.   Setiap pagi ribuan pengunjung akan hilir mudik disini sama ada pelancung atau peminat seni Taichi.  Disini juga terdapat sebuah mouseliem yang menempatkan mayat pemimpin agung China Moa Tze Tung.  Pembaca akan melihat ramai orang-orang China akan berbaris panjang untuk melihat pemimpin agung mereka.  Lambang petrotik sebuah bangsa yang berjaya.

Berikutnya ZBA akan membawa saudara ke sebuah Masjid yang tertua di Metropolitan Beijing.  Dikenali sebagai Masjid Nueji.  Sebuah masjid tertua dan sederhana besar terletak ditengah-tengah taman yang indah.  Disekitarnya  terdapat ramai masyarakat Islam dan kedai serta Restoran Muslim dan tidak ketinggalan 100M daripadanya sebuah Pasaraya dan Food Court Muslim diatasnya.  Juga beberapa buah hotel yang kemungkinan besar dikuasai oleh masyarakat China Islam.


Dari Masjid Nueji kita beredar sebentar ke Perkampungan Olympik Beijing 2008 untuk melihat mercutanda senibina terbaru bagi negara China.  Dibina disebuah tapak yang luas dan boleh dikunjungi mudah dengan menggunakan perkhidmatan metro bawah tanah.  Ketika ZBA berada disini, cuaca musim sejuk sudah mulai terasa dengan suhu telah pun menurun sehingga 8Celcius dengan tiupan angin kencang setiap hari.  Namun tanda-tanda  turunnya salji masih awal dari kalendar tahunan.


ZBA amat berbangga dan teruja dengan perancangan untuk membuat sesuatu oleh kerajaan China.  Mereka mengutamakan raayat dan mengeluarkan wang tanpa pembaziran  malah apa saja yang dibuat  dapat dinikmati bersama dan kekal buat selama ratusan tahun.  Inilah yang dikatakan perancangan dan inisiatif terbaik bukannya angan-angan sebagaimana NegaraKu.  Contohnya kita.  Membuat bendera terpanjang, kek terpanjang dan segala macam terpanjang, terbesar untuk Malaysia Guiness of Book Rekod.  Semuanya menghabiskan masa dan wang dan tidak lebih dari upacara pemujaan kepada pemimpin dan pembodekan yang tidak habis-habis oleh para-para macai yang haprak.  Kita patut mencontohi negara dunia lain bukannya kita mengatakan kita dicontohi mereka.

Summer Palace Beijing

 Daripada Stadium Olympik terbaru kita melawat Summer Palace yang dibina ratusan tahun dan kekal untuk tontonan umam masyarakat dunia hingga kini.  Masih utuh, cantik dan kaya dengan seni bina tempatan dan terletak diatas sebidang tanah yang luas dan berhampiran sebuah tasik yang indah.  Terletak hampir 35 km keutara Beijing tetapi jika bermetro cuma Yuan 2 bersamaan RM1.00.  Metro NegaraKu dari Setiawangsa ke Ampang Park pun sudah RM 1.60.

Semua berhubung Summer Palaca saudara boleh rujuk dalam web-web yang banyak tersedia. www.chinatravelguide.com , wwwchinahighlight.com, wwwchinamuslimtour.com dan sebagainya.  Dibawah ZBA hanya memaparkan gambar-gambar pilihan terbaik disekitar Summer Palace for you eyes only.



 





Selepas 7H/6M di Beijing, ZBA sempat merakamkan sedikit gambar-gambar sekitar Tianjin untuk tatapan bersama. 
Tianjin Mosque

Pemandangan Dalam Masjid-Masjid di China.  Mereka sujud diatas tikar jerami sedangkan kaki mereka diatas carpet yang tebal.  Satu situasi yang amat berbedza dari negara-negara lain.  Kata mereka paling 
rapat  Sujud  ditanah menunjukan lebih tunduk dan dekatnya penghambaan kita kepada Allah.  
Lihat saf-saf digambar atas dan bawah.


Pemandangan Indah Bandaraya Tianjin diwaktu pagi




 
Pemandangan 37,000 kaki di Udara dari pesawat Airbus 330 daripada Tianjin ke Kuala Lumpur.

Assalamualaikum.  SALAM