Dengan Nama Allah yang Pemurah lagi Maha Pengasihani
Assalamualaikum,
Assalamualaikum,
Bermula dengan Muharram dalam Kalender Islam 1334H. Disember 2012 bulan terahir dalam kalender masihi. Bulan paling bosan bagi kehidupan seorang pengembara jalanan. Bulan paling sibuk dengan kenduri kendara. Juga bulan paling banyak dikurniakan Allah rezeki buah-buahan tempatan tahun ini. Dikebun ZBA, durian sekadar boleh makan gugur dalam bulan ini.
Rambutan masih kemerahan dipokok tanpa dituai kerana harganya tidak setimpal dengan gigitan nyamuk, semut hitam, kerengga dan unggas kebun. Manggis, pagi petik, petang pun petik lagi. Masak kehitaman melanjut pokok sehingga ketanah. Berjurai buah disana sini. Menyentuh hidung dikala memetik dari dahan yang rendang. Syukur Alhamdulillah sejak bertahun inilah tahun pertama diberi rezeki oleh Allah untuk rezeki orang lain juga. Purata 50 kilo dapat dijual setiap hari kepada pemborong. Walaupun harganya tidak seberapa kerana persaingan tetapi dengan lambakan yang begitu banyak, adalah memadai dan dapat merasa juga dari hasil penat lelah menjaganya selama ini.

Berahirnya Disember dan dengan kedatangan Awal Muharram juga menambahkan lagi usia kita. Mendekatkan lagi kita kepada ajal maut. Tetapi bagi ZBA, pengembaraan harus diteruskan dengan sisa umur yang Allah kurniakan. Menonjolkan seberapa banyak kenyataan dari mata yang melihat untuk tatapan jenerasi pengembara akan datang. Inilah yang dinamakan pusingan dalam sebuah kehidupan. Sebagai melabuhkan tirai ..............................2012.
Hadyai Dinner tour begin 28 Disember - 31 December 2012 di Khlong Hae.
Sahabat dan Para pembaca yang budiman,
Memandangkan ....
http://www.zainaltobiaktravel.blogspot.com
telah tidak boleh memuatkan lagi gambar-gambar kedalam blog ini maka ZBA telah membuat keputusan untuk mereka bentuk satu blogspot baru yang diberi nama
http://www.zainaltobiaqtravel.blogspot.com.
Blog tersebut akan mula memasuki era pengembaraan terbaru mulai 01 Dec 2012.
Terima kasih diatas semua sokongan dan blog ini akan kekal dengan 100 paparan pengembaraan yang sedia ada dan akan diedit jika terdapat bahan-bahan yang berguna untuk diketengahkan.
Salam hormat dari saya. email : zainaltobiak@yahoo.com.my atau Talian hayat : 6012 684 3448.
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2013
Assalamualaikum