Friday 3 August 2012

AROUND THE WORLD VISA


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Asssalamualaikum,

Segalanya bermula disini.  Dengan azam yang kuat, kewangan yang mencukupi dan kesihatan yang mengizinkan, maka perjalanan boleh diteruskan dengan satu lagi syarat mutlak.  Passport ditangan dan Visa kebenaran didapati.  Maka bermulalah langkah selepas semuanya perkara-perkara diatas diatasi. 

Sedar atau tidak kini ZBA telah menggunakan 9 Passport Antara Bangsa yang nilainya telah mencecah ribuan RM.  Bermula daripada Border Pass beharga RM 10.00 kini kepada passport yang bernilai RM 300.00. 











Semua tarikh  sah laku Passport 1M ialah empat tahun enam bulan.  Oleh yang demikian  pembaca harus ingat dan mengingati bahawa 6 bulan sebelum tamat tempuh, passport harus diperbaharui sebelum keluar negara.



Visa diatas paling mahal dalam sejarah pengembaraan ZBA. Harganya RM 600.00 dan pembaca dikehendaki menghubungi pihak kedutaan dan mendapatkan melelui ejen yang   dilantik.


                                                                          

Pengalaman berharga untuk mendapatkan Visa perjalanan.  

Pakistan.  Perlu mendapatkan saringan yang ketat dan pembaca akan ditemuduga sebelum visa diproses dan diberikan kelulusan untuk mendapatkajn Visa perjalanan.  Tempuh masa paling pendek yaani bagi jangkamasa 14 hari sahaja.  Walau bagaimana pun paling effishien kerana proses cuma mengambil masa 4 jam sahaja untuk disiapkan.

Jepun.  Proses untuk mendapatkan Visa agak ketat.  Banyak supporting document perlu disertakan dan tertakluk kepada syarat-syarat yang dikenakan.  Proses mengambil masa 3 hari bekerja dan paling menggembirakan kerana Visa untuk raayat 1M tidak dikenakan bayaran tidak sebagaimana permohonan dari negara-negara lain.

India.  Satu-satunya negara yang mengamalkan double entry visa kepada semua pemohon.  Tetapi sebelumnya  ZBA pernah diberikan Triple Entry untuk melawat India.  Jangkamasanya  pula ialah 6 bulan bermula daripada tarikh memasuki India.  Harganya ialah RM 162.50.  

Menggunakan sistem online sepenuhnya semasa membuat permohonan.  Sungguh pun demikian, pembaca harus ingat bahawa memasuki India selepas kemasukan kali pertama adalah dengan syarat selepas 2 bulan keluar daripada India.  Namun sebagai pengembara mereka boleh memasuki semula pada bila-bila masa dengan syarat mendapat kebenaran dan pengesahan daripada Imigresen terahir keluar daripada India (Exit point)  dan membayar sejumlah INR 500 sebagai penalti. Surat permohonan hendaklah dibuat terlebih dahulu dan disetemkan oleh pihak Imigresen sebagai bukti permohonan returned journey diluluskan.

Bagi negara-negara lain tiada masalah dan paling senang Negara-negara EU yang langsung tidak mementingkan dokumen perjalanan diperiksa dari sebuah negara kesebuah negara lain.  Tetapi yang banyak mengundang kerenah ialah negara-negara Afrika dan Timur Tengah serta Asia Tengah.  Apa pun ..............


 HAVE A SAFE AND PLEASANT JOURNEY
































PAGE UNDER CONSTRUCTION.  SORRY SIR

No comments:

Post a Comment