Sunday 12 August 2012

WORLD ARCHITECTURE & ARCHEOLOGICAL HERITAGE

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum,

Lain padang lain belalang.  Itu kata pepatah  Melayu, sama ada boleh digunakan atau tidak lagi mungkin satu persoalan.  Tetapi apa yang sebenarnya yang hendak ZBA paparkan  ialah hasil kerjatangan kecantikan seni bina bangunan-bangunan yang bersejarah yang pernah dilawati.  



Bangunan    sejarah ini banyak yang telah   tidak digunakan malah telah ditinggalkan tetapi dipelihara sebagai "Heritage Building" kerana ketinggian nilai seni yang dipamirkan.  Sesetengah nya telah digezetkan oleh UNESCO sebagai peninggalan sejarah yang terpelihara. 
Koleksi Moscow Russia

Lain negara lain budaya.  Ungkapan ini dapat kita lihat dari gambar-gambar yang menunjukan diantara sesebuah negara itu mempunyai seni kerjatangan yang berlainan.  Semuanya unik dan berketerampilan serta canggih.



Colombo dan Kandy Sri Lanka 

               
Bawah : Taipeh Taiwan
                                             
Tetapi malangnya diNegaraKu, contoh Bangunan Sultan Abdul Samad dan Stesyen Keretapi Kuala Lumpur tidak dipelihara dengan baik.  Bangunan yang sepatutnya ditinggalkan berwajah asli telah dicat dan diubahsuai tanpa mengambil kira kesan tawarikhnya. Kesannya jika kita bertanya kepada pelancung asing " atau wellcome mereka ke 1M", ternganga mereka dibuatnya. 


Seoul Korea Selatan 


Pertama, kerana tak tahu dimana negara 1M dan yang kedua disoalnya "what  is  special  about  Malaysia".  Kita  pula  yang   ternganga.  

Istana Musim Panas Tipu Sultan di Banglore India


Masjid Baitul Rahman tertegak teguh dan indah walaupun bangunan disekelilingnya ranap dan hancur lebur ketika peristiwa Tsunmai melanda Bandar Acheh.  Satu peringatan daripada Allah atas kebesaranNya.



                                    







   Rumah tradisional Masyarakat Acheh yang dipamirkan di Muzium Bandar Acheh, Indonesia.  Dibina berdasarkan  dari  ciri-ciri  keaslian  sebenar.




Angkor Watt  Cambodia                  




















                                 

                           




Angkot Watt satu monument bersejarah terkena1 di Cambodia.  Terletak 12 km daripada bandar Siem Reap.  Manakala gambar  dibawah pula ialah Chandi Borobodur di Yokjakarta Indonesia.  


Sengaja ZBA letakan kedua-dua "Seven Wonders in the World" ini atas bawah untuk senang dibuat perbandingan diantara 2 senibina yang unik dan kreatif.













 Atas, tanah perkuburan orang-orang Jepun di Osaka dan dikanan ialah Osaka Catsle yang terkenal.



Atas kiri ialah Todaiji Temple (Buddhist Temple) yang terbesar pernah dibina dan terletak di Nara, Jepun.


Sekiranya pembaca membuat pelayaran dengan Yangtze River Cruise,  Shibaozhai Temple adalah satu perhentian  yang menjadi tumpuan pelancung.  Terletak disebuah bukit bersebelahan Sungai Yang Tze Kiang.  
Temple ini dibina di Abad yang ke 18 dan mempunyai ketinggian 12 tingkat.  Di kenali dikalangan pelancung sebagai "Stone Treasure Stronghold".  Agam seram juga semasa melawat kawasan ini.   





Dua landmark terkenal di bandar Guilin dan bandar peranginan terkenal Yangshuo di China.




Gambar bersebelahan dan dibawah menggambarkan 3 buat rumah ibadat bagi tiga perbezaan agama di Mandalay dan Yangon, Myanmar


 CONTINUE SOON.  THANK YOU
















































Saturday 4 August 2012

PAKISTAN JOURNEY WITHOUT END

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum,

Jauh perjalanan, meluaskan lagi mata memandang.  Memendekkan lagi akal sesiapa yang ingin berbohong.  Mengecilkan lagi dunia yang telah dilawati.  

Sebulan sudah terhenti perjalanan dan kini disambung semula.  Destinasi kali ini bukan lagi asing malah Singapura puluhan kali, India bagi kali keempat dan Pakistan bagi kali yang kedua.  Tetapi sebagai menghormati teman, pengembaraan akan diteruskan.

Persiapan untuk ke Pakistan agak berbedza kali ini.  Rancangan awal kami akan melintasi Korokoram Highway daripada Pakistan ke China dan kembali melalui Beijing atau Chengdu.  Dari Lohore ke Islamabad, Gilgit, Such, Tashgorkhan, Kashgar, Urumqi, Lhasa dan Chendu/Guilin di China.  


Tetapi setelah dimaklumkan oleh Kedutaan Pakistan di KL, dewasa ini semua pengembara tidak dibenarkan melintasi sempadan Pakistan-China dibandar antara sempadan Such dan Tashgorkhan yang merangkumi 173 km "No  Mans Land".  Demi keselamatan kami membatalkan hasrat tersebut dan percubaan kali kedua akan dilakukan daripada Tashgorkhan di Wilayah China ke Such di Pakistan apabila keadaan mengizinkan.

Perancangan awal kami ialah penerbangan Air Asia ke Singapura transit sambil melawat Singapore Air Force Muzium di Paya Lebar.  Sebelah petang terbang dengan Indigo India ke New Delhi.  

                               Hirakund Express to Agra
Semalaman di Delhi dan bertolak ke Agra dengan Keretapi Bhopal Shtbdi Express.  Melawat Taj Mahal, Agra Fort, Agra Delhi Gate dan Padam Plaza.  Tengah malam bertolak ke Amritsar dengan Amritsar Express.  Keesokan harinya  melawat Kuil Singh terkenal Golden Temple dan Jalianwala Bagh.  Bertolak ke Attari-Wagah Border ke Pakistan.

Memasuki Pakistan melalui Wagah Border menuju Lahore.  Daripada Lahore, kami akan merayap ke Islamabad, Rawalpindi, Abbottabad, Beshan, Chilas, Gilgit, Bungi, Skardu, Khaplu, Shigar, Shangrila, Deosai dan Sadpara dan kembali ke Gilgit dan seterusnya Lahore.  


Daripada Lahore, Pakistan kami back trek ke Amritsar dan New Delhi.   Walking Tour New Delhi dan keesokannya terbang dengan Indigo ke Kolkata.  Semalaman di Kolkata untuk membeli belah sebelum terbang semula dengan Air Asia ke Kuala Lumpur.









Daripada Wagah, kami menaiki teksi ke Lahore dengan bayaran Rp 900.00 (RM 27.00).  Di Pakistan ketika ini cuaca amat panas,  melekit, berpeluh dan bergetah badan.  Menginap di Hotel Lanai sebelum bertolak ke Islamabad pada kesokan harinya. 

Alhamdulillah malam ini kami mempunyai acaran secara kebetulan. Kami diajak untuk makan malam dirumah seorang sahabat Pakistani yang pernah dikenali oleh teman kami  10 tahun yang lampau.  Mereka  berpisah agak lama dan insyaallah malam nanti mereka akan diketemukan semula. 

Disenja petang kami dibawa dengan Toyota Land Cruiser menempuh kesesakan lalulintas di Lahore menuju Gutranwala sebuah bandar perindustrian 65 km keutara Lahore.  
Perjalanan mengambil masa dua jam dan diperjalanan ini kami dapat melihat aktiviti semasa penduduk setempat. Kebetulan ketika ini musim buah-buahan seperti mangga, pears, Afghani melon, anggur dan apples dijual dimerata tempat samaada di pasar atau ditepian jalan  di Pakistan.  Difahamkan bahawa buah mangga datangnya dari Daerah Punjub, Afghani melon daripada timur Pakistan termasuk Afghanistan, anggur, pears dan apples daripada kawasan Hunza dan sekitanya.

                                              Menjejaki jam 10 malam kami sampai di Gutranwala selepas menempuh perjalanan di lebuhraya bertol yang selesa. Kenderaan yang kami tumpangi tidak dikenakan tol dan bebas bergerak pada kelajuan hampir 150 kmj dan merupakan satu keistimewaan untuk tidak berhenti dimana-mana tol plaza.  ZBA sendiri agak hairan dengan keistimewaan bagi pemilik kenderaan tersebut.  Siapa dan status beliau akan ZBA paparkan dalam blog secara berasingan.

Daripada laluan bertol kami memasuki kawasan perumahan yang padat dengan jalan yang berlubang disana sisini.  Seterusnya memasuki laluan tanah merah yang sempit dengan dikiri kanan rumah-rumah batu bata yang tidak terurus, berlumpur serta kotor.                 

Kawasan yang dimaksudkan tidak ubah seperti stinggarden di negara 1M.  Dipersimpangan lorong kecil kenderaan 4 X 4 yang kami tumpangi berhenti.  Kami diserbu sekumpulan lelaki  seramai 8 orang lengkap bersenjata AK 47 dengan megazin berkapisiti 72 rounds dikiri kanan kenderaan.  Gemuruh dan gementar juga melihat gelagat mereka tetapi kami mengukirkan senyuman dan dibalasi senyuman.  Pintu kenderaan dibuka dari luar dan kami mengucapkan salam dan dibalas salam dengan tangan berjabat erat seolah-olah telah lama mengenali antara satu sama lain. 

Dua minit kemudian muncul seorang lelaki dari sebuah rumah usang dalam usia lima puluhan dengan amat mesra mengucapkan salam dan memeluk ZBA yang secara kebetulan berada diarah berhadapan.  Beliau memegang erat tangan dan berdakapan dengan penuh mesra tanpa segan silu.  Disusuli dengan tiga sahabat kami yang lain.

Kami dipelawa masuk kedalam rumah tiga tingkat, rumah teres seumpama berek tempat tinggal pekerja keretapi (KTM) satu masa dulu. Tidak dibenarkan menanggalkan kasut dan dibawa terus ketingkat tiga dan beristirehat didalam bilik tidur utama.

Tiga daripada kami dududk bersama tuan rumah  diatas katil dan ZBA dan dua lagi dikerusi yang disediakan.  Kami berpandangan antara satu sama lain kerana diberi layanan yang sungguh asing bagi kami.  Kami berbual dengan pengantara kerana tuan rumah tidak boleh berbahasa Inggeris, tetapi tetap mesra dan menggembirakan.  Apatah lagi bagi sahabat kami Tuan Haji Abd Hamid yang telah 10 tahun berpisah dengan keluarga ini. Kami dihidangkan dengan susu lembu asli  pekat manis setelah dicampurkan dengan "Sprit".  enak dan menyelerakan. 

Adalah amat janggal bagi ZBA berada dalam bilik tidur utama sebuah keluarga begini dengan tidak menanggalkan kasut dan berbual seolah-olah berada diruang tamu disebuah rumah di1M.  10 minit kemudian  Ms Jacqui  dipisahkan kesebuah bilik lain juga yang merupakan bilik tidur sebagai tempat menyambut tetamu.  Dimaklumkan bahawa di Pakistan, lelaki dan perempuan tidak boleh bersama-sama dalam satu tempat kecuali dalam sebuah keluarga, itu pun secara bersyarat yang ketat.
  
Secara kebetulan pada malam ini terdapat satu kenduri perkahwinan sedang berlangsung bersebelahan rumah yang kami kunjungi.  Kami dengan mesra dijemput untuk turut serta dalam upacara berinai pasangan pengantin.  Bagai pucuk ulam mendatang, setidak-tidaknya malam ini kami dapat menimba pengalaman tentang adat dan istiadat perkahwinan masyarakat di Pakistan.  


Lain padang lain belalang, itulah pepatah yang tepat bagi masyarakat Pakistan dalam urusan perkahwinan jika dibandingkan dengan kita.  Malam berinai diadakan dirumah pengantin perempuan dan dihadiri oleh kaum wanita sahaja.  Kaum lelaki akan berada diluar rumah dan berhibur secara adat dengan gendang dan bungi-bungian lain.  Tetamu diajak menari dan ketika itu tetamu khas akan mengeluarkan wang dan dihadapkan kedahi peserta dan diambil (sambar) oleh seorang lelaki lain dan  dimasukan kedalam bekas.  Perkara diulangi puluhan kali selagi ada tetamu yang ingin menghulurkan bantuan wang kepada majlis tersebut.  Dalam sessi kunjungan kami, tetamu diberi sambutan mesra dan penuh kegembiraan.

Adat perkahwinan keluarga Pakistan akan berahir selama tiga hari sehingga majlis reception dilakukan samaada dirumah pengantin atau didewan-dewan.  Keluarga terdekat akan dijemput termasuk tetamu-tetamu bagi meraikan sesuatu perkahwinan.

Perkongsian pengalaman.  Pertama.  Pengantin lelaki dan perempuan di Pakistan bertemu jodoh adalah melalui "Family arrangement" atau "Arrangement marriage".  Jarang sekali yaani sekitar 10% sahaja atas dasar cinta dan pilihan sendiri. Mereka bertemu jodoh dalam sesama keluarga dan jarang juga melibatkan  keluarga luar dari kalangan mereka.  Apa tujuan ZBA kurang pasti malah difahamkan   bahawa cara ini adalah lebih praktikal demi menjaga nama baik, harta peninggalan, zuriat dan jenerasi dan sebaliknya.

Kedua.  Pasangan pengantin tidak boleh bersama walaupun upacara pernikahan telah disempurnakan jika belum mengadakan majlis "receiption".   Sekiranya berlaku perpisahan diantara jarak tersebut, sehari, sebulan, setahun atau sebagainya sebelum receiption mereka tidak boleh hidup bersama sebagai pasangan suami isteri.  Sah disisi agama tetapi tidak sah disegi adat.  Dalam jangkamasa tersebut sekiranya pasangan lelaki ingin membawa isterinya keluar rumah, mereka wajib ditemani oleh keluarga masing-masing dalam semua pertemuan.  

Ketiga.  Pihak pengantin perempuan adalah peminang bagi keluarga lelaki.  Dauri akan dibayar oleh keluarga  perempuan kepada keluarga lelaki dalam bentuk emas kepada bakal menantu.  Pihak keluarga lelaki pula wajib menyediakan semua keperluan asas rumah tangga kepada pengantin perempuan.  Difahamkan dalam masyarakat Pakistan jarang berlaku penceraian selepas sesuatu ikatan perkahwinan dilangsungkan.

Malam telah larut dan kami dihantar pulang semula ke Lahore dengan penuh hormat.  Ribuan kata-kata dan doa agar kami kembali lagi kesini.  Kami sambut dengan bisikan Insyaallah.



CHEAP BUT GOOD TASTE