Wednesday 30 May 2012

ITALY VENICE

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum,

Dari Ljubljana kawasan tanah tinggi  Slovenia menuruni tanah tinggi dan mendatar di kawsan tanah pamah dan seterusnya kekawasan berpaya Venice, diItaly.  Sepanjang perjalanan ZBA dihidangkan dengan pemandangan yang begitu mendamaikan namun sedikit tergannggu mengenangkan bagaimanakah kecantikan Venice sepertimana pernah ZBA terbaca dan mendengar dari cerita-cerita teman yang pernah kesini. 


Petang, suhu sekitar 10C namun diluar cuaca agak mendung dan sesekali pancaran matahari terik menjatuhkan sinar diatas permukaan air dan memancar pantulan  cahaya keudara. Cantik dengan pemandangan yang sangat menakjubkan.   Klip, kliiiiip, kliiiiiiiiiiiiiipppppppppp.  Canon 450D dengan puluhan kali snap gambar  untuk tatapan semua. ZBA memasuki gerbang Kota Venice.  Rasanya tidak sabar menanti untuk mendaftar di Hotel penginapan dan terus merayap. 


Hakikatnya  ZBA meninap di kota Venice dan bukannya di Venice yang menjadi tumpuan pelancung.  Jarak diantara keduanya ialah 15 minit perjalanan dengan bas awam.  Satu option yang baik kerana semua kenderaan adalah tidak dibenarkan memasuki "PerkampunganVenice" walaupun basikal.  Pilihan yang ada adalah berjalan kali atau menggunakan water bas diterusan. Siapa kita dan dari mana  kita, dikepulauan kecil Venice semuanya berjalan kaki.

                                                      Anggaran ZBA hampir 15 km ZBA berpusing keliling sehinggakan kekuda menjadi longgar.  Tetapi Alhamdulillah oleh kerana cuaca sejuk, perjalanan dikedinginan petang yang panjang sehingga 9.00pm baru terbenam matahari tidak meninggalkan kesan apa-apa.  Ini ditambah lagi dengan keasyikan melihatkan kecantikan Venice disamping memikirkan bagaimana kreatifnya bangsa Italy membina sebuah bandar terapung Venice yang terkenal diseluruh dunia. 


Venice dibahagikan kepada tiga bahagian.  Bahagian daratan (Pusat pentadbiran dan commersial), bahagian kepulauan besar (Perhentian semua kenderaan ke Venice) dan Venice yang mengadungi 140 pulau-pulau kecil. Dipisahkan oleh sebuah selat yang luas  dengan jalanraya empat lorong dan lintasan keretapi.  Sebuah tempat atau terminal bas dibina khas untuk mengambil dan menurunkan penumpang sahaja. Ini bagi menjanjikan kestabilan tanah di pulau-pulau kecil Venice daripada mendap.  Mengikut kajian Venice mengalami kemendapan dari masa kesemasa dan boleh  dikatakan  setiap   hari  akan   mengalami  banjir.  Berikut   aktiviti  penting  bagi  pelawat  ke Venice.


Venice famous for its canals, beauty, gondolas, and mask festival, it lays claim to some history's most enigmatic character namely Marco Polo and Giaccumo Casanova.  Visit the Doges palace and the prison Casanova was held in, and walk across to the processing court by way of the Bridge of Sighs !.  Enjoy a gondola right or checkout the Guggenheim Museum as well as the inside of Saint Marks basilica.


Dikepulauan Venice tiada jalan raya.  Cuma lorong-lorong kecil khusus untuk  pejalan kaki sahaja. Terusan berada dimana-mana.  Water Bas dan Water Taxi (Sampan & boat) bersepah dibelakang atau didepan rumah kediaman dan merupakan pengangkutan utama.



Sedikit tentang Gondola.  Sebenarnya gondola adalah perahu yang dihias cantik samaada bewarna hitam atau biru.  Tidak menggunakan enjin tetapi dikayuh oleh pengayuh yang berpakaian kemas tradisi Italy.  Amat sesuai untuk pasangan berbulan madu atau pasangan-pasangan tua  (Orang Eropah yang intim berpasangan setelah berumur). Kos penyewaannya agak mahal tetapi pengalaman menyusuri terusan demi terusan di Venice adalah satu kenangan abadi seumur hidup. Sesetengah gondola  menyediakan minuman untuk tetamu.



Kepulauan Venice mempunyai kepadatan penduduk seramai 60,000 orang.  Bangunan kediaman tertinggi adalah sekitar enam tingkat sahaja.  Boleh kita katakan "flat" lama  dalam bahasa mudah.  Tiada kelihatan rumah-rumah sesebuah kecuali dikepulauan luar daripada "Venice".  Tidak dapat juga hendak dibezakan diantara yang kaya dan miskin kerana semuanya nampak dalam kategori rumah kediaman yang sama. 

                                                   Tiada deretan pusat commersial kecuali kedai-kedai dicelah-celah dan dibawah-bawah Flat kediaman.  Walau bagaimanapun disesetengah tempat kedai-kedai mereka setaraf dengan kedai-kedai di KLCC yang menjual barangan berjenama terkenal seperti barangan kemas, pakaian berjenama, barangan kulit, jam dan sebagainya.  Puluhan restoran bertaraf antarabangsa  dengan ratusan menu menanti pengunjung penuh sopan. Gambar disebelah menunjukan  kepada kita bagaimana kecanggihan pusat commersial di Venice diwaktu senja.  Air sedang pasang menghampiri paras verenda tetapi aktiviti harian berjalan sebagaimana kebiasaan.  Beberapa pengalaman menarik ZBA ingin berkongsi bersama dengan pembaca.


Di sekitar Venice adalah bangunan lama tetapi tiada menunjukan kesan-kesan keretakan pada bahagian-bahagian bangunan sungguh pun berada diatas pulau yang padat  dan dikelilingi oleh terusan yang berair. Kebimbangan mereka cuma adalah mendapan pulau itu sendiri yang menyebabkan ramai daripada penduduknya telah berpindah kedaratan.


Varenda bangunan adalah laluan penting yang boleh dianggap sebagai "No men land".  
Dibina sebagai benteng untuk menahan bangunan daripada terjatuh kedalam terusan.  Tiada kelihatan  langsung tanah walaupun semasa paras air surut.  Jambatan-jambatan kecil dibina diantara sebuah pulau dan sebuah pulau yang lain ditempat-tempat yang strategik.  Sekiranya kita dijatuhkan disalah sebuah pulau di Venice, kemungkinan kita tidak akan mengetahui bahawa kita berada diatas pulau.  Maksudnya untuk menggambarkan bagaimana teliti sekali perancangan pembangunan Venice sejak zaman berzaman.
Venice sebuah kota yang bersih daripada sampah sarap.  Terusan bersih dan airnya jernih sepanjang masa.  Kekadang tidak dapat dinafikan adanya kekotoran tetapi  kerana kunjungan puluhan ribu pelancung setiap hari adalah sebagai  faktor kecacatannya.  Pelancung ke Venice tidak terhad kepada pelancung tempatan, backpacker, rombongan dan sebagainya.  Malah, pada setiap waktu di pelabuhanVenice setidak-tidaknya lima buah Cruise Mewah berlabuh dan  menurunkan  pelancung dari kalangan elit dari seluruh dunia. 
Rumah flat, tetapi flat yang bagaimana ?.  Kita akan melalui celah-celah flat semasa melawat keseluruhan Venive.  Tetapi pelawat tidak perlu bimbang akan adanya kejatuhan objek daripada atas, malah sampah sekalipun. Terus terang ZBA katakan dalam hati ini tergerak dan takut sekali untuk memandang keatas semasa melawat Venice.  Ingatan ini kerana fobia mengenangkan Flat, pangsapuri malah Kondo sekalipun  diNegaraKu yang yang tidak termaktub langsung disiplin dan tatacara kejiranan sebagai penghuni rumah-rumah bertingkat atau berkelumpuk.  Sampah adalah satu fenomina biasa berselirak dimerata tempat.


Gambar-gambar ini dirakamkan  diVenice lebih kurang jam 9.00 malam dengan menggunakan Olympus Camera.  Jam 9.00 malam adalah waktu  maghrib dan air sedang pasang penuh di kota Venice.

Anjing adalah binatang najis bagi umat Islam.  Kuching adalah sata-satunya binatang kesayangan untuk dipelihara dirumah.  Di Venice ia adalah bertentangan dan disebaliknya.  Mereka amat menggemari anjing diri berbagai specius yang cantik dan berbagai saiz. Oleh yang demikian apabila sesaorang muslim berada di Kota Venice harus senantiasa berhati-hati semasa berjalan agar tidak tersentuh dengan anjing.  Samaada kita berada di suparmarket, jalan-jalan, dalam kenderaan awam seperti bas dan keretapi dan sebagainya.  Sungguh pun pada zahirnya anjing mereka kelihatan bersih tetapi pada pandangan ZBA sepatutnya mereka tidak membawa anjing di khalayak ramai.  Tetapi disini anjing dimana-mana dan kita tidak akan nampak kuching berkeliaran.

Terusan di Kota Venice, airnya  bersih dan berkocak seterusnya seolah-olah membuka jalan kepada kenderaan air.  Rumah Flat berhimpitan diantara satu sama lain yaag  dipisahkan oleh terusan sekecil 10 kaki dan lebih. Airnya terpelihara bersih dan jernih,  tiada bau yang tidak menyenangkan, tiada sekeping pun sampah-sampah atau bekas-bekas plastik berapungan, sampan-sampan terikat kemas dengan talian ketebing.  Itulah pandangan tentang sebuah kehidupan yang bertamadhun.  Mereka membina kediaman mengadap keair sebagai tempat mencari ketenangan dan memelihara alam segajat sebagai satu kepastian.

Jika dibandingkan dengan NegaraKu, adalah jauh panggang dari api. Sejauh Venive dengan Kuala Lumpur. Kita membina rumah mengadap jalan dan dapur mengadap kesungai atau terusan agar senang lagi menyenangkan.  Semua sampah sarap diterjunkan kesungai.  Tandas dibina diatas sungai dengan hasrat untuk memberi makan ternakan air.  Air sungai diampang ditapis dan seterusnya disalurkan untuk minuman. Kita minum air sampah dan air taik sendiri.  Itu perangai bangsaKu.  Sebab itulah susah untuk berubah kerana telah sebati dengan taik.  Contoh paling ketara, Sungai Kelang, balik kampung dan perhatikan sampah dimana-mana.  ZBA tulis bukan untuk menghina tetapi hasil dari penglihatan bagi dua tempat tersebut untuk dibandingkan.  Bolehkah kita mengtranfomasikan diri kita ?.

Sebenarnya apa yang ZBA ingin terangkan disini ialah berkenaan sistem pembentungan najis dan air kumbah an dan limpahan seharian di Kota Venice.  Diperhatikan malah kagum dengan perancangan mereka untuk ratusan tahun.  Tiada kelihatan setitiskan pun air mengalir dari rumah kediaman kedalam terusan.       Cuba kita bayangkan penempatan perumahan diatas air, bagaimana dan dimana mereka salurkan najis dan air kumbahan keluar dari Kota Venice. Kalau di NegaraKu, memang tidak hairan kerana semua khazanah berada didalam Sungai Kelang. Sesungguhnya  mereka  membina tamadhun dan tamadhun itu sendiri menjadikan mereka sejarah yang berguna.  


Banyak sudah diceritakan tentang Venice.  Baik kita beredar untuk bandar yang lain pula tetapi masih di Italy.  ZBA seterusnya meneruskan perjalanan awal pagi menuju Florance dalam perjalanan ke Rome.  

WE'RE ON OUR WAY






Tuesday 29 May 2012

SLOVENIA LJUBLJANA

Dengan Nama Alllah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum,

Sebuah negara kecil yang dahulunya dikenali sebagai Yoguslavia dan berpecah membawa kepada negara berasingan mengikut jumlah majoriti kaum.   Slovenia dengan penduduk berbangsa Slovenes dan berbahasa Slovenian.  Croatia bagi bangsa Croats dan Serbia bagi bangsa Serbs.  Ibu negaranya ialah Ljubliana dengan kepadatan penduduk keseluruhannya Slovenia berjumlah 2 juta orang.

Keadaan muka buminya bergunung- ganang tetapi hamparan tanah rata sayup mata memandang.


Ternakan lembu tenusu dan pertanian adalah sumber yang jelas dapat dilihat.  Bagi ZBA Slovenia merupakan sebuah negara hijau di Eropah (Green Country).  Penduduknya  memiliki rumah-rumah yang sederhana besar jika dibanding dengan negara-negara Eropah yang lain.  Perhubungan lebohraya setanding dan memberikan keselesaan pemanduan yang lancar.

Lebohraya mereka juga dikenakan tol dan sepanjang perjalanan yang ZBA tempuh di Slovenia hanya terdapat enam buah tol sahaja yang beroperasi.


Perkongsian pengalaman. Satu perkara yang menarik untuk dikongsi bersama.  Agak ganjil tetapi benar.  Di Slovenia, kenderaan kecil (empat roda) yang memasuki lebohraya bertol tidak dikenakan tol sebagaimana sepatutnya. Terdapat lorong khas bagi mereka dengan tertulis perkataan "Vinjeta" atau dalam bahasa kita "Percuma".  Tol hanya dikenakan kepada kenderaan besar dan berat sahaja itu pun dengan kadar berpatutan.  

Dengan lain perkataan, bolehkah perkara yang sama dibuat kajian dan dilaksanakan di NegaraKu.  Sebenarnya tiada mustahil perkara yang sama dapat dilaksanakan dimana-mana negara yang mementingkan kebajikan kepada raayatnya.  Walhal perkara seperti perkhidmtan Jalanraya, Letrik, Air, Pelajaran dan Kesihatan adalah satu keperluan yang wajib disediakan oleh pihak pemerintah kepada raayat sebagai keperluan asas.


Bayaran perkhidmatan asas hendaklah dalam bentuk mampu bayar dan bukan untuk diperniagakan sebagai satu sumber kepada khazanah negara sebagaimana diamalkan sekarang.

Dikesempatan masa terluang, ZBA mengambil kesempatan melawat beberapa tempat tumpuan pelancung di Bandar Ljubliana dan merakamkan gambar-gambar sebagai kenangan bersama. Ljubliana  juga disebut-sebut sebagai Culture Capitol of the Republic. Diantara tempat-tempat menarik ialah Triple Bridge dan Dragon Bridge.



Insyaallah selepas ini ZBA akan memasuki Italy dan destinasi pertama di Italy ialah Venice.  Wooooo, begitulah sorakan khususnya kepada sesiapa yang pernah mengenali bandar ini samaada melalui pembacaan atau pernah kesana sebelumnya.  Kota Air atau Kota Terapung begitulah jolokan nama kepada Venice.  Jika di Asia, Bangkok digelar sebagai Venice Timur.  Pada penghayatan ZBA kedua-dua mempunyai kelebihan dan kecantikan yang tersendiri.


CIRCLING IN THE WATER OF VENICE










Monday 28 May 2012

AUSTRIA VIENNA


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum,

Dua pertiga daripada Austria adalah bergunung ganang.  Jalanraya empat  lorong dan lebuhraya canggih membawa kami melalui kawasan hamparan tanah tinggi yang sayup mata memandang dengan  tanaman gandum, padang ragut dan tanaman bunga matahari untuk membuat minyak.  

Amat      indah,      itulah 
kurniaan rahmat Allah kepada hambaNya walaupun mereka kufur nikmat tetapi Allah mengetahui segala-galanya.  ZBA disajikan dengan satu kelainan oleh masyarakat      Austria.     Penempatan kediaman mereka dengan bungalo sesebuah yang tercatok indah diatas dan dilereng-lereng bukit.  Persekitaran yang lapang dengan pemandangan pergunungan dan tanah pamah yang luas menjadikan mereka manusia yang tenang dalam kehidupan harian.

Selain daripada itu rumah-rumah mereka juga tidak sebagaimana negara-negara Asia yang lebih suka  membina penempatan  ditepi-tepi jalanraya.  Mereka membina rumah jauh daripada jalanraya yang menjadi perhatian umum.

                                                                                                        Sepanjang perjalanan ke Austria,  ZBA
jarang sekali menemui sungai apatah lagi tasik-tasik sebagaimana kita berada di Holland.

Mempunyai kepadatan penduduk seramai 8 juta orang dengan ibu negaranya dikenali sebagai Vienna.  Bahasa rasmi ialah Germany dengan 98% menggunakan bahasa tersebut.  Susah dieja apatah lagi untuk disebut. Lain dieja lain pula bunyinya.  Paling senang guna bahasa Inggeris, habis cerita. Terkenal sebagai 'Home of classical music" dengan composers terkenal mereka seperti JohannStrauss, Radetski March dan Blue Danube. 

Vienna mempunyai banyak tempat-tempat bersejarah yang menarik untuk dilawati. The ring road around Vienna know as the ringstrasse, encircles the old city.  See the Burggarten, glorious parlimen building and Hofburg palace, home to the Lipizzaner horses and Spanish Riding Academy  in the city that Sigmund Freud once held office in, and was host to Adolf Hitler'S failed attempts at artistry.

System transportasi canggih. Tram, bus dan Metro.  Pass harian beharga  Euro 5.00 membolehkan kita  merayap selagi boleh kemana-mana dalam sektor yang ditetapkan sehari suntuk dengan bebas dan selesa.  Ibarat kata ZBA keluar matahari dan          balik       bulan.





Di Austria ZBA  menginap di Hotel Congress.  Bagi ZBA ianya sebuah hotel yang unik jika dibandingkan dengan hotel-hotel di Asia.  Hotelnya kecil sekali bagi memuatkan dua katil bujang dengan bilik airnya yang berasingan.  Apa yang menjadi perhatian ialah kebersihannya.  Bilik yang kemas dan berketerampilan. Dihias dengan lukisan dinding dan serba serbi lengkap ibarat hotel 5 bintang.  Bagaimana pun harganya adalah berpatutan. 2H/1M di Vienna adalah masa yang amat pendek bagi setiap pelancung.  Oleh yang demikian kepada pembaca yang berniat untuk ke Austria, ZBA cadangkan 4H/3M adalah masa yang amat sesuai. ZBA berangkat ke destinasi berikutnya dalam pengembaraan jelajah Eropah ini menuju Ljubljana, Slovenia.  Hujan gerimis mengiringi perjalanan.

FOLLOW THE SNAIL TRAIL




















SLOVAKIA BRATISLAVA

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum,



Slovak Republic mempunyai 5 juta penduduk dengan Bratislova sebagai ibu negara.  Berbahasa Slovak dan menjadi sebahagian daripada Kesatuan Eropah (EU). Mengamalkan demokrasi berparlimen dengan Perdana Menteri dipilih berdasarkan undi pepulariti.

Bratislova ialah pusat pentadbiran, kebudayaan dan pusat ekonomi Slovakia dengan kepadatan penduduk sekitar 430,000 orang.

                                                    Tidak banyak yang dapat diceritakan tentang negara kecil ditengah benua Eropah ini.  Sememangnya pun sebelum ini mereka adalah negara dibawah pemerintahan komunis yang tersisih daripada dunia luar.  Tetapi dengan berkat kesabaran dan perjuangan nekad mereka di bawah pimpinan Alexander Dubcek, akhirnya mereka berjaya melakar sejarah tersendiri dan berdiri teguh bersama EU sekarang.

Untuk sampai ke negara ini kami mengharungi kawasan tanah tinggi yang bergunung ganang serta terowong dengan sistem jalan raya yang  bertaraf dunia. Pemanduan berjalan lancar selancarnya kerana tidak banyak kenderaan diatas jalanraya.  Memang enjoy  dengan pemandanganya yang amat cantik dan indah sekali.  Kawasan padang ragut saujana mata memandang, ini diselang seli dengan tanaman pokok bunga untuk tujuan menghasilkan minyak yang menguning disepanjang perjalanan.

Ladang gandum yang mula menghijau terdapat dimana-mana.  Semasa perjalanan kami cuaca mendung dan sesekali kabus melitupi jalan raya.  Cuaca tidak bezanya  10C seperti di Czech Republic yang baru kami tinggalkan tadi.  Mereka negara mesra alam.  Tanaman pokok pokok rhu tumbuh dengan subur  dan tersusun indah baris demi baris.  Tiada kelihatan langsung sampah sarap seperti di NegaraKu.

                                            Diperjalanan ini kami ketemu juga sesekali ladang ternakan lembu, bebiri dan kuda.  Anehnya tiada kelihatan langsong petani bekerja diladang.  Jika dilihat kepada ladang yang ibarat hamparan, sewajarnya pun bukan kutdrat manusia untuk mengerjakannya kecuali dibantu oleh mesin-mesin yang canggih. Itu adalah hakikat bagi sebuah negara yang kaya dan maju. Fenomina ini 50 tahun lagi tidak akan ujud di NegaraKu sekiranya masih menebal dengan perilaku, we are No. 1 in the world.

Perkongsian pengalaman.  Paling unik bagi Slovakia, daripada negara Eropah yang ZBA lawati sebelum ini, Sovakia agak berbedza kerana mempunyai  bangunan bangunan tinggi dengan apartmen yang cantik jika dibandingkan dengan Czech Republic.  Sungguh pun demikian ketinggian bangunan mereka diwajibkan tidak melebihi ketinggian menara gereja.  ZBA difahamkan bahawa  ini adalah satu peraturan dan kepatuhan kepada peraturan ini menjadi syarat sebagai menghormati kemulian gereja.

Masa amat mencemburui kami, ZBA hanya berkesempatan mengenali negara ini sepintas lalu sahaja dengan melawat  tempat-tempat menarik dan bersejarah di Bratislova.  Meneruskan perjalanan menuju Austria.  Jumpa disana dan lihat pula apa yang ada disana.  SALAM

WE LOVE THE OUTDOOR LIFE